Wednesday, December 2, 2009

Kawan.

Siapa kawan? bagaimanakah ciri2 kawan anda? Adakah kawan anda adalah orang yang sentiasa menyokong anda.? Adakah anda mempunyai kawan? Pada saya semua insan saya temui dan mengenali saya itulah kawan saya. Sebenarnya terlalu ramai kawan cuma kawan karib atau kawan setia tidak ramai. Dalam kehidupan seharian kita dapat perhatikan ada orang yang memilih kawan dengan melihat status. Ada orang melihat karektor, ada orang melihat pada penampilan ada yang melihat pada kepentingan yang bakal di perolehi. Pada saya kawan karib saya adalah seorang yang dapat menerima saya seadanya ketika susah dan ketika senang. Seorang yang sering menegur dengan ikhlas kepada saya. Semenjak berusia 12 tahun saya hidup bersendirian tanpa keluarga di sisi apa yang saya ada adalah kawan.
Dari situ saya menghadapi pelbagai jenis kawan. Pada saya kawan adalah satu hubungan yang penting dan tidak ada tukar ganti dengan sesuatu. Dalam pemilihan kawan kadang2 gerak hati kita memainkan peranan. Kadang secara tidak sedar gerak hati kita mengiyakan walaupun pada orang lain indiividu itu tidak bagus untuk di jadikan kawan tapi naluri kita menerima individu itu maka itu adalah sebenarnya kawan buat saya.
Bila kita berjumpa kawan hati kita merasa tenang dan damai bersamanya walaupun dia sering bertengkar dan berselisih pendapat dengan kita. Apabila kita melalui saat yang seronok kita ingin berkongsi dengannya. Kawan yang baik biasanya dapat memahami diri kita. Dia memahami saat sedih kita. Kawan amat penting kepada kita. Sekiranya anda ada kawan yang baik jangan cuba mengkhianati kepercayaannya. Dalam persahabatan seperti juga percintaan ada banyak cabaran dan kadang2 cabaran itu muncul untuk menguji kesetiaan kawanan kita. Saat ini hanya persahabatan yang ikhlas sahaja dapat menyelamatkan. sekian..

5 comments:

zaijb said...

salam k.rose,

betul kata k.rose... kawan2 memang ramai tapi kawan rapat atau sahabat karib selalu tidak ramai... itu pun bergantung pada seseorg individu itu juga... ada yg ramai, sedikit dan kadang kala tiada langsung...

pemilihan sahabat karib ini selalunya orang yg sgt memahami dan mempunyai pendapat yg hampir sama... berkongsi rasa...
bila sahabat nie berdiam diri kita yg jadi risau...
walaubagaimanapun hormatilah persahabatan yg ada walaupun tak bersua... betul tak k.rose..he

Rosnah said...

salam zai,
betoi wpun tak kenal tapi rasa mcam dekat di hati.. ha itulah dikatakan ada keserasian. rasanya macam tu lah.. tapi k.ros suka tgok zai happy selalu... ceriakan selalu hari2 mu yek..

aliza said...

Salam,
Kawan tu memang ramai tapi nak jumpa yang betul-betul ikhlas berkawan sangat susah. Ini kerana ramai berkawan kerana ada kepentingan tertentu. Itulah sebabnya ramai yang kembali mencari kawan sekolah kerana ketika itu kita betul-betul ikhlas berkawan, betul tak?

Ketika itu kita sama-sama berkongsi susah senang, saling tegur-menegur jika ada yg berbuat silap, semuanya dilakukan dengan ikhlas kerana kawan.

Moga ukhwah fillah yg terjalin mendapat Rahmat Ilahi.

Rosnah said...

tq za.. masa tu kawan adalah segala-segala. Kawan semoga kita kekal sebagai kawan.

mantan said...

Rosnah,
Sekuntum mawar (ros) boleh mengharumkan sebuah taman; seorang kawan boleh menyemarakkan sebuah kehidupan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...