Wednesday, December 9, 2009

Syoknya cuti...

(Sebuah Laptop usang dan satu sudut dikediaman aku yang sering ku habisi dengan tenang untuk berfacebook (bermuka buku) dan berblogging)

Terasa lapang sungguh cuti aku kali ini. Selalunya hari-hari biasa aku yang sangat sibuk dan selalu menantikan saat cuti seperti ini. Ahh.. aku lalui sebagaimana yang di rancangkan. Kalau hari-hari biasa aku seorang guru,ibu, pelajar, isteri dan driver jugak. Bayangkan bagaimana kalutnya.. biasa tu isnin - Jumaat (mengajar) hujung minggu ke JB (utm). Masa untuk dirumah beberapa jam saja. Tapi cuti ni sepanjang masa berada di rumah. Selain beberapa hari keluar bercuti. Rutin aku di rumah sepanjang cuti bermula awal pagi, siapkan sarapan, mengemas rumah,masak tgahari, sediakan minum petang, bersiar ke tepi pantai sediakan makan malam dan berblogging dan berfaceboook ohh sungguh lapang....Di wajah anak2 jelas terbayang perasaan seronok. Mereka mencadangkan aku masak itu dan ini. Aku cuba penuhi juga. Inilah masanya membayar hutang tanggungjawab yang selama ini banyak diabaikan. Walaubagaimana pada 22-23 Disember nanti aku diberitahu supaya menghadiri mesyuarat pengurusan di SERI MALAYSIA TEMERLOH. Ha.. dah mula dah.... Nampaknya waktu lapang akan beransur hilang.Wajah2 yang tersenyum ini akan perlahan2 akan berkerut dan berkedut. oh tidak.... Sesungguhnya aku bahagia dengan kelapangan ini.

2 comments:

Faris said...

Selamat bercuti. Rehatkan diri dan tenangkan fikiran sebelum bergelumang semula dengan pelajaran. Atau dah mula buat tesis?

rosnah said...

tesis tu proposal dah siap cuma nak tengok approval penyelia.. tapi rasa macam nak tukar tajuk pulak...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...