Thursday, March 24, 2022

PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA DAN NEGARA LAIN

 PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA DAN NEGARA LAI   OLEH : ROSNAH BINTI YUNUS 

1.0              pengenalan.

Kualiti Pendidikan guru adalah sangat berkait rapat dengan sistem pendidikan guru bagi sesebuah negara ( Schleicher,2011).Menurut Patrinos,Velez dan Wong(2013), sistem pendidikan mempunyai beberapa komponen dan bidang.  Komponen yang rapat dan saling berkait dengan bidang pendidikan adalah pelajar, persekitaran pembelajaran,program pengajaran, pengurusan ,keluarga, polisi pendidikan dan juga guru. Guru sememangnya mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan pendidikan. 

Di dalam ulasan ini saya akan membuat  perbandingan  Standard  guru di dua buah negara iaitu Australia dan United Kingdom. Mengikut keputusan PISA pada tahun 2018  kedua-dua negara ini berada di kedudukan  20 teratas dari seluruh dunia. Tempat ke 16 bagi negara Austalia dan United Kingdom  pada kedudukan ke 14. Kedudukan keputusan ujian PISA  yang telah di kendalikan oleh OECD (Organisation Cooperation and Development) itu telah memberi gambaran yang positif terhadap sistem pendidikan guru di kedua buah negara yang di nyatakan. 

Untuk memastikan profesion perguruan mempunyai status yang tinggi di kacamata masyarakat, selain daripada nilai dan etika perguruan, guru-guru wajib mematuhi dan mengamalkan standard professional guru(Teacher Professional Standards). 

2.0 Pendidikan Guru Di United Kingdom.

Sebelum di perbincangkan secara mendalam tentang standard guru  saya akan mengimbaskan sedikit tentang sistem pendidikan guru di negara yang dinyatakan  Merentasi empat negara di United Kingdom yang terdiri daripada England,Northern Ireland,Scotland dan Wales, penulis mendapati negara  di bawah United Kingdom ini mempunyai sistem pendidikan guru yang sangat aktif dan mempunyai badan berkanun yang yang sangat mengambil berat terhadap pendidikan guru  samada peringkat pendidikan Asas guru(Initial Teacher Education) ,kualiti guru dan standard guru, penglibatan guru dalam perkembangan professional. 

Oleh kerana United Kingdom merupa sebuah negara yang besar dan mempunyai beberapa buah negara yang berbeza dari segi budaya dan politik maka sistem dan polisi  pendidikan  guru antara satu negara dan negara yang juga berbeza dan tidak seragam  dari segi authoriti dan juga pengisiannya. Di sini saya akan menyatakan secara ringkas mengenai sistem pendidikan guru di United Kingdom mengikut negara.

Negara Scottland sebagai contohnya  sistem pendidikan gurunya adalah tersendiri samada dari segi dana dan badan-badan berkanun yang bertanggungjawab. Di Scottland badan yang bertanggungjawab keatas penentuan kelayakan kemasukan guru ,garis panduan program asas untuk guru dan juga Standard professional guru di kendalikan oleh General Teaching Council (GTC).  Badan ini telah ditubuhkan semenjak 1965 lagi. Antara lain, Scottland juga mempunyai kerangka standardnya sendiri dalam menentukan standard untuk pendaftaran guru sementara(provisional), Pendaftaran guru secara penuh(full registration) yang berakhir dengan kursus induksi  dan juga standard yang berkaitan perkembangan kerjaya iaitu pembelajaran yang berterusan. GTC juga bertanggungjawab terhadap program untuk peningkatan kerjaya  seperti program berkaitan dengan kepimpinan sekolah dan pengurusan sekolah.  Dalam standard untuk mendaftar sebagai guru calun mestilah melepasi pengujian Newly Qualified Teachers (NQTS).

Northern Ireland pula program pendidikan guru di kendalikan oleh Bahagian Pendidikan ( Department Of Education). Manakala pengiktirafan dan kelayakan dikendalikan oleh General Teaching Council for Northern Ireland (GTCNI). Di northern Ireland pendidikan guru lebih menekankan kepada nilai dan amalan guru  dan cenderung kepada menggalakan guru-gurunya terlibat secara langsung dalam membuat kajian dan refleksi terhadap apa yang di lalui di kelas,sekolah atau institusi tempat bekerja. 

Wales juga mempunyai sistemnya tersendiri dari segi pendidikan asas guru, program ini di iktirafkan oleh Higher Education Funding Councill For Wales (HEFCW). Manakala dari segi menyediakan sijil  kelayakan status guru (QTS) di kendalikan oleh General Teaching Council for Wales (GTCW). Pemantauan guru di sekolah pula dilaksanakan oleh ESTYN ( Her Majesty’s Inspectorate for Education and Training in Wales). Terdapat tiga standard yang di ketengahkan oleh Wales dalam pendidikan guru iaitu Nilai Profesion dan amalan, Pengetahuan dan pemahaman serta pengajaran (Teaching). Di Wales guru juga di galakan mengemukakan pengetahuan dan amalan professional menerusi penulisan ilmiah yang berskala kecil berkaitan dengan sekolah. 

Di England, Sistem pendidikan gurunya agak berasingan dengan negara-negara lain tetapi terdapat banyak persamaan dengan Wales. Badan yang terlibat dengan pendidikan guru secara formal adalah Office For Students in Education (OFSTED). OFSTED merupakan badan rasmi yang termaktub dalam akta pendidikan 1992 ,dan ianya merupakan badan yang diberi kelayakan untuk melakukan perubahan keatas latihan-latihan dan kursus-kursus untuk guru dan terlibat dengan pemantauan sekolah-sekolah di United Kingdom. Pada 23 March 2013 National College for Teaching  and Training Leadership (NCTL) dan Teacher Training Agency (TTA)  telah di tubuhkan dan di kendalikan oleh Jabatan pendidikan (department of Education). Namun begitu segala kelayakan  dan perubahan terhadap latihan  di tentukan oleh OFSTED. OFSTED juga bertanggungjawab untuk membuat pemantauan  yang berkaitan dengan latihan guru dan memastikan latihan itu memenuhi kriteria  ITT. Teacher Training Agency (TTA) bertanggungjawab untuk mengumpul markah dan data pengujian  yang telah di sediakan oleh pihak –pihak penyediaan latihan.  

Namun begitu secara keseluruhannya  untuk menyertai profesion perguruan di United Kingdom bakal guru  perlu memiliki ijazah sarjana muda dan GCSE  gred C, memiliki ujian kemahiran profesion dan berkelayakan sebagai guru  melalui penilaian oleh Qualified Teacher Status(QTS).  Apabila terlibat dengan pendidikan guru di United Kingdom  guru di kehendaki melalui  tiga Fasa.

Fasa pertama  adalah fasa pendidikan asas guru (initial Teacher Education). Pendidikan asas ini adalah satu program untuk menyediakan guru dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bakal di amalkan di dalam bilik darjah seperti kemahiran sebagai pemudahcara, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan tanggungjawab. 

Fasa Kedua adalah Fasa Induksi.Program induksi merupakan satu program yang menghubungkan kursus asas perguruan dengan kerjaya yang sebenar. Program ini menggabungjalinkan pembangunan personal dan pembangunan professional. Di akhir induksi akan di sediakan pengujian untuk menentukan pencapaian standard guru. Ujian itu disediakan oleh Newly Qualified Teacher (NQT). Induksi ini termaktub dalam akta pendidikan England 2012. Induksi ini hanya di nilai sekali sahaja dan di jalankan di sekolah yang melibatkan komuniti sekolah seperti guru veteran dan pentadbir sekolah. 

Fasa ke Tiga  adalah fasa pembelajaran secara berterusan ( Continuing Teacher Education). Pembelajaran berterusan juga merupakan satu agenda penting sebagai satu program yang berkesan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam lagi. Dalam pembelajaran berterusan ini terdapat pelbagai  aktiviti yang di kira dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, seperti mengikuti seminar, konferen, bengkel,penulisan ilmiah dan mengadakan kursus dalam komuniti tempat kerja. 

Pendidikan guru di United Kingdom juga menekankan  pelbagai aspek dalam melahirkan guru yang memenuhi standard perguruanya. Antara aspek yang di tekankan adalah  aspek nilai profesional dan komitmen personel, Pengetahuan dan kefahaman professional, Ciri-ciri profesional dan personel dan tingkah laku professional,

 

2.1.1 Standard Profesional   Guru United Kingdom.

Standard guru yang di kemukakan ini adalah standard guru yang di guna pakai oleh negara England.England merupakan salah sebuah negara di bawah United Kingdom. Standard ini di sediakan oleh Bahagian pendidikan (Department Of Education) 2013.  Didalam  standard guru ini terdapat dua bahagian , bahagian satu terdiri daripada standard berkaitan dengan (Teaching ) dan dibahagian kedua berkaitan dengan personal dan professional ( Personal and Profesional  conduct).

Di bahagian satu iaitu bahagian pengajaran ( teaching) telah di perincikan dengan jelas dan ianya mengadungi lapan item yang di titik beratkan.

1.Guru mestilah seorang yang sentiasa di pandang tinggi dan mampu memberi inspirasi serta motivasi kepada pelajarnya .  Dengan itu guru sentiasa 

a.  Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan merangsang minat murid

b.  Menyediakan ruang untuk murid mengembangkan potensi diri mereka.

c.  Sentiasa menunjukan sikap yang positif   dari segi nilai dan tingkahlaku. 



2. Mengalakan peningkatan hasil kerja dan idea yang baik oleh pelajar. Dengan itu guru mestilah

 

a.   Menjadi perangsang dan pendorong yang berkesan untuk melancarkan  tugasan murid.

b.  Sentiasa peka dengan kebolehan dan pengetahuan murid, kerana dengan itu guru dapat merancang pengajaran yang boleh memupuk kebolehan pelajar.

c.   Membimbing pelajar untuk membuat keputusan  seterusnya cuba memahami keperluan  

     mereka di dalam sesuatu perkara.

d.  Menunjukkan cara pembelajaran serta menyatakan kesan terhadap sesuatu pembelajaran.

e. Menggalakan murid bertanggugjawab terhadap pembelajarannya dan menghubungkaitkan   antara pembelajaran dan tugas.

                

3.   Mengemukakan subjek dan kurikulum yang baik dan bermanfaat.

a. Mengemukakan pengetahuan dan kefahaman terhadap subjek dan kurikulum secara meluas serta mengekalkan minat murid terhadap subjek yang diajar dan meminta maklum balas dari murid sekira tidak memahami.

b.  Menggalak  pelajar berfikir secara lebih kreatif dan kritis  dalam sesuatu subjek dan kurikulum juga menyatakan tentang kepentingan biasiswa.

c. Menunjukkan tanggungjawab dan pengetahuan yang tinggi  untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam membaca,menulis dan menyebut dengan betul dalam Bahasa English atau bahasa yang lain mengikut kepakarannya.

d. Sekiranya guru mengajar membaca, guru di kehendaki menunjukkan pemahaman yang jelas dan betul secara fonik.

e. Sekiranya guru mengajar pengiraan, guru dikehendaki menunjukkan pemahaman yang jelas tentang pengiraan dan mempunyai rancangan pengajaran yang sesuai.


4.  Merancang dan mengajar mengikut struktur yang telah dirancangkan.


a.  Mengumpul pengetahuan dan kemahiran yang baru pada setiap kali sesi pengajaran.

b.  Sentiasa menunjukan sifat kasih sayang kepada pelajar ketika mengajar.

c.  Menyusun kerja rumah dan aktiviti lauar kelas kepada pelajar untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan mereka.

d.  Sentiasa melakukan refleksi secara sistematik setiap kali selepas pengajaran, dengan itu pengajaran akan dating dapat di tambahbaikan lagi.

e.    Menyumbang rekabentuk pengajaran dan kurikulum berkaitan.



5.   Menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan pelajar. Seorang guru mesti   


a.     Mengetahui bila dan bagaimana untuk  menangani pelajar yang pelbagai kebolehan 

b.     Memahami cara untuk menyusun pengajaran mengikut kebolehan murid.

c.    Memberi perhatian yang tinggi dari segi perkembanga fizikal, sosial dan intelek seterusnya menyediakan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut perkembangan mereka.

d.  Memahami dengan jelas tentang semua keperluan pelajar termasuk keperluan pelajar berkeperluan khas, pelajar berkebolehan tinggi dalam Bahasa English dan Bahasa-bahasa lain. Begitu juga pelajar yang kurang berkebolehan. 



6.    Tepat dan berkesan dalam pentaksiran. Seorang guru mesti


a.   Mengetahui dan memahami prosedur untuk mengadakan pentaksiran bagi subjek dan kurikulum yang di ajar samada pentaksiran itu di peringkat sekolah atau peringkat lain yang berautoriti.

b.   Mengadakan pentaksiran kepada pelajarnya secara sumatif dan formatif bagi menilai perkembangan pelajar.

c.   Menganalisa data yang di perolehi dari pentaksiran itu untuk menetapkan target serta menyediakan rancangan pengajaran. 

d.    Sentiasa berkomunikasi dengan pelajar untuk memberi maklumbalas secara lisan atau bertulis  juga mengemukakan markah yang tepat  dan seterusnya menolong pelajar untuk menguasai.



7.     Mengelolakan pengajaran dan pembelajaran  yang berkesan.lancar dan selamat.Dengan itu guru mestilah 


a. Menyediakan peraturan dan rutin di dalam bilik darjah. Guru sentiasa menunjukkan sikap yang sopan ketika di dalam bilik darjah dan kawasan sekolah mengikut polisi dan peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

b  Menunjukkan keperihatinan yang tinggi terhadap  disiplin dan menyediakan strategi , ganjaran dan penghargaan yang berterusan dengan adil kepada pelajarnya.

c. Mengurus bilik darjah dengan berkesan dan sentiasa memastikan suasana kelas itu memenuhi keperluan murid dan memotivasi murid.

d.  Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelajar dan menggunakan kuasa yang di beri ketika membuat keputusan dalam sesuatu keadaan bila perlu.



8.  Memenuhi tanggungjawab professional dengan lebih meluas. Dengan itu guru mesti


a.  Melibatkan diri dalam perkara yang positif kepada masyarakat dan dunia luar.

b. Meningkatkan lagi tahap professional  dengan mendapat khidmat nasihat dari rakan sejawat dan orang yang pakar dalam bidang pendidikan.

c.    Menyebarkan kepada rakan sejawat dengan lebih berkesan.

d. Bertanggungjawab  memperbaiki kualiti pengajaran dari masa ke semasa setelah mendapat maklum balas dari rakan sejawat.

e. Sentiasa membuka ruang untuk berkomunikasi dengan ibubapa tentang pencapaian pelajar dengan komunikasi yang berkesan.

Di bahagian kedua bagi standard pendidikan guru adalah berkaitan dengan pengendalian personal dan professional. Semua guru dikehendaki menunjukkan standard personal dan professional yang tinggi  pada setiap masa samada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah. 

1.Profesion perguruan merupakan profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Oleh  itu guru mesti mempunyai keperibadian atau personality yang baik dan sentiasa mengikut etika serta mengawal tingkahlaku pada setiap masa samada di kawasan sekolah atau luar kawasan sekolah.Di antara personaliti yang perlu ada adalah seperti berkut, 

a.     Mendekati pelajar  melalui hubungan yang baik  sepanjang masa. 

b.     Mengingatkan pelajar tentang menjaga keselamatan.

c.     Bersikap tolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain.

d.  Menekankan  beberapa nilai yang baik seperti nilai demokrasi, peraturan dan undang-undang,

 saling hormat menghormati antara satu sama lain terutama dari segi kepercayaan dan agama. 

f.  Tidak mengeksploitasikan pelajar dan mendorong pelajar untuk melanggar undang-undang.


2. Profesional guru meliputi etika, polisi,amalan pengajaran dalam kelas ,hubungan dengan komuniti,ketepatan masa dan kehadiran ke sekolah tempat mengajar.

3. Guru juga mesti sentiasa memahami dan bertindak mengikut peraturan yang telah digariskan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka.



3.            Pendidikan guru di Australia. 

Seterusnya saya akan mengulas tentang sistem pendidikan guru di Australia, Australia adalah sebuah negara persekutuan yang terdiri dari Queensland, New South Wales,Victoria, South Australia dan Western Australia. Sebagaimana United Kingdom, Setiap negara mempunyai Bahagian Pendidikan dan Jabatan pendaftaran guru yang berasingan dan tersendiri.Di Australia sebagaimana di United Kingdom ianya mempunyai badan yang bertanggung jawab dengan sistem pendidikan guru iaitu  Australian Institute For Teaching And School Leadership. (AISTL). Pada tahun 2010 AISTL telah didaftarkan di bawah  akta commonwelth  Cooperation 2001. AISTL bukanlah badan di bawah kerajaan negara Australia tetapi ianya mewakili kementerian Pendidikan iaitu The Ministerial Council for Education, Early Childhood and Youth Affairs (MCEECDYA). AISTL boleh mencadangkan dan memberi pandangan dan nasihat bagi mengadakan sesebuah kursus dan latihan  dan mereka juga berhak untuk menggabungkan akademik dan praktikal yang di perlukan di dalam kelas dan mendapat persetujuan dari MCEECDYA. Australia juga menyediakan satu standard professional untuk guru-gurunya  iaitu APST (Auatralian National Teacher ).

Kelayakan Akademik bagi warga Australia untuk menceburkan diri dalam profesion perguruan  adalah mempunyai Keputusan Ijazah pertama iaitu keputusan tahun ke12. Pendidikan untuk guru banyak di sediakan oleh university-universiti dan kolej university di Australia. Tempoh masa adalah kebanyakannya 4  tahun pengajian. Program-program yang di sediakan terdiri daripada pedagogi, Isikandungan Pengetahuan dan praktikal mengambil masa antara 12 ke 20 minggu. Program ini juga di tambahkan lagi dengan komunikasi teknologi, pendidikan keperluan khas kanak-kanak serta pendidikan kebudayaan dan masyarakat peribumi bagi memenuhi keperluan semasa dan menyeluruh. 

Di Australia terdapat perbezaan dan peraturan dalam menentukan kelayakan guru. Terdapat tiga kaedah yang berbeza untuk menempatkan guru di sekolah menengah dan rendah. 

i. Empat tahun dalam bidang pendidikan guru di universiti memegang sarjana muda pendidikan ( Bachelor Of Education)

ii.  Empat tahun mengikuti dua sijil sarjana muda,dan menambahkan lagi dua subjek lain untuk melayakkannya menjadi guru, seperti Bachelor Of Science atau Bachelor art  dan di ikuti dengan sarjana muda pendidikan ( Bachelor Of Teaching).

iii. Mengikuti empat tahun dalam akademik  sarjana muda  seperti bachelor of science atau bachelor of art dan mengikuti Sarjana dalam bidang latihan perguruan. 

Dimensi pendidikan   guru-guru di Australia lebih menekankan kepada   membina pengetahuan, kemahiran dan latihan melalui kehidupan profesional mereka, tetapi pembinaan ini bukanlah satu proses yang linear. Mereka memasuki profesion ini dengan pelbagai aras keutamaan pembelajaran, pengalaman kerjaya dalam konteks yang berbeza.Terdapat empat  bidang pendidikan yang perlu di lalui oleh   guru di Australia .

1.  Kelulusan (Graduation) Guru yang  berkesan adalah guru yang telah menerima latihan yang mencukupi dan terlibat di dalam proses pembelajaran yang berterusan.  Mereka telah boleh mengenal pasti keperluan pembangunan mereka dan mendapatkan nasihat dan sokongan daripada rakan sejawat.  Mereka juga  mempunyai matlamat yang tinggi sebagai pelajar yang profesional untuk pembelajaran pelajar mereka.   Komitmen mereka terhadap pelajar dan pembelajaran pelajar mereka boleh dilihat dari pencapaian pelajar yang tinggi. Mereka mesti mempunyai komitmen, semangat dan kemahiran interpersonel yang dianggap sebagai peranan profesional di sekolah dan komuniti yang lebih luas yang menyumbang kepada perjalanan sekolah secara  keseluruhan. 



2.    Kompetensi (Competence) Guru profesional yang kompeten:  Mereka dapat menunjukkan pengalaman dalam pengajarannya  yang berjaya.  Mereka juga mampu memantau, menilai dan merancang pembelajaran dan menyesuaikan program pembelajaran untuk memenuhi keperluan individu dan kumpulan di dalam kelas. Tidak ketinggalan juga mereka juga menyediakan  rekod tentang keberkesanan dan pembelajaran  secara berterusan.  

3.   Bekerja dengan rakan sejawat dan pasukan untuk meningkatkan tahap profesional mereka dan mengambil tanggungjawab yang besar dalam kolaborasi dengan yang lain untuk memenuhi kehendak pembelajaran mereka.   Mereka mestilah  seorang ahli yang berkesan di sekolah dan komuniti. 

4.  Pencapaian (Accomplishment) Guru-guru pada aras ini adalah guru-guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan berjaya dalam kerjayanya.  Mereka  dikenali oleh guru-guru yang lain sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan mendalam di dalam mata pelajaran dan pedagogi.   Mereka sering Memberikan sumbangan terhadap profesion dan sekolah.  Serta Boleh berkomunikasi secara berkesan dan bergaul secara dengan profesional dengan masyarakat. 


5.  Kepimpinan (Leadership) Guru-guru ini mempunyai  pengetahuan dalam perkembangan terkini di dalam pedagogi dan boleh menggunakannya kepada konteks pelajar yang unik.  Mereka juga mempunyai ciri-ciri interpersonal dan kepimpinan, jujur, berintegriti dan saksama.   Mereka ini mampu mengenal pasti potensi yang ada pada orang lain, mempromosikan dan menggalakkan mereka untuk mencapai potensi masing-masing.  Di samping itu mereka sering Menggunakan analisis kritikal dan penyelesaian masalah kepada masalah pendidikan dan terlibat di dalam pembelajaran berterusan yang profesional. Tidak ketinggalan dari segi  berkomunikasi secara efektif dengan komuniti untuk menyokong pembangunan sekolah dan mempromosikan pembelajaran pelajar. 

 

3.1   Profesional Pendidikan Guru Di Australia 

Dari segi standard Profesional Pendidikan guru di Australia mereka sangat menekankan kepada beberapa standard Kualiti Guru. 

  1. Aspek Profesional Knowledge Guru   Dimana guru tahu dan faham tentangidea asas, prinsip dan struktur bidang yang mereka ajar.  Mereka juga perlu mengetahui perkaitan antara bidang mereka dengan bidang yang lain dan boleh mengintegrasikan pembelajaran merentasi bidang.  Cara mengajar kandungan pelajaran mestilah dengan pengajaran yang berkesan, dan faham masalah masalah  pembelajaran yang akan timbul dari pelajar. Mereka juga perlu mengetahui pendekatan yang sesuai dengan  kanak-kanak  dan melaksanakan peranan mereka sebagai fasilitator pembelajaran.  Mereka juga perlu tahu menggunakan falsafah pembelajaran  serta  Menilai secara kritikal teori-teori pembelajaran dan tahu menggunakannya secara berkesan di samping itu  mengambil kira perbezaan sosial, budaya dan keperluan khusus latar belakang pembelajaran pelajar mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran. 


2.  Amalan Profesional (Professional Practice) Berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar mereka dan jelas dengan matlamat pembelajaran. Mereka juga perlu menggunakan teknik inkuiri dan menggunakan pelbagai peralatan, aktiviti dan sumber  untuk melibatkan pelajar di dalam pembelajaran. Mereka juga mesti memilih dan menyusun kandungan pelajaran dengan logik dan berstruktur untuk mencapai matlamat pembelajaran. Mereka juga mesti mengurus tingkah laku dan situasi yang timbul di dalam ke arah pembelajaran yang bermakna di samping itu mereka mesti membina situasi pembelajaran yang selamat dan menjaga kebajikan pelajar mereka.  Merancang pembelajaran dengan menggunakan penilaian formatif yang sesuai merupakan satu amalan professional seorang guru. Mereka juga mesti memahami tentan  keperluan menilai pengajaran mereka dan kepentingan menyediakan tindak balas formal dan informal kepada pelajar sebagai stimulus kepada pembelajaran. 

 

3. Nilai Profesional (Professional Values) Seorang guru mesti  Komited kepada pembangunan kendiri dan sentiasa membuat analisis, penilaian berterusan dan meningkatkan tahap profesionalisme. Mereka mesti bersedia dengan  bidang  tugas mereka sentiasa berubah dan mereka perlu menyerap  dan bertindak balas dengan situasi ini. Bekerjasama dengan penjaga dan semua yang terlibat dengan pendidikan sebagai satu syarikat adalah sesuatu yang mesti mereka hadapi. . Mereka   juga perlu meningkatkan tahap profesional ke tahap yang tinggi dan menghormati pelajar mereka. Mereka juga mesti bersikap profesional sepanjang masa semasa berhadapan dengan pelajar, rakan sejawat, ahli-ahli dalam profesion dan komuniti. 

 

4. Hubungan Profesional (Professional relationship)  seorang guru mesti sentiasa  terlibat dengan komuniti dengan membentuk hubungan profesional dengan semua peringkat di dalam komuniti (guru membentuk dan mengurus pengalaman pembelajaran untuk individu dan kumpulan pelajar yang menyediakan peluang untuk terlibat dengan ahli lain di dalam profesion dan seluruh komuniti sekolah)  Mereka juga perlu  bekerja secara produktif dengan rakan sejawat dan lain-lain profesional untuk meningkatkan pembelajaran dan faham betapa pentingnya hubungan akrab antara sekolah, rumah, dan komuniti di dalam pembangunan sosial dan intelektual pelajar mereka. Hubungan ini adalah berasaskan kepercayaan, hormat, dan keyakinan.


1.  Perbezaan dan Persamaan Antara Standard Guru di Australia dan United Kingdom. 

Kedua-dua negara mempunyai standard professional guru masing-masing. Standard Profesional mereka di kendali oleh pihak yang berauthoriti dalam pendidikan dan mempunyai unit  akreditasi yang bertanggung jawab ke atas kualiti guru di negara mereka. 

Ulasan saya yang pertama adalah berdasarkan matlamat standard professional perguruan di United Kingdom. Standard professional di United Kingdom lebih menitikberatkan kepada memberi peluang kepada kanak-kanak dan golongan muda tanpa mengira latarbelakang supaya memperolehi taraf pendidikan yang tinggi. Manakala bagi negara Australia, Standard Profesional gurunya lebih mengetengahkan kecemerlangan guru dan pemimpin guru. Apabila guru dan pemimpin guru cemerlang proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah turut cemerlang dan memperolehi pencapaian yang maksima. 

Ulasan yang kedua pula adalah berkaitan dengan program asas perguruan. Semua negara menyediakan program asas perguruan untuk melayakan mereka menjalankan tugas sebagai guru. Program ini juga memberi kesan yang penting terhadap tahap kualiti professional guru. Di United Kingdom, program asas perguruan di kendalikan oleh PNP (Potential New Provider)  dan badan ini yang menentukan standart professional guru. PNP telah menetapkan beberapa kriteria dalam melaksanakan program asas guru. Antaranya dari segi kriteria kemasukan, kriteria latihan, kriteria pengurusan dan kriteria asas perlantikan.  Manakala di Australia ATSL telah menyediakan  6 program untuk menentukan standard antaranya adalah standard dari segi objektif, program perkembangan, rekabentuk dan penyampaian, program kemasukkan, penstrukturan dan isikandungan, penilaian,lapuran dan pengubahsuaian. Saya mendapati dalam merangka program asas untuk guru negara Australia mempunyai perancangan yang lebih detail dan terperinci, berbanding dengan United Kingdom. 

Ulasan saya yang ketiga adalah dari segi  kepentingan standard professional guru. Bagi United Kingdom, standard professional guru di gunapakai untuk memperbaiki kualiti pendidikan. Kebanyakan program perkembangan kualiti guru berlaku di sekitar tempat kerja seperti bersama rakan setugas. Mereka berkolaboratif  sesama sendiri dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Bagi Negara Australia, Standard professional yang disediakan adalah satu panduan yang mesti diikut oleh guru-gurunya. Manakala dari segi proses perkembangan kualiti guru mereka tidak terhad di sekolah sahaja, tetapi melalui program-program pembelajaran secara professional yang dikendalikan oleh peringkat kebangsaan. Penglibatan guru dalam kajian dan melaksanakan projek inovatif di peringkat antara bangsa juga sangat di galakkan. Di sini terdapat perbezaan dari segi program perkembangan profesioanal di kedua negara. Program perkembangan guru di Australia agak meluas dan meliputi dalam sekolah dan luar sekolah berbanding dengan United Kingdom. 

Dari segi pemantau untuk menentukan standard guru juga berbeza Pemantauan terhadap penentuan standard di United Kingdom dijalankan dua kali dalam masa 6 tahun berbanding Australia, pemantauan menentu standard di laksanakan 5 tahun sekali. 

Walaupun kedua buah negara ini adalah negara yang mempunyai ciri yang hampir sama dari segi Bahasa dan budaya dan sistem politik namun masih juga perbezaan dari segi pelaksanaan sistem pendidikan dan khusus dalam standard professional guru.

1.           Ciri-ciri  Standard Profesional Yang Boleh Diambil Dari Kedua Buah Negara. 

Standard Profesional Guru sangat perlu di sediakan kerana ianya merupakan Sumbangan yang signifikan bagi pendidikan berkualiti dalam proses pembangunan insan adalah diiktiraf oleh semua negara di dunia.  Pengiktirafan ini meliputi peranan yang perlu dimainkan oleh guru yang berkualiti dalam memberi pendidikan yang berkualiti.  

Ciri-ciri penting yang boleh di ambil dari standard professional negara United Kingdom dan Australia: 

  1. Jaminan kualiti.  Untuk memastikan jaminan kualiti, guru-guru sekolah mestilah berkelayakan daripada institusi yang diktiraf. Oleh itu ianya memerlukan kriteria yang jelas untuk kemasukan ,bidang latihan ,bidang pengurusan seterus perlantikan ke dalam bidang  perguruan.  

2. Berkaitan dengan pembaikan kualiti. Pembaikan kualiti guru boleh gunakan sebagaimana yang di lakukan di United Kingdom. Guru boleh mengambil peluang menggunakan persekitaran sekolah memajukan kemahiran dan pengetahuan. Bantuan dan perkongsian pengalaman sesame rakan setugas dapat mempertingkatkan kualiti guru. Tidak cukup latihan dan pengalaman di sekolah, kursus secara formal juga perlu kerana guru selain daripada mempunyai kemahiran dalam bidangnya tetapi dia perlu juga mengetahui dari segi teori dan kaedah. Pendedahan guru kepada dunia luar juga perlu untuk memantapkan tahap professional mereka. 

3. Kurikulum.  Seseorang guru itu perlu menguasai ilmu kandungan matapelajaran atau kursus yang diajar dan ianya diharapkan sentiasa mengemaskinikan ilmu tersebut.  Ia sepatutnya sudah mempunyai ilmu untuk menggubal program pembelajaran, bagaimana kurikulum dibahagi-bahagikan dan bagaimana ianya perlu diajar, teori pembelajaran yang memberi kerangka kepada sesebuah kurikulum, dan apa jua polisi yang rasmi yang berkuatkuasa tentang kurikulum yang sedang digunakan.

4. Pedagogi.  Seseorang guru perlu tahu bagaimana hendak mengajar, perlu tahu tentang pengurusan bilik darjah, mod pembelajaran pelajar dan methodologi pengajaran yang sesuai dengan mod yang digunakan, dan tentang teknologi pengajaran yang sesuai.  Guru berkenaan diharapkan telah memahami dan menguasai pelbagai strategi pengajaran. 

5. Penilaian.  Seseorang guru itu sepatutnya tahu bagaimana hendak menilai kerja pelajar, bagaimana hendak menilai kemajuan pelajar, bagaimana hendak membuat laporan tentang kemajuan pelajar secara konstruktif kepada pelajar dan ibubapa, bagaimana hendak menyimpan rekod kemajuan pelajar dalam pembelajaran, dan bagaimana untuk mencari penandaaras kemajuan tersebut.  Setiap orang guru sepatutnya mempunyai program penilaian berterusan untuk setiap orang pelajar. 


6.0  Cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam memperbaiki Standard guru di Malaysia.

Antara usaha-usaha  yang dianggap  berpotensi meningkatkan standard guru termasuklah; 

  1. institusi pendidikan guru. Semua institusi hendaklah melengkapkan pelatihnya  dengan pelbagai  kompetensi pengajaran secukupnya, khususnya kompetensi penaksiran dan pengujian, sebagai pendedahan awal kepada bakal pendidik, 

2.pendedahan dan pembangunan kompetensi harus diperkukuhkan sewaktu pelatih mengikuti praktikum dan latihan mengajar. Di sini, penyelia dan pembimbing juga perlu mempunyai kompetensi yang sesuai dengan keperluan pelatih.

3. penataran profesional hendaklah dijadikan agenda utama aktiviti akademik dan dilakukan secara berterusan oleh setiap sekolah, kolej dan institusi pengajian. Penyertaan dan  penglibatan pendidik dalam program ini wajar dijadikan satu daripada petunjuk prestasi golongan pendidik (KPI),


4.  tumpuan penataran profesional hendaklah ditujukan kepada pengetahuan, kemahiran, dan sikap pendidik dan dijuruskan kepada usaha meningkatkan kualiti dan keupayaan pelajar untuk belajar; semua tumpuan hendaklah berdasarkan  kepada keperluan pelajar. 


5. pelaksanaan penataran profesional perlu dipelbagaikan. Misalnya, selain melibatkan pakar-pakar luar, pengisian program boleh diketuai oleh rakan setugas dari institusi yang sama

6. pengurus dan pentadbir sesuatu insitusi pendidikan juga harus menyertai penataran profesional yang berfokuskan peningkatan kompetensi pengajaran. Ini selaras dengan idea kepimpinan pengajaran, dan


7.pengurus dan pentadbir juga bertanggungjawab menggubal hala tuju dan membentuk dasar dan garis panduan yang akan menyokong dan mengukuhkan kompetensi pengajaran.

 

7.0 Kesimpulan 

Bertepatan dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia,  maka tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu profesion perguruan adalah amat relevan sekali. Meskipun setakat ini sudah banyak usaha-usaha gigih yang dijalankan ke arah itu seperti mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan, mengetatkan proses pengambilan bakal guru namun seperkara yang perlu diambilkira ialah mewujudkan satu standard kompetensi untuk para guru. Sehingga kini belum ada satu standard kompetensi yang  digunapakai bagi menilai kecekapan dan tahap pencapaian guru. Penilaian tahap kecekapan  yang diambil oleh para guru nampaknya masih belum dapat diterima secara keseluruhan sebagai satu mekanisme yang objektif dalam menilai pencapaian guru.  

      Kebanyakan negara-negara maju telahpun  memperkenalkan dan melaksanakan standard kompetensi guru seperti  United Kingdom, Jepun, Australia dan banyak lagi. Banyak manfaat dapat diraih dengan adanya satu standard kompetensi guru. Ianya bukan sahaja dapat menilai guru dengan lebih objektif malahan dapat digunakan oleh guru sendiri sebagai penanda aras.

Rujukan :

ArasSelda. (2018)Teacher Education Systems of Australia, Singapore, and South Korea: A Case-Oriented Comparative Study.Retrieved 14 March,2020. From https://www.researchgate.net/publication/327051916.

Call, K. (2018). Professional Teaching Standards: A Comparative Analysis of Their History, Implementation and efficacy. Australian Journal of Teacher education,43(3).

Department for education (2013). Teachers’ Standards Guidance for school leaders, school staff and governing bodies. Retrieved 14 March 2020. From https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/665520/Teachers__Standards.pdf.

Department for education (2018). Induction for newly qualified teachers (England) Statutory guidance for appropriate bodies, headteachers, school staff and governing bodies. Retrieved 14 March 2020. From https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/851336/Statutory_Induction_Guidance_2019.pdf

Gary Beauchamp,Linda Clarke,Moira Hulme&Jean Murray (2015) Teacher education in the United Kingdom post devolution: convergences and divergences.Journal Oxford Review of Education. Retrieved 14 March 2020. From https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/03054985.2015.1017403?journalCode=core20

Harmond.L,(2012). Teacher education around the world: What can we learn from international practice? .European Journal of Teacher Education. Retrieved 14 March 2020. From https://www.researchgate.net/publication/285681149_Teacher_education_around_the_world_What_can_we_learn_from_international_practice.

Reid, Jo-Anne,(2017)  Pre-service and in-service teacher education: A leadership model for collaborative learning. ACER Research Conferences.Retrieved 14 march 2020. From https://research.acer.edu.au/research_conference/RC2017/28august/7/.

Ministry Of Education Malaysia(2013). Malaysia Education Blueprint 2013-2025). 

Sussana Owen,(2014). Teacher professional learning communities: Going beyond contrived collegiality toward challenging debate and collegial learning and professional growth. Australian Journal of Adult Learning. Retrieved 14 march 2020. From https://www.researchgate.net/publication/290193213_Teacher_professional_learning_communities_Going_beyond_contrived_collegiality_toward_challenging_debate_and_collegial_learning_and_professional_growth

Tuinamuana, K. (2011). Teacher Professional Standards, Accountability, and Ideology: Alternative Discourses. Australian Journal of Teacher Education, 36(12).

 

Treagust,David f, Peterson,J.,Won,M.,(2015). Science Teacher Education in Australia: Initiatives and Challenges to Improve the Quality of Teaching. Journal of Science Teacher Education. Retrieved 14 March 2020. From https://www.researchgate.net/publication/276317113

 

.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...