Saturday, February 9, 2019

CARA MEMBUAT CRITICAL REVIEW.

Bila anda pelajar tak kiralah pelajar peringkat degree, master or PHD sekali pun.. Critical Review ni jajan korang..korang kena kunyah sedap ke tak..keras ke lembut ke kena kunyah. GB sendiri pun bila dapat tugasan kena buat CR ni rasa strok jugaklah. Takpe GB nak share la..mana tahu dah SHARE ni semua jadi mudah, berkat doa korang semua. Hi hi melalut lak..ok straight to de point la...

Ada beberapa langkah untuk membuat kritikal review nih. 
1. Memilih buku/artikal yang berkaitan untuk direviewkan..
2, pastu kena baca secara kritis dan sistematik. Bagaimana yang dikatakan sistematik tu ?

  •  yg pertama-tamanya preview, iaitu membaca secara scanning dan skimming. cari maklumat  secara singkat iaitu dengan membaca daftar isi kandungan secara cepat. sambil2 tu tengok juga gambar2 , jadual dan label sepintas lalu. Tahap ini kita membaca untuk memahami secara keseluruhan buku / artikal tersebut.
  • Kedua, membaca secara dekat (closing reading). Peringkat ini kita membuat catatan ringkas tentang isi penting bagi setiap paragraf atau bab yang di baca. ( kiranya catat isi penting).
  • Ketiga, membaca secara aktif. Iaitu membaca , membuat catatan setiap bab dan peragraf serta kaitkan pengetahuan dan pengalaman anda. 
3. Review- langkah ini baca kembali apa yang di tulis melalui preview tadi, review amat penting untuk kita memastikan kita faham betul-betul tentang bacaan tersebut. 
4. Seterusnya membuat rangka dan menulis.

Format Penulisan CR.
  1. Informasi Bibliografi. Sebagai langkah pertama dalam menulis CR adalah sediakan sedikit sebanyak maklumat dari segi nama pengarang,tahun, judul artikal, bab dan judul bab, tempat dan nama penerbit. 
  2. Pengenalan. semua penulisan ada pengenalan..kan? Bahagian ini biasanya perbincangan secara umum mengenai topik artikal/buku di kemukakan. Ulasan yang meluas juga dibincangkan tapi masih lagi dalam skop bidang kajian kita.
  3. Bahagian Isi. (Bahagian Utama).Di bahagian ini  perkara utama dan amat penting bagi sebuah CR yang baik. Menyatakan kembali tentang perbahasan yang terdapat dalam artikal yg di baca, dengan olahan bahasa sendiri. ( bukan salin semula/ terjemahan ye).Biasanya kita akan menyatakan tentang struktur, methodologi kajian, perbahasan yang di gunakan oleh penulis, contoh atau bukti yang dikemukakan oleh penulis, isu dan permasaalah serta kesimpulan yang di kemukan oleh penulis. Bukan kesimpulan kita ye..tapi kesimpulan penulis. Bahagian ni jangan melebihi 1/3 dari CR ni.  
  4. Bahagian Penilaian (evaluasi penulis)  Pada bahagian ini , bahagian yang paling panjang. Ianya bukanlah bermaksud untuk mencari yang mana betul dan yang mana salah. Namun ianya untuk menjelaskan kualiti buku/artikal itu . 
Cara-cara untuk membuat evaluasi/ penilaian:
  1. Siapa pengarang? adakah pengarang itu seorang yang berkompetensi tinggi atau tidak dalam bidang yang di tulis olehnya.
  2. Siapakah sasaran  artikal/ buku yang di tulis. Buku ini di tulis untuk guru? student? worker? parent?. 
  3. Apakah persoalan yang di kemukakan oleh penulis.? menarik dan berkaitan kah?
  4. Adakah perbahasan yang di kemukakan ini detail? atau ringkas? atau bercampur baur? Menyeluruh? atau sebahagian?.
  5. Apakah pendekatan yang di gunakan oleh penulis. Sesuai atau tidak. kenapa? apa cara yang sesuai?
  6. Adakah kajian yang di tulis ini cukup logik dan teratur? ataupun terdapat bias? 
  7. Bagaimana dapatan yang yang di perolehi? naratif atau analisis?
  8. Apakah contoh atau bahan sokongan yang jadi bukti untuk menyokong perbahasanya. logik? ada fakta? 
  9. Bandingkan juga dengan artikal lain/buku lain yang tajuk hampir sama atau sejenis. Adakah terdapat perbezaan dan persamaan dari segi dapatan, methodologi kajian dan sebagainya. Jelaskan perbezaan dan persamaan. 
  10. Seterusnya kesimpulan. Pada bahagian ini jelaskan samaada penulis ini dapat mencapai objektif kajian atau tidak? Adakah penulis memberi cadangan supaya kajian lanjutan di adakan atau tidak? Adakah buku atau artikal itu menyediakan ilustrasi, daftar pustaka atau indeks yang bermanfaat atau sebaliknya. 
  11. Penutup; sekali lagi membuat penilaian secara keseluruhan. Sejauhmana objektif kajian /tujuan kajian tercapai. Beri juga gambaran tentang sifat penulis adakah ianya bersifat objektif atau subjektif dalam menyediakan artikal/buku ini.  Sejauhmana buku/artikal ini memberi manfaat kepada bidang keilmuan anda secara umum. Adakah buku/artikal ini berkait dengan ilmu yang sedang dipelajari. Apakah saranan anda sebagai reviewer, adakah buku ini di rekemen atau sebaliknya. 
wallahuwaalam ..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...