Monday, November 29, 2010

BERTEMU KEMBALI..

Alhamdulillah, waktu kesibukan aku telah berlalu pergi.. semoga segalanya dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.. Sekiranya tiada aral melintang.. bulan Mac ni dapatlah segolong kertas yang berstatus sarjana.. Walaupun jauh disudut hati ku berkira-kira adakah layak aku memilikinya. Tapi itulah yang telah aku usahakan selama dua tahun ini. Banyak pahit jerih yang ku lalui. Dengan sokongan dan dorongan orang sekeliling menjadikan aku kuat. Tapi tidak dinafikan akhir2 pengajian tersangatlah tertekan dan terasa macam ingin berhenti di situ saja. Segalanya aku terasa amat sukar dan diluar kemampuan. Tapi ku gagahi jua.ku lawan dan ku hadapi sehingga ke penghujungnya. Di semester terakhir ini benar-benar menguji ketabahan dan kesanggupan orang seperti aku, yang mempunyai Multitask.Ohh..aku tak sangka aku dapat melepasinya. Cuma simpton2 tekanan masih melekat pada diriku hingga saat ini..

4 comments:

IMANSHAH said...

tahniah kak

sungguh hebat. tabik!!

Al-Manar said...

Cikgu Rosnah,
You have put your heart into something worthwhile and you have done it. In twenty years' time you will be able to tell your children what you did. There is nothing better than leading by example; and you have set a marvellous one. Well done, Rosnah.

Tetapi jangan pula lupa, harga diri bukan terletak diatas sekeping kertas. Apa yang kita buat itu lah nilai. Kita akan ditertawakan kerana persembahan kita tidak setaraf lambaran yang kita agong agong kan.

Salaam
Pakcik

mantanguru said...

Salam, kunjungilah blog baru saya....

Rosnah said...

tq imansyah, mantan dan Pakcik... saya berterimakasih atas segala perkongsian, dorongan dan bimbingan kalian,,tqvm,,,

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...