Sunday, December 31, 2017

TEMPLETE RPH (AL QURAN TAHUN 5) ala2 PAK 21 (KEGUNAAN PERIBADI)







INI contoh yg cuba digubah. dalam format  excel...Semuanya dah di format dengan hanya menekan butang list anda boleh memilih  isi yg berkaitan. SP /SD/OBJEKTIF/AKTIVITI.



biasalah dalam tulisan jawi bila masuk google drive dia lain macam sikit. tapi kalau dah download dan masukkan dalam comp ada font jawi semuanya jadi elok.. inshaalah. jariah saya  boleh lah link    di
https://drive.google.com/file/d/1eK7JhEXRwhxXpwnGOJ9yyI41LjLmzkhV/view?usp=sharing.

beberapa item saya ambik dari beberapa templete yang orang lain buat juga. saya nak credit di sini tapi tak tahu pula empunya sebenarnya. saya ambik dan buat sedikit perubahan.

sekiranya terdapat kesalahan ejaan tu maaf sbb masih peringkat draf..tp ramai yang request minta emel dsb..akak bg di sini lah tak sempat nak emel sorg2 .
utk bidang lain masih dlm proses...

Monday, December 4, 2017

PENGGUNAAN DOKUMENT MAP DALAM MS WORD.

 Ramai yang menaip atau membuat satu tugasan tu hanya dengan terus je menaip. Sebenarnya ada cara yang mudah mempercepatkan kerja kita. Salah satu cara pengurusan penulisan kertas kerja atau pelan strategik kita gunakan  pane dokumen map ni.

Dokumen map merupakan sebuah pane berbentuk vertikal  di sebelah kiri .





Dengan menggunakan dokumen map kita dapat melakukan navigasi dengn mudah dan cepat dlm dokumen yang berhalaman banyak tanpa susah payah scroll.

Pertama2 kena setting heading dulu. sekali je setting utk deading dan style ni.
masa setting heading ni boleh tentukan terus bold ke, jenis font ke, nak letak tengah atau tepi, saiz font. 

heading 1 untuk topik biasanya


heading 2 utk sub topik



heading utk sub sub topik.


SEKIRANYA ANDA SETTING PROSEDUR DI ATAS DENGAN BETUL. DOKUMEN WORD YANG TERTERA  PADA DUKUMEN MAP JUGA BETUL. UNTUK MEMANTAU ATAU MENGEDIT KITA TAK PERLU SKROLL LAGI KITA PERGI JE KE DOKUMEN MAP DAN KLIK JE PADA BAHAGIAN YANG HENDAK DI EDIT.




Friday, December 1, 2017

CARA SETTING KOMPUTER UNTUK MENAIP DALAM TULISAN JAWI.

Menaip jawi menjadi satu keperluan asas bagi guru-guru yang bergelar ustazah. GB terpanggil untuk membuat post ini apabila ramai yang bertanya bagaimana nak menaip dalam tulisan jawi. ada yang berhasrat tahun depan nak memulakan rph dalam bentuk fail..
nah ...di sini saya titipkan agar ianya bermanfaat.

1. langkah 1
on komputer then click pada control panel

2.langkah 2
apabila control panel di click anda akan di bawa ke paparan berikut. click font



langkah 3
Diruangan font ini anda boleh amik font jawi dari mana-mana komputer yaang ada font jawi atau copy ( BOLEH COPY DI SINI ) kemudian paste dalam font komputer anda. 
(antara font jawi yang selalu di gunakan dalam menulis jawi)

langkah 4
pergi ke control panel balik dan click control panel


langkah 5
click language dan regiaon then click.


langkah 6
apabila language and region di click anda boleh setting kepada arabic saudi arabia

langkah 7
bila dah siap tekan aply dan anda boleh melihat di bar bahagian bawah muncul 2 bahasa. untuk tulis jawi anda tekan A dan untuk tulis rumi tekan E
Langkah 8
untuk mula menulis anda buka word microsoft  dan sekiranya anda tak ada lagi sticker font jawi anda boleh dapat keyboard di accesaries dan click bahagia ease and acces
langkah 9
cari keyboard on screen


langkah 10

akan terpapar key board  spt ini.

langkah 11 
anda boleh mula menulis rph, membina soalan dan sebagainya.

SELAMAT MENCUBA








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...