Friday, December 25, 2009

Kita datang darinya dan kembali kepadanya.

Hari ini aku dikejutkan dengan pemergian seorang kakak dan juga sahabat yang sangat baik... (Allahyarham Ustazah Noraini bt Ismail) Al- fatihah buatnya.. semoga rohnya di cucuri Allah. Lebihkurang selepas solat Jumaat aku mendapat pangilan telefon yang memberitakan tentang pemergiannya. Allahyarham mengidap penyakit kencing manis dan pernah bersama aku selama 3 tahun di SKJ dan merupakan seorang yang cukup rajin dan komited terhadap kerjanya. Suka berbakti dan amat di senangi...
Kematian adalah suatu yang pasti tak ada seorang pun yang terkecuali. Allah tidak akan menangguhkan walaupun sesaat bila tiba masanya... Sebagai insan yang masih diberi kesempatan untuk hidup ini mengharap pengakhiran yang baik. Husnul Khatimah.
Aku sangat merasakan kehilangannya. Terlalu sukar untuk mencari sahabat yang baik dan jujur sepertinya. Ya Allah Cucurilah Rahmat ke atasnya.. dan tempatkanlah dirinya bersama para sahabat dan anbiya'. amin... buat keluarganya takhziah ku ucapkan. Semoga zuriat yang ditinggalkannya itu dilindungi dan menjadi insan yang soleh dan baik.

1 comments:

Faris said...

Innalillah,
Begitulah kehendak Allah. Saya dapat berita ini semalam kerana isteri saya pernah bersama2nya mengajar sewaktu di SK Sg Puteri dahulu. Hasrat hati memang nak ziarah sewaktu hari raya haji lalu tetapi tak berkesempatan kerana terpaksa bergegas balik kerana sekolah telah dipecah masuk. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 solehah. Amin.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...