Wednesday, January 27, 2016

Perjalanan umrahku : Makkah almukaramah.day 1: Part 4

Jemaah kami tiba di mekah lebih kurang pukul 10.30 malam. Perjalanan yang jauh tidak sedikit pun dirasakan. setelah sampai di hotel penginapan kami, makan dan berwuduk kemudian bergegas ke baitullahilharam. Pukul 12 tghmalam kami sudah menjejaki kaki ke dalam masjidilharam.
Pada malam itu kami masuk masjid menerusi pintu king fahd 83. itulah pintu yang berhampiran dengan hotel penginapan kami iaitu hotel Nawarat  Shams 1. jaraknya dengan masjidil haram dalam 500 m ke 600 m aku agak la..




Setelah kaki melangkah hati mula berbunga2 mata tercari2 dimanakah kaabah. Mata sibuk meninjau2 dan mencari2. Pada ketika tu kelibat mutawiff pun sudah tak nampak sebab orang ramai dan aku pun tak nak telalu bergantung dengan mutawwif supaya ibadah tawaf aku lebih fokus.
Melalui petunjuk arah aku berjalan.. arah yang bertulis   ila lmataf .



setelah melewati beberapa ruang solat di dalam masjid dan menaiki sedikit tangga maka nampaklah kaabah yang tersergam indah dan barakah itu, aku terus mambaca doa nampak kaabah dan melambai2kannya . bismillahi allahuakbar ! .bismillahi  allahu akbar! bismillahi allahuakbar!
tanpa melengahkan masa aku menuju  kekaabah untuk tawaf bg menyempurnakan umrahku yang pertama.


Bermula di lampu hijau bertentangan dengan penjuru hajaral aswad aku memulakan niat tawaf umrahku. Bersamaku beberapa orang makcik2 yang sama kumpulan ku yang tercicir dari mutawiff.
Dengan rasa penuh tanggungjawab dan ikhlas aku membantu makcik2 ni menunaikan ibadah tawaf. aku dan suami dan makcik2 ni bersama2 menyempunakan tawaf ini.. setelah selesai tawaf aku bersama makcik2 ni solat sunat tawaf berhampiran dengan makam ibrahim. seterusnya minum air zam -zam dan mencari pula tempat sai.

air zam-zam yag sentiasa tersedia utk dinikmati


setelah menyusup keluar dari kawasan tawaf kami tercari2 pula kawasan sai. Tidak menjadi kesulitan dengan izin allah dan kebolehanku berbahasa arab untuk mencari tempat sai. Kebetulan di dalam masjidilharam menyediakan papan tunjuk arah yang lengkap dan mesra pengguna.


Tanpa merasa penat kami meneruskan ibadah sai dari safa ke marwah dan dari marwah ke safa dan seterusnya sebanyak 7 x.


setelah selesai 7 kali ibadah sai kamipun bertahalul..maka sempurnalah umrah kami dan terbukalah ihram kami. syukur.. kami dapat menyelesaikan ibadah umrah dalam lebihkurang 4 jam. jam menunjukkan pukul 4 lebih rasanya utk menapak balik ke hotel macam tak berbaloi. sbb tak lama lagi sudah nak subuh. Kami mengambil keputusan utk iktikaf je di masjidil haram dan balik ke hotel selepas subuh.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...