Sunday, December 13, 2009

Gaya kepimpinan atau jangka masa?

Semalam semasa kami anak beranak santai bersarapan di salah sebuah kedai nasi dagang yang agak terkenal di sini, tiba2 dikunjungi oleh salah seorang warga pendidik. Kami bersapa.yelah bila cikgu bertemu cikgu , persoalannya tentang sekolah, exam, guru, murid dan pengetua/gurubesar. Awal Disember ni, disamping pertukaran guru-guru berlaku juga pertukaran gurubesar didaerah ini. Sekarang gurubesar sekolah y bertukar ke sekolah x. Pendek kata pertukaran 2 hala saja. Gurubesar dari sekolah y yang dikatakan gurubesar wanita yang garang dan cerewet ini akan ke sekolah X dan guru-guru sekolah X sudah mula kecut perut dan membayangkan sesuatu yang melecehkan. Setelah direnung dan dimuhasabah kerana kecerewetan dan kegarangan dia maka dia berjaya menghasilkan kuantiti pelajar 5a yang ramai.
Adakah perkaitan antara gaya kepimpinannya yang bersifat task oriented dengan pencapaian akademik yang cemerlang? Dalam sedar tak sedar ibubapa ada yang berdesas desus untuk memindahkan anaknya ke sekolah yang dipimpin oleh GB dari sekolah Y ini. Ini bermakna sekolah yang dipimpin selama ini adalah sebuah sekolah yang berkesan. Ibubapa pulak tidak melihat kepada sekolah dan guru yang ada tetapi kepada pemimpin. Pada mereka bila pemimpinnya bagus ia boleh merubah semuanya menjadi bagus. Selama ini bekas gb sekolah y telah membuktikan keberkesanan kepimpinannya ke arah menghasilkan pelajarnya cemerlang dalam pencapaian akademik sekolahnya.
Bagi mencapai kejayaan seperti yang dicapai sekarang,berapa lama masa yang diambil? bukan satu jangka masa yang pendek seingat saya more than 12 tahun. Seandainya kita bertanya kepada guru-gurunya, mereka sudah biasa bahkan menjadi budaya yang sebati dalam kehidupannya dengan stail kepimpinan itu.
Seandainya seorang GB yang mempunyai gaya kepimpinan relationship oriented diberi jangka masa yang sama seperti GB dari sekolah Y adakah ianya mampu produce kuatiti 5 A sebagaimana yang telah dilakukan oleh bekas GB sekolah Y? . Mungkinkah faktor jangka masa seseorang pengetua /GB di sesebuah sekolah boleh mempengaruhi pencapaian.?
Dalam pemerhatian yang diperolehi selama ini gaya kepimpinanya yang bersifat kepada berpusatkan tugas itu dikatakan boleh membawa kepada kejayaannya. Tetapi tidak boleh dinafikan mungkin faktor jangka masa yang panjang yang telah mempengaruhi kecemerlangan itu. Di sini mungkin terdapat beberapa lagi variable2 bersandar yang boleh mempengaruhi kecemerlangan tersebut.

4 comments:

mantan said...

Rosnah,

Ini suatu isu menarik pada akhir tahun!

Banyak faktor kejayaan. Sebahagiannya keranaa peribadi. Ada kerana konsep kendiri tentang tugas. Sebahagiaannya kerana gabungan kedua-duanya. Di tambah pula dengan faktor persekitaran yg lain.

Yg berjaya, ada keistimewaannya, mungkin kerana:
1.Semangat dia tinggi
2. Di mau semuanya mesti berjaya. Tak ada yg gagal. Orang lain pun kena buat macam apa yang dia nak.
3.. Dia akan ambil sebarang peluang yang ada.
4. Dia tak nak buang masa melayani karenah yang tidak berfaedah dan tak berputus asa memanipulasi potensi manusia.
5. Dia akan tambah nilai dan sebarang masalah yang ada untuk berjaya.
6.Dia buat apa saja tak payah persoalkan keadilan utk dirinya dan tidak anggaap dirinya jadi mangsa orang lain.
7. Dia teruja sangat nak bentuk orang lain supaya sama-sama berjaya.
8. Dia percaya orang lain istimewa, dan anggap mereka ikhlas bekerja.
9. Dia percaya, kegagalan adalah peluang untuk belajar.
10. Dia lihat apa-apa kejayaan bukan kejayaan peribadi tetapi kejayaan pasukan.
11. Bagi dia, janji perlu dipatuhi, masa perlu ditepati.
12.Bagi dia, kesalahan dan kelemahan diri sendiri bukan salah orang lain.
13. Dia tak pijak kepala orang lain untuk mendapat keuntungan peribadi.

Tapi, adakah lagi orang yang benar-benar berjaya? Berjaya tu apa? Apakah ukuran kejayaan sekolah?

Bagi saya, Persekitaran (fizikal, mental, dll) sekolah sangat penting untuk menuju kejayaan. Sebab itu persekitaran ini perlu dibereskan (baca:diuruskan) dulu (terutama manusianya).

Masa dan keadaan mempengaruhi cepat-lambatnya kejayaan.

Jika guru-guru sudah memberi perspektif yg negatif ttg GB yg akan bertukar masuk ke sekolahnya, maka satu tanggungjawab berat GB ini nanti ialah untuk membuang tanggapan negatif itu.

Saya juga pernah alamai keadaan ini.

Rosnah said...

betul tu cikgu. Sebenarnya jadi pengetua n Gb ini bukan senang. kadang2 orang bwhan ni tak tahu dengan jelas visi dan misi gbnya dan mereka sering salah anggap terhadap GB. Namanye pun leader n nabi Muhammad pun menghadapi kesukaran nak menghadapi persepsi (-) org bawahannya. ambil masa jgak. Tapi susah nak jadi pemimpinkan. Apa yg penting ilmu dan pengalaman sgt perlu,

DrSam said...

salam singgah dan tumpang lalu. menarik topik kali ini. seperti juga sebuah bahtera, hala tuju dan kesejahteraan anak kapal bergantung kepada kebijaksanaan dan kepimpinan seorang nakhoda atau laksamana. Bijak nakhoda mengemudi kapal, aman dan selamatlah pelayaran bahtera mengharung gelora. Ditambah dengan kerjasama dan kerja berpasukan dari awak-awak, maka sampailah bahtera ke destinasi dituju dengan jayanya.

Rosnah said...

tq..drSam..Pemimpin adalah nakhoda... kadang nakhoda kena guna kuasa veto jgk dalam setengah2 situasi utk keselamatan semua. Begitu jgk gb kdg utk kebaikan pelajar dia tegas wpun tak di sukai oleh org bawahannya pun kan?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...