Tuesday, May 24, 2011

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP)DARI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA


  

Dokumen Standard Prestasi (DSP) Tahun 1 KSSR yang akan digunakan sebagai rujukan dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR. link di atas adalah utk PAI dan BA SHAJA. Untuk subjek lain anda boleh boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan KPM:-dengan link di bawah
http://apps2.moe.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=646&Itemid=1

Monday, May 23, 2011

P&P berasaskan Komputer.

Kalau dalam KSSR Kita di tekankan dengan EMK keusahawaan, kreatif inovatif dan elemen TMK. Maka saya tertarik untuk membincangkan tentang pembinaan bahan untuk membuat P&P kita lebih menarik, berkesan dan memenuhi teori pedagogi. Bla di perhatikan ramai guru2 yang masih kabur dalam membina bahan2 pengajaran. Ramai juga yang membeli bahan2 yang dijual dipasaran dan bahan2 itu sebenarnya tidak memenuhi kehendak sebenar. Sebelum membina kita pelajari teori dan kaedahya. berikut adalah kaedahnya...yang di kemukakan oleh pakar2.

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER
(PPBK)

    DEFINISI PPBK

  •         Computer Assisted Learning
  •         Computer Assisted Instruction
  •         Computer Based Instruction
  •         Computer Aided Learning
  •         Computer Based Learning

        Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

    CIRI-CIRI  PPBK

  •  Berasaskan individu
  •  Boleh diulang
  •  Bahan disediakan oleh guru
  •  Ramah pengguna
  •  Boleh diubahsuai mengikut tahap murid
  •  Interaktif
    KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN  PPBK
 
 


               MEREKA BENTUK (DESIGN) / MEMILIH BAHAN
                                              |
                                             V
                   ------>  CUBAUJI / UJICUBA  <--------------
                  |                           |                              |
                  |                          V                              |
                  !------>    TAMBAHBAIKAN                     |
                                             |                               |
                                            V                              |
                        LAKSANA PENGAJARAN <-----------!



 
    MENGHASILKAN PERISIAN PPBK
  •  Verbal
  •  Latih tubi
  •  Simulasi
  •  Inkuiri
  •  Tutorial
  •  Penyelesaian Masalah
  •  Permainan

    VERBAL
  •  Pengajaran terancang
  •  Buku kerja, bAhan gambarajah, soalan disediakan kepada pelajar
  •  Pelajar memberi respon jawapan pilihan
  •  Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul
  •  Komputer memberi jawapan secara verbal

  LATIH TUBI
 


      ------->  MASALAH   <-------------->  SOALAN <--------
      |                                                                         |
      -------------------->       ULANGAN        <--------------------

    SIMULASI
  • Lebih berbentuk permainan
  • Sesuai dalam pengajaran matematik
  • Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang  berbeza

    INKUIRI
  •  Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai masalah pelajaran
  •  Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuik diselesaikan
  •  Ia sangat kompleks untuk disediaka
  •  Ia sesuai untuk matapelajaran sains

    TUTORIAL
  • Isi pelajaran tersusun
  • Pelajar boleh menjawab soalan
  • Komputer beri maklumbalas


    PENYELESAIAN MASALAH
  •  Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah
  •  Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer
  •  Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah
  •  Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

    PERMAINAN
  • Permainan berorientasikan pembelajaran
  • Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat,  lojik dan hukum tertentu
  • Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

    KELEBIHAN PPBK
  • Penumpuan kepada pelajaran
  • Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan
  • Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (self-paced) dan multiple intelligent
  •  Interaktif
  •  Kolaboratif
  •  Individu

         KELEMAHAN PPBK
  •  Kos tinggi
  •  Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian


    PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN 
        PEMBELAJARAN MELALUI CD
  • Contoh Bahan:-
    • Pengenalan Kepada Komputer
    • Pengajaran Al-Quran – Tajwid
    • Bahan Yang Dibina Menggunakan Perisian Authorware
    • Bahan Pengajaran Dari Internet
  • Binaan sendiri :-
    • Membina Papan Cerita 1
    • Membina Papan Cerita 2
  • Cara Bina Bahan Dari CD – Satu Demo
  • Teknologi Pengimbas 


 SETERUSNYA  BAGAIMANA PENGHASILAN AKAN DI SAMBUNG PADA POST AKAN DATANG.

Sunday, May 22, 2011

LEMBARAN KERJA MASA CUTI JAWI TAHUN 1 & 2

LEMBARAN TAHUN 2 -SIRI 1

LEMBARAN TAHUN 1 -SIRI 1


Soalan ini untuk latihan musim cuti buat murid2 aku. sesiapa berminat boleh download tapi jangan lupa tulislah sesuatu kat shoutmix saya. Saya tahu ramai yang download bahan dari blog saya tapi tak ramai yang meninggalkan sebarang ucapan atas bahan yang di download kan. Ini bahan adalah sokongan dan kreativiti sendiri..

Saturday, May 21, 2011

5 kaedah kenaikan pangkat GURU


KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.
Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.
Pelancaran sambutan Hari Guru bertema “Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara” itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.
Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.
Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
“Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun,” katanya.
Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya.
“Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan,” katanya.
Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
“Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan,” katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.
Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.
“Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.
“Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan,” katanya.
Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.
“Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru,” katanya. –

SUMBER : BERNAMA/Bharian

Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK)



PROSPEK mulai 1 Julai dinilai panel berwibawa, Kaedah penilaian baru bagi kakitangan awam untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan, tetapi ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) menggantikan PTK yang akan dilaksanakan mulai 1 Julai depan, membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi; memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata selain dimensi asas seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, sistem baru itu juga mengambil kira dimensi tambahan, iaitu kreativiti dan inovasi selaras penekanan kerajaan pada masa ini.
“Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya,” katanya pada majlis menandatangani persetujuan bersama sistem baru itu dengan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, malam tadi. CUEPACS diwakili Presidennya, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata, penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru itu bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan awam. Faedah pembangunan diri, termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang kakitangan serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
          Sementara itu, faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan dalam atau luar negara.
Pegawai yang berada dalam gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred berkenaan.
          “Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan dan Latihan Berteraskan Kompetensi.
            “Ketua perkhidmatan dan jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersedia berunding dari semasa ke semasa untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem penilaian baru itu

Sumber;Bharian.com.my

Ada ambo nak kisah?

Tak perlu aku kisahkan itu semua. Perlukah aku kisah? tatkala aku menulis blog sering aku fikir tentang perasaan orang, kenapa aku harus fikirkan perasaan orang? tak perlu. Dulu aku amat kisah tentang perasaan orang. sehinggakan aku menukarkan adress blog aku kerana adress blog aku dipertikaikan. sedangkan itu semua kerana kebetulan. Ada insan merasa tidak senang. insan yg tidak pernah senang dengan diriku. Dulu aku cuba memaafkan dan mengikut kehendak orang supaya hati insan itu senang. tapi senangkah dia? Jauh di hatiku mendoakan kesenangan buat dirinya. Tapi kuasa membalas bukan dariku tapi dariNYA.
Kadang2 perasaan jahat aku bermain difikiranku..sering juga timbul perasaan dendam yang menebal dihatiku. Hanya perasaan dendam dan benci itu dapat melenyapkan rasa hormat  dan kasih serta sayang yang pernah wujud dalam hubungan ini.

Monday, May 16, 2011

Hari Guru ke 40 dan aku.

Hari Guru pada tahun ini aku rasakan begitu hambar. tak rasa excited dan seronok.entah kenapa, walauupu aku telah cuba menghappeningkan suasana namun hati dan perasaan ku tetap merasa sugul dan sedih. tidak seperti tahun2 yang lepas. Semenjak menjelangnya tahun 2011 aku sudah menjadi tidak seceria dulu. kenapa? aku sendiripun tak mengerti. Mungkin perubahan usia menyebabkan hati kita turut tua.
Tak dinafikan ada sesuatu yang menganggu hidup aku.bolehlah aku katakannya sebagai aamul huzni. Ya Allah aku tidak punya teman untuk berbicara dan meluahkan apa yang aku rasa dan hadapi. Namun aku hanya mengharap kekuatan darimu. Sehingga hari ini ..aku berjanji pada diriku untuk tempohi hidup ini dengan tabah dan berani. Sekiranya ada perkara yang menyakitkan itu aku tak akan mengenangnya walau sesaat.
Sekiranya Allah mengurniakan perasaan itu pada ku maka aku tempuhi dengan penuh keperitan. Tapi aku mohon darimu ya Allah jauhkanlah perasaan itu. 

E-PLAPORAN VERSI 11- YANG DI PEROLEHI DARI BPI

e-PLAPORAN ini yang saya download dari BPI. Saya rasa ini yang terbaru. Guru2 penyelaras j-QAF bolehlah download dan tengok 2 dulu.

E-PELAPORAN VERSI 11  (KLIK DI SINI )

Wednesday, May 4, 2011

LAGI - LAGI TENTANG e-plaporan

 Memandangkan ramai penyelaras jqaf sekolah bertanya tentang e Plaporan. Maka dengan ini di nyatakan bahawa akan keluar e plaporan versi baru iaitu versi 11. dan mengikut sumber dari blog e plaporan maka maklumannya adalah seperti di bawah
Berikut keputusan mesyuarat berkaitan perubahan format laporan pencapaian j-QAF 2011.
1. Penetapan KPI j-QAF (Pelunjuran 2011 - 2016 )2
2. Mencetak sijil pencapain j-qaf di tahun 6 menggunakan esekolah. Oleh itu, Key in no surat beranak atau kad pengenalan murid untuk tahun 6 sahaja.
3. Bahan dimuatturun di halaman www.bpi.edu.my
4. Item Kem Bestari Solat ialah BM (Belum Menguasai) dan MC (Menguasai). Tiada MS (Menguasai Sederhana)
5. Bahasa Arab Tahap 1 ialah setiap bulan ialah 10 markah. 50 markah ialah markah ujian semester.
6. Al-Quran dan Jawi 6 Bulan Tahun satu dilapor 2 kali setahun. Termasuk sekolah bukan program j-QAF.
7. Pencapaian al-Quran tahun 1 menggunakan pencapaian iqra' semasa. Manakala teks penilaian al-quran tahun satu digunapakai untuk ujian saringan di awal tahun.
8. Untuk mengesan tidak khatam al-quran, penambahan profil murid di tahun 6 seperti berikut :
a. Saudara baru.
b. ponteng.
c. masalah pembelajaran.
d. murid inklusif / pendidikan khas.
e. murid bukan program j-qaf
9. Rumusan solat ialah gabungan amali solat(perlakuan) dan (bacaan). contohyna, jika BM di perlakuan dan MC di bacaan, makan dikira BM.
10. Markah jawi dikira total. Maknanya tiada kolum a, b dan c.

Dipengerusikan oleh Timbalah Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam.

Insya-Allah, akan dimuatnaik selepas taklimat 10-12 Mei. Terima kasih.
Sumber : http://e-laporan.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...