Sunday, August 30, 2009

MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA !!!

Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Lirik Lagu Satu Malaysia


(Lagu Tema Rasmi 1Malaysia)
Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa muliaKita bina
Satu Malaysia
Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus (4x)
Satu Malaysia untuk semua
Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy
Kawan-kawan sama-sama kita menghayati kemerdekaan dan melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Saturday, August 29, 2009

Berbuka Puasa Beramai-ramai.

MR KHALIL , MY BIG BROTHER IN LAW

SURITA & MRS AMIE & MAK ....

ANAK-ANAK BERSAMA BAPA2
Kalau satu ketika dahulu kat kampung, selalu ada majlis berbuka puasa secara beramai-ramai ni terutama dalam kalangan anak-beranak, jiran terdekat dan sedara mara ni. Tapi sekarang ni budaya ni dah berkurangan dek kerana kekangan masa dan tugas. Bagi saya sendiripun biasanya penghujung ramadhan, setelah hampir hari raya dan balik kampung baru berpeluang berbuka puasa beramai-ramai. Tapi semalam masih dalam tempoh cuti sekolah, saya berkesempatanlah menjemput jiran terdekat je, beberapa buah rumah di kiri kanan rumah saya untuk berbuka bersama di teratak saya tuh.Kalau nak jemput ramai-ramai tak mampulah nak mengendalikannya. Di bulan puasa ni penuh keberkatan sebenarnya. Pada awal penyediaan makanan tu bimbang tak cukup, maklumlah siang waktu perut lapar. Rupanya jumlah yang disediakan berlebihan pulak. Hah ini tips bila nak sedia makanan pada bulan puasa ni mesti kurang dari biasa bulan tak puasa. Selepas berbuka biasanya ramai yang minum air banyak dan kenyang sudah tentu jumlah makanan yang diambil sedikit. Apa impak yang saya dapat perolehi dari berbuka ramai-ramai ni dah tentulah silaturrahim. Lebih-lebih lagi orang macam saya yang sentiasa sibuk dan jarang sekali bersua muka. Alhamdulillah jiran saya tak berkecil hati dengan saya dan memahami saya. Saya juga dapati anak-anak seronok dan meminta diadakan lagi majlis seperti itu. Dalam kesempatan yang sedikit itu dapatlah mengeratkan hubungan dengan jiran yang amat perihatin sebenarnya selama ini. wallahuwaalam

Thursday, August 27, 2009

Satu Malam di Bulan Ramadhan

Pejam celik,pejam celik sudah hampir seminggu kita berpuasa. Dalam kekalutan antara tugasan duniawi kita melaksanakan ibadah yang dituntut oleh ALLAH kepada seluruh manusia terutamanya yang beragama Islam. Malaysia sebuah negara Islam di mana rakyatnya majoriti Islam sudah tentu merasai nikmat bulan puasa. Bulan yang penuh dengan kemeriahan. Bila diperhatikan solat terawih diadakan di hampir kesemua masjid dan didapati jemaahnya amat ramai sekali berbanding dengan bulan-bulan biasa. Alangkah indahnya panorama itu. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan turut serta dan melalui pengalaman ini. Semalam kami sekeluarga menunaikan solat terawih di masjid Kampung Simpang Sepayang. Selepas solat terawih bersiar-siar sekejap ke bandar Rompin. Dari Sepayang ke Rompin saya melalui beberapa buah surau dan masjid. Saya dapati amat meriah sekali suasananya dan bilangan ahli jemaahnya. Terdetik dihati saya alangkah indahnya kalaulah situasi seperti ini berterusan sepanjang tahun. Betapa indahnya nampak Islam itu. Sesampai di Rompin saya pergi gerai cina membeli buah. Orang Cina tu tinjau-tinjau anak -anak saya yang masih bertelengkung solat. So Amoi tu tanya saya, "cikgu dari masjid ke,"? saya kata ye. "Kenapa bulan puasa ni ramai olang melayu di Masjid."? bulan lain kulang o.. U punya tuhan ada tulun ini bulan ke?. Persoalan itu saya cuba jawab dengan sebaik mungkin dan cina kata oo.. banyak seronok aa ..anak-anak u yang kecik-kecik pun ikut sama. Kita orang cina satu malam je dapat sama anak beranak . Lalu saya berlalu dari kedai itu. Masa ini saya rasa betapa perlunya kemahiran dan ilmu supaya orang bukan Islam turut memahami. Islam adalah agama yang indah dan merangkumi zahir dan batin. Mengenali zahir mendorong seseorang mengetahui yang batin. Wallahu waalam.

Tuesday, August 25, 2009

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa i

Bertemu kembali diruangan yang tidak seberapa ini. Kawan-kawan dan sahabat sekelian tentu pernah dengar tentang pusat-pusat body sliming yang diiklan di TV seperti sliming world dan sebagainya tu. Bila kita dengar, ahh mesti boleh slim and fit body kalau pergi ke sliming centre ni. Tapi kosnya kalau tak ada 3000+++ tak usah jenguhlah tempat sebegini. Itu tentang kos, tentang kesannya? berbagai persoalan, boleh slim ke? confirm ke ? Tapi ramai wanita sanggup berhabis untuk cantik dan sihat. Namun begitu mengikut rakan saya yang memang concern about it, dia pernah enroll untuk mengikuti program penurunan berat badan melalui salah satu centre yang ada di Malaysia ini, memang kena melalui proses puasa jugak. So how ? why not we just follow this steps. It's exactly dengan program diet di sliming centre tu. Berikut saya cuba rumuskan tentang kesan puasa itu dari segi fizikal dan kesihatan.
Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-
· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)– Pada peringkat ini Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.
· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.
· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.
Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur. Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.
Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli. Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.
Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.
Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.
Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan ya ramadhan.

Sepuluh malam yang awal di bulan ramadhan ini disediakan oleh Allah ruang2 kepada hambanya untuk mencari keampunan. Terlalu singkat masa itu berbanding dengan sekian banyak dosa yang telah dilakukan. Pada hari ini seharian aku mengadap laptop dan membelek-belek buku rujukan untuk menyiapkan assigment aku. Kadang-kadang terasa macam tak larat sangat tapi aku cuba jugak. Kadang-kadang tu selit-selit dengan membuka blog supaya tidak begitu stress. Tepat jam 5.00 petang berhenti solat dan siapkan bahan untuk masak berbuka. Biasalah berbuka anak-anak minta masakkan mee hailam dan samping tu nasi ada juga dengan lauk yang simple-simple saja. Menu rumah kami tak berbeza sangat dengan hari-hari biasa. Memang melatih anak macam tu. Jarang juga ke Pasar Ramadhan sebab mungkin jarak rumah dengan pasar agak jauh dan rasa buang masa untuk keluar lebih senang masak di rumah saja. Nampaknya assigment aku tadi baru berapa persen siap yek... sikit aje. Maklumlah susahnya nak dapat sumber... Tak pe mudah-mudahan akan dapat siap dengan baik, berkat ramadhan al mubarak. Malam ni berhajat untuk berterawih. Keseronokkan berterawih ni, Mana lagi kita dapat nikmat berterawih kecuali di bulan ramadan ini. Dulu masa anak kecik2 aku tak berpeluang untuk berterawih berjemaah di masjid seperti ini. Masa tu ramadhan tak la seseronok sekarang. Ya sekarang anak2 boleh ikut sama terawih. Penuh satu kereta pergi terawih. Best!! saya percaya bagi orang yang mempunyai ramai anak lebih seronok melalui saat-saat seperti itu. Baiklah masa berbuka dah nak hampir.. saya ucapkan selamat berbuka. BARAKALLAHU LI WALAKUM....

Saturday, August 22, 2009

PUDING RAJA MEK ROS




Haa.. ni sebenarnya resipi puding raja special dedicated untuk kekanda yang berada di bandar Melaka tue... Puan Shakimah and kepada Puan Rohanah di Bachok and also Adik Yah di Shah Alam. Buat rakan2 yang menjengok blog ini pun boleh juga cuba. Sebenarnya kekanda2ku ini selalu menanyakan adindanya yang agak liat masak ni tentang masak puding2 ni semua..Sebenarnya tak pandai... tapi suka mencuba puding2 ni. Tapi jangan bagi saya buat kek alamat jadi cekodok atau lempeng la...hah kekanda2 ku nun di sana! ini dia resepi puding raja pahang. ops kerabat je makan...
Bahan-bahan
- Jala mas
-Buah prune tanpa biji
-Biji gajus
- Buah ceri
- Pisang
cara buat jala mas
- TELUR ITIK DIAMBIL MERAH NYE SAHAJA .DI TAPIS UNTUK MENGELAK KAN KETULAN TELUR.DAN GUNA KAN DAUN PISANG UNTUK MEMBUAT SEPERTI ROTI JALA.AYAK KAN DIATAS AIR GULA YG DI PANASKAN ATAS API.GULA SEBANYAK 1/2 KG.AIR NYE MENJADI PEKAT.MASAK KAN HINGGA HABIS.

Untuk kuah puding
- 400 ml susu cair
- 200 ml air
- 2 biji telur kuning
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara
1. Pisang dibelah 2.Goreng pisang dengan minyak + sedikit minyak sapi.Bila sudah
kekuningan,angkat dan toskan.
2.Goreng pula gajus.
3. Satukan semua bahan untuk kuah, masak atas api sederhana. kacau hingga kuah pekat dan
kemudian sejukkan
4.Cara menghidang:Susun pisang goreng di dlaam pinggan / mangkuk.Kemudian letakkan jala
mas, buah prune, buah ceri dan gajus.AKhir sekali tuangkan kuah dan sedia dihidangkan.
NI... MASIH PANAS LAGI... SIMPAN DALAM PETI AIS MAKAN SEJUK PUN BEST...
SELAMAT BERBUKA PUASA...

Thursday, August 20, 2009

Bingkisan Ramadhan...DARI KU...


Hari ini adalah hari terakhir kita berada di bulan Syaaban. Andainya dipanjangkan umur esok kita berkesempatan menyambut ramadan al mubarak. Allah telah menguji kita dengan pelbagai cabaran seperti H1N1 yang amat merisaukan kita. Apakah disebalik dugaan yang Allah berikan kepada kita ini? Setiap yang Allah lakukan bukanlah saja-saja tetapi ada pengajaran yang sewajarnya untuk kita renungkan bersama. Semoga di bulan Ramadan ini sama-sama kita mohon keampunan dariNYA dan lindungkan kita dari Wabak H1N1 ini.


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."



KEPADA RAKAN-RAKAN SEMUA SELAMAT BERPUASA... SEMOGA RAMADAN INI BULAN YANG TERINDAH BUAT SEMUA..

Wednesday, August 19, 2009

Demam sikit saja...

Hari ini sekali lagi dipanggil ke PPD Rompin untuk urusan LADAP. Selaku setiausaha LADAP dah tentu aku pergi... ha.ha. itukan arahan. Semenjak beberapa hari ni badan rasa macam tak sihat saja. Di rumah anak aku yang sulong sedang demam. Tapi sebagaimana biasa aku ni jenis kurang layan kalau demam sikit-sikit aku gagahi juga. Dah beberapa kali suami menyuruh ke klinik tapi aku buat dek je.. aku akan menjawab alah sikit saja. Sekembali dari mesyuarat kat PPD aku terus mengambil anak-anak dari sekolah kemudian membawa pulak anak lelaki ke kedai gunting rambut. Memandangkan rambutnya dah panjang, rimas tengoknya. Apabila sampai ke rumah tiba-tiba badan rasa mengigil pulak. Bila ambil penyukat suhu badan memang panas melebihi 38 darjah celcius ni. Tapi pelik juga aku rasa macam ok lagi. rasa macam biasa. Selalu juga beberapa kali sebelum ini bila rasa tak sedap badan, pergi jumpa dr Rosilah(klinik Faisal) tu dia kata eei.. awak demam ni.. tapi pada masa tu saya rasa ok lagi. Lagi satu aku ni jenis tekanan darah selalu rendah. Dr kata biasanya orang lain pada tekanan darah seperti ini dah pengsan. Tapi you steady lagi yek.. Inilah spesis orang degil sebenarnya. Hai namun begitu aku rasa walaupun demam aku kena juga ke sekolah malam ini untuk acara solat hajat bersama pelajar. Aku ni jenis tak suka menyatakan alasan. Biar susah dan seksa sikit takpe. Mudah-mudahan selepas menelan Panadol aktif fast tadi aku boleh pergi ke sekolah malam ni.

Monday, August 17, 2009

Persoalan kehidupan biasa.

Hari ini sekolah hubby aku dah kena tutup akibat Virus H1N1. Nampaknya virus ini terus menular dan doaku semoga segalanya akan berakhir dengan cepat.
Bila direnungkan kenapa glamour sangat penyakit yang berjenama BABI ni? Bukankah Tuhan sudah melarang keras dengan binatang ini. Kerana? penangannya amat hebat?
Bila anak2 tanya kalau dah tahu BABI itu bahaya kenapa Allah jadikan? apa nak jawab? Allah jadikan untuk menguji manusia. Menguji kesabaran manusia. Keimanan manusia. Lagi pun itulah kekuasaan ALLAH. Di dunia ini Allah menyediakan pelbagai benda ada yang baik dan ada yang tidak baik. Tapi Allah menyediakan satu tool kepada manusia untuk menimbangnya. Apakah peralatan itu? Otak je jawapannya. Memang susah kadang2 nak menjawab persoalan anak2 yang kadang suka mencari kesalahan pihak lain, bukan diri sendiri.
Itu persoalan anak2. Persoalan orang tua juga susah nak jawab. Ini bukan soalan H1N1, tapi persoalan suami nak kahwin lagi.
Mrs a: Hai kenapa orang lelaki ni gatal sangat. sikit-sikit nak kahwin lain.
Mr b : Kawin lebih tu sunnah kan kenapa tak boleh?
Mrs a: Byk lagi perkara sunnah yang boleh buat kenapa sunnah ini pulak yang nak buat.
Mr b: Yg lain susah yang ni senang. sekurang2nya abang ada juga buat perkara yang mengikut
sunnah.
Mrs a; Hah payah la cakap dengan abang ni. kalau nak kahwin ceraikan saya.
Selang beberapa Mrs a datang berjumpa satu ustazah dan bertanya boleh ke saya minta cerai? Ustazah pun menyatakan hukum sedikit sebanyak. Kemudian Mrs a bertanya lagi.. kenapa ALLAH mengeluarkan hukum lelaki boleh kahwin lebih pada satu?
Apakah jawapan bagi persoalan tersebut. ALLAH maha mengetahui. setiap penetapan itu ada sebab musabab dan pasti semua orang dah tahu kan. Perempuan tadi sepatutnya bertanya kenapa suami ingin berkahwin lagi pada dirinya sendiri. Mungkin diri sendiri ada kekurangan dan kelemahan. Kalau kekurangan boleh diperbaiki baiki dan sekiranya tak boleh diperbaiki reda je lah. Kadang2 dalam isu seperti ini ramai orang terlalu emosi dan kadang2 kata2 boleh merosakan akidah dan menidakkan hukuman ALLAH. Bukan saya suka poligami dan saya pernah mengingatkan member2 tapi ada member hentam balik saya.. awak tak kena sedaplah bercakap. Betul juga cakapnya. Tapi ingatlah jaga kata2 dan akidah. Jangan dengan ujian Allah yang sedikit itu rosak pulak iman. Saya pernah jumpa orang yang menghadapi masalah seperti ini kadang2 banyak merosakkan akidah mereka. Bila berlaku keadaan di atas antara tindakan yang di ambil ialah berjumpa bomoh, Mengamalkan amalan2 yang sesat seperti minyak pengasih, air pengasih, minta bantuan jin dan sebagainya untuk mengikat suami. Jarang sekali yang cuba memperbaiki diri dan sembahyang hajat memohon dari ALLAH. Kepada kaum suami nak kahwin lain tu fikirkan takut nanti isteri anda terpesong... hi.hi.. mafhumnya sunah dapat dosa dapat...

tukar templete

Entah kali keberapa aku menukar templete blog aku.. mm boring dengan penampilan yang lama.. semalam aku dah tukar yang lain tapi bila aku tengok muram je templete aku ... eihh tak puashati hari ni aku tukar lagi templete yang baru.
Sungguhpun baju bertukar tapi isinya tetap sama dan elemen-elemen yang ada di dalam pun sama. Kalau kawan-kawan perasan biarpun aku tukar templete macam mana sekalipun, warna-warna yang aku pilih macam tu jugak. Kata kawanku pucat, muram. Biasanya kalau aku beli baju baru pun baju yang dibeli hampir sama colournya. Mungkin itu adalah personaliti kita. Aku percaya kalau Dr Alya dan Aliza yang melihat blog aku ni dia dapat mengenali aku. Sebagaimana yang aku baca dalam blog Dr Alya kenali diri melalui warna.. ha.ha.. Apa-apa pun inilah templete aku buat masa ini. Mungkin akan bertukar lagi, dan terus bertukar.. hah itulah aku. Hanya bertukar templete je...

Saturday, August 15, 2009

Menerawang di sesawang ...

Hari ini nampaknya aku santai je di rumah sambil melihat gelagat anak-anak aku. Suami aku? sudah tentu berada dipadang woodball bersama teman-temannya yang tak habis2 memukul bola kayunya. Biarkan dia.. sudah bertahun2 itulah aktivitinya. Aku pulak tak mempunyai hobi seperti itu. Entahlah apalah hobi aku... rasanya tidak ada.. mungkin life style aku berbeza.
Kadang-kadang aku rasa sunyi jugak. anak-anak dah besar tak de lagi yang merengek2 nak itu nak ini semuanya dah boleh survive diri sendiri. Apa lagi.. internet la. cari bahan tugasan, melawat blog, chating di YM kalau kebetulan ada member dan facebook. ha.ha. itu kah kehidupan dizaman moden ini.
Nampaknya kehidupan zaman IT ni budaya lepak yang tak nampak... sebenarnya duk lepak bersama laptop atau PC. Kalau dulu dik lepak depan2 rumah santai, borak dan megumpat kini di maya pulak. Apa-apapun pastikanlah aktiviti ini positif. pokok pangkalnya bila berborak di maya tu tentukan topik yang boleh menambah ilmu, mencungkil idea dan membawa pembentukan diri yang lebih unggul..

Wednesday, August 12, 2009

TEORI HOLLAND mungkin boleh membantu mengurus dan membangun pelajar.

Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah
1. Realistik (R),
2. Investigatif (I),
3. Artistik (A),
4. Sosial (S),
5. Enterprising (E)
6. Conventional (C).
Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu:

i. Realistik atau agresif- sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran dan masculinity. Individu realistic biasanya akan memilih kerjaya yang akan membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang dimiliki oleh mereka. Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang kayu dan lain-lain. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain
.ii. Investigatif atau intelektual - sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigative mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain.
iii. Artistik atau imaginative - artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni. Individu artistic menyukai aktiviti-aktiviti yang kabur, bebas dan tidak sistematik yang memerlukan mereka memanipulasi bahan-bahan dan perkataan, disamping menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginative, bebas, intuitif dan lain-lain.
iv. Sosial - individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor
.v. Enterprising atau extrovert - individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain. Kerjaya yang mereka pilih ialah seperti ahli politik, pengurus, eksekutif dan perniaga.
vi. Conventional atau praktikal - individu conventional memiliki minat, kecekapan, persepsi diri dan mempunya iciri-ciri seperti berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain. Mereka memilih kerjaya seperti kerani, setiausaha atau operator.
Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Sekiranya anda seorang ibubapa sudah tentu anda mengenali personaliti anak-anak anda begitu juga sekiranya anda seorang guru, guru besar, pengetua dan ketua jabatan. Mengenali personaliti ini dapat membantu pengurusan yang lebih berkesan...wallahu waalam

Sunday, August 9, 2009

KABUS atau JERUBU...



Seperti biasa awal-awal pagi lebihkurang pukul 5.00 Pagi aku bertolak ke UTM. Bersama Honda City berwarna Metal Polish tu aku menuju dengan lajunya. Biasanya awal-awal pagi macam ni dengan kelajuan 120 Km/j masih Ok. Kalau terlajak tekan minyak pun pergilah kelajuan 140 km/j. Tapi semalam berbeza.. sepanjang perjalanan tu kabus sangat tebal. eik kabus ke jerubu? mana satu istillah yang boleh guna? konfius deh.. Namun dengan kelajuan 80 km/j akhirnya sampai jugak.. tepat pada masanya. Masa balik pulak... aduh.. hujan lebat selebatnya. Hitam awan, ribut dan petir sambar menyambar. Sekali lagi aku terpaksa memperlahankan pemanduan aku.
Rasanya terlalu penat pemanduan mengambil masa hampir 6 jam itu. Biasanya hanya 3 jam sahaja. Bayangkan bulan puasa... tapi sebenarnya aku biasa menghadapi saat berbuka di perjalanan nih.. Tapi yang berbeza sekarang sendirian. Dulu ada kawan (Shuhaini) Bila direnung itulah perjuangan. Hari ini datang sekolah.. seperti biasa. Dengan minum segelas susu dan 3 biji kurma aku rasa bertenaga seperti biasa. Letih itu perasaan sebenarnya. Alhamdulillah aku mampu menjalankan tugas aku dengan baik di hari ini. Setakat ini aku tak pernah lagi bercuti kerana penat menghadiri kelas. Rekod ini akan kupertahankan..hi.hi.

Saturday, August 1, 2009

Mesyuarat e pelaporan jQAF di Centre Point.

Mulai 27 /07/2009- 29/07/2009 aku telah dipanggil oleh JPN untuk menghadiri mesyuarat dan pengumpulan data j-QAF di Hotel Centre Point Kuala Lipis.Mesyuarat itu bermula 8.30 pagi dan berakhir 10.30 malam. Selepas balik ke bilik masih meneruskan kerja sebab bimbang tak siap dan dah pasti penggabungan negeri tak dapat dilakukan pada masa yang ditetapkan. Ahha.. Semasa aku ke Lipis hari tu sempat juga aku dan beberapa ustaz dan ustazah yang lain pergi menziarahi seorang bekas ustaz yang telah pencen di rumah (USTAZ NAMLUR) . Aku tengok wajah ustaz tu ceria je.. mungkin dia happy kami berkunjung ke rumahnya dan mungkin juga dia tak tension dah. Maklumlah berehat je kat rumah dan buat apa yang dia suka. (makin muda gitu). Suasana rumahnya yang terletak jauh dari rumah orang dan dikelilingi flora dan fauna... menyebabkan kami tak sedar bahawa hari dah hampir malam.. Maklumlah jam 8,30 malam kena masuk dewan balik. Gambar di bawah sempat aku rakamkan.. banyak lagi gambar tapi hanya ini saya yang sempat di uploadkan...


gambar 1- Kak Hawa penyelia pendidikan Islam dari cameron Highland. Cili lipis tak sama cili cameron highland....
Gambar 2 -Aku bersama teman sebilik (ida) dari jerantut. Perkenalan yang sekejap tetapi penuh bererti.
Gambar 3- Ikan yang dipancing dari kolam Ustaz Namlur... kena panggang da..
Gambar 4 - Ustazah Jamilah dengan misinya.. mendapatkan ikan besar.
Gambar 5- Akulah tu... tapi ikan tu dipancing oleh Ustaz Nik Naim. hi.hi.
Gambar 6 - Pancing jangan tak pancing...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...