Monday, January 29, 2018

ISTIADAT LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS MENERIMA AHLI BARU

Terpanggil utk memuat naik di sini sebagai rujukan diri sendiri dan mungkin kawan sepanduan...

ISTIADAT  LINGKUNGAN TUNAS

LAGU KUMPULAN BERENAM

SIANTAN 

– SIANTAN DATANG BERKAWAN , BERANI MACAM PAHLAWAN 

MELOR 
– MELOR TAAT DAN SETIA BERUSAHA SETIAP MASA

KENANGA
– KAMI BERNAMA KENANGA BERJASA BERTENAGA

CEMPAKA
- CEMPAKA BERSUKA RIA MENOLONG ORANG DUKA

TERATAI
- TERATAI NAMA KAMI BEKERJA TIAP HARI 

KESIDANG
- KAMI KESIDANG DATANG MENOLONG PAGI PETANG 

LAGU PANDU PUTERI TUNAS

PUTERI TUNAS BERTUJUAN
MENOLONG DAN BERKAWAN 

LAGU AHLI BARU 
AHLI BAHARU SUKA HATI
    MENJADI PUTERI TUNAS 

LAGU LOCENG TUNAS
TUHANKU,
SERUAN HAMBAMU,
BERI KAMI NIKMAT,
SEPANJANG HAYAT ,


SELAMAT TINGGAL  3 X



sebelum membuat lingkungan

·         Kakak setia akan menentukan tempat membuat perjumpaan 

·         Letakkan bendera pptunas    ( pennant)

·         Tentukan tema kreativiti membentuk lingkungan 

·         Beri masa ahli berbincang dalam kumpulan

·         Setiap kumpulan berenam masuk dengan cara rekaan mengelilingi  penant /penanda dan berdiri  disebahagian lingkungan 

         
Ahli Baharu 

apabilasemua kumpulan berenam pptunas telah berada dalam 
lingkungan , ahli baharu yang berada dalam kumpulan akan terus masuk 
ke tengah lingkungan dan duduk bertinggung di situ  


LAGU PANDU PUTERI TUNAS 

       Semua ahli pegang tangan 

       Skip ke kiri dahulu nyanyi lagu ini sampai habis 

     PUTERI TUNAS  BERTUJUAN MENOLONG DAN BERKAWAN

       Kemudian skip ke kanan dan nyanyi sekali lagi .

       Setelah selesai ,lepas tangan , menghadap ke dalam .

SKIP KUMPULAN 

Tiap kumpulan akan masuk ke tengah untuk menyanyikan lagu kumpulan
mula-mula masuk berskip, tanpa pegang tangan  , dan meng’humming’ lagu
kumpulan

    NA , NA , NA, NA , NA , NA…. ( Irama Lagu Kumpulan ) .

Setelah membentuk bulatan mengelilingi penanda, skip kekiri lagu 
kumpulan dan skip sekali lagi kekanan  dan menyanyikan lagu kumpulan 
 setelah tiba pegang tangan dan bersedia untuk skip
dan menyanyi lagu kumpulan 

SEMASA KELUAR 

Lepas tangan  dan skip  humming lagu kumpulan balik ke lingkungan didahului dengan ketua kumpulan . kemudian kumpulan berikutnya masuk hingga selesai kumpulan keenam 

AHLI BARU

Setelah semua kumpulan berenam selesai masuk dalam lingkungan , ahli 
baharu akan bangun , berpegang tangan dalam bulatan dan skip kekiri 
sambil menyanyikan lagu :
AHLI BARU SUKA HATI, MENJADI PUTERI TUNAS 

Kemudian skip kekanan dan menyanyikan lagu sama sekali lagi 
 akhir sekali skip sambil humming balik ke kumpulan asal masing-masing .

setelah semua kumpulan selesai menjalankan aktiviti ini , maka secara 
beramai-ramai sekali lagi pegang tangan ( dalam lingkungan besar ) skip 
kekiri menyanyikan lagu pptunas hingga  selesai , skip ke kanan 
menyanyikan lagu pptunas hingga selesai.

setelah selesai skip dalam lingkungan besar beramai-ramai 
 semua ahli akan berdiri tegak , membuat isyarat pandu puteri dan berkata

    “ T.O.S , T.O.S , T.O.S ”

kedudukan tangan tegak . Ahli baharu tak perlu beri isyarat hormat 

Pemimpin boleh kata ‘TOS’ sekali untuk beri klu kepada ahli untuk memberi
hormat tos




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...