Monday, April 25, 2016

CARA MENJADIKAN FROG VLE SEBAGAI SATU APLIKASI DI TELEFON ANDROID ANDA.

Kesukaran log  frog vle bukan sebagai satu alasan lagi. anda boleh jadikan frog vle sebagai satu aplikasi di telefon pintar anda..sekiranya anda admin frog vle anda boleh berbuat demikian..

langkah 1 : https://www.appsgeyser.com

http://www.appsgeyser.com
langkah 2:

pilih website
langkah 3



namakan aplikasi anda
langkah 4

tulis sedikit penerangan tentang aplikasi anda
langkah 5


pilih custom dan upload logo atau icon sesuai dengan aplikasi
langkah 6






letakan emel utk dptkan link ..

langkah 7

share emel yg diperolehi untuk diberikan kepada pengguna

SEKIAN TERIMA KASIH SEMOGA BOLEH MEMBERI MANFAAT

Wednesday, January 27, 2016

Perjalanan umrahku : Makkah almukaramah.day 1: Part 4

Jemaah kami tiba di mekah lebih kurang pukul 10.30 malam. Perjalanan yang jauh tidak sedikit pun dirasakan. setelah sampai di hotel penginapan kami, makan dan berwuduk kemudian bergegas ke baitullahilharam. Pukul 12 tghmalam kami sudah menjejaki kaki ke dalam masjidilharam.
Pada malam itu kami masuk masjid menerusi pintu king fahd 83. itulah pintu yang berhampiran dengan hotel penginapan kami iaitu hotel Nawarat  Shams 1. jaraknya dengan masjidil haram dalam 500 m ke 600 m aku agak la..




Setelah kaki melangkah hati mula berbunga2 mata tercari2 dimanakah kaabah. Mata sibuk meninjau2 dan mencari2. Pada ketika tu kelibat mutawiff pun sudah tak nampak sebab orang ramai dan aku pun tak nak telalu bergantung dengan mutawwif supaya ibadah tawaf aku lebih fokus.
Melalui petunjuk arah aku berjalan.. arah yang bertulis   ila lmataf .



setelah melewati beberapa ruang solat di dalam masjid dan menaiki sedikit tangga maka nampaklah kaabah yang tersergam indah dan barakah itu, aku terus mambaca doa nampak kaabah dan melambai2kannya . bismillahi allahuakbar ! .bismillahi  allahu akbar! bismillahi allahuakbar!
tanpa melengahkan masa aku menuju  kekaabah untuk tawaf bg menyempurnakan umrahku yang pertama.


Bermula di lampu hijau bertentangan dengan penjuru hajaral aswad aku memulakan niat tawaf umrahku. Bersamaku beberapa orang makcik2 yang sama kumpulan ku yang tercicir dari mutawiff.
Dengan rasa penuh tanggungjawab dan ikhlas aku membantu makcik2 ni menunaikan ibadah tawaf. aku dan suami dan makcik2 ni bersama2 menyempunakan tawaf ini.. setelah selesai tawaf aku bersama makcik2 ni solat sunat tawaf berhampiran dengan makam ibrahim. seterusnya minum air zam -zam dan mencari pula tempat sai.

air zam-zam yag sentiasa tersedia utk dinikmati


setelah menyusup keluar dari kawasan tawaf kami tercari2 pula kawasan sai. Tidak menjadi kesulitan dengan izin allah dan kebolehanku berbahasa arab untuk mencari tempat sai. Kebetulan di dalam masjidilharam menyediakan papan tunjuk arah yang lengkap dan mesra pengguna.


Tanpa merasa penat kami meneruskan ibadah sai dari safa ke marwah dan dari marwah ke safa dan seterusnya sebanyak 7 x.


setelah selesai 7 kali ibadah sai kamipun bertahalul..maka sempurnalah umrah kami dan terbukalah ihram kami. syukur.. kami dapat menyelesaikan ibadah umrah dalam lebihkurang 4 jam. jam menunjukkan pukul 4 lebih rasanya utk menapak balik ke hotel macam tak berbaloi. sbb tak lama lagi sudah nak subuh. Kami mengambil keputusan utk iktikaf je di masjidil haram dan balik ke hotel selepas subuh.


Perjalanan Umrahku - perjalan dari madinah ke Makkah al mukaramah : part 3

Selepas zohor kami berlepas ke mekah. selepas solat zohor aku berhajat ke raudah sekali lagi untuk mengucapkan salam kepada rasulullah dan sahabat. Tapi takut kelewatan, sbb bukan senang untuk masuk ke raudah pada waktu siang macam ni..maka aku mengambil keputusan untuk pergi melihat dan mengucap salam dari luar sahaja. aku dan suami berjalan mengelilingi masjid nabawi dan menghampiri kubah hijau yang mana di situlah terletak nya makam rasulullah.


terasa sayu sangat untuk meninggalkan masjid yang damai ini. Aku memohon padamu ya Allah semoga bawalah aku dan keluarga ku sekali lagi ke sini.. Ingin sekali merasai saat begitu...

setelah mengucap salam dan selamat tinggal kepada rasulullah dan para sahabat.. aku pun pulang ke hotel untuk bersiap2. Oleh kerana kami akan berihram di bir ali didalam perjalanan kami terus mandi sunat ihram dan berpakaian dalam keadaan ihram.


ha.. ha.. cik suami siap berpakaian ihram dah.. bagi perempuan tidak ada yg luar biasanya.. berpakaian biasa je..telekung sembahyang dan berstokin.


lebih kurang 45 minit perjalanan maka tibalah kami di bir ali.. bir ali adalah miqat kami. Mutawwif memberitahu supaya berniat di sini..kami berniat di atas bas sahaja. Selepas berniat ihram maka bermulalah dalam keadaan pantang larang... bermulalah juga kami bertalbiah.. tiada ucapan yang lebih indah ketika ini kecuali bertalbiah.. talbiah yang dipimpin oleh mutawif kami ustaz zar sunguh menyentuh kalbu.. deraian air mata semakin laju bila mendengar talbiah. Jemaah di dalam bas turut bertalbiah sehingga sayup2 kedengaran. mungkin setengah dari jemaah sudah tertidur.

bas yang kami naiki membelahi kegelapan malam. Namun mataku tidak dapat lelap.. pemandangan kiri kanan tak mungkin dapat di pandang lagi. Di dalam hati berbaur bermacam2 perasaan, takut ..bimbang semua ada. maklumlah utk memijak tanah haram..terasa kerdil diri ini.. banyak dosa yang telah di lakukan , adakah allah menerima aku sebagai tetamunya. 

Dalam keasyikan mengelamun tetiba mutawiff memberi salam dan memaklumkan kita sudah menghampiri mekah. Perjalanan yang panjang itu lebih kurang 6 jam terasa begiti cepat. perut lapar sebenarnya.. tapi abaikan.. dari jauh ku lihat cahaya lampu pintu gerbang kota mekah.pandangan itu makin lama makin dekat.. kami terus bertallbiah dan akhirnya bas membawa kami masuk ke kota mekah. Mashaallah akhirnya aku diterima di bumi haram ini syukur padamu ya Allah.

Thursday, January 14, 2016

Perjalanan Umrahku : MADINAH : Part 2

Madinah adalah bumi yang indah dan damai. Dari airport kami menaiki bas menuju ke hotel penginapan di madinah. Kami di tempatkan di Hotel Mubarak. Hotel ni berdekatan sahaja dengan masjid al nabawi. Sesampainya di hotel mataku melilau melihat skeliling.. memang pasti depan tu je masjid. Hati berdebar rasa macam nak terus pergi je.. tapi suamiku menahan aku supaya menunggu arahan mutawwif yang membawa kami dulu. setiba di hotel pihak agensi dah menyediakan makan malam . Biasalahkan nasi arab yang sedap sangat. setelah selesai makan masuk bilik penginapan dan mandi serta tukar baju. Masa tu kami belum lagi solat isyak dan maghrib. Hati tak sabar2 dah nak pergi masjid dan nak solat jamak dan qasar di sana. Masjid nabawi ni sistem dan peraturan dia agak sistematik. jemaah perempuan dan lelaki masuk pintu berasingan. lebih pada pukul 2.00 pagi ruangan utk orang perempuan di tutup.


inilah didepan masjid  An nabawi aku tukang amik gambar makcik2 yang pergi bersama ku..
  ni perkarangan masjid an nabawi di bawah payung yang boleh kembang tu..
sesungguhnya madinah adalah satu tempat yang indah..

RAUDAH:
Ramai jemaah haji dan umrah mengejar raudah. untuk berada di raudah bukanlah senang terutama bagi jemaah perempuan. Hanya waktu2 tertentu je raudah di buka kepada jemaah perempuan. Pada hari pertama dan kali aku menjejak kaki ke masjidi nabawi aku berkesempatan terus untuk masuk ke raudah. Mashaalah pada malam itu lebih kurang pukul 10 mlm aku melangkah ke masjid annabawi untuk menunaikan solat jamak  maghrib dan isyak blum di langsaikan. setelah melangkah aku dapati suasana masjid lenggang. Niat utk sembahyang di depan itu aku batalkan dan terus menuju ke raudah. Bercucuran air mata aku dengan penuh kesyukuran padanya. Lantas aku berada di hadapan sekali dalam raudah menunaikan solat jamak yg belum dilangsaikan, solat sunat tahiyyatul masjid, sunat taubat dan sunat hajat berkali2. aku dapat menunaikan solat2 tu semua dengan tenang tanpa ganguan. terasa berat untuk meninggalkan raudah kerana bukan senang utk berada di raudah. Setelah pukul 2 pagi raudah akan di tutup dan masjid ruang wanita juga akan di tutup. Hampir 4 jam berada di raudah satu rahmat yang besar buatku..
tempat yang ada banner putih itulah raudah.


Dalam raudhah pada mlm pertama tiba di masjid annabawi. Ini suasana sgt lenggang kan..
Raudah di buka pada waktu tertentu sahaja untuk wanita. semasa di masjid annabawi  saya ada bertanya pekerja di masjid itu waktu raudah di buka.
Mengikut penjaga masjid itu waktu raudhah di buka pada waktu pagi antara jam 7 pagi hingga 11 pg,
selepas zohor sampai jam 2 tghr, selepas asar tidak di buka, selepas isyak baru di buka antara jam 9 mlm sampai 2 pagi.

Banyak nak berkongsi tentang madinah ini.

pagi2 bersama burung merpati yang sangat jinak.

LAWATAN SEKITAR MASJID ALNABAWI


Yang kubah hijau itu di situlah terletaknnya makam nabi muhammad s.a.w


Masjid qaba'

Antara tempat yang wajib di kunjungi ketika di madinah adalah masjid qaba'. iaitu masjid pertama yang di dirikan oleh rasulullah ketika berada di madinah.





di sini kami singgah solat sunat tahiyyatul masjid dan juga solat sunat dhuha. Masjidnya agak kecil namun masih ada ruang untuk bersolat. Di pinggiran masjid ni ramai yang berjualan. di sini kalau ada kesempatan boleh beli kurma yang fresh. tempat lain susah dapat kurma yang fresh hanya 10 rial je sekilo.

HOTEL DI MADINAH 
Kami di tempatkan di sebuah hotel yang sangat berdekatan dengan masjid annabawi. hotel mubarak.

Di hadapan hotel di madinah.

ketika menunggu bas untuk ziarah masjid qaba. 


Wednesday, January 13, 2016

Perjalanan Umrahku : perjalanan dari KLIA KE MADINAH (Part 1)

1 Disember 2016  Sesudah subuh bertolak ke KLIA. Perjalanan di awal pagi dalam keadaan yg hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan menyebabkan ada sedikit rasa tak selesa. Tapi situasi itu sedikitpun tidak menganggu perjalanan ku. Semangat dan impian utuk ke bumi haramain yang membuak2. Di dalam minda aku sudah terbayang2 kota madina, kota mekah aih tak sabar rasanya.

dalam pukul  12  tghari maka kami pun sampailah di KLIA. nanti sat nak tepek gambar ha.ha.



abang ipar aku n anak sedara ambo gi hantar 
kakak ambo yg sentiasa berhubung dgn aku


lebih kurang pukul 2.00 ptg dengan menaiki kapal terbang Arab Saudi Airlines  kami berlepas ke kota Madinah munawarah.  Dalam hati berbunga-bunga sepanjang perjalanan tak boleh nak lelapkan mata weh. aku pula duduk seat berjauhan dengan suamiku.. di sebelah aku makcik yang sama dengan kumpulan aku tu pun nampaknya tak boleh lelapkan mata. sesekali kami bercakap2 juga. 

Sepanjang perjalanan tu ada di hidangkan makanan ringan dan berat. Wah makanan kat flight Arab Saudi Airlines ni memang best la bagi aku.. paling best sayurnya yang fresh.. 


Lebih kurang pukul 9 malam waktu madinah kami mendarat di Airport Madinah. waw rasa macam tak percaya dah sampai. 




waw nilah airport madinah yang seni binanya ada ciri2 masjid nabawi. suasana kat airport ni tenang dan sunyi tak lah ramai orang sangat macam di KLIA. tapi pengurusannya mashaaalah. kena banyak bersabar. sistemnya ikut suka je.. kat sini mengambil masa yang lama... badan dah keletihan tapi buat2 tenang je.. nama pun musafir mesti melalui kesusahan ..wallahu waalam.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...