Friday, May 28, 2010

Rasa bertanggungjawab

Sudah lama aku tak berkesempatan menulis blog ini. Tadi setelah aku membuka blog ni, aku baca 2 komen yang matang dari Pakcik Almanar dan Cikgu Wahab. Baru aku ingat aku terlupa untuk wish Happy Teacher's day untuk kedua insan ini.. Terharu sangat..sebenarnya akibat terlalu sibuk, dan tak baca dan buka blog.
Berbalik kepada komentar Pakcik Almanar dalam blog aku bagi posting dibawah amat bererti buat aku memahami dan mengerti apa yang tersirat. Sekali lagi aku terpanggil untuk menulis tentang rasa bertanggungjawab. Masih lagi berkisar tentang kerjaya aku sebagai guru.
Kalau ALLAH panjangkan umur aku masih mempunyai 18 tahun untuk mengharungi dan melalui routine sebagai guru. Kalau dulu aku sering melihat nenek dan ayah aku mengajar anak2 kat kampung secara percuma setiap hari, tanpa terdengar rungutan dan keluhan. Malah itulah routine hariannya selepas waktu tengahari hingga ke petang dan bersambung malam. Di wajahnya terpancar kepuasan dengan apa yang dicurahkan. Hasilnya aku lihat anak-anak cucunya di beri keberkatan dan alhamdulillah boleh dikatakan menjadi. Itulah balasan Allah.
Aku juga pernah terfikir tentang anak-anak seorang kenalan aku, walaupun belajar tanpa tusyen tapi sering mendapat keputusan periksa yang cemerlang dan hampir kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa rahsianya? aku lihat dia suka mengajar anak2 jiran2 dan orang sekelilingnya mengaji secara percuma. Walaupun dia seorang guru di sekolah Menengah balik hampir petang, tapi masih sempat mengajar Al- Quran pada waktu malamnya tanpa mengharap bayaran. Bila aku tanya dia menjawab ayah dan nenek kita dulu pun buat macam ni.. itulah jariah katanya. kita tidak ada duit tapi kita ada ilmu..gunakan.
Rasa kebertanggungjawab ini lahir dari hati yang ikhlas. Mengikhlaskan diri tanpa terdetik unsur2 riak, takabur dan keterpaksaan memanglah suatu yang susah. Namun kita cuba mendidik diri. Tengok bangsa kita dan agama kita yang dicemari dan runtuh perlahan-lahan. Adakah kerana tidak ada rasa bertanggungjawab dari insan seperti kita. Nauzubillahi min zalik.

2 comments:

Anonymous said...

Cikgu
Kalau sepatah kata saya memberi erti yang baik dan tidak menyinggung perasaan, Alhamdulillah.
Pakcik Hassan

Anonymous said...

Cikgu,
Kalau tahu berada diUMT sudah tentu dipelawa - sejenggkal sahaja dari situ, juga ditepi pantai.
Pakcik Hassan

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...