Wednesday, March 10, 2010

Kontroversi dan gossip .

Aku heran dengan hobi manusia ni suka benar membuat kontroversi dan menimbulkan gossip. Aneh dan pelik. Tidak pernah ke terfikir pada satu keamanan dan kedamaian. Cubalah kita pandang wajah kawan kita dengan satu pandangan yang penuh dengan kebaikan. Hindarilah diri kita dan hati kita dari memandang keburukan dan kejahatan. Kadang aku suka juga memerhati sifat dan sikat manusia yang suka mencungkil keburukan dan menyebar keburukan kepada orang lain. Baginya satu kepuasan sekiranya keburukan itu menjadi topik perbualan dan perbincangan dan di sertai dengan ulasan2 dari satu sudut pandangan negatif sahaja. Dia juga sanggup mengeluarkan bil telefon sana dan sini semata2 untuk dapat bahan yang berbaur negatif untuk dbicarakan. Tak puas satu sumber ke satu sumber untuk mendapat bahan itu. Bahan yang positif diolah dan diadun semula supaya ianya berbunyi sesuatu teruk... dahsyat...memalukan..
Wahai insan...yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral seperti ini... hentikanlah.. jadilah seorang yang lebih positif..byk lagi masa dan tenaga di perlukan untuk sesuatu kebaikan..

4 comments:

mantan said...

Rosnah, Salam... lama tak menulis komentar...

Memang pernah saya jumpa. Memang ada orang yang "terlalu peramah" macam tu. Dia ni kerjanya "menjaja" hal ehwal peribadi orang lain. Mulut tidak tahu diam. Tujuan dia ini memang "negatif". Nak bagi tau buruknya orang lain. Dan ditokok tambah menjadi enak dan lunak.
Selepas jaja keburukan orang lain, si pencaci pun akan berpesan, katanya.. "ini rahsia sesama kita je, jangan cerita pada orang lain ye..."
Selepas berkata demikian, selang beberapa minit dia telahpun mencertakan hal yang sama kepada orang lain pula...

Barangkali orang seperti ini banyak kelemahan diri. Maka itulah carannya menyembunyikan kelemahan dirinya....Orang seperti ini boleh dijadikan "sempadan" bukan "teladan"...

Humyrah said...

saya setuju dgn akak, sbb tu suka kawan dgn akak. sedihnya bila kita tegur org mcm ni, dia tegur kita balik. akhirnya saya biarkan aje..

sebenarnya kita kena fikir positif pada org lain, walaupun hakikatnya kita tak tahu. tu lebih baik :)

Anonymous said...

Salam Ros...
Lega dah cuti.Buat kerja dari rumah bagus gak.Taklah dengar dan jumpa orang yang over peramah.Cerita tentang diri seseorang macam dia dah kenal 10 tahun.tak sanggup dah dengar mcm2.sakit dada,sakit segala anggota ku.Tolong!Tolong! hati menangis,hu,hu,hu...

Rosnah said...

terimakasih mantan, anonymous dan yan.Begitulah adanya sifat manusia.. buat anonymous...bila kita berada dalam kalangan org yg negatif memang kita mudah di serang penyakit.Duduk dalam kalangan yg (+) akan menambahkan energy dan semangat. Malangnya kalau satu organisasi terdpat byk cas2 (-) ini. nanti ramai yg mudah sakit dan menjadi tua sebelum usia..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...