Thursday, October 29, 2009

Analisa Kualitatif.

Menurut Coffee dan Atkinson (1996) dalam menganlisa data kualitatif ia lebih bertumpukan pada maksud data dan bukannya bertumpukan kepada perkiraan untuk meletakkan nombor pada kes-kes tersebut. Terdapat 3 prosedur asas dalam mengekod data kualitatif
1- Melakukan pemerhatian dan peka pada fenomena yang berkaitan.
2- Mengumpul contoh-contoh terhadap fenomena tersebut.
3- Menganalisa fenomena itu, kemudian mencari persamaan, perbezaan, pola, trend dan
struktur.

Manakala menurut Esternberg (2002) terdapat beberapa method yang bole digunakan untuk menganalisa data kualitatif.
1- penyelidik mencari satu corak atau pola (pattern) dalam data.
2- penyelidik boleh melakukan perbandingan antara kes.

Dalam mengkaji secara kualitatif biasanya sampel yang diambil dengan menggunakan kumpulan fokus. Bilangan kumpulan fokus ini tidaklah terlalu ramai antara 8-13 orang sahaja. Dalam kumpulan fokus ini penyelidik akan berbincang dan bertanya pelbagai soalan dengan menggunakan idea dan pemikiran mereka sendiri.
Dalam perbincangan itu penyelidik boleh merekod dan kemudiannya menulis semula dalam bentuk transkrip.Dalam pengumpulan ini bukan dalam bentuk numerik tetapi dalam bentuk nominal .

Data kualitatif juga lebih menjurus kepada tema yang muncul semasa perbincangan. Data yang dianalisa juga seringkali ditulis dalam bahasa harian yang menyerupai satu cerita. Ia tidak menggunakan nombor atau statistik untuk menggambarkan tingkahlaku responden dan sebagainya.
Umumnya pengumpulan data ini bermula dari awal kajian dan berlaku secara berterusan ketika mengumpul data. Ini dapat memberi peluang kepada penyelidik untuk memeriksa data dan meningkatkan peluang untuk penemuan baru. Pelbagai jenis data boleh dianaliasa menerusi pemerhatian, temubual, dokumen yang diperolehi pada awal kajian . Data ini dapat membantu penyelidik dalam penyelidikannya.

Dalam menganalisa data kualitatif , pengkelasan dan perkaitan antara data akan dibangun serentak ketika membuat pemerhatian dan analisa semula. Corak dan proses analisa kualitatif ini makna setiap data yang dikumpulkan akan dianalisa semula pada akhir proses pemerhatian dalam penyelidikan tersebut. (refreshing!!!!!!!)

Wednesday, October 28, 2009

Periksa oh periksa (grounded Theory )

Lagi 2 hari aku akan periksa. Kekalutan menyiap soalan periksa pelajar, menyiapkan program literasi alQuran Peringkat Daerah, menyiap e pelaporan peringkat daerah dan sekolah menyebabkan rasa semput jugak. Semuanya harus dibereskan... tak sempat nak tangguh. Anyway sempat jugalah aku membelek2 notes yang pensyarah bagi . refresh for exam lah.. bila mengenangkan tak sempat mentelaaah dengan sempurna rasa rugi pulaklah. Bila habis periksa dah tentu kita tak baca buku-buku tu. Sedangkan di dalam buku tu banyak ulasan2 mendalam yang amat berguna untuk di ketahui. Dalam pada tu tadi aku telah study tentang theory grounded bagi kaedah penyelidikan. Dalam kaedah itu telah di ceritakan juga proses coding dan memo.
oK.. Saya elaborate sedikit tentang teory grounded ni,, ia merupakan satu kaedah kajian yang diperkenalkan oleh Glaser dan Straus pada tahun 1967 dan kemudian diperjelas secara detail oleh strauss pada tahun 1987. Ia merupakan satu kajian kualitatif yang mengunakan pendekatan induktif dimana kajian ini dimulakan dengan memperolehi data dan dari data dibina konsep dan teori kemudian dijadikan hipotesis dan teori dibangunkan. Berbeza dengan kajian klasik yang lain dimana pendekatannya adalah deduktif.
Terdapat 5 Tahap dalam menghasilkan teori grounded:
1- Design kajian
2- Pengumpulan data
3- Memaparkan data.
4- Menganalisa data.
5- Membandingkan data dan literature.

Dari 5 tahap ini pulak wujud 9 langkah:
1- tinjau ulangan teknik literature.
2- pilih kes
3- membuat panduan pengumpulan yang teratur.
4- membuat kajian lapangan.
5- susun data.
6- analisa data.
7- contohi teori
8- penyelesaian kajian
9- Banding kajian yang muncul dengan kajian yang lepas.
Kualiti teory grounded ini bergantung pada cara dan langkah pelaksanaan oleh pengkaji itu sendiri. Sekiranya kajian itu mengikuti langkah dan disiplin yang baik maka akan tercipta satu teori yang baik. Teori ini memerlukan tahap keprofesioanalan seorang pengkaji itu. Tahap kejujuran, ketelitian dan kesabaran.

Dalam fasa menganalisa data terdapat coding dan memo.
Apa itu coding dan memos?
coding adalah pemecahan mengikut konsep. coding juga satu cara untuk mengkelaskan data mengikut kategori. Data itu boleh diperolehi melalui temubual, pemerhatian dan catatan peribadi pengkaji. coding ini penting untuk lebih memahami dan memperjelaskan secara terperinci dan seterusnya dapat memperkembangkan teori.

Dalam Kajian grounded ni ada 3 proses coding.
1- open coding
2- Axial coding.
3- Selective coding.

Open coding - Satu proses dimana pengkaji mengenalpasti, mengkategori, membuat huraian berdasarkan dapatan yang diperolehinya melalui pemerhatian, temubual dan mana-mana dokumen yang berkaitan. Pada peringkat ini juga pengkaji akan memecah2kan permasaalahan mengikut konsep, fungsi dan objektif.

Axial coding - Pada tahap ini menghubungkan berbagai-bagai kategori dalam bentuk susunan yang kronologi. Ini gabungan cara berfikir secara induktif dan deduktif. Pada peringkat ini banyak maklumat baru telah diperolehi oleh pengkaji dan mula membuat perbincangan dan perbandingan.

Selektif Coding - Pada tahap ini maklumat yang diperolehi sudah berada pada tahap tepu (saturation) Dimana apabila ditemuramah beberapa orang maklum balas yang diperolehi adalah sama. Di sini penyelidik mengambil dapatan ini dan membina teorinya sendiri yang baru. Namun begitu penyelidik meneruskan dengan membanding dan menghubungkan dengan teori yang lepas atau yang lain.

alamak... dah penat ulasan seterusnya nanti,,, kalau sempat.. ada simpan kat kepala ni tapi tak larat taip dah.

Monday, October 26, 2009

read this story la...

Hari ni seperti hari yang lain. Kulalui dengan penuh bererti. Tapi ada satu kejadian yang boleh dijadikan satu iktibar samada lelaki dan perempuan. Ini kisah antara aku, kawan aku dan isterinya. Kawan aku ni lelaki lah dan kami memang baik suatu ketika dahulu. Kami tak pernah berjumpa semenjak lebihkurang 15 tahun. Pada hariraya yang lalu kami terserempak. Masa tu saya dan kakak saya telah bertegur sapa disampingnya pula ada isterinya. Apabila berjumpa maka diapun memperkenalkan kami berdua kepada isterinya. Lantas air muka isterinya sedikit berubah dan saya lihat kawan saya ni pun macam takut-takut untuk terus bertanya khabar. Pada saya ok lah tu. Dalam kesempatan itu kawan saya ni pun meminta no telefon, seperti biasa saya memberinya dan begitu juga kakak saya. Selepas itu, sekali sekala ada jugalah bersms untuk bertanya khabar. Dia pun nak juga tahu perkembangan saya. Itu saja, tidak lebih dari itu. Pada pagi ini, saya dapat 1 mms dari kawan saya tu. Lalu saya membalasnya, gambar ape tu? Tak jelas…tak semena2 selepas beberapa minit, saya dapat panggilan no telefon tak dikenali. Lalu saya menjawabnya. Isteri kawan saya tadi telah menelefon saya dan begini bunyinya :
Kring!!!kring!!!
Saya : assalamualaikum,
Isteri dia: waalaikumussalam.
Saya : sape ni?
Isteri dia : oo tak kenalkah? Ni isteri orang yang awak selalu bhubung tu.
Saya : Sape yek . isteri sape ni?
Isteri dia : Saya tahu awak ni yang saya jumpa hari tu, dan sering bhubung ngan suami
saya.bla.bla.bla..... ( dia kata saya ada hubungan sulit dengan suami dia Seingat saya beberapa sms je.. itu semua pasal tanya khabar dan ucapan selamat hariraya.)
Saya : Masyaallah, saya tak lah sampai gitu.Nauzubillah! selisih malaikat 44 ! Minta
maaflah puan, saya pun dah ada suami dan rasanya suami saya ni lebih hensem dan pesonaliti pun lebih baik berbanding dengan suami puan tuh. (dalam loghat kelate lah).
lalu saya memberi salam dan meletakkan telefon. Selepas tu saya dapat lagi sms demi sms nih. Hai geram jugak. Kita sibuk nak study ni.. banyak lagi benda lebih berat nak fikir ni.. Saya terfkir beberapa ketika. Sebab bagi saya lelaki itu adalah kawan lama saya. Kenapa isterinya begitu cemburu? Kenapa dia tidak menyoal ini kepada suaminya? Agaknya suaminya tak pernah dapat SMS dari perempuan? Setahu saya isterinya juga seorang guru.Seingat saya SMS Saya semuanya membalas apa yang ditanya tak de pun yang saja2 gatal nak SMS. Saya pun bertanya suami saya, apa persepsi abang terhadap wanita sebegini ?.mmm memalukan suami je. Dia membuat tanggapan, wanita sebegini adalah wanita yang kurang keyakinan diri, dan sebenarnya banyak perkara yang dia tidak tunaikan dengan sebaiknya untuk suaminya. Kalau dia dah menjalankan tanggungjawab dan berperanan dengan sebaiknya kepada suaminya dia tak akan takut. Kerana suaminya tak mungkin mencari yang lain kerana dia the BEST. Tindakan dia itu telah menunjukkan kelemahan dia sendiri. Itulah ceritanya. Bagi saya satu pengalaman. Iktibarnya jangan mendekati suami orang... hi.hi.hi.. pada pompuan tu jangan cemburu sangat controll la sikit. Jangan terburu2 bertindak. Memalukan diri sendiri dan suami. Menampakkan kelemahan diri pulak tuh. Kalau kita baguih perform tak kanlah suami nak cari lain. Fikirkan performance laagi baguih noo.

Sunday, October 25, 2009

Kelas terakhir semester ini

Semalam merupakan kelas terakhir bagi sem ini. Minggu depan exam. sepanjang minggu ini kenalah study hard sedikit. Kalau tidak keputusannya kantoi. Peperiksaan, assigment satu benda yang dah sebati dengan kehidupan aku. Apa yang ku harapkan aku diberi kesihatan dan kemudahan dalam menempuhinya. PERIKSA! PERIKSA! YAHOO....study! study! study!...

Saturday, October 24, 2009

Perasaan Seorang Pelajar Mahasitua.

Bila aku renungkan kembali, saat ini aku masih bergelumang dengan buku-buku dan mengkaji bahan kajian orang sana sini sehinggakan aku rasa aku seperti berada didunia aku sendiri. Semalam sebelum aku ke tempat study aku berborak2 dengan anak sulung aku.(ZAL) aku kira walaupun usianya baru mencecah 14 tahun namun bagiku dia seorang yang cukup matang. Persoalan aku, adakah dia merasa kekurangan lantaran aku sering meninggalkannya dan adik-adik setiap kali aku ada kelas. Namun jawapannya dia kata, dia bangga tengok mamanya gigih belajar dan dia berpendapat mamanya berbeza dengan orang lain. Dia juga berpendapat mama seharusnya belajar lebih tinggi lagi !. Dia berharap aku belajar sehingga peringkat PHD. Dia juga ingin melihat adakah mama mampu sehingga tahap itu. Aku agak terkejut dengan jawapan itu. Kadang-kadang aku merasa kasihan juga pada anak-anak yang sering diabaikan oleh aku. Kadang-kadang aku rasa seperti seorang ibu yang pentingkan diri sendiri. Tapi kadang-kadang inilah satu hobi aku sebenarnya. Minat pada suatu input yang baru. Bila dalam situasi belajar ini, aku seolah-olah tamak. Kadang-kadang tu semua ingin aku cuba dan menjayakannya. Tetapi aku lupa semua itu tak mungkin...Minggu depan aku periksa. Biasanya sebelum periksa aku sempat khatam buku2 dan dah memiliki nota2 kecil dah. Tapi kali ini aku agak sibuk dan persediaan tidak begitu mantap. Namun, aku berharap kematangan dalam menghujah akan meningkat pada exam kali ini. apalah makna pembelajaran tanpa peningkatan dan perubahan dalam corak pemikiran.

Wednesday, October 21, 2009

Di sebuah Kamar Di BTP Kuantan..

Di kamar 206 di BTP aku bersendirian. Apa yang ku lalui bersama kesepian ini.? Tatkala malam semakin larut bahkan embun pagi mula menitis namun mataku ini masih terbuka luas dan fikiran ku terus melayang2. Beberapa kali ku cuba membelek buku untuk menelaah tapi ianya bagaikan seekor tikus melihat besi. Kenapa harus begini? Malam tadi juga aku tak melelapkan mata. Apa yang terpahat difikiranku? terlalu banyak perkara yang tak berguna agaknya berada difikiranku? Kalau ikutkan hati ketika ini ingin aku menghidupkan injin kereta dan pulang kepangkuan anak dan suamiku saja. Mungkin aku rindukan mereka....
Aku rasa selepas ini aku harus menghadkan diri dari tugasan seperti ini. Outstation dan sibuk pada sesuatu yang tak pasti. Sudah tiba masanya untuk aku bersama anak-anak dan suamiku. Terlalu lama menunggu siang kurasakan... aku ingin kembali kepangkuan anak-anak dan suamiku... Mereka yang mengerti aku.. tiada yang lain...

Saturday, October 17, 2009

Gambang Waterpark.

Semalam dalam kesibukan membuat persediaan untuk ke kelas. Tiba-tiba dapat 2 sms yang menyatakan bahawa kelas dr Yusof akan di adakan pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari saja. Hari ahad tak ada kelas. So akupun mula mencongak lah. untung ruginya. Perhitungan aku menjadi lebih mudah bila dr Yussof pesan pelajar jauh dari kuantan dan putrajaya kalau tak datangpun dimaafkan. So aku buat plan dengan anak-anak untuk berkelah. Tapi setelah berbincang2 maka keputusan diambil ke Gambang Waterpark le.. tempat yang baru dibuka tu..



Apakah sebenarnya yang diharapkan oleh anak2 dari ibubapanya?

Adakah kebahagiaan itu dapat di nilai dari riak wajahnya.


Adakah mereka mengharap pengertian dari ibubapanya?

Adakah keakraban mereka akan berkekalan sampai dewasa?

Semoga mereka mengerti bahawa kami menyanyangi mereka dan mereka adalah keutamaan kami...gambar sepenuhnya ada dalam facebook.

Thursday, October 15, 2009

Kehadiran ular ke kantin sekolah. Janglau


Pada waktu rehat tadi, tiba-tiba seekor ular tedung berwarna hitam telah menjalar ke meja makan pelajar. Amat mengejutkan. lebih mengejutkan lagi anak aku yang berada beberapa inci dari meja itu dengan wajah yang terkejut menjerit memberitahu cikgu tentang ular itu. Dengan kecekapan guru dan seorang tukang sapu (K.AS) ular itu berjaya dihindari dari pelajar dan dibunuh. Dek kerana aku sibuk aku tak ada di tempat kejadian itu. so gambar tak sempat ambik.

Monday, October 12, 2009

Baby baru kawan baik aku masa first degree dulu


Ini baby kawan aku.. yang lahir pada 10.10.2009. Baby girl. Namanya pun tak de lagi.. beratnya 3.4 kg masa lahir. Pada rakan2 lama yang menjengah blog aku ni,,, nilah baby sri Rohayu Bt Ismail. mmm senyap2 produce new edition. Anyway tahniah...ayu. kata nak bagi ke kak ros...

Sunday, October 11, 2009

Pemerhatian dan kajian

Hari ni aku berjaya menganjurkan "bilik guru terbuka"sempena aidilfitri. Hi.hi bunyi macam pelik tapi konsep yang aku gunakan ialah satu orang guru satu menu juadah hariraya. wah sebagai penganjur walaupun aku tidak ada apa-apa kuasa, cuma sekali sekala aku ni ada kuasa rujukan dan adik-adik kat sekolah ni sering merujuk pada aku untuk membuat sesuatu. Minggu lepas aku merancang dan merahsiakan dari gurubesar dan GPK-GPK sebab kami mengangap mereka adalah jemputan. Walaupun semalam agak kepenatan sekembali dari kelas namun aku sempat juga menyediakan nasi dagang dan gulai ikan tongkol. Hari ini aku mendapati semua guru menyediakan menu masing-masing. Hasilnya terdapat melebihi 15 menu makanan berat dengan pelbagai jenis mee dan nasi. Aku terfikir juga mereka melakukan tanpa paksaan dan masing-masing gembira.Semua pekerja dan orang kantin dijemput. 2 minggu yang lepas gb menganjurkan majlis yang sama peringkat sekolah namun tidak ada sambutan dan majlis itu menjadi hambar. Dari sini aku cuba memerhati dan menganalisa tentang gelagat manusia yang begitu unik ini. Beberapa faktor yang menjadi hambar mungkin waktu diadakan itu tidak sesuai. Terdapat sebahagian daripada guru-guru tak suka suasana yang serius dan mereka suka suasana yang santai. Perkara yang paling penting bentuk harapan di sampaikan. Ramai manusia ini tidak suka dipaksa. Bila dipaksa melawan. Pada pemerhatian awal bagi kajian aku, guru-guru sekolah aku ni lebih suka gaya kepimpinan yang relationship oriented dan kaedah yang paling sesuai ialah berdasarkan theory path goal. Kemahiran komunikasi amat penting dalam menangani organisasi ini. oho..oho.. sedikit pasal kajian aku dah dapat input... melalui pemerhatian aku cuba buat framework tapi cuba menjauhi bias. Maklumlah bias
As a reseacher aku kena neutralkan persepsi aku untuk kajian kualitatif aku. hu.hu. dapat kah? tapi aku berazam ingin membuat satu kajian yang dapat menyumbang kepada dunia pendidikan khususnya sekolah aku. Dengan itu barulah aku dapat present dengan baik kepada penaja aku.. insyaallah

Saturday, October 10, 2009

PEPERIKSAAN SUDAH MENGHAMPIRI...

Hari ini merupakan hari terakhir belajar bagi subjek Kaedah penyelidikan Pendidikan. Hari ni nampaknya tugasan kena hantar dan alhamdulillah dah siap. Next week ada lagi satu kelas untuk subjek pembangunan pelajar. And then selepas tu exam la... lepas tu break sekejap dan masuklah sem baru pulak. MMM. Tup! tup! dah setahun aku mengikuti program master ni. Kalau ada rezki insyaallah menjelang oktober 2010 complete la aku punya program master ni. Walaupun ianya agak pack tapi masih dalam tahap stabil hi.hi. tak de lagi tanda-tanda stress yang kritikal. Apa yang saya dapati dalam situasi seperti saya yang bukan lagi dualism tapi trilism dah ni.Guru, ibu, isteri dan student bukanlah suatu yang mudah. Tapi apa yang penting pengurusan masa dan energy itu penting. Bagi memastikan stabil semuanya kesihatan perlu di titik beratkan. Sekiranya kita dalam situasi yang tak sihat memang banyak aktiviti kita kurang berkualiti dan boleh menyebabkan tertekan. Selain daripada itu pastikan emosi kita dalam keadaan stabil.Bagi memastikan keadaan stabil kita jangan sekali2 mencari masalah dan menimbulkan masalah dan mengatur kerja dengan teratur.. Selain daripada itu menerima segala situasi dengan redha menganggap tekanan itu sebagai perkara yang simple . kah.kah. tips yang tak seberapa...

Monday, October 5, 2009

Cukai pandapatan oh cukai pendapatan...

tadi siang aku di hubungi oleh puan zalina dari LHDN Kuatan. Dia telah meminta aku membawa semua pernyata pendapatan tahunan dari tahun 2000-2008 sebab nak audit ;Aduh!!! pening kepala aku bila memikirkan. entah ada ke tidak dalam fail aku. esok kenalah menyelongkarnya. Aku benggang juga dengan LHDN ni... dulu masa awal2 tahun 2000 lagi dah aku pegi nak buka fail tapi dia kata tak payah buka, tak layak lagi... nah, sekarang bila aku kata balik aku tak isytihar sebab dulu beberapa kali saya minta no file dia kata tak payah. Yang aku istihar 2005 ke atas.Hasilnya menyusahkan... Hari Jumaat ni sekali lagi la berkejor ke kuantan. Sudahla assigment banyak, sabtu tu kena ke JB lagi... LETIH NYEE,,,

Saturday, October 3, 2009

rinduku pada anak-anak

MEREKA ADALAH PERMATA HATIKU... KAULAH SEGALANYA...
Hari ni awal-awal pagi aku dah bangun. Sendirian dibilik hotel budget nih. Sekejap lagi aku nak bersiap lah ke kelas. Malam tadi aku tido dengan lenanya dan puas dah rasanya. Hari ni dapatlah aku menghadapi kelas dengan lebih segar lagi...Dalam pada itu setiap kelapangan pasti kita mengingati insan yang kita sayangi dan orang yang menyanyangi kita. Aku tidak ketinggalan melalui perasaan itu. Saat ini terasa rindu pada anak-anak yang jauh di mata. Hari ni mereka bersama abahnya dan neneknya berada di KL kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara kami iaitu Mohd Faiz Maidin. Dan aku di sini, kerana menghadiri kelas yang amat penting bagiku pada ketika ini. Satu pengorbanan walaupun hati melonjak nak menghadiri perkahwinan faiz tu..Anak-anak pula sangat mengharap aku dapat bersama mereka tapi apakan daya... i am sorry for it!. Tapi anak-anak dan keluarga tetap dihati.

Satu Fasa yang penuh dengan kesukaran telah berlalu...

Minggu lepas merupakan minggu yang begitu kritikal bagiku. Dengan tugasan yang melambak dan date linenya hari ini perlu diserahkan. Ditambah pula dengan program-program sekolah yang perlu dikendalikan dan urusan-urusan peribadi menyebabkan aku rasa tidak mampu untukku hadapinya. Pada hari Khamis yang lalu, Penyelia Kanan Pendidikan Islam meminta bantuan dariku untuk membuatkan slide powerpoint untuk dbriefing j-Qaf dihadapan pengarah pada hari jumaat. Pada masa itu hatiku terdetik untuk menolak dan minta maaf kerana aku terlalu banyak kerja aku yang perlu dibereskan. Aku dah tidak mampu.. tapi seperti biasa terlalu sukar bagiku untuk mengatakan "Tidak" Lalu aku menyanggupinya dan pada malam tu aku bersengkang mata membuatnya. Target aku, satu malam saja untuk kerja ini. Lalu esoknya aku berjaya menyiapnya. Dan penyelia itu berpuashati dengan hasil kerja aku. Dulu, ayahku sering berpesan, kita mesti cuba memenuhi harapan orang dan nescaya suatu hari apabila kita mempunyai suatu harapan, harapan kita akan dikabulkan. Memang benar. Setelah aku menyiapkan kerja yang diharapkan oleh penyelia tersebut...aku rasa Allah telah memberi satu kemudahan kepadaku untuk menyiapkan tugasan - tugasan peribadi aku yang lain, especially proposal thesis. Pada hari ini aku boleh melangkah dengan senyum lebar dan berlapang dada kerana tugasan dah siap. Kadang-kadang tu rasa tak percaya boleh siapkan dan hari ini aku telah bentangkan kepada dr hafiz tentang framework kajian aku tu.. nampaknya dr Hafiz bersetuju dan tak banyak renovation...mmm tajuk thesis aku tu memanglah yang aku suka dan minat.. setakat ini tajuk aku tu... biarlah rahsia.. tapi bestlah tajuk tu... tadi aku dah bincang dengan dr hafiz tentang theoriticalnya.... rasa macam tak sabar-sabar untuk buat kajian ini... Tapi aku percaya rakan-rakan blog aku akan menyumbang idea-idea dalam kajian aku ini. Especially mantan, cikgu faris, ybs, ustaz lan.. semuanya berkaitan kepimpinan..nanti kalau dah siap boleh dedicated kan.. ahh... lega. Nampaknya fasa pemilihan tajuk dah selesai. Ini bermakna bab1, 11, dan 111 sudah selesai.. setelah berkali-kali tajuk aku ini di tukar-tukar (make over la,,,,) fuhh...alhamdulillah.aku nak tido lena malam ni...

Thursday, October 1, 2009

SUNYI,SEPI DAN SIBUK...


3S yang sinonim dengan kehidupan aku. Kadang-kadang kita berasa sunyi, walaupun isekeliling kita penuh dengan keriuhan. Kadang-kadang kita merasa sepi walaupun dibanjiri pelbagai tugasan…Kadang –kadang kita rasa tak tahu apa yang harus dilakukan walaupun banyak yang perlu dibereskan..
Pada saat begini kita sering mengutip seribu kenangan yang lampau. Kadang-kadang kita juga cuba mendeko sesuatu yang indah .. yang mustahil berlaku...mmm itulah fantasi..
Melayan perasaan rupanya sungguh indah.. lebih-lebih lagi ditempat yang nyaman ada angin sepoi-sepoi bahasa . Ditepi pantai! ...bila sebut tepi pantai,, sudah lama aku tidak menjejak kaki ke pantai yang dulunya aku kerap berjogging bersama kawan-kawan. Tiba-tiba teringat dengan kedamaian itu.
Sudah berapa lama aku berkurung di bilik yang penuh dengan rak-rak buku ini? Sudah berapa lama laptop menjadi peneman setia? Masakan aku dapat meninggalkan laptop ini... banyak lagi tugasan yang perlu aku siapkan. Walaupun Modem broadband sebesar ibu jari.. dialah yang membantu aku.. siang malam berkhidmat untuk aku..
Dikamar yang menyaksikan seribu satu keperitan, kesusahan dan kejerihan untuk meraih segolong ijazah sarjana ini seolah-olah sudah jemu dengan aku... hari-hari akulah penghuninya... hari ini tiba-tiba aku mula menyedarinya... itupun setelah aku merasakan fikiran aku kosong... sepi... sunyi dan sayu... Tetiba perasaan ini muncul dalam diriku.. ah..ah.. aku terpaksa mengabaikan perasaan ini. Aku harus meneruskan tugasan aku.. masa terlalu suntuk. Esok aku terpaksa berada disekolah dan tidur di sekolah untuk kem solat. Lusa pagi2 aku kena bergegas ke UTM dengan membawa beberapa tugasan yang belum pasti aku mampu menyiapkannya atau tidak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...