Thursday, December 8, 2011

PBS oh PBS

ramai yang nak menyelesaikan penandaan PBS di online bagi tahun satu yang dah berakhir tu. tup2 PBS punya sistem tak boleh masuk PULAK.  dahlah banyak nak di isi..satu2 pelajar nak di tick pencapaiannya. Dahlah sistem ni ditutup berapa lama utk kemas kini..apa2 pun sabar je lah kita yang menurut Perintah. inilah rupanya pbs sistem bila buka sekarang ni...


.tapi untuk memudahkan tick kat PBS ni GB buat statistic macam ni..tak tau la u alls buat macam mana? tapi kalu nak tengok GB letak bawah ni bolehlah download,,tapi ni GB punya method lah...

Wednesday, December 7, 2011

SURAT PEKELILING TENTANG SBPA

 Tentu kawan2 teruja nak tau tentang SBPA. INI dia surat pekelilingnya...SURAT PEKELILING SBPA 2012

 SUMBER DARI :
http://www.moe.gov.my/sbpa/guru/index.html.

Sunday, November 20, 2011

Pembekuan perlantikan DG41- jgn sedih dan terkilan

Kepada guru-guru yang terlibat harap bersabar ye. Pastinya ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku. Jangan putus asa untuk menimba ilmu kerana menuntut ilmu adalah pembelajaran sepanjang hayat. Teruskan perjuangan! Segala usaha yang dilakukan adalah ibadah. Niat belajar adalah untuk fi sabilillah,  (Sila klik di bawah untuk melihat pekeliling yang dikeluarkan)
surat pekeliling

 

Saturday, November 19, 2011

JADUAL SESSI PERSEKOLAHAN 2012.

Nampakny 2011 begitu pantas berlalu.Dalam kekalutan dan kesibukan kita dengan pelbagai aktiviti dan tugasan nampaknya 2011 telah berjaya kita lalui. Bagi GB 2011 seperti tahun2 yang lain juga. Banyak pengalaman hidup ku tempuhi dan pelajari.Namun GB berasa bertuah kerana dipilih untuk melaluinya. Pada GB semua yang GB lalui tak pernah GB kesali kerana selagi kita berfikiran positif segalanya akan jadi positif.  Bagi Menerusi kehidupan seterusnya suka GB share di sini jadual persekolahan 2012 supaya kita dapat membuat perancangan yang seterusnya untuk tahun hadapan.

JADUAL SESSI PERSEKOLAHAN 2012 (BOLEH DOWNLOAD SINI!!)


klik gambar utk tengok..link download tak sedia utk kalendar di bawah. gambar je.


Monday, November 14, 2011

Buku Anugerah Cemerlang 2011.


 Hari Gb berjaya menyiapkan Buku Program Anugerah Perdana bagi sekolah GB. Memang prinsip GB apa jua tugasan yang di berikan..Gb akan laksanakan dengan sebaiknya. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan luar dan peribadi GB dapat melaksanakan tugasan yang di beri oleh pihak sekolah dengan sebaiknya. Dengan ini pihak sekolah akan terus berkompromi dengan kita apabila kita telibat dengan tugasn luar.



                                                       Buku Program Anugerah Perdana 2011.


                                               KAD JEMPUTAN HARI ANUGERAH

Tuesday, November 1, 2011

bengkel Pemurnian Jawi Thn 4 (modul Rintis)-concord inn sepang 31 okt-2 nov 2011

Bermula 31 Okt - 2 Nov 2011. Bengkel pemurnian bagi subjek pendidikan Islam Di Concord Inn di Sepang. GB salah seorang panel bagi bengkel ini.



Friday, October 28, 2011

e plaporan versi 11.5 terbaru !!!!


 Kepada Penyelaras jqaf sekolah di daerah Rompin.. bertindak segera.. ambil
eplaporan versi baru dalam bentuk aplikasi.. download dan extract .
EPLAPORAN VERSI 11.5  

Atau 

eplaporan  versi 11.5  


cuba download dari mane2 link. apa2 masalah sila berhubung... kalau  ada masalah

Wednesday, October 26, 2011

Hari Keluarga SKKK




Bermula 22- 23 okt hari keluarga SKKK. Saya selaku pengerusi Kelab Staff bersama AJK dan ahli2 yang lain cuba mengadakan satu hari keluarga yang happening.. Keutamaan kami adalah ahli2 dan keluarga seronok dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga masing2. Di samping itu, hubungan sesama ahli bertambah rapat. caiyook skkk.

Wednesday, October 19, 2011

Mesyuarat Pemurnian Modul Rintis KSSR Tahun 4

Bermula 17 Okt - 20 Okt aku berada di Hotel Seri Malaysia Port Dickson untuk tujuan di atas. Atas tugas dan amanah dan minat maka aku berada di sini. Di sini aku merasa amat teruja dan sedikit sebanyak telah menyuntik semangat dan inspirasi yang baru buat aku. Mesyuarat ini menemukan aku dengan rakan2 dari seluruh malaysia dan aku merasakan mereka mempunyai semangat juang yang tinggi ke arah meningkatkan kualiti  pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Inilah perjuangan yang aku rasa aku mampu lakukan untuk anak bangsa dan agamaku khususnya.

pegawai BPK - Penasihat / penyelaras/ pemantau kami

Bersama penolong pengarah dari JPNP -
taklimat sebelum pengoperasian..

Saturday, October 15, 2011

CARA2 NAK DOWNLOAD MOVIE DARI YOUTUBE.

 GB terima banyak panggilan dari kawan2 dan peserta yang pernah mengikuti kursus yang mana GB merupakan salah seorang jurulatih KSSR ni. Biasalah dalam KSSR elemen TMK adalah elememen Merentas Kurikulum yang amat di tekankan. Atas keperluan tu GB banyak pamerkan video multimedia yang mampu merangsang murid2 ni. So ramai yang tanya mcm mana nak downlop movie2 dari youtube ni..di sini GB ajarlah sikit cara2nya... harap2 dapatlah ye..ada yang call nak cerita susah jgk. so tengok grafik ni insyaallah dapat ye..


 Mula2 pergi ke www.youtube.com  dan ambil movie yang nak di download.

2. langkah ke 2 – pergi ke www.keepvid.com


3. langkah seterusnya.

4. langkah yang akhir.






Akhirnya anda berjaya menyimpan movie itu tanpa pergi ke youtube.. dan tanpa online..selamat maju jaya.

Sunday, October 9, 2011

CONTOH INSTRUMEN TILAWAH ALQURAN.

Instrumen ni GB ambil dari kawan gb yang mengajar di JB..dan mungkin di gubal diperingkat JPNJ. walaubagaimanapun bolehlah kita tengok2 dan buat panduan..untuk membina item sendiri ye? ini adalah contoh yang akak perolehi..tapi yang sebaiknya binalah sendiri..barulah dunia pendidikan ini akan berkembang maju dari semasa ke semasa tanpa terikat dengan orang lain punya.
nAK dOWNLOD??  CTH INSTRUMEN TILAWAH ALQURAN

Friday, October 7, 2011

KEM IBADAH PERINGKAT NEGERI 2011 (4 OKTOBER - 6 OKTOBER)

GB DAN URUSETIA WAFIRAH & ROHAYU
FACILITATOR YANG SENYUM SENTIASA
Bermula 4 oktober - 6 oktober GB terlibat dengan pengelolaan Kem Ibadah. Tugasan GB adalah menyusun aktiviti dan organise aktiviti semasa di kem. Memang best la GB cuba aplikasikan apa yang GB belajar semasa GB buat master dulu iaitu program pembangunan pelajar. GB cuba seimbangkan aktiviti itu..


BERTUNGKUS LUMUS MEMBINA MENARA IMPIAN
FACILITATOR NAJIB...YANG CERIA..TQ DIK..
FACILITATOR YANG SEDANG MEMIKIRKAN LANGKAH TERTENTU.
FC KAMI YANG CERIA SENTIASA..
HASIL XPLORACE DIAORANG

NI FC KAMI SEPANJANG KEM SEMUA KERJA TANPA RUNGUTAN..BESST..

Sunday, October 2, 2011

contoh Instrumen hafazan tahun 1

Ni contoh instrumen pentaksiran pbs tahun satu.. Contoh je..

INSTRUMEN HAFAZAN TAHUN 1

MODUL KEM IBADAH

GB dah blur juga nak membuat Modul ni.lebih2 lagi akhir2 ni GB agak sibuk dengan KSSR sana sini. Memandangkan dah di pertanggungjawaabkan maka GB buat juga ikut slot2 yang telah di aturkan. sasaran peserta Kem adalah murid sekolah rendah saja..maka GB susun ikut asas2 fardhu ain sja lah..
MODUL KEM IBADAH

Monday, September 26, 2011

KURSUS KSSR TAHUN 2 DAERAH ROMPIN (ZON PANTAI)

Bermula 26/9/2011 - 30/9/2011 GB kena bagi kursus kepada Guru-guru pendidikan Islam yang bakal mengajar tahun dua pada tahun 2012. Kursus ini padat dengan pengisian yang perlu di sampaikan.

kehadiran Penolong Pengarah teras Pendidikan Islam (SPI)
 PESERTA YANG HADIR ..

PESERTA DARI PULAU TIOMAN 


DARI SJKC & SG PUTERI

Saturday, September 24, 2011

BAJET 2012.

Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.
Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.
Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.
Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.
Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini… sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.
Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.
Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.
Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
-Bharian

manual PBS mata pelajaran

berikut adalah manual prngguna PBS online. Buat masa ini sistem ini kita tak dapat masuk sistem ini dan pasword yang kita pernah guna sebelum ini pun dah invalid. Namun memandangkan masa kursus hari tu ramai peserta yang minta GB tunjukkan dan masa tu tak berkesempatan so GB janji akan uploadkan manualnya. So bolehlah study dan cuba buat bila sistem dah ok nanti'

MANUAL UTK GMP- DOWNLOAD DI SINI !!!!

Thursday, September 22, 2011

modul ice breaking.

Hari ni GB berjaya menyiapkan satu modul ice breaking. Modul ini GB nak gunakan untuk Kem Ibadah bagi Pelajar2 tahun 6 pada awal oktober nanti. GB rasa modul ini dapat membina keyakinan peserta2 itu nanti.

Wednesday, September 14, 2011

Kursus Juru Latih Utama KSSR Tahun 2. (13 hingga 15)

Suasana kursus di BTP . Hari ni hari ke 2 GB berkursus..slot GB tadi dah berlalu dan besok ada lagi slot. Tapi GB cuba yang sebaiknya.. mm GB letaklah sikit gambar untuk kenangan

JU UTAMA DAN PEGAWAI JPN
PN JAMILAH DAN URUSETIA
PESERTA TENGAH KHUSYUK
PESERTA MISALI
JU UTAMA USTAZ LAN
JU UTAMA
PESERTA DI LATIH UNTUK JADI JU DAERAH

Monday, September 12, 2011

Memberi Task? SMS dari teman.

Pagi ini saya mendapat satu SMS dari seseorang yang membaca blog aku. Saya pun tak pasti post yang mana satu dia baca tapi sms ni berbunyi " saya tertarik dengan tulisan itu dan saya memberi task yang mungkin  dapat puan huraikan. Suami saya banyak berahsia akhir2 ini. kami di timpa tsunami rumahtangga 2009. Sejak itu saya dah tak macam dulu lagi. Percent curiga saya dah sampai gred A. Bila saya cool dia pun buat aktiviti. Bila aktiviti terbomgkar dia buat cool. sampai bila?Mungkin puan sudi membantu dari sudut positif dan negatif yg boleh saya terma."- begitulah bunyi sms ini.. tapi saya tak pakar dalam bidang ini.untuk memberi pendapat dan pandangan. mungkin ada kawan2 blog dan fb yg boleh beri pandangan tentang isu ini.

KURSUS JU UTAMA DI BTP

Bermula 13-15 sept 2011.
tempat di BTPN kUANTAN.
KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 UNTUK JURULATIH UTAMA DAERAH
JADUAL KURSUS :

PAMPLET kURSUS KSSR

JADUAL KURSUS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...