Friday, December 31, 2010

SELAMAT TINGGAL 2010 DAN SELAMAT DATANG 2011.

2010 melabuhkan tirainya dengan pelbagai kenangan suka dan duka yang amat sukar dilupakan. Demi masa yang telah aku lalui telah mengajar aku tentang sebuah kehidupan. Aku ditakdirkan melalui dan menempuhi takdir yang Allah telah tentukan padaku. Aku mengharapkan dapat melepasi 2010 dengan penuh kebahagiaan, kegembiraan dan keceriaan. Namun Allah maha mengetahui tidak semuanya diperolehi. Allah sering menguji hambanya dan setiap ujian aku tempuhi dengan penuh keredhaan. Pada Disember 2006 yang aku kehilangan insan yang tersayang iaitu ayahndaku Haji Yunus. Kehilangannya masih ku rasai walaupun 4 tahun sudah berlalu. Bagaimana kita boleh melupakan insan yang sering memanjai kita, sentiasa memberi semangat dan dorongan di saat kita menghadapi kesulitan.. tiada gantinya..kaulah segalanya. Sehingga kini, aku menjadi allergik dengan Disember. Disember selalu membuat aku kehilangan orang yang disayangi.
2011 akan menjenguh beberapa jam saja lagi.Aku tak pasti adakah 2011 bakal membawa sinar baru atau tidak. Yang pasti, hari-hari terakhir ini aku merasakan tidak begitu semangat, dan tidak seceria dulu. Apa harus aku lakukan? memotivasi diri sendiri... ya memotivasikan diri sendiri. Semalam aku sudah memulakan kerja2 aku. Seharian aku berada di Pusat Sumber yang telah di amanahkan untuk aku menjaganya. Aku berjanji pada diriku, aku akan lakukan yang terbaik. Aku akan menyibukkan diriku dengan perkara2 yang boleh memajukan diriku dan keluargaku. Meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepadanya. Semoga Allah menetapkan hatiku dan imanku. 2011 akan lebih bererti kepadaku.

Wednesday, December 29, 2010

sukatan pelajaran tahunan PAI (kssr)

Buat teman2 dan adik2 sekalian..selaku kakak JU di sini akak ada sediakan KSSR yang di agihkan dan mengikut format yang dibincang bersama semasa . saya harap ini dapat membantu guru2 tahun satu yang mengajar agama. KLIK DI SINI

Dunia Baru Ku..

Satu tugasan yang mencabar bagiku.. lebih2 lagi pada tahun 2003 semasa di SKR dulu aku pernah memberikan sekolah itu status pusat sumber terbaik peringkat negeri Pahang. Kini setelah hampir lima tahun aku meninggalkan posisi aku sebagai pengurus pusat sumber kini aku diberi kembali tugasan itu tetapi di sekolah yang berlainan. Semua warga sekolah mengantung harapan yang tinggi kepadaku dengan satu harapan yang tinggi.. Yeah hari ini aku mula menyenaraikan apa yang perlu dilakukan. Aku akan cuba melakukan terbaik.. YEA... aku suka!! aku suka!! aku suka !! inilah dunia baru aku yang agak mencabar... Bangkitlah ..wahai mek ros..lontarkan segala yang berkecamuk di kepalamu..fokuskan kepada kerja..gunakan segala..kemahiran dan kepakaran yang ada untuk anak bangsamu ..dengan seikhlas hati..Satu pesanan buat diri sendiri... untuk orang lebih menyanyangi kita.. sayangilah dulu diri sendiri. Untuk orang lebih mengagumi dan menghormati kita.. tingkahkan kebolehan dan mencari kelebihan dalam diri. Duduk, meratapi nasib, meminta di sayangi dan hormati hanyalah racun pada diri sendiri. Sentiasa mencari yang terbaik buat diri sendiri.. yakin pada diri sendiri, berdikari pasti menjadi..dan dipandang iri..ha.ha..

Saturday, December 25, 2010

Aku dan Pantai.

Sudah begitu lama aku tidak mengunjung pantai. Sejak akhir2 ini mula menjadi pengunjung yang setia. Kekadang aku menunggu hingga senja untuk melihat matahari tengelam. Aku lihat ramai juga orang lain seperti aku, begitu teruja melihat pemainan antara ombak dan pantai yang tak jemu-jemu berinteraksi antara satu sama lain. Adakalanya ombak yang besar menghempas pantai dan adakalanya ombak yang lembut menyapa pantai.
Pada aku ianya adalah satu kejadian yang penuh simbolik. Pabila mentari tenggelam aku pun meninggalkan pantai yang penuh kedamaian itu, dan esok aku akan mengunjungi lagi. Aku percaya pantai itu sudi menerima kehadiran sesiapa sahaja.

Thursday, December 23, 2010

Hati Seorang Aku.

Aku dalam kalangan kawan2 yang mengenali aku sering mengelarkan aku sebagai wanita yang gigih bersemangat dan mudah digemari oleh sesiapa sahaja yang mengenali aku. Semasa hari pertama aku mendaftar untuk program master aku dulu, kawan2 aku mengatakan andainya saya tidak meneruskan kursus ini, saya akan malu pada akak. akaklah yang menjadi sumber inspirasi saya. Aku memahami dan semuanya itu adalah identiti buat aku. Tapi disebalik kecekalan itu, aku juga memiliki hati. Aku ada perasaan seperti sedih, kecil hati dan kecewa. Tapi tak semudah itu untuk aku zahirkan. Kekadang bila aku sedih, aku ambil masa beberapa minit dan menangis, sepuas2nya. Bila selesai aku akan tersenyum seolah2 tidak ada apa yang berlaku. Aku adalah manusia yang tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain, tetapi sering berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Aku paling tidak suka menyakitkan hati insan lain, kadang2 pelbagai kata2 yang aku terima dan menyakitkan namun akan tetap menjaga hati orang. Kenapa aku menulis begini? entahlah,, sedih ke? tidak.. aku tidak sedih. Kadang2 blog inilah yang menjadi tempat aku melepaskan kata dan bicara hati.

Buat masa ini aku terfikir2 untuk menyambung lagi pelajar. Tetapi dengan cara ini aku akan menyibuk diri dengan tahap yang maksima. Hari tu aku ada berbincang dgn pensyarah tentang menyambung peringkat PHD dengan mengambil cuti tanpa gaji. Pihak UTM akan membayar elaun bulanan sebanyak RM 2500 sebulan dan annual Fees sebanyak 20.000 setahun. agak menarik.. 3 atau 4 tahun akan selesai... Sebenarnya itulah yang bermain di fikiranku. Terlalu tinggikah impian aku?. Suami aku pun macam beri green light jerk. Inilah yang ada dalam fikiran aku. Hal2 remeh yang lain tidak sekali2 aku masukkan sebagai agenda penting dalam kehidupan aku. Aku amat kesal bila aku dikaitkan dengan isu2 remeh seperti ..... ( malu utk menyatakan) ...mungkin tahap pemikiran kita berbeza.

Lebih tertarik lagi andainya meneruskannya di Luar Negara. Jadi sesiapa yang rasa bimbang dengan kewujudan aku di bumi Malaysia ini dapat di hilangkan..hi..hi.. Aku adalah seorang insan yang mempunyai perasaan, aku terpelajar, masih mempunyai maruah diri yang tinggi. ( sedikit tertekan ).

Wednesday, December 22, 2010

Skandal dan Maya

Skandal mungkin satu perkataan yang mengambarkan dengan pelbagai unsur2 negatif. Apabila orang mendengar dia akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif. Era teknologi dan komunikasi ini mendedahkan kita kepada pelbagai kemungkinan yang sukar di kawal. Segalanya berada di hujung jari. Beberapa saat ianya terjadi. Dalam era ini terdapat banyak rumahtangga berantakan, hubungan persahabatan musnah, persaudaraan tercerai semuanya kerana tidak menggunakan pemikiran yang waras dan tangan mendahului minda.

Kadang2 individu boleh bermadah pujangga dan meluahkan perasaan menerusi imaginasi menerusi maya. Berapa ramai remaja musnah kehidupan kerana cinta internet. Di sini etika dalam mengurus perhubungan maya perlu ada dalam diri sendiri. Terharu dengan peristiwa yang menimpa kenalan ku yang mana isterinya marah sangat dengannya setelah membaca sms2 kepada seorang perempuan yang di anggap kekasih suaminya. Sedangkan suaminya yang suka berfantasi dan beremosi di alam maya. Ini mungkin satu keseronokan bagi yang mempunyai kelapangan dan kekosongan dalam minda dan kerja harian. Dulu masa aku sekolah2 dulu tak de dunia maya seperti ini. segalanya menjadi susah namun sempat juga aku menyamar jd lelaki dengan menulis surat kepada seorang perempuan. Akhirnya budak perempuan dah suka sangat padaku wpun tanpa mengenali aku. Dia jatuh cinta dengan nama aku saja pada masa tu. Nama yang aku guna adalah Fareez. Apa yang lebih melucukan tup! tup! masuk universiti duduk seblik dengan budak perempuam tu. Agaknya kalau zaman tu seperti sekarang...entah macam2 kerenah aku lakukan.

Berbalik kepada skandal dan maya ini, menerusi maya ini segalanya boleh terjadi. Kadang2 berbalas2. kdg2 palsu semata. Namun begitu dunia sekarang ramai orang suka yang palsu. bulu mata palsu, gigi palsu, rambut palsu,,, semua yg palsu itu indah. Kebijaksanaan dan kecerdasan akal yang waras mampu mempertimbangkan segala..kdg2 kita bebas membalas sebab kita rasakan kita bersemuka dengannya. Tapi realitinya adalah seperti sebuah games. Manusia tidak selalunya berada di dunia maya. Tetapi mungkin berada di dunia maya individu merasa rileks seketika.

Tahniah Buat Anakku.

Tahniah buat anakku Norzaleha yang telah berjaya memperolehi 9A dalam PMR. Semoga kejayaan ini satu titik permulaan bagi sebuah perjalanan. Selain kejayaan dalam pelajaran kejayaan dalam membentuk jati diri adalah lebih mustahak. Mama dan Abah hanya mampu memberi dorongan dan doa buatmu, selebihnya usaha dan kehendak adalah dari dirimu sendiri.

Sunday, December 19, 2010

Memories Of Beijing.





For the last week event... mm kami telah mengikuti Global Outreach UTM 2010 @ beijing.. Fuh.. seronok sebab bersama member2 dan pensyarah dan keluarga. Walaupun ianya memenatkan dan suhu di Beijing semasa kunjungan kami itu -9 darjah celcius. Umpama berada di bilik mayat tetapi di sini terbina setia kawan dan keperihatinan.. mm nak cerita lebih2pun ianya tak menarik tanpa gambar. Di sini saya telah upload gambar..sekiranya nak lihat lebih gambar lagi bolehlah ke fb saya.. Dek kerana wujud fb saya dah kurang berinteraksi dengan blog ni.. sebenarnya banyak medan komunikasi.. fb, blog dan web site.. tapi masa je tak mengizinkan untuk memenuhi ruang yang ada.. ok untuk share bersama ....Ini adalah hadiah dari suami tercinta,, untuk mengikuti pelancongan.. terimakasih kepada suamiku yang sangat sporting.. dan sentiasa mendokong aku..

Monday, November 29, 2010

BERTEMU KEMBALI..

Alhamdulillah, waktu kesibukan aku telah berlalu pergi.. semoga segalanya dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.. Sekiranya tiada aral melintang.. bulan Mac ni dapatlah segolong kertas yang berstatus sarjana.. Walaupun jauh disudut hati ku berkira-kira adakah layak aku memilikinya. Tapi itulah yang telah aku usahakan selama dua tahun ini. Banyak pahit jerih yang ku lalui. Dengan sokongan dan dorongan orang sekeliling menjadikan aku kuat. Tapi tidak dinafikan akhir2 pengajian tersangatlah tertekan dan terasa macam ingin berhenti di situ saja. Segalanya aku terasa amat sukar dan diluar kemampuan. Tapi ku gagahi jua.ku lawan dan ku hadapi sehingga ke penghujungnya. Di semester terakhir ini benar-benar menguji ketabahan dan kesanggupan orang seperti aku, yang mempunyai Multitask.Ohh..aku tak sangka aku dapat melepasinya. Cuma simpton2 tekanan masih melekat pada diriku hingga saat ini..

Saturday, October 30, 2010

koleksi youtube ..cikgu2

pengajaran kolaboratif

pengajaran guru jqaf

ustazah mengajar

ustaz dan ustazah nyanyi.

Thursday, October 21, 2010

Makluman buat penyelaras j-qaf.

Kepada penyelaras j-qaf sekolah-sekolah di daerah Rompin, anda di minta mengisi data-data j-QAF 6 bulan kedua dengan berhati-hati. Sekiranya anda telah mengisi dengan menggunakan versi yang lama anda boleh hanya dengan mengup date kan sahaja. tak perlu taip baru..senang dan mudah sahaja. Pada 26 hb Oktober satu taklimat ringkas akan di adakan di PKG Muadzam shah. Di samping taklimat berkenaan e Plaporan terdapat juga beberapa maklumat penting yang lain yang akan disampaikan.. Untuk itu anda boleh download eplaporan yang terkini klik je !!! di sini.

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


selamat hariraya buat semua rakan blog yang dirindui..ampun dan maaf atas segalanya, Tahniah kerana dapat menyempurnakan ramadan dengan cemerlang...

Tuesday, July 27, 2010

Cukup Bahagia Dengan Kehidupan Sekarang.

Semenjak dua menjak ni rasa lapang sikit harian aku. Sessi program sarjana aku pun sudah dipenghujung dah. Tinggal satu subjek je lagi di samping menyiapkan penulisan thesis aku. Biasalah guru sekolah rendah seperti aku ni pukul 1.30 tghari sudah boleh berada dirumah. Kalau ada KOkurikulum pun bila waktu dah petang. Ahh itu anggap sahaja satu rekreasi. Aku dapat menyusun balik jadual harian aku tanpa rasa tekanan dan kongkongan. Ketika bersama anak-anak baru kurasakan betapa syoknya...setiap hari sekembali dari sekolah aku akan masak makan tengahari dengan masakan kegemaran mereka. waktu petang sempat bersantai dengan mereka dan terasa indahnya... Banyak aktiviti2 yang kurang penting aku kurangkan. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku mengutamakan keluarga aku..

Saturday, June 5, 2010

MTQSS - Universiti Malaysia Terengganu 2010


Pada 31 Mei hingga 3 jun telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang gilang gemilang. Padaku program ini adalah satu program yang amat baik untuk pembangunan pelajar. Ia merupakan satu program tradisi.. dan amat unik. Pengalaman 3 hari aku mengikuti program ini, aku dapati ada simbolik yang mendalam. Sebelum ini aku pernah juga mengikuti perkhemahan bersepadu peringkat kebangsaan tetapi programnya amat berbeza sekali. Program ini tidak lasak dari fizikal tetapi mempunyai ketahanan dari segi mental. Aku kagum dengan anak2 berusia 9 tahun berani berhadapan dengan cabaran yang diberikan untuk menghafaz al-quran, cerita dan membaca alquran dengan baik. Pada aku sekiranya aktiviti harian pelajar diisi dengan aktiviti seperti ini, maka mereka tidak akan mempunyai masa untuk aktiviti lain yang membuang masa dan membawa keburukan,
Kemelesetan ekonomi tidak boleh dijadikan alasan untuk meniadakan program ini. Kemenangan bukan objektif utama bagi program ini. Tapi proses pembentukan dan kelahiran peserta yang mempunyai daya tahan, berdisiplin, komitmen dan jadi diri menjadi fokus kita. Kemenangan hanya satu bentuk pengukuran yang subjektif dan kesahan masih boleh diragukan namun begitu keberhasilan dari segi tingkahlaku, pemikiran dan emosi peserta adalah pengukuran yang sebenar. Di sekolah peserta-peserta yang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan ini mesti mempunyai kelainan dari segi kognitif, afektif dan psikomotornya.
Selama 3 hari bersama dengan peserta2 perempuan dari kontijen pahang ini saya membuat pemerhatian, dan mereka menunjukkan sikap yang positif dan jati diri yang tinggi. Pada saya secara tidak langsung proses program ini melahirkan mereka begini. sekian wallahu waalam.

Friday, May 28, 2010

Rasa bertanggungjawab

Sudah lama aku tak berkesempatan menulis blog ini. Tadi setelah aku membuka blog ni, aku baca 2 komen yang matang dari Pakcik Almanar dan Cikgu Wahab. Baru aku ingat aku terlupa untuk wish Happy Teacher's day untuk kedua insan ini.. Terharu sangat..sebenarnya akibat terlalu sibuk, dan tak baca dan buka blog.
Berbalik kepada komentar Pakcik Almanar dalam blog aku bagi posting dibawah amat bererti buat aku memahami dan mengerti apa yang tersirat. Sekali lagi aku terpanggil untuk menulis tentang rasa bertanggungjawab. Masih lagi berkisar tentang kerjaya aku sebagai guru.
Kalau ALLAH panjangkan umur aku masih mempunyai 18 tahun untuk mengharungi dan melalui routine sebagai guru. Kalau dulu aku sering melihat nenek dan ayah aku mengajar anak2 kat kampung secara percuma setiap hari, tanpa terdengar rungutan dan keluhan. Malah itulah routine hariannya selepas waktu tengahari hingga ke petang dan bersambung malam. Di wajahnya terpancar kepuasan dengan apa yang dicurahkan. Hasilnya aku lihat anak-anak cucunya di beri keberkatan dan alhamdulillah boleh dikatakan menjadi. Itulah balasan Allah.
Aku juga pernah terfikir tentang anak-anak seorang kenalan aku, walaupun belajar tanpa tusyen tapi sering mendapat keputusan periksa yang cemerlang dan hampir kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa rahsianya? aku lihat dia suka mengajar anak2 jiran2 dan orang sekelilingnya mengaji secara percuma. Walaupun dia seorang guru di sekolah Menengah balik hampir petang, tapi masih sempat mengajar Al- Quran pada waktu malamnya tanpa mengharap bayaran. Bila aku tanya dia menjawab ayah dan nenek kita dulu pun buat macam ni.. itulah jariah katanya. kita tidak ada duit tapi kita ada ilmu..gunakan.
Rasa kebertanggungjawab ini lahir dari hati yang ikhlas. Mengikhlaskan diri tanpa terdetik unsur2 riak, takabur dan keterpaksaan memanglah suatu yang susah. Namun kita cuba mendidik diri. Tengok bangsa kita dan agama kita yang dicemari dan runtuh perlahan-lahan. Adakah kerana tidak ada rasa bertanggungjawab dari insan seperti kita. Nauzubillahi min zalik.

Wednesday, May 12, 2010

Kesal lah?

sudah 17 tahun aku bergelar guru dan aku bangga dan gembira sebagai guru.Dalam masa 17 tahun aku bergelumang dengan kanak-kanak yang kadang2 mengharap perhatian, kadang2 mengharap belaian manja dan kadang2 minta dibelai. Tapi aku merasa puas dan senang hati apabila aku kenangkan. Aku berjaya menjadikannya orang. Walaupun setengah padanya bukanlah berjawatan besar tetapi dia dapat survive hidupnya dengan sempurna itu satu kejayaan buat aku. Aku bangga dengan mereka.

Hari ini aku ada berjumpa dengan seorang member..dia ni bisnesswoman lah kiranya. Aku tahu dia seorang usahawan yang berjaya, berkereta besar berpakaian berjenama, berprestij la katakan. Aku turut berbangga dengannya,, sekarang dia sibuk dengan jualan langsungnya.Dia memberitahu aku takkan kaya dengan makan gaji ni,,, dan dia mempersoalkan beberapa tahun kerja pun gaji macam tu jgk. lebih baik le you buat jualan macam i bla..bla..bla.. Saya just mendengar jelah, biasalah orang berkempen. Apa yang menarik perhatian apabila dia menceritakan orang tu jadi millionaire..orang ni jadi millionaire dalam masa yang sekejap je... kalau jadi cikgu kiamat pun tak merasa ..dia kata pada saya..

Tanpa saya sedari tiba-tiba mulut saya terkeluar juga.. bunyinya " akak, saya tak pernah bercita-cita untuk menjadi billionaire atau millionaire ni.. pada saya ada rezki untuk makan dan pakai anak2 saya dah memadai. Tapi saya menjadi cikgu saya bercita-cita utk melihat anak2 murid terutama islam macam saya ni sempurna hidupnya. Sekurang2nya bila saya mati selagi ilmu yang saya sampai mereka guna saya akan dapat sahamnya.

Entahlah saya emosi atau tidak. Pada saya tak salah nak berkempen tapi janganlah merendah2kan martabat orang.. tak semua manusia di dunia ini memandangkan kepada duit semata2. Ada benda yang lebih bernilai dari duit dalam hidup kita. Selagi ada sifat tamak dalam diri selagi itu kita tidak sempat menikmati nikmat yang Allah beri.

Mempercayai pada satu takdir dan berharap dengan takdir yang Allah beri adalah terbaik buat kita. Allah tidak pernah silap dalam perhitungannye..

Friday, April 2, 2010

siii book...

Telah lama aku tidak menulis diruangan ini. Akibat kekalutan dengan tugasan study , kerjaya dan private life aku menyebabkan ruangan ini terabai. Begitulah kehidupan kadang2 priority yang di fikirkan. Aku tahu walaupun ruangan ini sepi tapi masih ada pengunjung2 setia yang sudi singgah di sini. Terimakasih...Bila diri terasa sunyi dan sepi pasti ruangan ini dicari. Membaca ruangan rakan2 blog yg constantly menulis ... tapi tak semua juga aku sempat... Bila sibuk sebegini apa yang aku fikirkan kelapangan. Kadang 2 cemburu melihat kelapangan orang lain.. sedangkan aku dihambat dengan tugasan dan date line. Tapi tiada yang paksa..kehendak sendiri ..kan? Sehari dua ni sekolah sibuk dengan sukan, pagi dan petang ke sekolah? di mana ruang untuk aku menyiapkan tugasan... ternyata aku terpaksa mengorbankan masa rehat dan tidur aku.. Bila kita tidak cukup tidur dan rehat, maka wujudlah stress dan akhirnya muda didatangi sakit...
Sokongan dari orang2 yang terhampir amat diperlukan... itulah situasi pelajar orang seperti aku. Belajar dan bekerja. Bukan aku sorang...ramai lagi..dan aku pasti melalui situasi yang sama seperti aku. Perjuangan ini untuk memartabatkan bangsa dan agama.. tapi ada yang memandang sinis dengan mengeluarkan persoalan what for u do this? for What?. Bukan semua orang sanggup melaluinya lebih2 lagi bila mengetahui ada Master gaji tak bertambah. Buat Master keluar kos sendiri yang banyak dan bla.bla.. Tapi bagi aku untuk kepuasan dan memenuhi cita-cita... rezki datang kemudian. Yang penting kita arif apa yang orang lain tak arif...
dan tolong mengarifkan...

Wednesday, March 10, 2010

Kontroversi dan gossip .

Aku heran dengan hobi manusia ni suka benar membuat kontroversi dan menimbulkan gossip. Aneh dan pelik. Tidak pernah ke terfikir pada satu keamanan dan kedamaian. Cubalah kita pandang wajah kawan kita dengan satu pandangan yang penuh dengan kebaikan. Hindarilah diri kita dan hati kita dari memandang keburukan dan kejahatan. Kadang aku suka juga memerhati sifat dan sikat manusia yang suka mencungkil keburukan dan menyebar keburukan kepada orang lain. Baginya satu kepuasan sekiranya keburukan itu menjadi topik perbualan dan perbincangan dan di sertai dengan ulasan2 dari satu sudut pandangan negatif sahaja. Dia juga sanggup mengeluarkan bil telefon sana dan sini semata2 untuk dapat bahan yang berbaur negatif untuk dbicarakan. Tak puas satu sumber ke satu sumber untuk mendapat bahan itu. Bahan yang positif diolah dan diadun semula supaya ianya berbunyi sesuatu teruk... dahsyat...memalukan..
Wahai insan...yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral seperti ini... hentikanlah.. jadilah seorang yang lebih positif..byk lagi masa dan tenaga di perlukan untuk sesuatu kebaikan..

Tuesday, February 23, 2010

PHD yang ku Impikan

Melewati hari2 yang penuh dengan kesibukan membuatkan aku tidak sedar bahawa masa begitu cepat berlalu. Aku mesti struggle untuk menamatkan master aku dengan cemerlang. Bukan sijil yang aku utamakan tetapi pengetahuan dan kemahiran yang aku dambakan. Master tidak memberi apa2 impak pada gaji aku tapi ianya memberi impak yang besar pada diriku. Semester ini adalah semester terakhir bagi subjek yang perlu aku menghadiri kelas. Selepas ini menumpukan pada kajian dan perlu berjumpa penyelia sahaja. Aku rasa masih belum puas belajar sudah nak habis.. terlalu sekejap rasanya. Aku mula terfikir selepas ini. Hajat untuk belajar masih menebal dan berkobar-kobar cuma aku menanti Green light dari big bos.. Mr Hashimme (My hubby) la.. Teringin sekali aku belajar ke peringkat PHD dan berjaya memiliki PHD... Itulah impian aku berada pada tahap itu. Sebenarnya ilmu itu umpama air laut, tak pernah habis dan berkurangan. Andainya aku ada kesempatan insyaallah aku akan memiliki apa yang aku impikan. Tidak pada waktu terdekat satu hari ?? . insyaallah..

Saturday, February 6, 2010

Weekend dan Hari biasa.

Pada aku tiada bezanya antara weekend dan hari biasa. Kehidupan aku di penuhi dengan dateline yang perlu dikejar dan dibereskan. Saban hari mengira tugasan yang perlu disiapkan. Perkara-perkara yang perlu didahulukan didahulukan, perkara yang boleh ditangguhkan ditangguhkan dahulu. Dalam kesibukan itu kadang2 lupa pada kepentingan diri. Semalam sebelum datang kelas ke utm aku membuka boot belakang kereta aku, aku dapati ada beberapa pasang kain yang telah dibeli, tapi belum berjahit. Baru aku terfikir sepanjang 2009 dan 2010 ni aku tak buat baju baru pun. Niat tu ada itu pasallah aku beli kain, tapi masa untuk pergi kekedainya tak berkesempatan dan itu mungkin bukan satu perkara yang amat penting buat aku. Rasanya kain2 tu dah ketinggalan zaman dah. Aku rasa tak semua orang sanggup menempuhi kehidupan seperti aku. Kesibukan juga melupakan aku untuk melayan emosi. Pada aku masa itu amat berharga. Kadang2 bila aku mendengar topik perbualan dari kawan2 yang remeh dan emosi aku akan meninggalkan perbualan itu kerana pada aku banyak lagi perkara penting yang perlu dilakukan. Itulah situasi aku kini ... tidak sempat berbual kosong lagi. Tempat mereleas tension kat fb dan blog je lah..Satu hari aku akan memiliki kehidupan yang normal seperti orang lain. Namun begitu kehidupan aku sekarang ni amat bererti buat aku.

Saturday, January 30, 2010

SEPI...

Tika ku sendiri jalani malam sunyi
Angin malam menyapa aku dengan penuh kesayuan
Ku hanya bisa sahut dengan dekapkan badan
Pertanda ku dengarkan seru tegurnya

Langkah kaki tetap terirama pelan
Biar sang angin tidak terlalu keras tegurannya
Karena ku takut tubuh ku kalah
Terkapar lemas tak bisa lakukan apa-apa

Dalam langkah ku nikmati malam ini
Walau sendiri ku berjalan tetap senyum

sepi terus membahana di jiwa
Tiada seorangpun dengarkannya
Tangisan penuhi hati nuraniku
Tiba-tiba nuraniku berbisik sayu...
Semua telah lupa akan keberadaanmu.

Friday, January 22, 2010

Tajuk Kajian....

Peranan Pengetua/ gurubesar dalam mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

Saya rasa inilah tajuk tesis yang bakal aku buat nanti. Dalam mengintegrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan seorang pengetua/gurubesar itu dianggap sebagai fasilitator perubahan iaitu merubah satu system yang tradisional kepada system digital ini. Dengan itu kajian mengenai perkara2 dibawah dapat membantu kearah menjawabnya persoalan kajian saya ini.

1. Peranan Pemimpin sebagai fasilitator perubahan.
 Dari segi membangun dan susun atur organisasi yang suportif.
 Menjalankan latihan yang berpusat.
 Menilai dan memantau secara berterusan.
 Menyedia konsultasi dan penguatkuasaan

2. Gaya fasilitator perubahan
 Sebagai perangsang (Initiator)
 Pengurus (Manager)
 Pemaklum( Responder)

3. Penggunaan ICT dalam pengurusan dan Kepimpinan pendidikan
 Infrastruktur ICT spt penyediaan peralatan ICT dan internet di kawasan sekolah.
 Pemantauan berkomputer (Computer Surveillance)
 Latihan ICT.
 ICT dalam komunikasi.
Kepada kenkawan semua apakah idea u all dengan tajuk saya.. sebenarnya tajuk ni belum mantap lagi dan entah berapa kali dah saya bertukar tajuk..kepala naik fening da...

Saturday, January 16, 2010

Apakah Yang Aku Impikan?

Hari ini aku tidak ada kelas di UTM so aku ambik kesempatan untuk mengemas kelas. Memandangkan kelas aku agak comot dengan kesan tampalan sana sini so aku mengambil keputusan untuk cat. Dari pagi aku mengecat bahagian depan. Setelah selesai mengecat aku melaminating bahan2 yang telah aku cetak dan mendekorasinya sikit..sudah lama aku tak melakukan kerja2 menghias kelas ni... tapi sebenarnya aku minat kerja2 begini... masih aku ingat pada tahun 2003, ketika itu aku berada di SK Rompin dan aku sebagai penyelaras PSS. Ketika itu PSS aku mendapat anugerah Pusat Sumber Terbaik peringkat negeri. Dapat 5 bintang.PSS aku ketika itu memang cantik la (orang kata) termasuk nazir dan pegawai PSPN yang mengiktiraf di samping sistem pengurusan maklumat yang baik ketika itu. Masa tu, macam2 aku buat dan menjadikan aku seorang workholic. Lalu di sedarkan oleh suami aku supaya memikirkan soal masa depan aku iaitu menyambung belajar. Lalu demi mereleaskan tugasan aku sebagai penyelaras PSS aku membuat satu penghijrahan iaitu bertukar ke SK Janglau. Semasa di SKJ aku bermula era bekerja dan belajar. Namun aku tempuhi dengan sebaiknya. Sehinggalah aku memangku jawatan sebagai GPK di sana. Bila fikirkan unik perjalanan kerjaya aku. Kini aku guru biasa pulak dan tak mungkin aku memegang jawatan sebagai GPK Lagi memandangkan aku sudah berada di gred DG 41 bermula 2008. Apakah perjalanan seterusnya aku? kini aku guru tahun 1. Apa pun aku dan dimana pun kedudukan aku..aku pasti lakukan yang terbaik...Namun aku masih belum mengapai apa yang aku inginkan...insyaallah one day...mungkin inilah jalan untuk aku mencapai...

Wednesday, January 13, 2010

membina web.

Hampir 2 minggu aku berada disekolah baru. Aku cuba berbakti kepada sekolah baru aku.Aku ingin berkongsi sebenarnya apa yang aku ada tidak lebih dari itu. Langkah yang aku ambil ialah membina website sekolah. walaupun tak seberapa namun mendapat sokongan yang padu dari GB aku. Website ini masih baru dan pengisiannya pun tak seberapa. Kalau rakan2 berminat melihatnya untuk berkongsi idea bolehlah melawat http://skkampungkolam.webs.com. Segala sokongan,pandangan dan idea amat diharapkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...