Monday, December 7, 2009

Full time Suri rumah ..

Terasa dah lama cuti.. tapi seronok gak menjadi surirumah sepenuh masa ha,ha. Tapi mana boleh lawan suri rumah efektifkan? Semalam tup2 member SMS, k.Ros result keluar dah, saya punya result gedebuk, busyy jatuh frust betul la. Aku sebagaimana biasa fobia kit dgn keputusan periksa dari kecik2 agi gitu. Masa tu kat Pasar, alamak dah blank dah kepala otak nak beli apa untuk masak ni. Apa yang teringat keputusan periksa je. Maka saya mencapai je apa lauk tanpa sebarang perancangan. Biasanya saya membeli mengikut perancangan menu apa yang hendak dimasak. Tapi kali ni beli dan terpaksa masak ikut apa yang ada. aduhai... makngah betullah. Sesampai je kat rumah bukalah internet. tau sajalah bruk yang sekor(broadband la..) ni pun susah nak panjat pokok kelapa nak capai satelite.. dah beberapa kali di bedalnya barulah makan saman.. ha.ha. tengok result! mm seram sejuk gak sebab hari tu menjawab pun tak confident langsung dah la kut omputeih. Cuma harap2 prof faham omputeh aku yang dah di jadikan omputeih ala-ala 1 malaysia tu. Nasib lah sem ni 2 paper je.. Nak share gak result ni ... agak maintainlah.. tak jatuh gedebuk jugak la. just cukup makan...kelas sepatutnya mula 13 Dis ditunda ke 3 Januari. ohh rehat lagi... tapi ingat waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk..


8 comments:

Anonymous said...

ada gak aku seligi minah ni... 4 plet tuuuu
-liza

mantan said...

Congratulations!

Rosnah said...

ha,ha ja,akak wat gimik je kat hang tu... dah hang jgn pikiaq psl result. ramai yg dpt b.method tu.. hang enjoy adik hang punya wedding key...

Rosnah said...

mantan tq. biasa asyik kongsi sibuk,stress n masalah2 ngan rakan blog. so ada yg happy pe salah share gak kan?

aliza said...

Tahniah atas kejayaan. Moga terus berjaya dan berjaya.

aliza said...

Surirumah efektif tengah kumpul maklumat, nak siapkan buku subjek masa mengajar dulu, takut lupa, lama sangat bercuti.

Harap-harap tahun depan lebih efektif.
Orang yang dah biasa sibuk lebih senang sibuk daripada rehat memanjang. Tapi sekurang-kurangnya ada pengalaman menjadi surirumah sepenuh masa.

Rosnah said...

salam, tq za. yelah jadi surirumah ni penat lah tapi ada kepuasan bila tengok rumah kemas dan teratur, makan minum keluarga terancang dan seimbang. Ada masa untuk senyum2 dan gurau dengan anak2. mmm itulah kebahagiaan. Lepas ni setiap cuti nah nak spent sepenuhnya macam ni jadi surirumah full time. I Have to..

Anonymous said...

hai.k.ros mung belasah A smua? mung nak rebut anugerah apa pulak ni? master ada ke 1st class dan 2nd class? Cukup la dulu mung pecah rekod tak pernah2 SPI dapat 1st class bagi ko mung dapat je. segala anugerah mu sapu masa 1st degree..hah anugerah naib canselor mu dapat. anugerah dekan mu dapat..tapi aku heran ngan kepala otak mu... selamba dalam kelas periksa skor giler. jeles2,
- linda.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...