Monday, June 22, 2009

SIMALA dan SIMALANG.

Hari ini seawal 7.30 pagi memulakan pemanduan yang agak sederhana dah Syahdu menuju ke SMK Muadzam Jaya. Hari ni perisian SIMALA versi 2 telah diinstall dan di aplikasikan dalam pengurusan data LADAP disekolah. Keseluruhan aplikasinya, setakat yang digunakan hari ni ok dan friendly user jugaklah. Tetapi masih boleh diperkemaskinikan lagi. Proses memasukkan data agak cepat, beberapa minit dah siap. selebihnya tolong member2 yang belum siap supaya dapat balik awal. Memang sampai pukul 1.00 dah siap dan kami boleh ke rumah bersama-sama. Apa yang menyayat hati, sampai je di rumah selepas mandi dan solat terus mengadap laptop kononnya untuk menyiapkan assigment. Entah macammana tangan gatal, terasa laptop dah berat lalu saya remove beberapa perisian yang dianggap x releven. Maka saya ingat saya remove simala versi satu dulu dari program file di C, rupa-rupanya yang saya buat tadi. Adusyy! nampaknya esok kenalah ke PPD balik minta dengan cikgu Man Bachok CD Simala untuk diinstall balik memandangkan lusa PPD nak kena hantar data 2008 yang perlu dimasukkan dalam simala. mmm nampaknya SIMALA dah jadi SIMALANG dah..

1 comments:

Faris said...

Rosnah,
Dalam penggunaan IT ni, kena selalu berhati2 dan backup di banyak tempat. Sebenarnya boleh cuba guna System restore yang terdapat dalam komputer tersebut.
Just click Start, All Programs, Accessories, System Tools, and System Restore. Ambil Restore Point dari tarikh yang dikehendaki. Selamat mencuba. TQ.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...