Friday, July 24, 2009

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya

Thursday, July 23, 2009

1 SYAABAN

Hari ini kita menyambut 1 Syaaban. Sedar tak sedar bulan rejab sudah berlalu dan tiba pulak bulan syaaban.Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.Sabda Nabi s.a.w.:Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.Sabda Nabi s.a.w.:Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).Sabda Nabi s.a.w.:Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi! : Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.Sabda Rasulullah s.a.w.:Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.Sabda Nabi s.a.w.:Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Wallahuwaalam

Tuesday, July 21, 2009

BUTA HURUF PULAK...

Semalam menerusi Buletin Utama TV3 kita dikejutkan dengan kadar buta huruf yang agak serius dengan angkanya melebihi 54000 ++. Apa sudah jadi? Dalam keghairahan membicarakan soal PPSMI dan PIPP kita dikejutkan dengan dapatan buta huruf. Bak kata pepatah melayu yang dikejar tidak dapat yang dikendung berciciran..Walaupun populasi yang buta huruf ini dalam kalangan penduduk luar bandar namun dimanakah teras PIPP untuk merapatkan jurang pendidikan? Dimana semua rakyat perlu mendapat tahap pendidikan yang sama rata. Siapakah yang salah ? terdengarlah desas desus yang menyalahkan sistem pendidikan yang kononnya mementing peperiksaan dan dah tu ada yang menyalah guru-guru dan tak kurang pula yang menyalahkan ibubapa dan pemimpin. Adatlah bila sesuatu yang tidak cemerlang semuanya tidak sanggup bertanggungjawab..Apa-apa pun isu buta huruf ini perlu dibenteras segera. Adalah malang pelajar yang buta huruf ini. Bagaimana mereka hendak mendapat maklumat dan ilmu sedangkan tidak ada wasilah untuk mencapainya. Bagi memperolehi ilmu dan maklumat mesti menerusi pembacaan. Kalau diamati dari sirah nabi, tuntutan pertama dari ALLAH adalah membaca. Allah menyuruh nabi Muhammad membaca iaitu "iqra'". Walaupun ketika itu nabi muhammad tidak boleh membaca.. lalu di ajar oleh malaikat Jibrail untuk membaca.
Program KIA 2M. masih belum mampu membenteraskan buta huruf? Apa yang kurang pada program ini.. Pelbagai andaian dan hipotesis dalam mencari punca buta huruf ini. Belum lagi kita beralih pada program jqaf yang semakin sunyi sekarang. Sejauhmana keberkesanannya? Adakah jqaf ini akan menerima nasib yang sama seperti PPSMI ?. Apapun sesuatu yang dirancang dengan baik perlu dilaksanakan dengan baik disamping pengawalan yang sistematik. Banyak program yang dijalankan tidak bersungguh-sungguh dan kurangnya control dari pihak yang diamanahkan,,bah kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Awal di perkenalkan berkobar-kobar selepas down perlahan-lahan. Bagi menemui kejayaan perlu istiqamah. Wallahu waalam.

Friday, July 17, 2009

Temuduga Tabung Pendidikan Yayasan Pahang

Hari ni sebenarnya tepat jam 8,00 pagi aku dah tercegat kat PWTC KL untuk menghadiri temuduga. Ingatkan Yayasan Pahang dah tak layan aku dah sebab asyik2 mohon bantuan YP je.. awak tu oghe kelate wey.. tapi ternyata YP amat perihatin terhadap pembelajaran orang yang bernaung dibawahnya. Sebenarnya hari khamis baru dapat panggilan telefon dari YP dan agak terkejut.. fulamak jauhnya interview. Setelah berbincang dengan suamiku maka aku terus bertolak ke KL sendirian. Tapi bila tiba ditempat temuduga rupanya semuanya dari pahang. Bahkan ada dari rompin. Sesi temuduga hari ini untuk pelajar sarjana dan PHD. Penemuduganya pula datuk Munawar( yb maran) dan datuk Sariah bos besar YP. Soalannya tak de yang pelik biasa saja dan mudahan2 dapatlah tajaan tu atleast tak la rasa sangat bebannnya dan kita pun dapat concerntrate belajar..

Thursday, July 16, 2009

O' ALAH LA...

assalamualaikum, dah lama rasanya tak menjengok blog ini dan blog kawan-kawan. Sejak akhir-akhir ni agak sibuk dengan urusan sekolah dan anak-anak. Peperiksaan semakin hampir buat anak-anak dan memerlukan perhatian yang lebihlah nampaknya. Di samping itu bila melihat keadaan murid-muridku di sekolah yang kurasakan banyak benda yang tak boleh dikuasai walaupun dihujung tahun begini, mendorong aku untuk berbuat sesuatu kepada mereka. Sebelum ni aku memangku jawatan gpk di sekolah, masa P&P aku sedikit dan terlibat dengan bilangan pelajar yang sedikit dan penumpuan lebih kepada mereka.Biasanya aku berpuashati dengan pencapaian mereka. Kini, aku bukan GPK lagi dan masa P&p banyak dan dapat ku rasakan ada sedikit pengabaian terhadap mereka. Sebagai guru pendidikan islam tonggak utama yang perlu mereka kuasai ialah perkara-perkara asas fardhu ain. Adalah sesuatu yang memalukan bila pelajar anak didik kita tidak pandai sembahyang. Tidak tahu bacaan dalam sembahyang dan perlakuan sembahyang. Dengan itu saya cuba pelbagai modul hasil ciptaan sendiri untuk membantu mereka yang tersangat lemah (biasa golongan yang di rumah tak sembahyang dan ibubapa tak sembahyang- sebab anak2 janggal melihat perlakuan solat) Berdasarkan pemerhatian latih tubi amat perlu dan amali tetapi dalam situasi yang bermotivasi. Anak-anak yang begini terlalu asing bacaan-bacaan yang berbentuk ayat arabic ni... Namun setelah saya mencuba modul pengajaran saya ni saya dapati ada murid yang dapat terima dengan berkesan dan ada yang masih macam tu.. (tak berganjak) beberapa part perlu diubah suai supaya lebih universal. Tapi memang seronok bila kita dapat menghasilkan sesuatu yang menarik walaupun tak seberapa. Alhamdulillah dengan situasi sekarang tanpa memegang jawatan pentadbiran saya akan guna masa untuk membina item-item moul-modul pendidikan Islam yang lebih contemporary. Ada member percetakan yang menawarkan saya publish modul-modul dan buku tetapi saya nak try dulu pada pelajar-pelajar saya dan memperbaiki mana-mana yang perlu. Bila betul-betul berkesan insyaallah saya akan publish. Buat kajian rintis dululah.. hi.hi.

Saturday, July 11, 2009

PERASAAN SEORANG WANITA

Aku bukanlah sehebat Dr K. Rubiah dan tidaklah sehebat Dr Fadhilah Khamsah yang merupakan pakar untuk menyelesaikan masalah.. bukan juga seorang kauselor sekolah atau kominiti. Tapi mungkin aku "good listener". Kadang2 luahan rakan-rakan kudengar tetapi untuk menasihati aku tak mampu.. Kadang luahan yang didengari itu sudah mampu melegakan orang yang menanggungnya...Antara luahan-luahan yang sering didengari ialah masalah rumahtangga, masalah mertua dan ipar duai, masalah ank-anak, masalah kewangan, masalah kerja dan masalah cinta
Walaupun aku agak veteran tapi persoalan cinta amat menarik bagiku. Agaknya budaya orang melayu memandang cinta itu sesuatu yang indah walaupun pahit. Kalau tak kenapa produser2 filem di malaysia tak berani membuat cerita lain. Asyik2 kisah cinta saja. Berbalik pada permasaalah cinta pada suami orang. Yalah memandangkan suami orang ni agak tinggi sahamnya. Seorang wanita biasanya mudah tersentuh (touching) dengan perhatian dan kasih sayang seorang lelaki. Pada mulanya seorang wanita itu mungkin mengingati dirinya supaya jangan mendekati lelaki berstatus "suami orang". Tapi akibat pengalaman seorang lelaki berstatus seperti tadi, mampu meroboh benteng dan pendirian seorang wanita. Bila seorang wanita memiliki perasaan sayang yang mendalam adalah sukar baginya untuk melupai lelaki tersebut walaupun sering disakiti. Sejarah siti zulaikha dan nabi yusof membuktikan naluri sebenar seorang wanita. Seorang wanita sanggup melakukan apa saja demi orang yang dicintainya...Seorang lelaki pulak di sana sayang di sini sayang. Bila balik rumah sayang isteri, tak berani buka h.set. Bila diluar rumah sayang yang lain. Kalaulah takut isteri tutup mata jalan terus jangan jeling-jeling perempuan lain. Bila perempuan mula mempunyai perasaan dia mula mengharap perhatian. Saat ini baru anda rasa bahawa anda cuba membahagiakan satu pihak sedang satu pihak anda kecewakan. Namun begitu pandangan aku pada perempuan yang menghadapi situasi seperti ini, lupakannya.. pergi jauh dari hidupnya.. Kalau nak menumpang kasih carilah yang sanggup membahagiakanmu. Berkorban kepada orang menghargai pengorbananmu.. love is not for fun.. Dengan perasaan ini boleh merosak jiwa seseorang. Aku tahu hanya wanita seperti aku yang mengerti. Sekali anda menyatakan sayang pada seseorang satu komitmen tersangkut di bahu anda. Sayang bukan sekadar kata-kata. hi.hi. (macam pakar pulak) sematkan dihati.. aku akan pergi jauh dari hidupmu..berhenti menunggu SMS.Jangan telefon dia lagi... buang saja telefon tu.. sibukkan diri.. .berbaloikah kita menyanyangi orang yang hanya memerlukan kita ketika dia kesunyian? sedangkan dikala kita memerlukannya dia off handset atau tak menjawab pun sms kita. (sebab dia bersama isteri tercintanya,,)jauh sekali untuk bertanya kabar tentang kita..fikir-fikirkanlah.

Thursday, July 9, 2009

Puasa Rejab.

Apabila kita sebut puasa banyak gambaran yang negatif tergambar di minda seperti penat, dahaga, lapar dan mengantuk. Namun gambaran-gambaran itu terhapus apabila teringat saat berbuka.

Seperti orang lain juga amalan berpuasa di bulan rejab ini menjadi amalan kebanyakan orang. Melalui pemerhatian saya golongan wanita merupakan golongan yang rajin berpuasa. Kebanyakan wanita begitu perihatin dengan amalan puasa sunat ini. Apabila di hayati amalan puasa ini satu amalan yang baik dan amat cantik sekiranya di jadikan satu budaya. Di sekolah saya contohnya berpuasa di bulan rejab dan syaaban ini sudah menjadi kebiasaan. Pada bulan-bulan begini dikantin biasanya lenggang. Waktu rehat yang biasanya dihabiskan dengan makan di kantin bertukar menjadi masa berbincang menu dan resipi untuk berbuka. Saya juga tidak ketinggalan. Amalan ini seronok sebenarnya pada permulaan sahaja kita rasa dahaga. lapar dan letih selepas itu sudah biasa dan ini merupakan latihan perut dan selera untuk menghadapi ramadan yang menjadi kewajipan. Sebenarnya apa faktor sebenar yang mendorong wanita berpuasa? wallahu waalam

..

Tuesday, July 7, 2009

MENGERTIKAH AKU...

Sejak tadi lagi aku terfikir-fikir terutama bila menatap wajah-wajah pelajar aku yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Mungkin naluri seorang guru dan seorang ibu, aku juga turut terasa apa yang sebahagian muridku rasakan. Awal pagi tadi, aku masuk salah satu kelas yang cemerlang yang bakal menduduki peperiksaan bulan september ini. Di raut sebahagian wajah tergambar seolah-olah mereka tertekan dan sebahagiannya aku dapat merasakan mereka dalam keadaan tenang dan sebahagian lagi dalam keadaan happy go lucky... Apa yang mampu aku lakukan mendekati mereka dan cuba mendalami hati dan perasaan mereka. Sebenarnya aku cukup rapat dengan mereka. Setelah direnung pada perilaku mereka aku cuba menyesuaikan mereka dengan kategori -kategori yang pernah aku pelajari dulu.. Menurut Honey dan Mumford beliau membahagikan jenis2 manusia kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.
i. Aktivis
Individu yang aktivis dikategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman dan ’obses’ terhadap kaedah berpasukan. Mereka juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Kehidupan mereka adalah aktif dan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap mengambil tindakan atas inisiatif sendiri. Individu aktivis merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu kepada persekitaran dirinya sendiri. Individu aktivis mempunyai fikiran terbuka dan ingin mengambil tahu akan perkembangan terbaru dalam pembelajaran serta persekitarannya. pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz. Golongan aktivis adalah golongan yang kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea serta jalan penyelesaian yang kreatif dan menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Oleh kerana mereka ada banyak idea, guru perlu mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz.

ii. Reflektif/reflektor
Individu reflektif/reflektor berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif. Mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak dan menganalisis pengalaman tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka biasanya memberi keutamaan dalam mengumpul dan menganalisis maklumat maka keputusan yang dibuat akan memakan masa yang agak lama. Mereka selalunya berfikir sebelum membuat tindakan. Mereka sangat berhati-hati dan gemar menjauhkan diri daripada terlibat dengan perbincangan sebaliknya berminat memerhati tingkah laku manusia di sekelilingnya. Mereka suka melibatkan diri dalam matapelajaran Sains dan sering membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri, pemerhatian rakan serta pemerhatian orang dewasa. Persepsi dan pengamatan mereka tajam dan sensitif terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Kemahiran memerhati dan berfikir mereka adalah tinggi.

iii. Teoris
Seseorang yang teoris mementingkan situasi-situasi bermatlamatkan logik. Mereka mudah terangsang kepada teori, model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Masalah diselesaikan secara penaakulan langkah demi langkah yang logik iaitu melalui kaedah menganalisis serta mensintesis. Mereka berpegang kepada ‘jika ianya logik maka ia boleh digunakan’. Mereka sering mempersoalkan tentang dasar bagi sesuatu perkara yang diketengahkan. Oleh itu, mereka lebih bersifat analitik dan mengutamakan ketetapan daripada bersifat global dan subjektif. Aspek emosi adalah tidak begitu penting untuk individu yang mempunyai gaya pembelajaran teoris. Mereka lebih mementingkan rumusan atau kesimpulan yang dibuat berasaskan bukti, analisis, kenyataan atau idea. Oleh sebab itu, rumusan atau kesimpulan yang dihasilkan oleh mereka adalah kurang kreatif kerana terkongkong oleh bukti dan logik.

iv. Pragmatis
Kajian mendapati mereka yang pragmatis adalah lebih konfiden, banyak bercakap dan lebih proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa mengekalkan tahap emosi yang tinggi. Golongan ini tertumpu kepada isu-isu yang praktikal dan berminat mengaitkan pembelajaran yang telah dipelajarinya dengan kaedah semasa yang digunakan. Mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi sebenarnya. Golongan pragmatis berpegang kepada ‘kaedah sentiasa ada’ dan ‘jika kaedah itu berguna maka ianya baik’. Mereka gemar membincangkan perkara yang tidak mempunyai objektif dan tidak mempunyai keputusan tetap kerana mereka adalah golongan yang suka membuat keputusan secara praktikal dan gemar menyelesaikan masalah secara cuba jaya. Mereka adalah golongan yang ekspresif iaitu mereka berasa puas hati apabila mereka berjaya dalam sesuatu perkara baru atau eksperimen. Pelajar pragmatis juga bersifat kreatif dan inovatif kerana mereka akan sentiasa cuba untuk membaiki sesuatu idea supaya ia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam situasi yang sebenar. Pada kebiasaannya pelajar pragmatis adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan mereka menggunakan otak kanan untuk memproses maklumat yang diperolehi.
Mungkin mereka berada dalam kategorinya sendiri dan mengharap pengertian dari seseorang yang membimbingnya... Mampukan kita sebagai seorang guru memenuhi harapan setiap orang pelajar kita. Sekiranya melakukan sesuatu dengan ikhlas saya percaya satu jalan yang lurus terbentang buat kita..

Monday, July 6, 2009

Keluhan hati...

Setiap hari seorang insan itu akan mengalami perubahan dalam hidupnya. Sesekali kita rasa hari dilalui dengan penuh kegembiraan dan kadangkala dengan penuh kesedihan dan kecelaruan. Namun itu adalah perhiasan pada sebuah kehidupan. Aku juga tidak ketinggalan. Ada masa dalam kelapangan ku cuba menghitung dan menghisab begitu besar rahmat yang ALLAH sediakan. Hari ini aku mendapat panggilan telefon dari bekas pensyarah aku yang menawarkan supaya mengambil satu kelas bagi mengajar pelajar diploma(tutor sambilan). Dalam hati merasakan satu penghargaan dari bekas pensyarah aku yang tak pernah putus memotivasi dan mendorong aku untuk terus berjuang. Dulu atas sebab tawaran itulah mendorong aku untuk menyambung program master kerana bila aku mengajar orang aku rasa terlalu ceteknya ilmu aku maka dengan itu aku akan menyambungnya. Kini, sebenarnya keyakinan itu masih belum wujud dalam diri ini. Betul kata pepatah arab" ilmu itu umpama lautan". Lautan yang tidak pernah kekeringan. Semakin di cari semakin kekurangan rasanya. Namun sebagai manusia biasa tak mungkin kita dapat menguasai semua ilmu Allah itu... menerokai sebahagian ilmu Allah dan mengagumi kebesaran Allah itulah yang paling dituntut.allahuakbar..

Saturday, July 4, 2009

KELAS 5 JULAI


Saat ini masih lagi dikelas. Kat luar tu hujan lebat nampaknya. Hari ni kelas terakhir bagi semester pendek ni (SEMESTER MEI). Banyak tugasan yang perlu disiakan segera .. memgemaskini tugasan dan membentuk portpolio sendiri. Dalam mengemas kini portfolio ini yang terakhir cuba dimasukkan ialah penilaian. Jenuhlah pula membina konstruk-konstruk primer dan sekunder. Dalam masa yang singkat ini nak disiapkan agak tepu juga.. Setiap kalimah dalam item kena ditentukan kedudukannya samaada ianya boleh mempengarohi penilai atau tidak. Namun begitu ku teruskan juga dan cuba menghasilkan yang terbaik untuk diriku. Setelah siap aku akan terus balik nampaknya petang hampir malam baru aku sampai rumah. Dengan memandu bersendirian agak membosankan...

Kelas pada 4 Julai 2007

Ha.. inilah pensyarah kami.



Inilah suasana dikelas aku.. Sambil belajar tu banyak jugak aktiviti lain yang dilakukan. Sebenarnya agak menarik pembelajaran hari ini. Pensyarah aku pula DR Hamdan ... em tak kering gusi lah kami dibuatnya..

Friday, July 3, 2009

Esok Kelas la..

Hari ini sebagaimana biasa sekembali dari bertugas di sekolah..menyambung tugasan dirumah pulak. Hari jumaat sebenarnya hari yang sibuk kerana seboleh mungkin aku ingin menyiapkan segala kerja rumah dari segi pengurusan makan, pakai anak-anak dan suamiku. Pesanan orang tua-tua jangan lupa sebelum membuat tugasan lain sebagai ibu rumahtangga kena selesaikan dahulu tugasan dirumah. Memandangkan esok seawal 5.00 pagi aku akan bertolak ke UTM untuk menghadiri kelas dan ahad petang baru aku akan berada di rumah balik. Segala kelengkapan persekolahan kenalah aku sediakan lebih awal lagi.Emm beginilah nak ambik bibik tak mampu la pulak, lagipun eii bimbang juga.. (mmm.. takut bibik goda suami..hi.hi. ) tak de lah tak mampu sebenarnya.. Dalam sibuk-sibuk tu hiburan untuk sendiri kena jugak. Apa yang dikatakan pengurusan stress.. sempat lagi menukar template blog bukan apa dah boring yang lama... ha.. itulah saya mudah boring dengan suatu keadaan. Sebenarnya tadi buka juga facebook untuk tengok-tengok member tapi masih belum mesra alam lagi dengan facebook. Hi5 pun ada tapi terbiar je.. blog ni nak tulis pun lebih simple sikit.. Begitu senang zaman sekarang nak berinteraksi sebenarnya.. semua dihujung jari. Adalah rugi orang yang tak bergerak seiring dengan perkembangan IT ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...