Wednesday, January 27, 2016

Perjalanan Umrahku - perjalan dari madinah ke Makkah al mukaramah : part 3

Selepas zohor kami berlepas ke mekah. selepas solat zohor aku berhajat ke raudah sekali lagi untuk mengucapkan salam kepada rasulullah dan sahabat. Tapi takut kelewatan, sbb bukan senang untuk masuk ke raudah pada waktu siang macam ni..maka aku mengambil keputusan untuk pergi melihat dan mengucap salam dari luar sahaja. aku dan suami berjalan mengelilingi masjid nabawi dan menghampiri kubah hijau yang mana di situlah terletak nya makam rasulullah.


terasa sayu sangat untuk meninggalkan masjid yang damai ini. Aku memohon padamu ya Allah semoga bawalah aku dan keluarga ku sekali lagi ke sini.. Ingin sekali merasai saat begitu...

setelah mengucap salam dan selamat tinggal kepada rasulullah dan para sahabat.. aku pun pulang ke hotel untuk bersiap2. Oleh kerana kami akan berihram di bir ali didalam perjalanan kami terus mandi sunat ihram dan berpakaian dalam keadaan ihram.


ha.. ha.. cik suami siap berpakaian ihram dah.. bagi perempuan tidak ada yg luar biasanya.. berpakaian biasa je..telekung sembahyang dan berstokin.


lebih kurang 45 minit perjalanan maka tibalah kami di bir ali.. bir ali adalah miqat kami. Mutawwif memberitahu supaya berniat di sini..kami berniat di atas bas sahaja. Selepas berniat ihram maka bermulalah dalam keadaan pantang larang... bermulalah juga kami bertalbiah.. tiada ucapan yang lebih indah ketika ini kecuali bertalbiah.. talbiah yang dipimpin oleh mutawif kami ustaz zar sunguh menyentuh kalbu.. deraian air mata semakin laju bila mendengar talbiah. Jemaah di dalam bas turut bertalbiah sehingga sayup2 kedengaran. mungkin setengah dari jemaah sudah tertidur.

bas yang kami naiki membelahi kegelapan malam. Namun mataku tidak dapat lelap.. pemandangan kiri kanan tak mungkin dapat di pandang lagi. Di dalam hati berbaur bermacam2 perasaan, takut ..bimbang semua ada. maklumlah utk memijak tanah haram..terasa kerdil diri ini.. banyak dosa yang telah di lakukan , adakah allah menerima aku sebagai tetamunya. 

Dalam keasyikan mengelamun tetiba mutawiff memberi salam dan memaklumkan kita sudah menghampiri mekah. Perjalanan yang panjang itu lebih kurang 6 jam terasa begiti cepat. perut lapar sebenarnya.. tapi abaikan.. dari jauh ku lihat cahaya lampu pintu gerbang kota mekah.pandangan itu makin lama makin dekat.. kami terus bertallbiah dan akhirnya bas membawa kami masuk ke kota mekah. Mashaallah akhirnya aku diterima di bumi haram ini syukur padamu ya Allah.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...