Monday, July 6, 2009

Keluhan hati...

Setiap hari seorang insan itu akan mengalami perubahan dalam hidupnya. Sesekali kita rasa hari dilalui dengan penuh kegembiraan dan kadangkala dengan penuh kesedihan dan kecelaruan. Namun itu adalah perhiasan pada sebuah kehidupan. Aku juga tidak ketinggalan. Ada masa dalam kelapangan ku cuba menghitung dan menghisab begitu besar rahmat yang ALLAH sediakan. Hari ini aku mendapat panggilan telefon dari bekas pensyarah aku yang menawarkan supaya mengambil satu kelas bagi mengajar pelajar diploma(tutor sambilan). Dalam hati merasakan satu penghargaan dari bekas pensyarah aku yang tak pernah putus memotivasi dan mendorong aku untuk terus berjuang. Dulu atas sebab tawaran itulah mendorong aku untuk menyambung program master kerana bila aku mengajar orang aku rasa terlalu ceteknya ilmu aku maka dengan itu aku akan menyambungnya. Kini, sebenarnya keyakinan itu masih belum wujud dalam diri ini. Betul kata pepatah arab" ilmu itu umpama lautan". Lautan yang tidak pernah kekeringan. Semakin di cari semakin kekurangan rasanya. Namun sebagai manusia biasa tak mungkin kita dapat menguasai semua ilmu Allah itu... menerokai sebahagian ilmu Allah dan mengagumi kebesaran Allah itulah yang paling dituntut.allahuakbar..

2 comments:

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA said...

salam

sama juga la apa yang saya rasa.. saya rasa saya tidak punya keyakinan pun untuk berdepan menerangkan...tu saya layan blog untuk berkongsi...sebab rasa celaru dan rasa tidak punya apa... tapi bila baca luahan kak ros terasa sesuatu pula....

Rosnah said...

Betul tu.. akak rasa macam tu jugak lah.. tapi kadang-kadang layan perasaan ni,, seronok juga tapi kalau lebih-lebih tak jadi kerja kita.. Tapi dalam situasi dr ALYa yang berjauhan dari keluarga lagilah terasanya kan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...