Sunday, February 27, 2011

TUDUNG MAIRA.PLAIN DAN BERBUNGA.











Sebenarnya Tudung Jenama ini memang pilihan saya. Sebelum ni bila beli tudung je beberapa kali je pakai lepas tu ada je tak kena. Tetapi setelah di perkenalkan oleh seorang member dengan tudung ini, saya mula menyukainya. Kawan tempat kerja pun mula tertanya2 lalu semalam terlanjur ke KL saya berkunjung sendiri kekilang dan berhasrat memilih tudung untuk kawan2. saya akan menjadi pengedarnya lah.. selagi mendapat sambutan dari kawan2. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya 0139995302. atau emel je ke rosnahyunus@yahoo.com. sg

Masih ada saiz L dan M. Harga RM 50 SAHAJA.

Friday, February 18, 2011

sos Yong Tau Fu...



Semalam melukut pergi Giant tiba2 teringat nak makan Yong Tau Fu.. so melukut banyak la beli bahan2 nya dan nak balik buat sos Yong Tau Fu.. Di sini Melukut nak share la sos cara buat sos ni.. bagi melukut menjadilah..rasanya semacam yang beli kat pasar malam tu..

Inilah Resipinya...

Bahan-bahanya

10 tangkai cili kering
gula melaka.
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
1 sudu .kecik garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak ( ros guna minyak bijan)- lagi wangi kuah ni nanti.
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air.
sedikit ajinomoto

Bahan Pelengkap Yong Tau Fu

4 batang sosej yang telah direbus

3 batang chikuwa

kanikama- crabstick

kankung yang direbus

Bebola ikan

Fishcake

dan lain-lain.

Cara-caranya

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.

2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.

3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

SELAMAT MENCUBA..

Wednesday, February 16, 2011

Buat Homestay?






Biasalah, sedar tak sedar sudah hari rabu. Hari ni, lepas sekolah ada meeting..sampai kul 3 ptg. petang 5.30 ada pulak ko-kurikulum. bergalak ngan anak2 murid pandu puteri sampai kul 6.30 petang. Singgah pulak kat umah yang baru siap kat Rompin ni.Aku beli rumah ni sebab kedudukan yang strategik dekat dgn pasaraya dan masjid. Buat masa ni aku tak berhajat nak duduk rumah ni sebab rumah yang aku duduk sekarang tu lebih besar dan selesa serta lebih privasi. So aku berhajat nak jadikan rumah ni sebagai homestay..mm tengah loading barang la ni... tapi, seronok juga duduk di sini, boleh selalu pergi masjid...

Tuesday, February 15, 2011

Cerita Brownie untuk Ahli Pandu Puteri Tunas.

Hari ini ada aktiviti KO-Kurikulum. Aku pulak pemimpin Pandu Puteri Tunas di sekolah. so aku sering perihatin dengan aktiviti yang patut aku lakukan.Sebagaimana biasa PPT ni untuk anak2 yang kecil dan berjiwa lembut. Dalam PPT ni cerita Brownie ni macam satu kewajipan.. menceritakan tentang pari2 yang rajin mengenal diri. Cuma kadang2 aku terfikir macamana untuk mengislamisasikan lagi cerita ini supaya objektif membangun diri pelajar ini lebih holistik. Berikut saya linkkan cerita ini, CERITA BROWNIE

Saturday, February 12, 2011

Kini ku kembali..dengan adress blog yang baru..

mSetelah sekian lama menyepi dari dunia blog ini, kini aku kembali.. aku kembali dengan templete baru dan mungkin semangat baru juga... mungkin. setelah hampir dua bulan aku melalui satu situasi yang melembabkan dan fikiran ku tergamggu . Nah sekarang aku kembali dah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...