Thursday, August 16, 2018

MANDELEY UNTUK CITATION DAN BIBLIOGRAFI

MENDELEY Hari ni macam teruja nak update blog yang sekian lama tersarang. Topik hari ini adalah mendeley. Sebenarnya mendeley ni satu aplikasi yang sangat berguna kepada pelajar yang terlibat dengan kajian tak kiralah dia pelajar degree, pelajar master lebih2 lagi PHD. Ha..ha apa itu mendeley? Mendeley ni satu aplikasi untuk membuat merekod apa yang di petik dari jurnal ke tesis ke, yang mana bila kita petik body note tu makan akan terkeluarlah nama penulis, tajuk penulisan tahun dan sebagainya. Terpulang nak ikut format apa. Seperti format APA. Mendeley ni aplikasi yang sangat mudah dan boleh download free je dari internet. Bagai mana? 1. Pergi je ke google chrome dan taip https://www.mendeley.com Dah keluar macam ni klik je pada create account Muncul paparan macam ni isi semua yang dia minta Siap install… Bila dah install kuar macam ni… masukan emel dah password Bila sign in keluar macam ni… Pastikan bahagian other setting tak bercentang dan klik bahagian tengah yang ada tajuk jurnal tu. Ok bila klik bahagian tajuk keluar petikan jurnal. Copy bahagian yang hendak di petik. Kemudian buka word. (sblum tu word kena install plug in dulu) Dah paste di word ms seperti di atas pergi ke mendeley semula dan copy tajuk jurnal yang kita petik. Pergi ke word ms semula klik insert cita tion dan keluar kotak seperti di atas dan paste tekan ok. Lepas tekan ok. Automatik keluar na ma penulis. Untuk dapat babliografi penuh untu di masukkan ke dalam rujukan pula hanay tekan insert bibliografi akan keluar senarai penuh Senang..kan..sesenang ABC .. Selamat mencuba…

Tuesday, February 6, 2018

SKPMG 2

Ha ha terkejut badak bila dilantik sebagai su skpmg2 sekolah. Lama ni mama buat dek je..dengan gelombang2 ni..biarlah ikut je apa pentadbir nak buat. Tap tup2 jadi SU..kenalah study sikit..bila study baru menyedari betapa sistematiknya skpmg2 ni..mama suka...mama  memang suka benda yang berupa tindakan yang sistematik gini..kalau tak takdelah mama jadi pensyarah kajian tindakan  kan...
tapi mama nak tepek sini lah segala benda berkaitan dengan skpmg2

tahu dok apa tu skpmg2? singkatan dari apa? haha jgn buat muka blur..ye adik kakak...
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIAN GELOMBANG 2..

merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan  tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. Download

Standard 1 : Kepimpinan
Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp. Download

PGB sebagai Peneraju
PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong



Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Download

Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Aset
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Pendidikan
Iklim
Pengurusan Perpaduan
Permuafakatan Strategik



Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah. 

Kurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan Mata Pelajaran
Pengurusan Masa Instruksional
Pengurusan Penilaian Murid

Kokurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
Pengurusan Kelab / Persatuan
Pengurusan Badan Beruniform
Pengurusan Sukan / Permainan
Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
Pengurusan Sukan Untuk Semua
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Hal Ehwal Murid Download
Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Keselamatan Murid
Pengurusan Kesihatan Murid
Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling



Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download

Guru Sebagai Perancang
Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
Guru Sebagai Pendorong
Guru sebagai Penilai
Murid sebagai Pembelajar Aktif

EXTRA INFO : Standard 4 SKPMg2 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan




Standard 5 : Kemenjadian Murid

Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran,  berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Download

Kemenjadian Murid Dalam Akademik

Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah Murid 

Monday, January 29, 2018

ISTIADAT LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS MENERIMA AHLI BARU

Terpanggil utk memuat naik di sini sebagai rujukan diri sendiri dan mungkin kawan sepanduan...

ISTIADAT  LINGKUNGAN TUNAS

LAGU KUMPULAN BERENAM

SIANTAN 

– SIANTAN DATANG BERKAWAN , BERANI MACAM PAHLAWAN 

MELOR 
– MELOR TAAT DAN SETIA BERUSAHA SETIAP MASA

KENANGA
– KAMI BERNAMA KENANGA BERJASA BERTENAGA

CEMPAKA
- CEMPAKA BERSUKA RIA MENOLONG ORANG DUKA

TERATAI
- TERATAI NAMA KAMI BEKERJA TIAP HARI 

KESIDANG
- KAMI KESIDANG DATANG MENOLONG PAGI PETANG 

LAGU PANDU PUTERI TUNAS

PUTERI TUNAS BERTUJUAN
MENOLONG DAN BERKAWAN 

LAGU AHLI BARU 
AHLI BAHARU SUKA HATI
    MENJADI PUTERI TUNAS 

LAGU LOCENG TUNAS
TUHANKU,
SERUAN HAMBAMU,
BERI KAMI NIKMAT,
SEPANJANG HAYAT ,


SELAMAT TINGGAL  3 X



sebelum membuat lingkungan

·         Kakak setia akan menentukan tempat membuat perjumpaan 

·         Letakkan bendera pptunas    ( pennant)

·         Tentukan tema kreativiti membentuk lingkungan 

·         Beri masa ahli berbincang dalam kumpulan

·         Setiap kumpulan berenam masuk dengan cara rekaan mengelilingi  penant /penanda dan berdiri  disebahagian lingkungan 

         
Ahli Baharu 

apabilasemua kumpulan berenam pptunas telah berada dalam 
lingkungan , ahli baharu yang berada dalam kumpulan akan terus masuk 
ke tengah lingkungan dan duduk bertinggung di situ  


LAGU PANDU PUTERI TUNAS 

       Semua ahli pegang tangan 

       Skip ke kiri dahulu nyanyi lagu ini sampai habis 

     PUTERI TUNAS  BERTUJUAN MENOLONG DAN BERKAWAN

       Kemudian skip ke kanan dan nyanyi sekali lagi .

       Setelah selesai ,lepas tangan , menghadap ke dalam .

SKIP KUMPULAN 

Tiap kumpulan akan masuk ke tengah untuk menyanyikan lagu kumpulan
mula-mula masuk berskip, tanpa pegang tangan  , dan meng’humming’ lagu
kumpulan

    NA , NA , NA, NA , NA , NA…. ( Irama Lagu Kumpulan ) .

Setelah membentuk bulatan mengelilingi penanda, skip kekiri lagu 
kumpulan dan skip sekali lagi kekanan  dan menyanyikan lagu kumpulan 
 setelah tiba pegang tangan dan bersedia untuk skip
dan menyanyi lagu kumpulan 

SEMASA KELUAR 

Lepas tangan  dan skip  humming lagu kumpulan balik ke lingkungan didahului dengan ketua kumpulan . kemudian kumpulan berikutnya masuk hingga selesai kumpulan keenam 

AHLI BARU

Setelah semua kumpulan berenam selesai masuk dalam lingkungan , ahli 
baharu akan bangun , berpegang tangan dalam bulatan dan skip kekiri 
sambil menyanyikan lagu :
AHLI BARU SUKA HATI, MENJADI PUTERI TUNAS 

Kemudian skip kekanan dan menyanyikan lagu sama sekali lagi 
 akhir sekali skip sambil humming balik ke kumpulan asal masing-masing .

setelah semua kumpulan selesai menjalankan aktiviti ini , maka secara 
beramai-ramai sekali lagi pegang tangan ( dalam lingkungan besar ) skip 
kekiri menyanyikan lagu pptunas hingga  selesai , skip ke kanan 
menyanyikan lagu pptunas hingga selesai.

setelah selesai skip dalam lingkungan besar beramai-ramai 
 semua ahli akan berdiri tegak , membuat isyarat pandu puteri dan berkata

    “ T.O.S , T.O.S , T.O.S ”

kedudukan tangan tegak . Ahli baharu tak perlu beri isyarat hormat 

Pemimpin boleh kata ‘TOS’ sekali untuk beri klu kepada ahli untuk memberi
hormat tos




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...