Tuesday, December 29, 2009

Meeting dan persiapan bagi sessi persekolahan 2010



Beberapa hari lagi sessi persekolahan 2010 akan bermula. Bahangnya dapat dirasakan oleh semua orang. Pagi tadi, sebelum ke sekolah aku pergi ke satu gerai yang berhampiran dengan rumah aku untuk membeli sarapan. Lalu di sapa oleh makcik yang menjual.. " ha cikgu dah mula sibuk dah yek.. mm cikgu zaman sekarang tak macam guru zaman dulu. Makcik tengok cikgu-cikgu sekarang pegi pagi balik petang! petang bukan ngajar dah cikgu, apa kerja buat lagi cikgu ...". Begitulah situasinya dek kerana nak cepat aku pun membalasnya.." macam2 kerja la makcik nak kena buat. Kalau tak buat hati tak senang. Balik awal ke rumah pun hati duk risau..baik buat siap2. balik malam dah tentu boleh tido lena.."
Aku dan rakan-rakan setugas cuba sedaya mungkin membuat persediaan yang rapi dan teratur supaya hari pertama tu lebih meriah dan memotivasi pelajar ke sekolah, terutama pelajar yang baru menempuhi alam persekolahan. Walaupun sekolah ni baru bagi aku, aku bersyukur kerana cikgu2 di sini dapat menerima aku dengan baik dan tak timbul masaalah untuk bekerja secara teamwork.
Lebih unik lagi team guru2 tahun satu ni terdiri daripada golongan yang dah veteran spt mak nani yang ada 2 tahun menunggu pencen, kak Ani ARZ dan aku sendiri. Tapi aku kagum jugak dengan semangat mereka yang bertungkus lumus dan sudi menerima inovasi walaupun versi lama. Kiranya update la..( jgn mare) . Semalam kami plan untuk buat ice breaking untuk tahun 1 dan kerjasama, tolenrasi, kesungguhan menyebabkan rasa bersemangat..

Saturday, December 26, 2009

Cuti sekolah sudah ke penghujungnya..

anak ku dah besar ....

aduh..segalanya akan berakhir.. mm sesi lepak depan TV.. masak memasak dan makan memakan semuanya akan berakhir. Maksud aku tak semeriah musim cuti la..mulai minggu depan 28/12/09 kena menghadiri mesyuarat 1 sessi 2010. Berdebar rasanya..maalumlah sekolah baru. Bagaimana yek.suasana yang baru..kawan baru..murid baru.. ohh..kena melalui minggu orientasi yang intensif la nampak gayanya... Tapi aku rasa ada sedikit persediaan mental untuk ke situ..ha azam mesti baru..

Segala persediaan untuk sekolah anak2 dah siap.. pada minggu lepas aku dah keluar shopping untuk mereka... biar mereka semangat sedikit menghadapi tahun baru yeah... 2010 ku sambut!.. itulah ayat-ayat yang selau keluar. kononnya boleh menaikkan semangat.

Maahad Muhammdai (p) 89 9A? fuih... membanggakan!!!

salah seorang pelajar yang dapat 9A. Faizatul Husna...
inilah..wajah-wajah yang berjaya meraih 9A!!!

Semalam keputusan PMR diumumkan. rata-rata sekolah menunjukkan peningkatan. Banyak sekolah dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang 9A, 8A. Membanggakan.!!!. Tapi selaku bekas pelajar Maahad Muhammadi Lilbanat 1988 aku turut berbangga dengan anak-anak yang berjaya mendapat 9A. Aku dimaalumkan menerusi fan Maahad di Facebook semalam seramai 89 pelajar MMP mendapat 9A. ohh sukar aku bayangkan ...bagaimana kawan-kawan aku (sebab kebanyakan kawan aku mengajar di situ) mengajar anak muridnya jadi pandai macam tuh... tahniah ..aku rasa mereka menerusi tradisi mengajar ustaz2 aku dulu jugak. Entahlah, fenomena sekolah agama rakyat ni berbeza sedikit dengan sekolah menengah biasa ni. Sekolah agama seperti MMP ni banyak mengajar pelajarnya menjadi seorang mujahadah. Mereka tidak pernah dimanjakan.. mm kalau aku nak cerita pun agak susah kecuali melaluinya...

Friday, December 25, 2009

Kita datang darinya dan kembali kepadanya.

Hari ini aku dikejutkan dengan pemergian seorang kakak dan juga sahabat yang sangat baik... (Allahyarham Ustazah Noraini bt Ismail) Al- fatihah buatnya.. semoga rohnya di cucuri Allah. Lebihkurang selepas solat Jumaat aku mendapat pangilan telefon yang memberitakan tentang pemergiannya. Allahyarham mengidap penyakit kencing manis dan pernah bersama aku selama 3 tahun di SKJ dan merupakan seorang yang cukup rajin dan komited terhadap kerjanya. Suka berbakti dan amat di senangi...
Kematian adalah suatu yang pasti tak ada seorang pun yang terkecuali. Allah tidak akan menangguhkan walaupun sesaat bila tiba masanya... Sebagai insan yang masih diberi kesempatan untuk hidup ini mengharap pengakhiran yang baik. Husnul Khatimah.
Aku sangat merasakan kehilangannya. Terlalu sukar untuk mencari sahabat yang baik dan jujur sepertinya. Ya Allah Cucurilah Rahmat ke atasnya.. dan tempatkanlah dirinya bersama para sahabat dan anbiya'. amin... buat keluarganya takhziah ku ucapkan. Semoga zuriat yang ditinggalkannya itu dilindungi dan menjadi insan yang soleh dan baik.

Wednesday, December 23, 2009

Mesyuarat Pengurusan PAI di Seri Malaysia Temerloh.























Bermula 22-23 hb Disember aku menghadiri Mesyuarat Pengurusan bagi PAI,j -QAF dan B,Arab. Biasalah musim hujan, Dengan menggunakan jalan pintas Bera - Temerloh jalannya yang sempit dan berlubang tu sudah cukup membuatkan leher dan belakang aku sakit ditambah pula sepanjang perjalanan tu hujan dan jalan licin. Pemanduan mesti dalam keadaan yang berwaspada dan berhati-hati.
Daerah temerloh satu daerah yang agak besar dan menarik juga bagiku. Budaya hidup orang-orangnya juga agak unik. Pada pemerhatian aku, sosioekonomi mereka banyak kepada pertanian. Mmm ada juga member2 aku yang Profesionnya guru, tapi sempat mengunakan leisure timenya menoreh getah. espesially cuti2 begini. Pada aku jiwanya begitu dekat dengan pertanian. Mereka juga memiliki kebun sendiri.. mm agak menarik. Bukan wang ringgit menjadi sandaran tetapi satu kepuasan.
Apa yang menarik lagi, bandar ikan patin ni, menyediakan menu ikan patin yang spesial. Kebanyakan gerai menyediakan hidangan ikan patin masak tempoyak nih..kunjung je mana-mana gerai atau restoran pasti ada hidangan ini. di temerloh ni sempatlah aku pekena beberapa kali ikan patin masak tempoyak nih. fuhh...rasanya sukar di lupakan. Hotel SERI MALAYSIA TEMERLOH juga menyediakan menu ikan patin masak tempoyak yang enak.,, mmm kredit buat chef Hotel Seri Malaysia Temerloh!!!. kerana buat aku kenyang..

Thursday, December 17, 2009

MAAL HIJRAH VS HAPPY NEW YEAR...

Hijrah itu pengorbanan‘Hijrah itu perjuangan.Hujrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan.....oleh itu , mari semua... kita sambut Maal Hijrah.. Tingkatkan semangat, tegakkan Syiar Islam , untuk sepanjang zaman..(senikata lagu)

Pernah dan selalu dengarkan lagu ini? Sejak dari kecil lagi, walaupun setahun sekali berkumandang tak kiralah melalui tv atau radio sekalipun, yang pentingnya kita bukan sekadar perlu meliang lentukkan kepala mengikut akan lunak dan merdunya lagu ini, tetapi kita perlu liang dan lentukkan pemahaman kita akan pengertian lagu ini secara implisitnya. Terkesan daripada penghayatan tentang konsep hijrah dan pengalaman sendiri melaksanakan hijrah. Ada yang berjaya, ada yang tidak, ada yang pernah berjaya kemudian menjadi tidak berjaya.

Apa yang membuat saya terdorong untuk menulis topik ini kerana bila saya ke Pasar ada orang (islam) bertanya cuti apa hari ini? Betapa mereka tidak menyedari kehadiran maal hijrah ini. Kenapa ini terjadi? bila sambutan tahun baru semua orang menyedari. Di tv berbulan2 membuat promosi dan pelbagai event di sediakan untuk sambutan tahun baru masihi. Ibubapa membawa anak2 melalui detik2 yang di namakan countdown tahun baru tu. Kalau tak pun berjaga di depan TV semata2 nak menonton detik 12 malan di TV. Begitu juga semua pak2 menteri berada di dataran merdeka untuk mengira detik jam 12 malam bagi menyambut tahun baru. Pendekkata sungguh meriah.

Berapa ramaikah pula golongan yang menyedari kehadiran maal hijrah. Berapa ramaikah pula yang berjaga malam menunaikan solat hajat dan taubat untuk mengira detik kehadiran tahun baru hijriah ini? Kalau waktu persekolahan anak2 di ingatkan kehadiran maal hijrah ini. sewaktu perhimpunan murid2 di ingatkan doa akhir tahun dan awal tahun begitu juga dengan amalan2 yang baik di bulan ini. Dalam musim cuti sebegini.. bergantung kepada kepekaan ibubapa. Tapi seandainya seperti ibubapa yang saya ketemui tadi? Penerapan pemahaman terhadap konsep ini perlu di mulakan pada peringkat anak2 lagi. bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung lagi.

Malaysia ni rakyatnya kaya dengan bahasa. Hijrah ni bermakna perpindahan dari bahasa arab yang secara lughatannya . Tapi boleh di intepretasi dengan lebih mendalam secara literaturenya. Dalam bahasa lain yang sering digunakan ialah transfomasi.. ha..itukan bunyinya macam ada class sikit. Itulah bila sebut transformasi mungkin memberi aura yang lain pada sesetengah individu. Perlukah ditukarkan dari sambutan Maal Hijrah kepada Sambutan tranformasi or whatever yang lebih glamour supaya kehadiran muharam ini lebih disedari lagi?

Kepada rakan-rakan SELAMAT BERADA DI TAHUN HIJRAH YANG BARU- SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM... ingatan buat diri sendiri dan rakan-rakan semua. Sama-samalah kita berdoa semoga umat Islam semakin teguh dan kuat. Syiar Islam kita pertahankan dan mantapkan.. AMIN...

Sunday, December 13, 2009

Gaya kepimpinan atau jangka masa?

Semalam semasa kami anak beranak santai bersarapan di salah sebuah kedai nasi dagang yang agak terkenal di sini, tiba2 dikunjungi oleh salah seorang warga pendidik. Kami bersapa.yelah bila cikgu bertemu cikgu , persoalannya tentang sekolah, exam, guru, murid dan pengetua/gurubesar. Awal Disember ni, disamping pertukaran guru-guru berlaku juga pertukaran gurubesar didaerah ini. Sekarang gurubesar sekolah y bertukar ke sekolah x. Pendek kata pertukaran 2 hala saja. Gurubesar dari sekolah y yang dikatakan gurubesar wanita yang garang dan cerewet ini akan ke sekolah X dan guru-guru sekolah X sudah mula kecut perut dan membayangkan sesuatu yang melecehkan. Setelah direnung dan dimuhasabah kerana kecerewetan dan kegarangan dia maka dia berjaya menghasilkan kuantiti pelajar 5a yang ramai.
Adakah perkaitan antara gaya kepimpinannya yang bersifat task oriented dengan pencapaian akademik yang cemerlang? Dalam sedar tak sedar ibubapa ada yang berdesas desus untuk memindahkan anaknya ke sekolah yang dipimpin oleh GB dari sekolah Y ini. Ini bermakna sekolah yang dipimpin selama ini adalah sebuah sekolah yang berkesan. Ibubapa pulak tidak melihat kepada sekolah dan guru yang ada tetapi kepada pemimpin. Pada mereka bila pemimpinnya bagus ia boleh merubah semuanya menjadi bagus. Selama ini bekas gb sekolah y telah membuktikan keberkesanan kepimpinannya ke arah menghasilkan pelajarnya cemerlang dalam pencapaian akademik sekolahnya.
Bagi mencapai kejayaan seperti yang dicapai sekarang,berapa lama masa yang diambil? bukan satu jangka masa yang pendek seingat saya more than 12 tahun. Seandainya kita bertanya kepada guru-gurunya, mereka sudah biasa bahkan menjadi budaya yang sebati dalam kehidupannya dengan stail kepimpinan itu.
Seandainya seorang GB yang mempunyai gaya kepimpinan relationship oriented diberi jangka masa yang sama seperti GB dari sekolah Y adakah ianya mampu produce kuatiti 5 A sebagaimana yang telah dilakukan oleh bekas GB sekolah Y? . Mungkinkah faktor jangka masa seseorang pengetua /GB di sesebuah sekolah boleh mempengaruhi pencapaian.?
Dalam pemerhatian yang diperolehi selama ini gaya kepimpinanya yang bersifat kepada berpusatkan tugas itu dikatakan boleh membawa kepada kejayaannya. Tetapi tidak boleh dinafikan mungkin faktor jangka masa yang panjang yang telah mempengaruhi kecemerlangan itu. Di sini mungkin terdapat beberapa lagi variable2 bersandar yang boleh mempengaruhi kecemerlangan tersebut.

Wednesday, December 9, 2009

Syoknya cuti...

(Sebuah Laptop usang dan satu sudut dikediaman aku yang sering ku habisi dengan tenang untuk berfacebook (bermuka buku) dan berblogging)

Terasa lapang sungguh cuti aku kali ini. Selalunya hari-hari biasa aku yang sangat sibuk dan selalu menantikan saat cuti seperti ini. Ahh.. aku lalui sebagaimana yang di rancangkan. Kalau hari-hari biasa aku seorang guru,ibu, pelajar, isteri dan driver jugak. Bayangkan bagaimana kalutnya.. biasa tu isnin - Jumaat (mengajar) hujung minggu ke JB (utm). Masa untuk dirumah beberapa jam saja. Tapi cuti ni sepanjang masa berada di rumah. Selain beberapa hari keluar bercuti. Rutin aku di rumah sepanjang cuti bermula awal pagi, siapkan sarapan, mengemas rumah,masak tgahari, sediakan minum petang, bersiar ke tepi pantai sediakan makan malam dan berblogging dan berfaceboook ohh sungguh lapang....Di wajah anak2 jelas terbayang perasaan seronok. Mereka mencadangkan aku masak itu dan ini. Aku cuba penuhi juga. Inilah masanya membayar hutang tanggungjawab yang selama ini banyak diabaikan. Walaubagaimana pada 22-23 Disember nanti aku diberitahu supaya menghadiri mesyuarat pengurusan di SERI MALAYSIA TEMERLOH. Ha.. dah mula dah.... Nampaknya waktu lapang akan beransur hilang.Wajah2 yang tersenyum ini akan perlahan2 akan berkerut dan berkedut. oh tidak.... Sesungguhnya aku bahagia dengan kelapangan ini.

Monday, December 7, 2009

Full time Suri rumah ..

Terasa dah lama cuti.. tapi seronok gak menjadi surirumah sepenuh masa ha,ha. Tapi mana boleh lawan suri rumah efektifkan? Semalam tup2 member SMS, k.Ros result keluar dah, saya punya result gedebuk, busyy jatuh frust betul la. Aku sebagaimana biasa fobia kit dgn keputusan periksa dari kecik2 agi gitu. Masa tu kat Pasar, alamak dah blank dah kepala otak nak beli apa untuk masak ni. Apa yang teringat keputusan periksa je. Maka saya mencapai je apa lauk tanpa sebarang perancangan. Biasanya saya membeli mengikut perancangan menu apa yang hendak dimasak. Tapi kali ni beli dan terpaksa masak ikut apa yang ada. aduhai... makngah betullah. Sesampai je kat rumah bukalah internet. tau sajalah bruk yang sekor(broadband la..) ni pun susah nak panjat pokok kelapa nak capai satelite.. dah beberapa kali di bedalnya barulah makan saman.. ha.ha. tengok result! mm seram sejuk gak sebab hari tu menjawab pun tak confident langsung dah la kut omputeih. Cuma harap2 prof faham omputeh aku yang dah di jadikan omputeih ala-ala 1 malaysia tu. Nasib lah sem ni 2 paper je.. Nak share gak result ni ... agak maintainlah.. tak jatuh gedebuk jugak la. just cukup makan...kelas sepatutnya mula 13 Dis ditunda ke 3 Januari. ohh rehat lagi... tapi ingat waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk..


Wednesday, December 2, 2009

Kawan.

Siapa kawan? bagaimanakah ciri2 kawan anda? Adakah kawan anda adalah orang yang sentiasa menyokong anda.? Adakah anda mempunyai kawan? Pada saya semua insan saya temui dan mengenali saya itulah kawan saya. Sebenarnya terlalu ramai kawan cuma kawan karib atau kawan setia tidak ramai. Dalam kehidupan seharian kita dapat perhatikan ada orang yang memilih kawan dengan melihat status. Ada orang melihat karektor, ada orang melihat pada penampilan ada yang melihat pada kepentingan yang bakal di perolehi. Pada saya kawan karib saya adalah seorang yang dapat menerima saya seadanya ketika susah dan ketika senang. Seorang yang sering menegur dengan ikhlas kepada saya. Semenjak berusia 12 tahun saya hidup bersendirian tanpa keluarga di sisi apa yang saya ada adalah kawan.
Dari situ saya menghadapi pelbagai jenis kawan. Pada saya kawan adalah satu hubungan yang penting dan tidak ada tukar ganti dengan sesuatu. Dalam pemilihan kawan kadang2 gerak hati kita memainkan peranan. Kadang secara tidak sedar gerak hati kita mengiyakan walaupun pada orang lain indiividu itu tidak bagus untuk di jadikan kawan tapi naluri kita menerima individu itu maka itu adalah sebenarnya kawan buat saya.
Bila kita berjumpa kawan hati kita merasa tenang dan damai bersamanya walaupun dia sering bertengkar dan berselisih pendapat dengan kita. Apabila kita melalui saat yang seronok kita ingin berkongsi dengannya. Kawan yang baik biasanya dapat memahami diri kita. Dia memahami saat sedih kita. Kawan amat penting kepada kita. Sekiranya anda ada kawan yang baik jangan cuba mengkhianati kepercayaannya. Dalam persahabatan seperti juga percintaan ada banyak cabaran dan kadang2 cabaran itu muncul untuk menguji kesetiaan kawanan kita. Saat ini hanya persahabatan yang ikhlas sahaja dapat menyelamatkan. sekian..

Tuesday, December 1, 2009

Memerhati gelagat anak.

Rasanya sudah 2 minggu cuti sekolah.Sudah mula terasa bosannya. Nak bercuti keluar daerah belum tiba masanya. Hubby aku jaga periksa SPM dan lepas tu menanda kertas SPM pulak. Mungkin next week lepas habis Spm bercuti sekejap sebelum menanda kertas. Tapi kerja2 kat rumah tak pernah berhabis jugak. mmm kali ni terasa free sungguh dengan sekolah cuti, Kuliah pun cuti waw rasa lapangnye... ha..ni masa bersama anak2. Biasalah anak2 sedang membesar kerja aku musim cuti ni masak itu masak ini. yang best semuanya licin... sedap ke tidak habis... semacam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...