Tuesday, March 31, 2009

Debaran untuk interview makin terasa.

Hari ni saya mengambil cuti rehat Khas untuk mengambil salinan Rekod Perkhidmatan Di jabatan kerana esok kena interview. Rasa berdebar usah cerita, esok seawal 7.30 pagi ada temuduga di PPD Kuantan. Apalah yang bakal ditanya, siapa penemuduga macam-macam agi. Dokumen yang perlu di sediakan sudah di periksa beberapa kali, bimbang takut tak complete. Itulah ...rasanya gugup lain macam pulak padahal bukan tak pernah bercakap,mengeluar pendapat tapi rasa macam tak biasa jugak lah. Tapi masih ingat, kali terakhir lalui saat seperti ini masa viva projek sarjana muda dihadapan 3 penilai 2 tahun yang lalu..alamak gugup bila bercakap tersasul dan,dan bercampur gaul fakta..inilah kelemahanku, emm pendekkata spontan kantoi.. Tapi anyway kena fokus dan confident la.. insyaallah ..doakan kejayaan saya...

emm.. telur lagi...

Hari-hari bila nak makan nasi, anak-anak selalu minta telur. Telur mata kerbaulah, telor dadar lah, telor rebus la... telur sana, telur sini. Ini cerita pasal telur, macam-macam telur ada di dunia ini, tapi jarang orang tau asal usul telur dari mana, disekeliling kita banyak telur,, telur itik, telur ayam, telur lalat, telur katak, telur ikan, tapi tak kesahla.... telur ni banyak senangnya berbanding dengan makanan lain...goreng sekejap dah masak. masak dengan maggie pun sedap...Ya yang jelas bila nak order makan mesti ingat telur.. majlis kahwin tak sah tanpa telor. telur sana telur sini, kesian ayam asyik kena bertelur je...orang suka telur, ayam pula suka bertelur .. nyatakan apa yang anda tau pasal telur......Saya rasa ada sinonimnya telur dengan kehidupan kita.

Monday, March 30, 2009

Kesibukan dan peluang.

Terlalu sibuk rasanya minggu ini. Banyaknye kerja nak buat. Seminggu masa cuti ku habisi masa menyiapkan segala tugasan master dan tugasan sekolah. 24 jam mengadap laptop membelek buku-buku dan mencari bahan-bahan diinternet(tapi belum siap agi) . Bahan-bahan semuanya dalam bahasa inggeris. berapa banyak perisian penterjemah yang disediakan diinternet seperti citcat.com. babylon.com. biasalah bila sistem terjemah maka bertambah harulah pemahaman kita. Akhirnya nampak satu peluang, hah. suamiku (cikgu Hashimme) la jadi mangsa..penterjemah you. Upahnya keluar makan roti canai sama atau keluar makan rojak di tepi pantai bersama. Itu sudah besar ertinya sebab terlalu sibuk tak ada ruang untukku keluar berhibur seperti dulu.
Bila ada pembantu penterjemah percuma ni dan kadang berdiskusi maka keluarlah keluhan si suami.. "inilah yang abang tak nak buat Master ni.. semua bahasa inggeris.. botak kepala ni...hah banyak lagi kerja tuh.. bla.bla.bla. biasalahkan. Tapi dia merupakan pemberi semangat kepadaku. terlalu besar pengorbanannya ... Sebenarnya dalam apa jua perkara diskusi penting untuk memperkembangkan ilmu. Dalam pada itu, satu hari saya dapat sarjana suami saya pun sarjana juga lah sebab apa yang saya belajar dia belajar. emm itulah namanya 2 in 1. Sijil tak penting,yang penting adalah kuantiti ilmu yang diperolehi... tidakkah begitu?

Friday, March 27, 2009

Panggilan temuduga untuk semua.

Dalam bulan Mac - Aprill ramai yang kena panggil temuduga... masing buat persediaan usah cerita la kan.. tapi tahukah anda bahawa anda semua pun bakal ditemu duga walaupun tak mengisi apa-apa borang pun.
Untuk pengetahuan anda semua anda akan ditemudugakan bila panggil………PERHATIAN !!….sila buat persediaan sebelum dipanggil untuk anda lulus temuduga tersebut……selamat berjaya!
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasulullah S.A.W: 'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'

SELAMAT BERJAYA DALAM TEMUDUGA... (Maaf andainya tak sesuai. Ini hanyalah untuk sama-sama ingat dan mengingati )

Wednesday, March 25, 2009

Datuk Najib and comunications skill ....

Sehari dua ni kat tv sibuk dengan perwakilan Umno. Saya tak ketinggalan mengikuti. Rata-rata para perwakilan bercakap isu yang sama. PPSMI topik yang kita sering berbicara diblog topik tu jugalah di persidangan UMNO. Anyway saya tak nak komenlah.
Semalam saya berkesempatan mengikuti ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Najib. Fuhh! hebat sekali, saya tak menjangkakan bahawa Datuk Najib ini cukup berbakat dalam berkomunikasi.Saya terpaku, itulah trait kepimpinan yang ada pada Datuk Najib. Pada saya setiap aspek ucapan dia semalam perfect. Beliau mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat verbal dan non verbal. Bahasa badan,memek mukanya segalanya memberi kesan kepada audiens. Itulah pertama kali saya melihat Datuk Najib berhujah dengan begitu hebat. Terpancar karisma seorang pemimpin.
Ramai pemimpin dunia yang cukup terkenal kerana kehebatan mereka berkomunikasi seperti John F.Kennedy.Franklin D Roosevelt ,Abraham Lincoln dan yang terhangat di pasaran Barrack Obama. Tetapi setakat ini seorang president sahaja yang telah di gelar the great Communicator iaitu Ronald Reagan. Ronald Reagan ni sebelum beliau menjadi presiden dia merupakan pengulas pertandingan besbol. Biasanya beliau memberi laporan perlawanan secara langsung. Kadang2 membuat laporan simulasi di tempat lain melalui laporan westen Union. Semasa satu laporan tiba-tiba telegraf putus, namun reagon boleh meneruskan laporan itu dengan menggunakan imaginasinya sendiri sahaja.
Pada tahun 1980 beliau bertanding jawatan president . Semasa bertanding beliau berkata,"visi kempen saya hanya berkisar lima perkataan yang mudah saja.iaitu keluarga,pekerjaan, masyarakat, kebebasan dan keamanan. Beliau boleh menang pertandingan itu. Beliau tak gentar berdebat dengan sesiapa sahaja.
Apa yang menjadi beliau hebat adalah kemahiran komunikasi yang efektif. Apa yang dicakapkan jelas dan pengikut bersemangat. Apa yang diharapkan kepimpinan Datuk Najib akan membuka era baru bagi rakyat malaysia. Mungkin satu kelainan. Sebagai pengikut kita cuba memahami visinya. sejauhmana kepimpinanya ini boleh mendorong rakyat sama-sama mencapai matlamatnya. Pemimpin malaysia tak kurang hebatnya dibanding dengan pemimpin dunia yang lain. Pemimpin selalunya dianggap wira negara dan selalu menyelamat suasana genting dan kritikal.

Sunday, March 22, 2009

Satu Hari Di Pasar Minggu.


Pejam celik,pejam celik hari bertukar hari , bulan bertukar bulan. Begitu cepat masa berlalu. Dalam kesibukan dengan tugasan dan tanggungjawab kadang-kadang kita hampir terlupa bahawa umur juga terus meningkat.

Hari ini saya pergi ke pasar Minggu. Sudah begitu lama saya tidak menjejakkan kaki ke pasar minggu maklumlah weekend begini selalunya saya di JB. Semasa sibuk memantau gerai sayur dan ikan tu, tiba-tiba ada seorang gadis cantik manis datang dan memeluk saya. Sambil berkata, “ Cikgu, lamanya saya cari cikgu, baru hari ini saya berjumpa, rindu sangat saya pada cikgu !”, Saya dapat mengagak dah ini mesti bekas pelajar saya ni, Lalu saya pun meneruskan edisi siasat. Memang sah la pelajar saya . Saya pernah mengajarnya dari darjah 3 sampailah darjah 6 di SK Rompin. Saya hampir tak cam pelajar ni maklumlah kecil dulu tak pandai melawa. Kesempatan itu kami bersembang panjang. Emm rupa-rupanya dah jadi cikgu muridku ini Menurutnya ramai lagi murid-muridku ini yang sekelas dengannya dulu jadi arkitek,engineer bahkan ada yang masih menuntut di oversea. Dalam hati terasa bangga yang amat sangat.

Dalam perjalanan pulang, sambil memandu, dalam fikiran mula mengira berapa ramai murid dah jadi guru, di sekolah sendiri pun dah ada seorang bekas murid yang sama mengajar. Alhamdulillah, itu yang mampu ku ucapkan. Pada masa yang sama saya terfikir, pada masa saya mengajar mereka, umur saya dalam sekitar 25 tahun. Masa tu masih muda,(high energy). Kini? Tapi semangat seperti dulu. Raut wajah seperti dulu, kalau tak masakan muridku masih kenal yek. Cuma badan la.. kalau dulu saiz s kini saiz ?. Mudah-mudahan segala usaha yang ikhlas itu menghasil hasil yang baik.

“Life is not measured by the number of breaths we take,but by the moments that take our breath away. “ Pada saya hidup kita akan lebih bermakna sekiranya kita penuhi setiap saat dengan penuh bermakna. “ living each moment to the fullest”. Kebahagiaan hidup kita pada hari ini, mungkin satu keberkatan yang kita pernah membahagiakan orang sebelum ini. Perjalanan hidup ini sesuatu yang telah di tetapkan oleh ALLAH dengan seadilnya. Sekarang , saya sangat bersyukur kerana Allah mentakdirkan saya seorang guru. Doa saya biarlah anak-anak didikku menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Semoga Allah mengurniakan kepadaku kesihatan yang baik dan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna.- amin...

WAALLAHU WAALAM.

Thursday, March 19, 2009

Keghairahan – Hargai Setiap Hari Dalam Hidup Anda.


Apabila saya mula menaip tajuk ini saya jadi ragu-ragu. Apakah perkataan ini sesuai atau tidak untuk penulisan yang tak seberapa ini. Lalu saya merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka “keghairahan ” Keghairahan ini membawa maksud penuh minat. Memang itu yang saya maksudkan dalam coretan saya pada kali ini. Coretan ini diharap dapat menguatkan lagi semangat juangku dan kawan-kawan yang membacanya.
"Apabila seseorang mempamerkan keghairahannya beliau biasanya akan bertemu dengan orang yang mempunyai keghairahan yang sama". – translate dari kata-kata John Maxwell.
Salah satu sifat terpenting orang yang berjaya kerana bukanlah kepandaian atau mempelajari pelajaran yang tinggi,tetapi mempunyai semangat dan keghairahan. Jika dilihat 75 peratus president Amerika Syarikat berada dikelas terakhir disekolah semasa zaman persekolahannya. 50 peratus usahawan di dunia yang berjaya tidak menamat pengajian di Universiti pun. Apa yang menyebabkan mereka berjaya adalah semangat dan keghairahan mereka.
Apakah semangat dan keghairahan dapat mempengaruhi hidup kita?
Keghairahan menaikkan semangat juang anda- Dahulu ada seorang pemuda berjumpa dengan Ahli Falsafah Yunani, Socrates bagi menuntut ilmu. Ahli falsafah itu membawanya kelaut dan menenggelamkan kepalanya ke dalam air selama 30 saat. Apabila di lepaskan Socrates sekali lagi bertanya, apa yang beliau mahukan. Pemuda tadi menjawab, “saya mahukan ilmu,” Socrates menenggelamkan lagi kepalanya dan mengulangi pertanyaan yang sama. Kali terakhir Socrates menenggelami kepala pemuda itu hingga hampir lemas lalu pemuda tadi menjawab “saya mahukan udara! Saya mahu bernafas!”. Lalu Socrates menjawab, “Bagus. Apabila kamu benar-benar mahukan ilmu sebagaimana kamu mahukan udara tadi, saya akan ajar kamu.”
Tidak mustahil dengan ghairah – Sudah menjadi lumrah kejadian manusia, apabila semangat sudah membara tiada yang mustahil seseorang yang mempunyai keghairahan tetapi tidak mempunyai bakat dapat mengatasi individu yang mempunyai bakat tetapi tidak mempunyai keghairahan.
Hasil coretan ini tercetus setelah melihat blog kawan-kawan yang baru konvo. Percaya atau tidak, kejayaan itu tercapai hasil dari keghairahan. Dan saya akan meneruskan perjuangan saya dengan berulangalik JB –Rompin memandu sendirian, membelah kabus dikala orang lain masih lena di tilam empuk,saya sudah memulakan langkah demi ILMU. Insyaallah Dewan Iskandar UTM akan ku jejaki lagi buat kali kedua.-waallahu wa'lam.

Monday, March 16, 2009

Kenapa tak Profesional?

Hari ini sekolah cuti. Saya ada sedikit kelapangan, namun begitu tugasan saya sebagai guru tidak pernah dilupakan. Setiap kali ada kelapangan sebatang pen merah dan buku-buku kerja murid adalah teman. Pada cuti seperti ini biasanya saya menyediakan lembaran-lembaran kerja yang bakal diedarkan semasa P&P saya nanti. Tiba-tiba saya terfikir satu persoalan kenapa guru-guru di Malaysia tidak di iktiraf sebagai golongan profesional sebagaimana sebahagian Kakitangan Awam yang lain dianggap profesional seperti doktor, peguam dan beberapa jawatan lagi . Di negara-negara maju seperti USA, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, guru-guru mereka diiktiraf sebagai golongan profesional.
Menurut pemahaman saya berdasarkan pembacaan buku dan artikal, profesional ini boleh ditakrifkan sebagai tingkahlaku, kemahiran atau kualiti yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan standard yang tinggi dan boleh diharapkan dari ahli-ahli sesuatu profesion itu.
Manakala antara ciri-ciri utama yang perlu ada pada golongan yang profesion ini adalah seperti :
1. Mempunyai competent and well informed - iaitu seorang guru yang mempunyai kemampuan mengolah maklumat dan pengetahuan dengan tajam dan bernas dalam jumlah yang banyak. Biasanya pendapatnya itu diolah setelah dianalisis. Pendapatnya ini adalah integratif dan conceptual dan mampu bertindak balas dengan cepat terhadap perkembangan semasa.
2. Mengamalkan life-long learning, sebagai golongan yang profesional mesti berlaku proses pembelajaran secara terus menerus dengan tujuan dapat menyelesaikan dengan perkembangan semasa.
3. Mampu meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku, disamping sentiasa inovatif dan kreatif dalam menangani cabaran-cabaran yang baru. Seorang yang profesional juga sanggup menghadapi cabaran dan risiko dalam tugasan.
Berdasarkan sebahagian ciri profesional saya kemukakan di atas adakah guru-guru malaysia ini mencapai tahap yang dikatakan profesional? Adakah kita perlu memprofesionalkan warga guru di Malaysia. Sekiranya perlu kita perlu berbuat sesuatu.Pada saya sudah ramai guru-guru di Malaysia mencapai tahap profesional dari sudut kompetensinya. Tapi cuba kita renung dan fikirkan, kadang-kadang kita seorang guru belajar pedagogi yang standard kauseling yang standard, pengalaman yang mengajar yang lama, lulusan universiti dan sebagainya tapi kenapa bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang kita guna bukanlah bahan yang dihasilkan oleh warga pendidikan. Contoh yang saya ingin utarakan di sini ialah buku-buku kerja yang dijual dipasaran, berapa peratus sahaja yang dihasilkan oleh guru? Kebanyakan di hasilkan oleh orang yang tak berkaitan dengan bidang pendidikan pun. Orang yang berkepentingan dalam bisness.Tetapi bahan itu diguna pakai oleh kita,guru.
Begitu juga dengan penghasilan buku-buku ilmiah sepatutnya guru-guru sering mengolah maklumat melalui pengalaman dan pengetahuan guru menghasilkan buku. Dengan cara ini juga kita dapat menuju ketahap Profesional. Adakah guru-guru merasakan penghasilan buku ini hanyalah hak-hak orang mempunyai PHD sahaja?
Penulisan orang yang berpengalaman adalah lebih realiti berbanding dengan orang yang menulis berdasarkan teori. Pada saya bagi mengangkat taraf guru kepada tahap profesional perlu dengan penerapan budaya-budaya suka berbincang perkara-perkara ilmiah seterusnya publish hasil penulisan dan cara ini ilmu di perkembangkan dan pembelajaran sepanjang hayat berlaku. Wallahu wa'lam.

Thursday, March 12, 2009

Rinduku Pada Ayah.

Sudah 2 tahun ayahku telah kembali ke Rahmatullah, namun ingatanku masih segar. Bila hampir cuti begini rindu makin terasa. Dia seorang bapa yang terbaik buatku. Seorang bapa yang penyayang dan penuh kebijaksanaan. Ayah banyak menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku-buku agama. Setiap kali ayah pergi buat umrah dia akan bawa balik buku-buku (kitab arab) . Kemana dia pergi buku adalah titipannya, Itulah ayah, sanggup berhabis duit untuk membeli kitab. Kadang-kadang saya sendiri kagum dengan kehebatan ayah dalam bahasa arab. Pemergian ayah adalah satu kehilangan buatku.Pada hari pengebumian ayah segalanya berlaku dengan pantas. Ku tahu, ayah mempunyai bilangan muridnya yang ramai. Segalanya diuruskan oleh bekas-bekas muridnya. Kami adik beradik tak sempat mengurus, semuanya di urus.

Pada malam ini, selepas solat maghrib, kutitipkan bacaan yassin buat ayah, semoga rohmu berada dalam ketenangan dan setenangnya. Masihku ingat pesannya dalam hidup mesti sentiasa dalam pencarian. Mencari siapa diri sendiri. Mencari jalan dan lorong yang perlu di jejaki, mencari kebenaran yang hakiki. Ilmu tak pernah habis, dengan ilmu baiki diri. Jangan mudah bersenang lenang kerana hidup adalah perjuangan. Dalam perjuangan ada keperitan dan keperitan itu memerlukan ketabahan dan keimanan.

Saat ayah nazak, ayah masih memintaku membacakannya buku. Ayah masih ingat bab-bab yang disukainya walaupun sedang bergelut dengan kesakitan. Begitulah sekali kecintaan ayahku pada ilmu. Ayahku pergi dengan tenang, andainya ilmu itu boleh dijadikan pusaka kan kurebut apa yang ada didadamu. Tapi ilmu adalah milik yang tak dapat di warisi. Ilmu perlu di cari sendiri.

Kini, bila ku balik kampung, ku tengok barisan buku-buku ayah, ku jadi sayu. Semua buku-buku itu ayah telah baca. Bila ku buka pasti ada bertanda. Selalunya ayah baca dan mencatat di tepi-tepi helaian. Setiap kali balik kampung kami solat berjemaah, ayahlah imamnya. Sebelum subuh kami dikejut utk bertahajjud bersama. Itulah kenangan dari ayahnda ku tercinta. Moga Roh ayah di rahmati ALLAH amin ya rabbal aalamin.

Sunday, March 8, 2009

CUTI?


Alamak, seronoknya cuti. Dah lama rasanya tak menghabiskan masa di rumah seperti hari ini. Biasanya hujung mingguku di habiskan di UTM ataupun di sekolah dengan pelbagai aktiviti yang diwajibkan hadir. Pada hari ini dan semalam kuluangkan masa untuk mengubah susun atur rumah, yang telah lama ku rasa bosan dengan situasi yang sama. Disamping memasak masakan kegemaran anak-anak.
Yang best lagi, esok cuti lagi..Di kesempatan itu saya akan menyiapkan banyak lagi tugasan yang diberikan oleh pensyarah.Mengikut kata pensyarah pelajar master perlu knowledge yang banyak. Satu hari sekurang2nya 3 jam membaca buku yang nak dimasterkan. Selain itu, selalu mengikuti forum-forum yang berkaitan. Pensyarah juga berpesan supaya memerhati cara panel2 menjawab soalan yang di ajukan. ahh susah la.. saya ni spesis lurus bendul, kalau penulisan hampeh! kadang-kadang banyak isi tapi tak tahu nak olah ayat supaya jadi kritis. Kadang-kadang saya kagum dengan penulisan kawan-kawan blog saya cthnya blog cikgu Wahab, bersahaja dan bermaklumat. Mungkin ada satu skill yang saya patut pelajari supaya penulisan itu teratur dan kemas. Selalunya saya suka buat point-point je dalam menjawab soalan atau membuat laporan di sekolah.
Itu pasallah masa saya buat degree dulu berpuluh2 kali tesis kena diperbetulkan. Masa tu dapat penyelianya Prof. Dr Ajmain, yang menulis berpuluh2 jurnal dan buku. Selepas thesis selesai terasa kerdilnya diri, terlalu sikit ilmu dan kemahiran yang dimiliki. Tetapi alhamdulillah masa viva dapat pujian dari penilai2.
Itulah hikmah dapat penyelia yang cerewet dan bagus. Banyak ilmu yang diperolehi.. Pada hari konvokesyen Dr Ajmain sent SMS '' Mabruk ! u're great!. " Almaklumlah dapat anugerah naib cansellor UTM. Dapat Degree first class semenjak course ni di buka tak pernah lagi orang dapat first class. bangga dan membanggakan tu. Selepas tu ada reporter tanya,biasalah saya ni komunikasi dengan manusia x berapa berkesan kut. satu soalan 2 patah jawapan. lagipun tak pernah berhadapan dengan situasi itu.
Sekarang, masaalah penulisan berlegar difikiran saya. Dalam proses membuat jurnal projek master ni, berpuluh2 artikel di tulis tapi gayanya seperti pelajar tahun 6 rasanya. Pendekatan di guna sekarang membaca hasil tulisan penulis-penulis lain tapi penguasaan masih lemah la..
Penulisan ni bukan kerja senang perlu di asahlah. tapi, ada tak rasanya kaedah yang intensif utk menulis dengan baik.
Kawan semua, ada idea tak? saya nak improve cara penulisan. Penulisan yang bercorak ilmiah la. TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...