Sunday, January 29, 2017

ANDA PASTI TELEFON PINTAR ITU TEMAN YANG SETIA DAN BOLEH DI PERCAYAI?

wHATSAPP, Facebook ,Wechat, line, instagram dan telegram yang menjadi tapak kegilaan orang ramai tanpa mengira status dan peringkat umur. Tanpa kita sedari applikasi ini sangat rapuh (fragile) dan mudah di godam dan hack, Tanpa kita sedari kita syok2 upload gambar peribadi kita konon  untuk boyfriend and girlfriend tetapi rupanya semua tu diperhatikan oleh orang lain tanpa di sedari. Begitu juga dengan teks2 yang romantik dan merapu kita tu. Bukan tak boleh whatsaap..tp kena ada ilmu la sikit.. teknologi mmg menyenangkan tp sebagai pengguna sebelum guna kena betul2 kenal dulu dengan applikasi tu.. secure handphone sbaiknya  pasti tak timbul masaalah.

Ancaman daripada jenayah siber yang sering berlaku di Malaysia adalah masalah godam tanpa disedari. Fokusnya disini adalah telefon pintar yang digunakan adalah hak peribadi atau terdapatnya orang ketiga? Ramai yang beranggapan bahawa telefon bimbit yang dimiliki merupakan alat peribadi tetapi kita lupa dengan kemudahan internet yang disediakan telah memberi peluang kepada orang luar untuk menyerang seperti mengambil data atau perbualan yang penting dalam telefon yang digunakan. Contohnya, satu program telah diadakan di 18 buah sekolah dan institusi pengajian tinggi. Hasil sepanjang program ini telah mengumpul hampir 5,000 borang kaji selidik berhubung jenayah siber. Antara borang kaji selidik yang telah dijalankan,  jenayah yang kerap berlaku adalah penyebaran gambar yang tidak senonoh individu tersebut didalam laman sosial.

media sosial 2
Terdapat beberapa jenis kesalahan menggunakan aplikasi-aplikasi media sosial yang popular pada zaman sekarang seperti Facebook, Whatsapp, Wechat, dan Messenger yang membolehkan anda berinteraksi dan memudahkan penjenayah siber untuk mengodam aplikasi tersebut. Remaja zaman sekarang telah menyalahgunakan kemudahan aplikasi dengan menghantar gambar yang tidak senonoh kepada teman lelaki mereka. Tahukah anda bahawa perbuatan itu juga merupakan jenayah? Setiap gambar yang dihantar kepada teman mereka akan disimpan dalam telefon dan wanita tersebut akan menjadi mangsa ugutan. Contohnya, terdapat kes remaja perempuan diperas ugut oleh teman lelaki sendiri akibat kesilapannya menghantar gambar lucah. Hanya dengan satu gambar itu maruah boleh tercemar dan menjadi perbualan masyarakat sepanjang hidupnya. Sikap sedemikian juga diangap salah satu jenayah siber.
Selain itu, harga telefon yang mahal juga dapat digodam. Tahukah anda sekiranya kita membeli telefon dengan harga yang tinggi sebenarnya kita memiliki bingkainya sahaja? Ini kerana, aplikasi yang terdapat dalam telefon tersebut dimiliki oleh orang ketiga. Sekiranya kita sedar keadaan tersebut tidak haruslah kita mendedahkan diri dalam bahaya. Contohnya, apakah perbezaan sekiranya kita memuat turun Whatsapp dalam telefon yang berharga MYR4000 dengan  MYR199. Tidak ada perbezaan kan? Sekiranya kita sedar masalah ini, kita akan lebih berhati-hati untuk mendedahkan diri kepada penjenyah siber.
hacker
Seterusnya, menerima hadiah telefon pintar daripada seseorang atau teman lelaki boleh memerangkap diri dengan memasang aplikasi didalam telefon tersebut. Siapa yang menolak sekiranya diberi Ipone6 yang berharga MYR3000 hingga MYR4000 kan? Betul atau tidak? Sekiranya anda mendapat hadiah seperti ini anda haruslah memastikan telefon tersebut dalam keadaan setup atau homescreen. Sekiranya telefon dalam keadaan homescreen kita haruslah full reset selama 5 minit, full reset kali ke-2 dan akhir sekali adalah full reset ke-3. Hal ini supaya sebarang aplikasi yang sudah dimuat turun dapat dimusnahkan.
Perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita mengambil tahu tentang bahaya jenayah siber pada zaman sekarang. Ingatlah bahawa  telefon pintar bukanlah hak eksklusif dan peribadi serta boleh melakukan apa sahaja terhadap gajet berkenaan, namun terdapat sepasang mata yang yang sedang memerhati. Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang mangsa dari jenayah. Bak kata pepatah melayu, “Telajak perahu boleh undur, telajak perbuatan buruk padahnya”
Persoalannya, adakah anda telah mengambil tahu tentang keselamatan gadget anda daripada penjenyah siber?( sudah ambil langkah keselamatan?) 
Rujukan:
Dahlan A, M. & M, Shafinaz M, K. (n.d.). CABARAN DAN REALITI DUNIA SIBER . JENAYAH DAN MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA, 1-8.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...