Friday, May 29, 2009

Serangan Minda..

Aduih... serangan minda? pernahkah anda menerima dan menghadapinya. Keganasan serangan minda ini melebihi Tsunami dan mungkin melebihi wabak H1N1.
- Apabila minda diserang pasti proses pemulihannya lambat.
- Kesan pada serangan ini akan muncul penyakit baru iaitu dendam kesumat.
- Penyerang minda ini mungkin dari kalangan yang mindanya penuh dengan virus yang tidak
dikenali.
Sebab-sebab seorang itu menyerang minda orang lain.
- Dia menghadapi tekanan dan ingin mengurang tekanan yang ada padanya.
- Puas membuat orang yang diseranginya sedih- kalau boleh menangis.
- Penyerang ni boleh dianggap **** la..
Cara menangani apabila minda anda diserang.
- Buat dek je, lama-lama penyerang tu bertambah ****.
-Jangan tunjuk kesan yang kita diserang kepada penyerang tu..
- Happy go lucky... k...
(kebanyakannya perempuan yang berkuasa suka menjadi penyerang/pahlawan senduk)
Kepada member-member yang tadi kena serang minda tu..(sempena hari guru limpahan air mata) sabarlah.. Meneutral balik yang ** bilang cikgu makan duit haram kerana mengajar tak sempurna. Cikgu hidup tak berkat! apakah pengukuran pada sebuah keberkatan. Siapa yang berhak menilai seorang itu hidupnya berkat atau tidak.Hidup yang sihat dan keluarga yang bahagia itu sudah memadai bagi kita. Bukankah kebahagiaan itu satu keberkatan dan rahmat? Sebenarnya *** yang konflik dan cuba menjadikan orang lain konflik so dia membuat serangan mental. Kita mesti kuat dan kesian dengan orang seperti ini. Apapun kita cuba jadi yang terbaik perbaiki diri hari demi hari. Apa yang ** bilang tak boleh pakai... dia pun semacam je... Anyway rakan-rakanku selamat bercuti..

Tuesday, May 26, 2009

Kasihnya Tak Pernah Pudar...

Dalam kesibukan dan kekalutan tiba-tiba kutermenung sejenak mengingatkan seorang insan yang berada diusia emas yang mungkin merindui aku disaat ini. Ibu...Terasa seperti ku ingin terbang balik untuk menemuimu, tetapi sabar beberapa hari lagi cuti sekolah. Tetapi pada awal cuti lagi ibu sudah ingin terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama adik lelakiku. Pada 29 hb nanti aku mengambil keputusan akan menunggu ibu di KLIA. Itu sahaja kesempatan yang aku ada.
Hari ini, adik lelakiku memberitahu,ibu tak sihat sangat dan anak saudaraku yang bertugas sebagai doktor menasihat supaya ibuku tangguh saja pemergiannya ke Mekah. Tapi ibu berkeras untuk pergi juga.Ku tahu, dulu sewaktu arwah ayah ada selang 2 tahun mereka akan mengerjakan umrah. Tapi itu dulu, kini ibu uzur.Apa yang lebih syahdu lagi,ibu kata setiap malam dia bermimpi arwah ayah menunggunya di mekah.
Ya dari dulu sering ibu menceritakan mimpinya itu. Ku berfirasat bahawa ibu terlalu rindukan ayah. Tapi akhir-akhir ini ibu lebih rindukan lagi kepada ayah dan begitu bersemangat untuk membuat umrah...Dia sering berkata ayah menunggunya di sana. Apakan daya sebagai anak-anak kami tak sampai hati menghalang niatnya lantas adik lelaki kami akan membawa ibu ke sana. Mudah-mudahan rindunya terubat dan ibu akan lebih tenang. Doaku semoga ibu akan selamat pergi dan balik.

Monday, May 25, 2009

Biarkan aku..

Rindunya pada blog aku ini. Hampir 2 minggu ku tinggalkan satu ruang yang banyak mengisi ruang kekosongan diantara kesibukan harian. Dalam pada itu ada juga kucuri-curi juga membaca blog kegemaranku tu. Semalam ku ke kelas master ku.. sem pendek ambik satu subjek je, tapi pack la sikit. Tapi best belajar subjek pembangunan pelajar bersama Dr Hamdan b. Said.
Hari ini ke sekolah, ku set minda supaya ikhlas dalam segala tugasan. Sekembali dari kursus tempohari banyak relief diberi padaku. Alhamdulillah..Pada saya tugasan mengajar tidak menjadi bebanan langsung. Saya tidak merungut sekiranya ianya diberi berdasarkan keperluan, tetapi sekiranya atas tekanan pun,saya terima kerana saya tahu saya boleh hadapi,saya boleh buat.Saya akan melakukan dengan seikhlas hati.
Saya akan menjadi seorang yang lebih tabah,kuat dan bersemangat lagi..sebenarnya tekanan itu adalah motivasi kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih hebat lagi... Dalam mencari sesuatu yang terbaik sudah tentu kita menempuhi pelbagai kepahitan dan kesukaran. Insyaallah berkat cabaran ini akan dapat membentuk diriku menjadi seorang yang ada JATI DIRI - amin.

Tuesday, May 19, 2009

Mesyuarat Pemurnian Modul Iklim Dinie

Sudah lama saya tidak menulis diblog ini. Terlalu sibuk rasakan sehinggakan segala ucapan hari guru dari kawan-kawan pun tidak sempat dibalas. Bermula 14 Mei hingga 17 terlibat dengan latihan pusat MTQSS peringkat kebangsaan berterusan dengan mesyuarat pemurnian Kertas Dasar Iklim Dinie peringkat Kebangsaan di Impress Hotel di sepang sehingga 20 hb. Rindu pada anak-anak dah mula terasa.

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU...


Esok, merupakan hari ibu, dikesempatan ini inginku mengucapkan selamat hari ibu buat ibuku tersayang, Hajjah Saudah bt Jusoh yang berada nun jauh di sana dibumi Cik Siti Wan Kembang. Sesungguhnya dirimu adalah ibu yang terbaik didunia buatku. Seorang ibu yang cekal dan penyanyang.. tanpa dirimu dan semangat yang ditiupkan dijiwa ini sesungguhnya diriku tidak akan berada ditahap ini sekarang. Setiap titisan susumu mengalir dijasad ini. Saban hari ketika kecilku menganggu lenamu, sesungguhnya tidak ada insan lain yang sanggup berkorban demi diriku kecuali dirimu yang bergelar ibu...

Ibu, saat ini mungkin dirimu dalam kesepian tanpa anak-anakmu yang pergi jauh darimu.. raut wajahmu tidak pernah menggambarkan kekecewaan walaupun diriku tahu dirimu mengharapkan anak-anak disisi meniti usia penuh keuzuranmu itu..Ibu,maafkan diriku andainya aku tidak mampu berkorban sebagaimana dirimu berkorban untukku...

Kepada insan-insan lain yang bergelar ibu, saya ingin menggucapkan selamat hari ibu buat semua.....

Monday, May 4, 2009

BLUE OCEAN STRATEGI.

Mungkin antara rakan-rakan pernah mendengar atau mengetahui secara terperinci dengan Blue Ocean Strategi ini dan telah mempraktikan dalam pengurusan masing- masing.Secara ringkasnya merupakan satu strategy yang tidak bersaing dengan orang lain.Sekiranya satu pengubahan yang bersaing di panggil red ocean Strategi. Contohnya Airasia dia menjalankan perniagaan yang tidak bersaing dengan orang lain. Konsepnya tak sama dengan MAS. Begitu juga disekolah satu pengurusan yang berbeza dengan orang lain. Kalau biasa kita tengok guru besar berlumba-lumba dengan keceriaan untuk menaikkan nama sekolah cuba cari satu strategi yang orang lain tidak buat,dan mampu menunjukkan kemajuan dan itulah di panggil menggunakan Blue Ocean Strategy. Banyak lagi contohnya kedai makan kita tengok sana sini strategi yang digunakan sama, cuba ada satu kedai makan yang hanya buka 1 jam je untuk satu hari diwaktu tengah malam, dan orang tertunggu untuk makan di kedai ter sebut. Ya, itulah dikatakan strategi Blue Ocean
Latarbelakang Blue Ocean Strategy
• BOS telah dikemukakan di dalam buku bertajuk Blue Ocean Strategy yang diterbitkan pada tahun 2005. Buku ini adalah hasil tulisan bersama W.Chan Kim and Renée Mauborgne, dua orang profesor strategi & pengurusan di INSTEAD, France. Pada tahun pertama cetakannya buku ini telah mencatat jualan lebih sejuta naskhah, dan kini diterjemah dalam 41 bahasa.
• Kandungan buku BOS memaparkan hasil penyelidikan penulisnya yang memakan masa lebih 15 tahun disamping artikel-artikel dari Harvard Business Review dan akademik lainnya dalam berbagai dimensi yang berkaitan.
• Rumusan kepada BOS diperolehi melalui kajian terhadap 150 tindakan strategik oleh lebih 30 industri dalam tempoh 120 tahun (sekitar 1880 – 2000). Analisa terhadap strategi syarikat yang berjaya berbanding pesaing mereka yang kurang / tidak berjaya telah dilakukan bagi mendapatkan convergence & divergence yang memberikan faktor penentu kejayaan serta pembezaan di kalangan mereka.
• Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, hasil penyelidikan Kim dan Mauborgne tersebut telah disiarkan dari masa kemasa dalam Harvard Business Review mulai tahun 1997. Malah nama Blue Ocean Strategy telah dikemukakan melalui artikel mereka pada tahun 2004.

Saturday, May 2, 2009

Peperiksaan

Hari ini saya menduduki peperiksaan bagi subjek kepemimpinan MPF 1523. Aduh, longgar rasanya kepala..bergasak menjawab 4 soalan yang penuh dengan analisis dan perbahasan. Saya rasa macam tak berpuashati dan merasakan seperti apa yang saya kemukakan tidak bernas.. entah berapa sen la yang akan saya perolehi untuk jawapan saya tu. Seawal pukul 4 pagi saya bertolak ke pusat peperiksaan dan terus masuk dewan peperiksaan selama 3 jam. Setelah selesai periksa terus cari hotel dan terus tidur.. mm hampir pukul 6 petang baru terjaga. Esok ada satu paper lagi ,, alamak otak dah macam tepu ni...Untuk subjek esok dah rasa macam tak mampu lagi dah.. tapi kuatkan semangat.. go rosnah! go... selepas ni break kejap tapi mula balik 16 Mei untuk sem pendek.. bagi subjek pembangunan ... anyway satu sem dah berlalu..
Terasa sangat perbezaan situasi belajar dulu masa buat degree ramai kawan yang tinggal berjauhan dari UTM, masa begini sebelum exam akan kami habiskan dengan discussion, tapi sekarang hanya saya yang berjauhan.. mereka semua balik rumah dan tak dapatlah nak discuss. Kadang-kadang membuatkan saya rasa rindu pada teman-teman masa first degree, linda,ayu,su,zura, k.aya, fathiah, kak naz, k.wan, siti dan lain-lain. I miss u all.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...