Thursday, March 19, 2009

Keghairahan – Hargai Setiap Hari Dalam Hidup Anda.


Apabila saya mula menaip tajuk ini saya jadi ragu-ragu. Apakah perkataan ini sesuai atau tidak untuk penulisan yang tak seberapa ini. Lalu saya merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka “keghairahan ” Keghairahan ini membawa maksud penuh minat. Memang itu yang saya maksudkan dalam coretan saya pada kali ini. Coretan ini diharap dapat menguatkan lagi semangat juangku dan kawan-kawan yang membacanya.
"Apabila seseorang mempamerkan keghairahannya beliau biasanya akan bertemu dengan orang yang mempunyai keghairahan yang sama". – translate dari kata-kata John Maxwell.
Salah satu sifat terpenting orang yang berjaya kerana bukanlah kepandaian atau mempelajari pelajaran yang tinggi,tetapi mempunyai semangat dan keghairahan. Jika dilihat 75 peratus president Amerika Syarikat berada dikelas terakhir disekolah semasa zaman persekolahannya. 50 peratus usahawan di dunia yang berjaya tidak menamat pengajian di Universiti pun. Apa yang menyebabkan mereka berjaya adalah semangat dan keghairahan mereka.
Apakah semangat dan keghairahan dapat mempengaruhi hidup kita?
Keghairahan menaikkan semangat juang anda- Dahulu ada seorang pemuda berjumpa dengan Ahli Falsafah Yunani, Socrates bagi menuntut ilmu. Ahli falsafah itu membawanya kelaut dan menenggelamkan kepalanya ke dalam air selama 30 saat. Apabila di lepaskan Socrates sekali lagi bertanya, apa yang beliau mahukan. Pemuda tadi menjawab, “saya mahukan ilmu,” Socrates menenggelamkan lagi kepalanya dan mengulangi pertanyaan yang sama. Kali terakhir Socrates menenggelami kepala pemuda itu hingga hampir lemas lalu pemuda tadi menjawab “saya mahukan udara! Saya mahu bernafas!”. Lalu Socrates menjawab, “Bagus. Apabila kamu benar-benar mahukan ilmu sebagaimana kamu mahukan udara tadi, saya akan ajar kamu.”
Tidak mustahil dengan ghairah – Sudah menjadi lumrah kejadian manusia, apabila semangat sudah membara tiada yang mustahil seseorang yang mempunyai keghairahan tetapi tidak mempunyai bakat dapat mengatasi individu yang mempunyai bakat tetapi tidak mempunyai keghairahan.
Hasil coretan ini tercetus setelah melihat blog kawan-kawan yang baru konvo. Percaya atau tidak, kejayaan itu tercapai hasil dari keghairahan. Dan saya akan meneruskan perjuangan saya dengan berulangalik JB –Rompin memandu sendirian, membelah kabus dikala orang lain masih lena di tilam empuk,saya sudah memulakan langkah demi ILMU. Insyaallah Dewan Iskandar UTM akan ku jejaki lagi buat kali kedua.-waallahu wa'lam.

2 comments:

mantan said...

Ada sunyi dan kegelapan antara sebuah impian dan sebuaah kepastian dan yakinilah impian itu kerana bagimu telah dianugerahi sejalur cahaya dan di lorong nan gelap itu sukannya mencari jalan nan lurus lalu gunakanlah jalur cahaya itu maka lorong laluan diterangi meski dalam bimbang dan celaru nyatakanlah impian itu dan ketika ia menjadi nyata kembalilah ke permulaan lorong nan gelap itu serta kembalikanlah jalur cahaya itu untuk mereka pula guanakannya menyatakan impian mereka pula merentasi lorong gelita seperti yang pernah kaulalui kerana sesungguhnya pemimpi adalah pembena yang hebat serta bijaksananya terpatri bersama roh diri mengejar impian yang panjang dan amat sukar itu namun akhirnya dengan usaha nan gigih sudahnya tercapai jua.

Cikgu Rosnah,
Bukanlah mudah mengejar impian, sesukar memahami coretan saya ini… Teruskan usaha…pasti berjaya.

Rosnah said...

tq, cikgu.memang susah nak faham,tapi bila ulangi dan hayati saya fahami juga.Itulah bicara orang yang yang puitis pembacanya kena analitiknya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...