Wednesday, January 30, 2019

TRAVEL KE KOREA. ( DAY 1 KLIA -JEJU SI )

Perancangan ke Korea sudah lama, tapi kerana kesibukan menyebabkan tertangguh. Akhirnya  pada 16  Dis 2018 merupakan tarikh yang tertulis untuk ke Korea. Pada mulanya ingin ke SEOUL sahaja, tetapi memandangkan tiket Ke SEOUL sangat Mahal. Almaklumlah tiket ni ambo booking seminggu sebelum pergi. Setelah survey sana survey sini.. maka adalah tiket yang murah sikit untuk ke Korea tetapi bukan ke seoul tapi ke JEJU.

Keputusanya kita nak juga ke Korea. So perjalanannya agak berbelit-belit  dan mencabar sikit.
KLIA 2- JEJU, JEJU - SEOUL (MAPO AIRPORT) . (Pergi)
SEOUL(MAPO AIRPORT) - JEJU, JEJU - KLIA . (Balik).

Dalam masa seminggu urusan membeli tiket flight, Booking guest House, Booking kereta (jeju). Booking Flight Domestik di Korea dsb. Fuhh  kan... boleh lah buka travel agent lepas ni. ambo pergi sendiri tak guna travel agent pun.

16/12/2019
KLIA - JEJU SI AIRPORT.

Kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 7.50 pagi.
sebelum berangkat makan dulu, amik travel wifi dulu di gateway@Klia 2,
travel wifi ni di sewa dengan kos rm 15 perday dan boleh share 5 device.









Perjalanan Ke jeju mengambil masa 6 jam...

Lebih kurang jam 3.ptg waktu Malaysia ( 4.00 ptg waktu Korea) kami sampai di Airport JEJU..



DI Airport Jeju.. Kesejukkan mula terasa..mood KOREA dah mari.. Dari Airport kami amik teksi ke HYUNDAI GUESTHOUSE.. Untuk malam ni bermalam dulu di jeju satu malam. Esok pagi2 pukul 7.00 pagi kita ke SEOUL Pulak ..




Hotel ni di tempah melalui Agoda.com . Disini untuk transit je kami ambil 2 bilik satu bilik untuk perempuan dan satu bilik untuk lelaki. Hotel ni berhampiran dengan airport jadi untuk ke airport esok tak le kalot..

Pada malamnya kami ambil sedikit masa dengan menggunakan bas untuk meronda bandar jeju ...














dah malam balik tidor ....zzzzzz. Esok pagi -pagi kita ke airport Jeju untuk Ke SEOUL.











DARI JEJU - MAPO AIRPORT Mengambil masa satu jam. di sini kami naik jeju air  flight... Bye jeju lagi 2 hari kami akan kembali ke sini untuk perayauan di sini.. pula sebelum balik ke Malaysia. Hari ni perayauan ke seoul dulu...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...