Tuesday, August 6, 2019

CARA MENGHILANGKAN POP UP IKLAN DI GOOGLE CHROME

 ASSALAMUALAIKUM,

Ramai yang berhadapan dengan masalah pop up iklan yang entah apa2 ketika kita syok melayari internet. Mmm bayangkan ketika kita mengajar sambung ke layar tetiba keluar iklan yang tak di kehendaki. sungguh kurang sopan kan. Kesempatan ni GB tunjuk sikit..cara block pop up tu..ni pun atas permintaan saen2 sekelian..tapi ramai dah yang tahu...untuk yang tak tahu..moga bermanfaaat.

haa..ni step 1. buka je google chrome belah kanan yang ada titik 3 tu klik je..akan kluarlan ini.. berjujukkan..cari je SETTING .



ini langkah kedua, scroll molek2 kat bawah sekali tu ada advance..apalagi..klik la situ pulok.



Langkah yang ke tiga ni demo cari SITE SETTING..demo tekan situ pulok.


Masa ni demo tekan pop up and redirect ... Pastu block le kalu tak nak iklan tu lalu lalang ikut suka dia je..

Beginilah ..bila dah block tu.. insyaallah anda akan berbahagia tanpa iklan bukan2 tu. bagai tetamu yang tidak di undang.
Sekian..semoga bermanfaat. 

Thursday, February 14, 2019

BUKU PANDUAN PBD 2018

GB upload je di sini buku panduan PBD . Ada buku panduan baca lah ye.. nak melakukan sesuatu kerja mesti ada ilmu ye..

punya cantik KPM keluar buku. Buat cikgu Malaysia tersayang...
kalau nak tgok isi contentnya  boleh download..free je

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PBD ( dowload)

aTAU boleh je scan qrcode..

semoga bermanfaat .

Wednesday, February 13, 2019

LAGU DUNIA PANDU PUTERI







Monday, February 11, 2019

Templete Buku Log peribadi Pandu Puteri Tunas.

Terpanggil untuk sediakan templete sebagai panduan buat anak-anak murid tercinta ku. Masa Ko Ko untuk unit beruniform tak mencukupi sebenarnya..unless kita boleh bagi panduan untuk murid buat sendiri berpandukan templete ini.

TEMPLETE BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS.(klik untuk download)


boleh scan guna qr scan jugak.. (install kat play store qr scanner).
semoga memberi manfaat.

Saturday, February 9, 2019

Pengembaraan Korea : jeju ( day 2)

Setelah semalam melalui rehat yg cukup, hari ni agak segar sikit badan, maka perayauan hari ni di mulakan dengan gunung hallasan. Gunung yang tertinggi di korea. Pemandangan cukup indah. Kami mendaki 1/5 je dari gunung tu sbb tinggi sgt dan kejar masa.

Kaki gunung hallasan.
Adalah sikit salji kat kaki gunung.


Sempat berkuch kuch hota hai.




Dari hallasan mountain kita orang ke mysterous road. Mysterious road ni satu jln yang mna kereta boleh bergerak sendiri .
Dari mysterous road kami ke pasar jungang undergroud market.

Pengembaraan Korea- Jeju Si (day 1)

Pada hari ke 4, bertolak dari gimpo airport dgn menaiki flight airway dari pukul 7 pg dan mndarat di airport jeju dlm kul 8. Sesampai je di airport jeju, semuanya nmpak keletihan sbb mlm td kita check out hotel awal dan tiba di gimpo airport awal..sedangkan airport buka lewat sekitar jam 6 pg baru buka. Maka kami terpaksa menunggu luar airport dengan suhu yg amat sejuk.  Ok sesampai di jeju, kita mengambil kereta yg di booking dan menuju ke hotel. Kereta yg kami amik adalah mpv 10 seat. Booking online. Kadar sewaan 3 hari rm 660. Kami isi minyak penuh dgn rm250. Di sini guna minyak diesel. Harga minyak agak mahal. Tapi menyewa kereta ni memudahkan kami serta menjimatkan sebab ramai ahli. Sebelum nak sewa tu pastikan ada lesen antarabangsa. Untuk dpt lesen antarabangsa senang je pegi jpj di msia..bwk lesen dan bawak gbr ukuran pasport..15 minit dah siap.

Inilah kereta kami sepanjang di jeju.. Drive kiri tapi selesa..


Setiba di sini hujan lebat. Driver pun x selesa memandu dlm cuaca camni. Dari airport kami ke hotel yg kami sudah booking awal2 lg menerusi trivago. 

Yeaha budget guest house agak selesa dan pekerjanya boleh berbahasa inggeris. Biliknya selesa dan bersih ada dapur dan tempat masak. Utk masak yang simple2 boleh la..

Hari ni agak letih sesampai di hotel kami berehat..sbb hujan membataskan pergerakan kami. 

CARA MEMBUAT CRITICAL REVIEW.

Bila anda pelajar tak kiralah pelajar peringkat degree, master or PHD sekali pun.. Critical Review ni jajan korang..korang kena kunyah sedap ke tak..keras ke lembut ke kena kunyah. GB sendiri pun bila dapat tugasan kena buat CR ni rasa strok jugaklah. Takpe GB nak share la..mana tahu dah SHARE ni semua jadi mudah, berkat doa korang semua. Hi hi melalut lak..ok straight to de point la...

Ada beberapa langkah untuk membuat kritikal review nih. 
1. Memilih buku/artikal yang berkaitan untuk direviewkan..
2, pastu kena baca secara kritis dan sistematik. Bagaimana yang dikatakan sistematik tu ?

  •  yg pertama-tamanya preview, iaitu membaca secara scanning dan skimming. cari maklumat  secara singkat iaitu dengan membaca daftar isi kandungan secara cepat. sambil2 tu tengok juga gambar2 , jadual dan label sepintas lalu. Tahap ini kita membaca untuk memahami secara keseluruhan buku / artikal tersebut.
  • Kedua, membaca secara dekat (closing reading). Peringkat ini kita membuat catatan ringkas tentang isi penting bagi setiap paragraf atau bab yang di baca. ( kiranya catat isi penting).
  • Ketiga, membaca secara aktif. Iaitu membaca , membuat catatan setiap bab dan peragraf serta kaitkan pengetahuan dan pengalaman anda. 
3. Review- langkah ini baca kembali apa yang di tulis melalui preview tadi, review amat penting untuk kita memastikan kita faham betul-betul tentang bacaan tersebut. 
4. Seterusnya membuat rangka dan menulis.

Format Penulisan CR.
  1. Informasi Bibliografi. Sebagai langkah pertama dalam menulis CR adalah sediakan sedikit sebanyak maklumat dari segi nama pengarang,tahun, judul artikal, bab dan judul bab, tempat dan nama penerbit. 
  2. Pengenalan. semua penulisan ada pengenalan..kan? Bahagian ini biasanya perbincangan secara umum mengenai topik artikal/buku di kemukakan. Ulasan yang meluas juga dibincangkan tapi masih lagi dalam skop bidang kajian kita.
  3. Bahagian Isi. (Bahagian Utama).Di bahagian ini  perkara utama dan amat penting bagi sebuah CR yang baik. Menyatakan kembali tentang perbahasan yang terdapat dalam artikal yg di baca, dengan olahan bahasa sendiri. ( bukan salin semula/ terjemahan ye).Biasanya kita akan menyatakan tentang struktur, methodologi kajian, perbahasan yang di gunakan oleh penulis, contoh atau bukti yang dikemukakan oleh penulis, isu dan permasaalah serta kesimpulan yang di kemukan oleh penulis. Bukan kesimpulan kita ye..tapi kesimpulan penulis. Bahagian ni jangan melebihi 1/3 dari CR ni.  
  4. Bahagian Penilaian (evaluasi penulis)  Pada bahagian ini , bahagian yang paling panjang. Ianya bukanlah bermaksud untuk mencari yang mana betul dan yang mana salah. Namun ianya untuk menjelaskan kualiti buku/artikal itu . 
Cara-cara untuk membuat evaluasi/ penilaian:
  1. Siapa pengarang? adakah pengarang itu seorang yang berkompetensi tinggi atau tidak dalam bidang yang di tulis olehnya.
  2. Siapakah sasaran  artikal/ buku yang di tulis. Buku ini di tulis untuk guru? student? worker? parent?. 
  3. Apakah persoalan yang di kemukakan oleh penulis.? menarik dan berkaitan kah?
  4. Adakah perbahasan yang di kemukakan ini detail? atau ringkas? atau bercampur baur? Menyeluruh? atau sebahagian?.
  5. Apakah pendekatan yang di gunakan oleh penulis. Sesuai atau tidak. kenapa? apa cara yang sesuai?
  6. Adakah kajian yang di tulis ini cukup logik dan teratur? ataupun terdapat bias? 
  7. Bagaimana dapatan yang yang di perolehi? naratif atau analisis?
  8. Apakah contoh atau bahan sokongan yang jadi bukti untuk menyokong perbahasanya. logik? ada fakta? 
  9. Bandingkan juga dengan artikal lain/buku lain yang tajuk hampir sama atau sejenis. Adakah terdapat perbezaan dan persamaan dari segi dapatan, methodologi kajian dan sebagainya. Jelaskan perbezaan dan persamaan. 
  10. Seterusnya kesimpulan. Pada bahagian ini jelaskan samaada penulis ini dapat mencapai objektif kajian atau tidak? Adakah penulis memberi cadangan supaya kajian lanjutan di adakan atau tidak? Adakah buku atau artikal itu menyediakan ilustrasi, daftar pustaka atau indeks yang bermanfaat atau sebaliknya. 
  11. Penutup; sekali lagi membuat penilaian secara keseluruhan. Sejauhmana objektif kajian /tujuan kajian tercapai. Beri juga gambaran tentang sifat penulis adakah ianya bersifat objektif atau subjektif dalam menyediakan artikal/buku ini.  Sejauhmana buku/artikal ini memberi manfaat kepada bidang keilmuan anda secara umum. Adakah buku/artikal ini berkait dengan ilmu yang sedang dipelajari. Apakah saranan anda sebagai reviewer, adakah buku ini di rekemen atau sebaliknya. 
wallahuwaalam ..

Tuesday, February 5, 2019

BORANG PBD PAI DLM BENTUK SEHELAI

Memenuhi permintaan kawan-kawan.. borang PBD versi excell biasa je. GB tak buat protect apa-apa pun.. just untuk bagi sape2 nak tambah dan kurang .
Ada yang complain, dapat borang kena print berhelai-helai.. pening kepala juga katanya.

BORANG PBD SEKEPING/2 KEPING JE 

boleh juga scan qrcode  di bawah :

Semoga ianya memberi manfaat, tak banyak sedikit.. he he

TEMPLETE PBD PENDIDIKAN ISLAM.( TAHUN 1-6)

Mungkin masih ramai yang tercari-cari templete utk isi pentaksiran bilik darjah. Gb nak tepek sini lah link dia.




TEMPLETE PBD 

Boleh juga scan guna qr code.


Wednesday, January 30, 2019

TRAVEL KOREA (DAY 3-SEOUL).

Hari ni kita ke Nami ISLAND dan Petite France

Perjalanan ke Nami agak jauh dan mencabar dari  segi transit transport.  Dari Guesthouse Myeondong ke Dangdemun Culture and Herritage, then ke Dangdaemun Station, kemudian tukar line ke line 1 utk ke station Chongyangni, di Chongyangni exit 3 amik itx train. tiket rm 4500 won utk dewasa. terus ke Gapyeong . di Gapyeong kami amik teksi ke Nami wharf. then naik ferry ke NAMI ISLAND...phewwww.



Dalam ITX train, sempat tidur, 45 minit lebih kurang.




Dah sampai Gapyeong..nak ke Nami Island, kiteee...15 minit dari Nami Wharf.





DI NAMI ISLAND..... Luas jugak weh.tempat filem winter di Sonata... lihatlah keindahannya.




kat nami Island tak ada masalah untuk makan sebab ada restoran makanan halal dan ada juga perpustakaan, serta surau yang selesa.

Seterusnya keluar dari nami kami ke Petitice  France. Mempunyai view yang sangat menarik, walaupun tiketnya 10 ribu won. 






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...