Sunday, April 3, 2022

Impak ,kritikan dan kekuatan penggunaan model perubahan Fullan dan Kotter

 Pada posting yang lepas saya mengemukakan model perubahan Fullan dan Kotter. Dalam posting hari ini saya akan mengemukakan tentang impak penggunaan model perubahan Fullan dan Kotter.

Impak penggunaan model perubahan Fullan 

  • PGB  sebagai pemimpin pengajaran.
  • PGB  sebagai system player- melaksana komunikasi yang interaktif dengan seluruh komuniti.
  • PGB  sebagai agent perubahan.
  • PGB  perlu mahir mempengaruhi orang bawahan untuk mencapai perubahan.
Kritikan penggunaan model perubahan Fullan. 
  • Tempoh pelaksanaan sangat bergantung kepada saiz,organisasi/sekolah
  • Pernyataan berkenaan dengan kelestarian perubahan tidak dinyatakan dengan jelas.
  • Tidak mengambil kira kepelbagaian kumpulan sasaran.
  • Sangat bergantung kepada pengintegrasian  dan hubungan baik antara individu dan pentadbir.
Kekuatan Model Fullan 
  • Dibangunkan berorientasi tindakan dan lebih praktikal.
  • Sebagai panduan yang boleh digunakan dalam memacu sesebuah sistem/negara.
  • Berfokus kepada peningkatan dan penambahbaikan sesebuah organisasi tanpa terlalu mementingkan hasil yang akhir/ keberkesanan. 

Impak penggunaan model perubahan Kotter
  • PGB perlu pandai mewujud unsur kesegeraan  (sense of urgency)dalam menyakinkan orang bawahan untuk melaksanakan perubahan.
  • Orang bawahan yakin dengan visi perubahan 
  • PGB bersama-sama kumpulan pengurus kanan melaksanakan perubahan. 
Kritikan penggunaan model perubahan Kotter
  • Perubahan bersifat "one off event'
  • Konsep 'top down' individu yang dipimpin  hanya mengikut arahan semata-mata.
  • Rigid,kerana setiap langkah dalam perubahan perlu mengikut susunan.
  • Terlalu banyak mekanistik yang bukan manusia. 
Kekuatan Model Kotter
  • Langkah2 dalam pengurusan dinyatakan dengan jelas.
  • Fokus utama diperingkat awal persediaan dan penerimaan perubahan.
  • Kerja berpasukan dalam menjayakan perubahan
  • Kejayaan jangka pendek mengekalkan keyakinan dalam menjayakan perubahan.
Dalam melaksanakan perubahan, PGB atau pengurus organisasi boleh memilih mana2 model untuk memacu perubahan dalam organisasi. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...