Monday, September 26, 2011

KURSUS KSSR TAHUN 2 DAERAH ROMPIN (ZON PANTAI)

Bermula 26/9/2011 - 30/9/2011 GB kena bagi kursus kepada Guru-guru pendidikan Islam yang bakal mengajar tahun dua pada tahun 2012. Kursus ini padat dengan pengisian yang perlu di sampaikan.

kehadiran Penolong Pengarah teras Pendidikan Islam (SPI)
 PESERTA YANG HADIR ..

PESERTA DARI PULAU TIOMAN 


DARI SJKC & SG PUTERI

Saturday, September 24, 2011

BAJET 2012.

Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.
Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.
Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.
Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.
Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini… sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.
Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.
Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.
Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
-Bharian

manual PBS mata pelajaran

berikut adalah manual prngguna PBS online. Buat masa ini sistem ini kita tak dapat masuk sistem ini dan pasword yang kita pernah guna sebelum ini pun dah invalid. Namun memandangkan masa kursus hari tu ramai peserta yang minta GB tunjukkan dan masa tu tak berkesempatan so GB janji akan uploadkan manualnya. So bolehlah study dan cuba buat bila sistem dah ok nanti'

MANUAL UTK GMP- DOWNLOAD DI SINI !!!!

Thursday, September 22, 2011

modul ice breaking.

Hari ni GB berjaya menyiapkan satu modul ice breaking. Modul ini GB nak gunakan untuk Kem Ibadah bagi Pelajar2 tahun 6 pada awal oktober nanti. GB rasa modul ini dapat membina keyakinan peserta2 itu nanti.

Wednesday, September 14, 2011

Kursus Juru Latih Utama KSSR Tahun 2. (13 hingga 15)

Suasana kursus di BTP . Hari ni hari ke 2 GB berkursus..slot GB tadi dah berlalu dan besok ada lagi slot. Tapi GB cuba yang sebaiknya.. mm GB letaklah sikit gambar untuk kenangan

JU UTAMA DAN PEGAWAI JPN
PN JAMILAH DAN URUSETIA
PESERTA TENGAH KHUSYUK
PESERTA MISALI
JU UTAMA USTAZ LAN
JU UTAMA
PESERTA DI LATIH UNTUK JADI JU DAERAH

Monday, September 12, 2011

Memberi Task? SMS dari teman.

Pagi ini saya mendapat satu SMS dari seseorang yang membaca blog aku. Saya pun tak pasti post yang mana satu dia baca tapi sms ni berbunyi " saya tertarik dengan tulisan itu dan saya memberi task yang mungkin  dapat puan huraikan. Suami saya banyak berahsia akhir2 ini. kami di timpa tsunami rumahtangga 2009. Sejak itu saya dah tak macam dulu lagi. Percent curiga saya dah sampai gred A. Bila saya cool dia pun buat aktiviti. Bila aktiviti terbomgkar dia buat cool. sampai bila?Mungkin puan sudi membantu dari sudut positif dan negatif yg boleh saya terma."- begitulah bunyi sms ini.. tapi saya tak pakar dalam bidang ini.untuk memberi pendapat dan pandangan. mungkin ada kawan2 blog dan fb yg boleh beri pandangan tentang isu ini.

KURSUS JU UTAMA DI BTP

Bermula 13-15 sept 2011.
tempat di BTPN kUANTAN.
KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 UNTUK JURULATIH UTAMA DAERAH
JADUAL KURSUS :

PAMPLET kURSUS KSSR

JADUAL KURSUS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...