Wednesday, January 30, 2019

TRAVEL KOREA (DAY 3-SEOUL).

Hari ni kita ke Nami ISLAND dan Petite France

Perjalanan ke Nami agak jauh dan mencabar dari  segi transit transport.  Dari Guesthouse Myeondong ke Dangdemun Culture and Herritage, then ke Dangdaemun Station, kemudian tukar line ke line 1 utk ke station Chongyangni, di Chongyangni exit 3 amik itx train. tiket rm 4500 won utk dewasa. terus ke Gapyeong . di Gapyeong kami amik teksi ke Nami wharf. then naik ferry ke NAMI ISLAND...phewwww.



Dalam ITX train, sempat tidur, 45 minit lebih kurang.




Dah sampai Gapyeong..nak ke Nami Island, kiteee...15 minit dari Nami Wharf.





DI NAMI ISLAND..... Luas jugak weh.tempat filem winter di Sonata... lihatlah keindahannya.




kat nami Island tak ada masalah untuk makan sebab ada restoran makanan halal dan ada juga perpustakaan, serta surau yang selesa.

Seterusnya keluar dari nami kami ke Petitice  France. Mempunyai view yang sangat menarik, walaupun tiketnya 10 ribu won. 






TRAVEL KOREA (DAY 2 : SEOUL)

Perjalanan kami amat singkat sebenarnya. Di SEOUL kami perlu pilih2 je tempat yang betul2 berbaloi. Di sini sepenuhnya kami menggunakan pengangkutan awam yang murah..Subway.. Arex ..no problem..berjalan naik turun..exit enter.. mencabar.. Sesampai di MAPO AIRPORT, Sebelum menggunakan subway dsb jangan lupa beli T-Money dan top Up T-Money cukup2. T-money boleh di beli di seven eleven JE. uTK  Top up ada mesin di stesen subway.

Dari MAPO AIRPORT, Naik AREX ke SEOUL STATION, Turun di SEOUL STATION amik subway train ke Myeongdong , exit 4, Hotel Kami booking di situ. Hotel MYEONDONG 1 betul-betul dekat subway station Myeongdong tapi biliknya amatlah sempit.  Pukul 9.00 pagi dah check in. letak beg dan merayau.




Perayauan yang pertama pada hari pertama dan kedua. di SEOUL adalah  spt Itenary yang di cipta sendiri..




kita ke GYEONGBOKGUNG PALACE  tapi hari selasa rupanya tutup..jadi tengok dari luar je..tapi masuk gak le dalam Muzium.

selepas tu kami ke HANOC VILLAGE perkampungan tradisional orang korea. Kat sini letih giler berjalan berkilo -kilo rasanya..dan cantik sgt rumah-rumah lama ni.. 




Dah malam sikit, kami beransur ke NAMSA TOUR.. naik Cable Car harga boleh rujuk kat itenarry. 







pada waktu malam viewnya amatlah cantik... tambah dengan kesejukan... 
boleh balik tidor...daa..penat.


TRAVEL KE KOREA. ( DAY 1 KLIA -JEJU SI )

Perancangan ke Korea sudah lama, tapi kerana kesibukan menyebabkan tertangguh. Akhirnya  pada 16  Dis 2018 merupakan tarikh yang tertulis untuk ke Korea. Pada mulanya ingin ke SEOUL sahaja, tetapi memandangkan tiket Ke SEOUL sangat Mahal. Almaklumlah tiket ni ambo booking seminggu sebelum pergi. Setelah survey sana survey sini.. maka adalah tiket yang murah sikit untuk ke Korea tetapi bukan ke seoul tapi ke JEJU.

Keputusanya kita nak juga ke Korea. So perjalanannya agak berbelit-belit  dan mencabar sikit.
KLIA 2- JEJU, JEJU - SEOUL (MAPO AIRPORT) . (Pergi)
SEOUL(MAPO AIRPORT) - JEJU, JEJU - KLIA . (Balik).

Dalam masa seminggu urusan membeli tiket flight, Booking guest House, Booking kereta (jeju). Booking Flight Domestik di Korea dsb. Fuhh  kan... boleh lah buka travel agent lepas ni. ambo pergi sendiri tak guna travel agent pun.

16/12/2019
KLIA - JEJU SI AIRPORT.

Kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 7.50 pagi.
sebelum berangkat makan dulu, amik travel wifi dulu di gateway@Klia 2,
travel wifi ni di sewa dengan kos rm 15 perday dan boleh share 5 device.









Perjalanan Ke jeju mengambil masa 6 jam...

Lebih kurang jam 3.ptg waktu Malaysia ( 4.00 ptg waktu Korea) kami sampai di Airport JEJU..



DI Airport Jeju.. Kesejukkan mula terasa..mood KOREA dah mari.. Dari Airport kami amik teksi ke HYUNDAI GUESTHOUSE.. Untuk malam ni bermalam dulu di jeju satu malam. Esok pagi2 pukul 7.00 pagi kita ke SEOUL Pulak ..




Hotel ni di tempah melalui Agoda.com . Disini untuk transit je kami ambil 2 bilik satu bilik untuk perempuan dan satu bilik untuk lelaki. Hotel ni berhampiran dengan airport jadi untuk ke airport esok tak le kalot..

Pada malamnya kami ambil sedikit masa dengan menggunakan bas untuk meronda bandar jeju ...














dah malam balik tidor ....zzzzzz. Esok pagi -pagi kita ke airport Jeju untuk Ke SEOUL.











DARI JEJU - MAPO AIRPORT Mengambil masa satu jam. di sini kami naik jeju air  flight... Bye jeju lagi 2 hari kami akan kembali ke sini untuk perayauan di sini.. pula sebelum balik ke Malaysia. Hari ni perayauan ke seoul dulu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...