Sunday, July 31, 2011

contoh Rancangan Harian KSSR terkini.

kawan2..ni contoh RPH terkini...


Sunday, July 24, 2011

Buku Perancangan Ihya Ramadhan.

Perancangan Program Ihya Ramadhan Di Skk.

BULETIN RAMADHAN 2011

SEmpena bulan Ramadhan Panitia mengubah 5 buletin untuk ramadhan. Buletin edisi Khas, bilangan 1, 2, 3dan4
hari ni akak share buletin edisi khas dan bilangan 1 sahaja..  EDISI  SETERUSNYA AKAN Menyusul nanti..

BULETIN BIL 1
BULETIN EDISI KHAS




Wednesday, July 20, 2011

SAPS OH SAPS...

Apa itu SAPS..? Demam PBS masih belum kebah lagi..cikgu-cikgu ni terpaksa bertungkus lumus dengan SAPS. aPA KE benda SAPS ini? cikgu2 zaman dulu mungkin tencengang2 apa ke benda SAPS ni? sepintas lalu tentang  SAPS ni .

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. 

SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN,  PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. 

Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis. 

SAPS juga boleh bertindak sebagai ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result), dan ETR (Expected Target Result).

apa2 pun dah namanya pun cikgu kerja2 ni kenalah buat..kalu petani kena menebas meracun dan mencangkul. kalu dah namanya cikgu kena mengajar, menilai dan merekod.. redha jelah..masa aku nak masuk markah pada malam ni cikgu2 duk online lebihkurang 800 orang so terlalu slow ..wey,..nampakya malam ni tidur berbantal laptop. sape kata cikgu rilex? tengah2 malam masih ramai bersengkang mata wat SAP ni. 

 Bagi yang tercari2 nak masuk tu dan tak tahu nak mula macam mana bolehlah download dulu manual di bawah ni Dengan mengklik gambar di  bawah je..


Manual Guru Mata Pelajaran
MANUAL SUP
SEMOGA USAHA MEMBUAHKAN KEJAYAAN...


Thursday, July 14, 2011

APA ITU BAND,DISKRIPTOR DAN EVIDENS (BDE)


Dalam membuat pentaksiran PBS  KSSR di sekolah rendah,istlah2 di atas berlegar2 dalam pemikiran masing2. Ada yang berkerut dahi dan ada juga yang bergelelot lida untuk menyebutnya but it is a transformasi .
Band adalah pengukuran yang kita telah ukur pada seorang pelajar kita.

Band 1 (TAHU)  adalah apabila murid kita berada pada aras tahu sahaja. Bagaimana kita nak mengetahui anak murid kita berada pada aras tahu sahaja? kita bina instrument dan instrument itu adalah Eviden kita. Bagaimana nak membina eviden? tengok pada diskriptor yang terdapat dari STANDARD PRESTASI kita. Dari mana datangnya Diskriptor itu? Diskriptor itu di pandukan dari standard  pembelajaran yang terdapat dari  STANDARD DOKUMEN kita.

Berikut adalah contoh  bagi subjek  JAWI  Tahun 1 :

BAND 1 (B1)
Dalam Standard Pembelajaran,
6.1.1 – mengenal, menyebut dan menulis huruf2 jawi tunggal dengan betul.

Item  di atas  berada di  DISKRIPTOR  11 – (RUJUK STANDARD PRESTASI )
Dengan itu boleh bina  EVIDEN.
Eviden itu boleh dalam pelbagai bentuk, lembaran kerja, lisan, foto dan sebagainya. Dan eviden itu hendaklah di simpan dengan mewujudkan sebuah fail show case. Eviden itu boleh di bina 1. 2 , 3 atau lebih bagi satu2 band itu.
cth eviden 1 : Murid di minta menunjukan huuf jawi yang di sebut oleh guru . ( bentuk lisan )

cth eviden 2 : Murid boleh warna huruf yang di sebut oleh guru. ( lembaran kerja )

Kesimpulan : B1D11E1
                      B1D11 E2

maka boleh tick dalam aplikasi  PBS ONLINE.

Tuesday, July 12, 2011

Penggunaan Aplikasi : apps.moe.gov.my/sppbs ( untuk PBS)

 Penggunaan Aplikasi : apps.moe.gov.my/sppbs
-          Tujuan : Penambahbaikan upsr 60:40 (sppbs:peperiksaan)
-          Dokumen diperlukan: senarai guru & no kp guru, senarai murid & no my kid/bc Tahun 1 dan
           senarai kelas
-          S/U ada akaun sendiri dan akaun guru yang mengajar Tahun 1 akan disediakan oleh S/U 
           Peperiksaan
-          S/U masuk akaun:-
o   Kemaskini profil
o   PW mesti ditukar
o   Guru :-xxxxxxx
o   daftar kelas (tahun 1 sahaja atau semua kelas) / guru / murid
o   Tahun 1, Kelas :TAHUN 1 / Alamanda / A
o   Daftar guru tahun 1 atau semua
o   S/U beri PW kpd semua guru
o   Daftar murid ( ada mykid / tiada mykid) boleh guna bc
o   Data murid link dengan Jab. Pendaftaran Negara
o   Jangan klik hapus sesuka hati
o   Murid pindah : pilih murid salah sekolah
o   Jika nama murid wujud di sekolah lain, hubungi sek tersebut utk ubah
o   Jika tiada no mykid – daftar manual
o   Dapatkan nombor murid dari sistem (sehingga dapat mykid)
o   Jikan tiada mykid/bc – pilih tiada dokumen
o   Semua gb / pk1 daftar ( no akaun akan disediakan oleh S/U) untuk tujuan pemantauan
o   Kad laporan TIDAK DIPERLUKAN – cetak bulanan atau tahunan sahaja
o   Tiada analisis sekolah, TAPI ada analisis murid
o   Mengajar mengikut sukatan pelajaran
o    Bengkel pada hari ini hanya untuk s/u peperiksaan. s/u pep. akan diminta beri takimat kepada sekolah-sekolah lain(dgn arahan PPDSPT). barulah maklumat boleh disampaikan kepada semua guru.
PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
- bermula tahun 1 – 2011
- 60 : 40
- formatif – sepanjang masa (pembetulan on the spot) (40)
- sumatif – pihak luar(60)
- bergantung pada sekolah untuk adakan ujian bulan
- Jika ada markah tak masuk dalam sistem
-          Guru masuk akaun
o   Daftar murid ikut kelasnya
o   Isi data
o   Cetak laporan / tandatangan  dan serah kpd ibubapa
o   Satiap guru cetak setiap subjek berasingan

MANUAL SPPBS 

A) Klik pada petak GURU



 B) Taip login dan kata laluan (surat makluman login dan kata laluan akan disediakan oleh SuP utk semua Guru Matapelajaran)


     C) Kemaskini profil dengan menaip kata laluan baru no Telefon bimbit. (Pastikan tiada ruangan yang TIDAK diisi) dan klik pada petak 'Kemaskini'


D) Paparan berikut akan tertera


E) Pilih Darjah/Kelas/Matapelajaran yang diajar pada ruangan MURID dan klik petak 'Cari'


F) Ruangan berikut akan tertera


G) Klik pada petak 'Daftar' setelah nama murid disemak .


H) Klik pada ruangan 'Kemasukan Prestasi' 



I) Masukkan prestasi setiap pelajar dengan klik pada ruangan 'Prestasi Keseluruhan'. Paparan berikut akan tertera.


J) Untuk menyemak prestasi murid klik pada ruangan 'Laporan'


K) Klik pada ruangan 'Cetakan'. Terdaapat 2 pernyataan iaitu PERNYATAAN PELAPORAN PRESTASI MURID(FORMATIF) DAN (SUMATIF). Klik pada kedua-dua pelaporan untuk melihat perbezaannya.


L) Pernyataan Pelaporan Prestasi Murid berbentuk Formatif. 


M) Sila cetak (Pelaporan Prestasi Formatif)




N) Cetak Pelaporan Prestasi Sumatif


CARTA ALIRAN SPPBS






Tuesday, July 5, 2011

KOLEKSI MULTIMEDIA YANG BOLEH DI GUNA DALAM P&P.

Ini adalah cenderahati kepada pelawat blog saya. Memandangkan semasa kursus kat Gem Resort hari tu ramai yang meminta bahan2 multimedia dati aku, Bagi mengelak laptop alu terkena virus dan terdapat jg ustaz./ustazah yang tak cukup storage maka aku janji utk upload di blog ini..

Lain2 koleksi boleh tengok di  sidebar sebelah kanan.blog ini..

Sunday, July 3, 2011

BAHAN2 BARU DAN TERKINI UNTUK KSSR 2012..



Bersediakah anda untiuk KSSR TAHUN 2  2012. Berikut bahan2 KSSR Pendidikan Islam Tahun 2. bahan2 ini diperolehi semasa kursus di GEM RESORT DI Terengganu baru-baru ini.
 Klik untuk donlop...

1. DOKUMEN STANDARD PAI TAHUN 2
2. BUKU PANDUAN KURSUS KSSR PAI TAHUN 2
3. DOKUMEN STANDARD BAHASA ARAB TAHUN 2
4. STANDARD PRESTASI PAI THN 2
5. BUKU EMK KEUSAHAWANAN VERSI BARU.
6. BUKU PANDUAN KREATIVITI VERSI BARU.
7. BUKU PANDUAN TMK VERSI BARU.

 selamat Maju Jaya... Kursus akan di beri nanti utk perjelaskan lagi..

Saturday, July 2, 2011

KSSR = Kalau Susah -Susah Resign?

             Tahun lepas, aku terlibat dalam KSSR tahun 1 dan tahun ini aku terlibat lagi dalam KSSR tahun 2 bagi subjek pendidikan Islam. Tahun lepas mungkin banyak perkara yang masih blur..padaku mungkin blur dari peringkat planer dan pelaksanaan. Tahun ini kelihatannya semakin kemas dan sistematik. Tahniah kepada pihak BPK dan LPM. Mengubal Kurikulum  bukanlah sesuatu yang mudah. Kurikulum yang di laksanakan mestilah selaras dengan falsafah Pendidikan Negara, Apa yang perlu di titik beratkan adakah kurikulum itu mampu membentuk fizikal pelajar? bagaimana pula emosi pelajar? rohani pelajar pelajar dan sosial pelajar. Dalam mendalami standard kurikulum cuba kita kaji berapa peratus untuk emosi? berapa peratus untuk rohani? berapa peratus untuk jasmani dan sosial. Setiap standard kandungan dan pembelajaran sedaya upaya harus di titik beratkan kearah pembinaan  aspek di atas.
            Kerajaan membelanjakan berjuta2 ringgit untuk transformasi ini. Adakah transformasi ini setakat sebut-sebutan sahaja?. Ramai yang mendefinisikan short font KSSR kepada Kalau Susah-Surah Resign. Banyak runggutan yang mengatakan KSSR susah! banyak kerja? dan macam2 lagi.  Kawan2 dan teman2 kita transformasikan diri kita dulu. sahutlah cabaran itu dulu transform lah diri kita yang sentiasa berlapang kepada sibuk sikit dan daripada sentiasa senang kepada susah sikit.
           Pendapat peribadi saya KSSR ini lebih sistematik dan teratur berbanding KBSR.  KSSR bukan saja mampu memberi impak yang baik kepada pelajar, ia juga dapat membentuk guru2 lebih menjadi seorang yang lebih kemas dalam pengurusan. Pada peringkat awal mungkin ramai yang merunggut tetapi lama - kelamaan ianya mampu membentuk budaya kerja yang lebih sistematik dan efektif..wallhuwaalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...