Tuesday, June 16, 2009

Kepengikutan dan Kepimpinan

Dua subjek yang sering berkaitan. Di Universiti dan Institut latihan guru tidak ada menawarkan kos kepengikutan yang ada kepimpinan. Kenapa ? kepengikutan ini tak pentingkah? Dalam post saya kali ini biarlah saya berkongsi tentang kepengikutan…
Konsep kepimpinan dan kepengikutan ini kedua-duanya telah wujud bermula tahun 2500 yang lalu dan adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, pada tahun 1988 Robert E.Kelly telah menghasilkan satu dapatan yang penting berkaitan dengan kewujudan dan kepentingan para pengikut. Sebenarnya peranan pengikut ini adalah lebih berkali ganda penting berbanding dengan peranan pemimpin.

Kelly (1992) telah mendefinisikan pengikut sebagai satu kumpulan manusia yang faham apa yang perlu di buat (tanpa diberitahu) yang dapat bertindak dengan bijaksana dan bebas,berani dan mempunyai etika yang kuat dan yang melaksanakan sesuatu tindakan menggunakan skil yang terbaik untuk mencapai tujuan organisasi. Sementara itu Chaleff 1995) Melihat pengikut sebagai mereka yang berkongsi tujuan yang sama dengan pemimpin.

Kelly (1992 mengkategorikan pengikut itu kepada 5 kumpulan iaitu
1. alienated- seorang yang berfikiran bebas dan kritikal tetapi kurang dalam perhubungan (Engagement) akibat daripada perasaan tidak puashati mereka akan jadi ”switch off”tetapi jarang menunjukkan penentangan secara terangan kepada pemimpin.
2. Conformist – ciri ini sama sekali berlawanan dengan ciri alienated mereka ini kadang-kadang dipanggil "pak sanggup "atau "pak turut" dan "lurus bendul".Namun begitu golongan ini lebih ceria. Mereka ni bergantung sepenuhnya kepada pemimpin sepenuhnya yang boleh memberi inspirasi kepadanya.
3. Pragmatist- Kumpulan ini adalah berlegar-legar dipertengahan jalan (the middle of the road) terlalu kerap atau kurang mempersoalkan pemimpinnya.Mereka juga di kenali "survivor" yang berpegang kepada slogan lebih baik selamat daripada menanggung penyesalan “better safe than sorry”.Mereka juga di katakan kumpulan duduk atas pagar dan mampu berubah seolah-olah seperti seekor "Chameleon"
4. Passive – mereka yang tidak berfikir untuk dirinya dan untuk organisasinya. Brown dan Thornborrow (1996) menggambarkan golongan ini seperti kambing biri-biri. Pasif, tidak kritikal,kurang inisiatif dan kurang bertanggungjawab. Mereka ini boleh menjalankan tanggungjawan dengan baik hingga ke satu tahap, kemudiannya akan terbantut.
5. Exemplary.- kumpulan ini bertentangan langsung dengan pasif. Kumpulan ini seorang pemikir kritikal yang tetap dan sememangnya terlibat secara aktif dalam organisasinya. Golongan ini berkebolehan untuk berfikir bagi diri mereka dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh tenaga dan assertif yang tinggi. Mereka selalu risk taker dan self starter yang boleh menyelesai masalah bersendirian.
Sekiranya anda seorang pengikut mungkin ada berada di bawah mana-mana satu kelompok di atas. Sekiranya anda seorang pemimpin sudah tentu ada gemar pada salah satu kelompok di atas.. tapi kambing biri-biri pun mahal di pasaran...sekian

8 comments:

Faris said...

Rosnah,
Teori kepengikutan ini amat bagus dan baik. Saya telah membentangkannya dalam mesyuarat guru bulan lepas setelah membacanya melalui jurnal IAB. Secara tidak langsung membantu kita mengenali subordinat kita. TK.

mantan said...

Rosnah,

Yang selalu di’highlight’ ialah ‘kepimpinan’ sehingga terlihat hal-hal yang berkaitan ‘kepengikutan (followership)’ tidak mendapat perhatian. Ia seolah-olah dikesampingkan. Padahal dalam sesebuah organisasi, oleh sebab lebah ramai yang ‘dipimpin’, sepatutnya hal-hal kepengikutan ini menjadi lebih dominan.

Bagus juga Cikgu Rosnah mengetengahkan perkara-perkara berkaitan followership ini untuk dijadikan pengetahuan.

Selalu diperkatakan tentang bagaimana menjadi pemimpin yang berkesan. Tetapi bagaimana pula caranya menjadi pengikut yang berkesan?.

Barangkali untuk menjadi seorang pengikut yang berkesan dalam sesebuah organisasi, seseorang pengikut itu perlu mengambil tanggungjawab, meneroka peluang, menawarkan perkhidmatan dan cuba melakukan perubahan-perubahan positif dan bukan hanya memerima sesuatu keadaan secara pasif.

Mungkin keadaan ini memberi cabaran kepada pengikut untuk membina dan menyemarakkan imej kendiri, rasa keupayaan, dan ‘rasa penting’. Dengan itu seseorang pengikut akan menjadi lebih dinamik dalam proses kepengikutannya.

Apakah keadaan ini berlaku dalam organisasi?

Rosnah said...

tq cikgu faris, saya terfikir untuk mencari tentang kepengikutan memikirkan adalah tidak lengkap pemimpin tanpa pengikut..

Rosnah said...

tq, cikgu Wahab..selalu dalam organisasi apa yang orang nampak adalah kepimpinan. sedang pemimpin adalah seorang pengikut ramai. Saya percaya ramai pengikut tak tahu mereka berada di kelompok mana dan mereka juga tidak tahu kelompok manakah sepatut berada.Perkara ini seolah terlepas pandang. sedangkan dalam organisasi perlu ada keseimbangan antara kepimpinan dan kepengikutan. Pengikut atau sub ordinat sebenarnya adalah penting kepada sesebuah organisasi since dia merasakan dia penting.

Anonymous said...

Dalam menguasai bidang kepengikutan, kita perlu melihat kepimpinan yang berada di sekitar untuk dijadikan role model yang dapat membantu kita mencerakinkan ilmu tersebut. Oleh itu semua orang boleh menjadi pemimpin tetapi kepimpinan itu belum tentu ada pada semua orang dan kita perlu menjadi pengikut kepada pemimpin yang boleh memberikan hala tuju yang bermanfaat.

Rosnah said...

Tq, cikgu memang benar. pemimpin umpama pasak atau based dan pengikut adalah pelengkap umpama dinding tiang dan bumbung. Pengikut yang examplery itu umpama accessary spt tile, siling kapur yang mencantikkan lagi sebuah rumah.Apa pun tak terbina rumah tanpa pasak tu. kalau cantik pun tak kukuh. Begitu juga pasak tu tak kemana sekiranya tanpa dindin dan bumbung... terimakasih atas komen ini.. saya menghargai.

Anonymous said...

Pemimpin yang sejati seharusnya tidak hanya berpidato, bercakap, bersyarah atau mengetuai mesyuarat tetapi beliau harus mempunyai perasaan kasih dan sayang iaitu menghormati orang bawahannya dan menghargai masyarakat seperti juga pemandu kenderaan tidak hanya tahu memegang setering tetapi tahu bagaimana hendak memelihara kenderaan agar tetap bersih, indah dan cantik walaupun kenderaannya telah usang dan dimamah usia. Pemimpin yang dihormati dan disegani harus tahu menilai kekuatan dan kelemahan pengikutnya dan gunakan setiap kekuatan yang ada pada pengikutnya untuk dijelmakan menjadi senjata yang ampuh untuk mengikis kelemahan yang ada dan insyaallah permata yang terendam dalam lumpur dan selut dapat digilapkan menjadi berlian yang bercahaya sinarnya.

Rosnah said...

Tq cikgu,
Betul tu, perasaan hormat akan wujud dengan sendiri sekiranya dia tahu menghormati orang lain. Perasaan hormat juga akan timbul sekirang seorang pemimpin itu ada keikhlasan hendak memimpin orang bawahan. Keikhlasan siapa tahu? tapi ianya terpancar secara dari dalam dan pengukurannya pengikut akan patuh walaupun dia tak ada didepan mata. Terlalu susah untuk ditafsirkan tapi itulah gambarannya. Kadang2 kita lihat seorang pemimpin garang, autokratik tetapi bila dia tak de, dia dikenang. Jasanya di hargai.. sedar tak sedar secara scientifik sukar dikaji tetapi itulah lahir dari keikhlasan hatinya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...