Wednesday, August 19, 2009

Demam sikit saja...

Hari ini sekali lagi dipanggil ke PPD Rompin untuk urusan LADAP. Selaku setiausaha LADAP dah tentu aku pergi... ha.ha. itukan arahan. Semenjak beberapa hari ni badan rasa macam tak sihat saja. Di rumah anak aku yang sulong sedang demam. Tapi sebagaimana biasa aku ni jenis kurang layan kalau demam sikit-sikit aku gagahi juga. Dah beberapa kali suami menyuruh ke klinik tapi aku buat dek je.. aku akan menjawab alah sikit saja. Sekembali dari mesyuarat kat PPD aku terus mengambil anak-anak dari sekolah kemudian membawa pulak anak lelaki ke kedai gunting rambut. Memandangkan rambutnya dah panjang, rimas tengoknya. Apabila sampai ke rumah tiba-tiba badan rasa mengigil pulak. Bila ambil penyukat suhu badan memang panas melebihi 38 darjah celcius ni. Tapi pelik juga aku rasa macam ok lagi. rasa macam biasa. Selalu juga beberapa kali sebelum ini bila rasa tak sedap badan, pergi jumpa dr Rosilah(klinik Faisal) tu dia kata eei.. awak demam ni.. tapi pada masa tu saya rasa ok lagi. Lagi satu aku ni jenis tekanan darah selalu rendah. Dr kata biasanya orang lain pada tekanan darah seperti ini dah pengsan. Tapi you steady lagi yek.. Inilah spesis orang degil sebenarnya. Hai namun begitu aku rasa walaupun demam aku kena juga ke sekolah malam ini untuk acara solat hajat bersama pelajar. Aku ni jenis tak suka menyatakan alasan. Biar susah dan seksa sikit takpe. Mudah-mudahan selepas menelan Panadol aktif fast tadi aku boleh pergi ke sekolah malam ni.

4 comments:

Ah Win said...

check..takut penyakit yg kita x jangka.

Rosnah said...

tq.awin. ok sok check.mudah2an dilindungi Allah selalu...

zaijb said...

moga k.ros cepat sembuh... makan ubat jgn tak makan...

Al-Manar said...

Saja datang melawat blog cikgu. Bila baca terasa samalah seperti cerita anak perempuan pakcik yang mempunyai empat anak. Sibuk saja kesana kemari. Suami sibuk sangat. Diapun sibuk, selau pulang selepas sembahyang maghrib dipejabat. Begitupun, lepas satu satu bawa anak deman kekelinik, maalumlah di KL keadaan lebih menakutkan. Selamat berpuasa.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...