Showing posts with label perkongsian maklumat.. Show all posts
Showing posts with label perkongsian maklumat.. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Cara untuk Mengelakkan Pendrive Dimasuki Virus

memandangkan guru adalah pengguna pendrive yang selalu cucuk sana cucuk sini.dan terdedah dengan virus. Dalam posting ni akak rasa kita boleh berkongsi informasi dan informasi ini di ambil dari sumber :http://www.zuarxpdc.com/2009/03/bagaimana-untuk-mengelakkan-pendrive.html#ixzz1VFZ4DuSQ .Di harap dengan informasi kita dapat mengelak pendrive kita di masuki virus.



Bila kita masukkan pendrive pada USB komputer, pop-up akan keluar macam gambar kat atas > klik Cancel. Jangan tekan OK. Bila dah masuk ke My Computer, elakkan double klik  pada icon pendrive sebab virus akan merebak terus ke sistem komputer kita.




Untuk mengelakkan virus masuk ke sistem, buka pendrive anda dengan cara klik Start  > Run > masukkan drive untuk pendrive korang. Di sini pendrive saya g: > Klik OK.





Sekarang korang boleh view kandungan di dalam pendrive dengan selamat sebab virus tak akan masuk ke sistem kalau kita tak klik untuk run autorun. 

Ataupun kalau korang tak nak guna trik kat atas korang boleh buka melalui Address Bar seperti di bawah:


Sekarang ni kita dah tau cara yang lebih selamat kan..

Tuesday, June 16, 2009

Kepengikutan dan Kepimpinan

Dua subjek yang sering berkaitan. Di Universiti dan Institut latihan guru tidak ada menawarkan kos kepengikutan yang ada kepimpinan. Kenapa ? kepengikutan ini tak pentingkah? Dalam post saya kali ini biarlah saya berkongsi tentang kepengikutan…
Konsep kepimpinan dan kepengikutan ini kedua-duanya telah wujud bermula tahun 2500 yang lalu dan adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, pada tahun 1988 Robert E.Kelly telah menghasilkan satu dapatan yang penting berkaitan dengan kewujudan dan kepentingan para pengikut. Sebenarnya peranan pengikut ini adalah lebih berkali ganda penting berbanding dengan peranan pemimpin.

Kelly (1992) telah mendefinisikan pengikut sebagai satu kumpulan manusia yang faham apa yang perlu di buat (tanpa diberitahu) yang dapat bertindak dengan bijaksana dan bebas,berani dan mempunyai etika yang kuat dan yang melaksanakan sesuatu tindakan menggunakan skil yang terbaik untuk mencapai tujuan organisasi. Sementara itu Chaleff 1995) Melihat pengikut sebagai mereka yang berkongsi tujuan yang sama dengan pemimpin.

Kelly (1992 mengkategorikan pengikut itu kepada 5 kumpulan iaitu
1. alienated- seorang yang berfikiran bebas dan kritikal tetapi kurang dalam perhubungan (Engagement) akibat daripada perasaan tidak puashati mereka akan jadi ”switch off”tetapi jarang menunjukkan penentangan secara terangan kepada pemimpin.
2. Conformist – ciri ini sama sekali berlawanan dengan ciri alienated mereka ini kadang-kadang dipanggil "pak sanggup "atau "pak turut" dan "lurus bendul".Namun begitu golongan ini lebih ceria. Mereka ni bergantung sepenuhnya kepada pemimpin sepenuhnya yang boleh memberi inspirasi kepadanya.
3. Pragmatist- Kumpulan ini adalah berlegar-legar dipertengahan jalan (the middle of the road) terlalu kerap atau kurang mempersoalkan pemimpinnya.Mereka juga di kenali "survivor" yang berpegang kepada slogan lebih baik selamat daripada menanggung penyesalan “better safe than sorry”.Mereka juga di katakan kumpulan duduk atas pagar dan mampu berubah seolah-olah seperti seekor "Chameleon"
4. Passive – mereka yang tidak berfikir untuk dirinya dan untuk organisasinya. Brown dan Thornborrow (1996) menggambarkan golongan ini seperti kambing biri-biri. Pasif, tidak kritikal,kurang inisiatif dan kurang bertanggungjawab. Mereka ini boleh menjalankan tanggungjawan dengan baik hingga ke satu tahap, kemudiannya akan terbantut.
5. Exemplary.- kumpulan ini bertentangan langsung dengan pasif. Kumpulan ini seorang pemikir kritikal yang tetap dan sememangnya terlibat secara aktif dalam organisasinya. Golongan ini berkebolehan untuk berfikir bagi diri mereka dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh tenaga dan assertif yang tinggi. Mereka selalu risk taker dan self starter yang boleh menyelesai masalah bersendirian.
Sekiranya anda seorang pengikut mungkin ada berada di bawah mana-mana satu kelompok di atas. Sekiranya anda seorang pemimpin sudah tentu ada gemar pada salah satu kelompok di atas.. tapi kambing biri-biri pun mahal di pasaran...sekian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...