Wednesday, May 4, 2011

LAGI - LAGI TENTANG e-plaporan

 Memandangkan ramai penyelaras jqaf sekolah bertanya tentang e Plaporan. Maka dengan ini di nyatakan bahawa akan keluar e plaporan versi baru iaitu versi 11. dan mengikut sumber dari blog e plaporan maka maklumannya adalah seperti di bawah
Berikut keputusan mesyuarat berkaitan perubahan format laporan pencapaian j-QAF 2011.
1. Penetapan KPI j-QAF (Pelunjuran 2011 - 2016 )2
2. Mencetak sijil pencapain j-qaf di tahun 6 menggunakan esekolah. Oleh itu, Key in no surat beranak atau kad pengenalan murid untuk tahun 6 sahaja.
3. Bahan dimuatturun di halaman www.bpi.edu.my
4. Item Kem Bestari Solat ialah BM (Belum Menguasai) dan MC (Menguasai). Tiada MS (Menguasai Sederhana)
5. Bahasa Arab Tahap 1 ialah setiap bulan ialah 10 markah. 50 markah ialah markah ujian semester.
6. Al-Quran dan Jawi 6 Bulan Tahun satu dilapor 2 kali setahun. Termasuk sekolah bukan program j-QAF.
7. Pencapaian al-Quran tahun 1 menggunakan pencapaian iqra' semasa. Manakala teks penilaian al-quran tahun satu digunapakai untuk ujian saringan di awal tahun.
8. Untuk mengesan tidak khatam al-quran, penambahan profil murid di tahun 6 seperti berikut :
a. Saudara baru.
b. ponteng.
c. masalah pembelajaran.
d. murid inklusif / pendidikan khas.
e. murid bukan program j-qaf
9. Rumusan solat ialah gabungan amali solat(perlakuan) dan (bacaan). contohyna, jika BM di perlakuan dan MC di bacaan, makan dikira BM.
10. Markah jawi dikira total. Maknanya tiada kolum a, b dan c.

Dipengerusikan oleh Timbalah Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam.

Insya-Allah, akan dimuatnaik selepas taklimat 10-12 Mei. Terima kasih.
Sumber : http://e-laporan.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...