Thursday, December 23, 2010

Hati Seorang Aku.

Aku dalam kalangan kawan2 yang mengenali aku sering mengelarkan aku sebagai wanita yang gigih bersemangat dan mudah digemari oleh sesiapa sahaja yang mengenali aku. Semasa hari pertama aku mendaftar untuk program master aku dulu, kawan2 aku mengatakan andainya saya tidak meneruskan kursus ini, saya akan malu pada akak. akaklah yang menjadi sumber inspirasi saya. Aku memahami dan semuanya itu adalah identiti buat aku. Tapi disebalik kecekalan itu, aku juga memiliki hati. Aku ada perasaan seperti sedih, kecil hati dan kecewa. Tapi tak semudah itu untuk aku zahirkan. Kekadang bila aku sedih, aku ambil masa beberapa minit dan menangis, sepuas2nya. Bila selesai aku akan tersenyum seolah2 tidak ada apa yang berlaku. Aku adalah manusia yang tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain, tetapi sering berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Aku paling tidak suka menyakitkan hati insan lain, kadang2 pelbagai kata2 yang aku terima dan menyakitkan namun akan tetap menjaga hati orang. Kenapa aku menulis begini? entahlah,, sedih ke? tidak.. aku tidak sedih. Kadang2 blog inilah yang menjadi tempat aku melepaskan kata dan bicara hati.

Buat masa ini aku terfikir2 untuk menyambung lagi pelajar. Tetapi dengan cara ini aku akan menyibuk diri dengan tahap yang maksima. Hari tu aku ada berbincang dgn pensyarah tentang menyambung peringkat PHD dengan mengambil cuti tanpa gaji. Pihak UTM akan membayar elaun bulanan sebanyak RM 2500 sebulan dan annual Fees sebanyak 20.000 setahun. agak menarik.. 3 atau 4 tahun akan selesai... Sebenarnya itulah yang bermain di fikiranku. Terlalu tinggikah impian aku?. Suami aku pun macam beri green light jerk. Inilah yang ada dalam fikiran aku. Hal2 remeh yang lain tidak sekali2 aku masukkan sebagai agenda penting dalam kehidupan aku. Aku amat kesal bila aku dikaitkan dengan isu2 remeh seperti ..... ( malu utk menyatakan) ...mungkin tahap pemikiran kita berbeza.

Lebih tertarik lagi andainya meneruskannya di Luar Negara. Jadi sesiapa yang rasa bimbang dengan kewujudan aku di bumi Malaysia ini dapat di hilangkan..hi..hi.. Aku adalah seorang insan yang mempunyai perasaan, aku terpelajar, masih mempunyai maruah diri yang tinggi. ( sedikit tertekan ).

2 comments:

Al-Manar said...

Betulkah anggapan 'blog inilah yang menjadi tempat aku melepaskan kata dan bicara hati.'?
Blog terbuka luas dan pembaca berhak memberi pandangan. Persoalannya adakah pembaca memahami sepenuhnya apa yng terpendam dalam hati empunya blog? Nanti nasihat yang tak betul pula yang diberi. Carilah seorang yang memahami kita dan waras untuk memberi nasihat yang tepat.

Apakah nilainya PhD itu - kenaikan pangkat/gaji, kepuasan hati dan ego dipanggil puan doktor atau keperluan ilmu semata mata?

Rosnah said...

terima kasih pak cik.. tidak sekali2. bicara hati tak siapa akan memahami dan ianya gambaran secara simbolik. PHD bukan memberi apa nilai cuma sebagai kepuasan diri. Dan satu ketika dahulu saya pernah berjanji dengan arwah ayah bahawa saya akan capai tahap itu. Andainya saya capai saya dapat memenuhi janji saya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...