Assalamualaikum, Dah lama tak menjengok blog ni. Kesibukan harian menyebabkan kita terpaksa mendahulukan apa yang perlu didahulukan. Dalam pada itu cuba mendisiplinkan diri supaya ruangan ini akan sentiasa bertukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.Seperti biasa pada hujung minggu setiap 2 minggu akan menghabiskan masa di UTM dengan program Master. Pada minggu ini belajar Dinamika Kepimpinan. Prof AbuBakar Hashim cuba membawa kami menjadi seorang yang lebih dinamik. Even kita bukanlah pemimpin yang memperolehi kuasa secara formal iaitu melalui perlantikan yang hakiki tapi jadilah seorang pemimpin yang functional iaitu yang mempunyai knowledge, skill dan trait yang boleh menyebabkan orang sekeliling boleh mengiktiraf bahawa kita adalah seorang pemimpin.Walaupun dimana sebenarnya kita adalah pemimpin,tidak pada organisasi yang besar, organisasi yang kecil. Rasullullah pernah menegaskan sekiranya kita bemusafir seramai 3 orang hendaklah kita melantik salah seorang sebagai ketua.
Best juga belajar tentang dinamika kepimpinan ni. Kami diminta memberi komentar terhadap buku karangan sheilla Murray Bethel tentang 12 qualification of leadership. Buku karangan Convey. dan banyak lagi.. sekiranya member blog sudi berkongsi dengan saya tentang kepimpinan yang boleh dijadikan contoh bagus juga. Saya tahu kawan blog mempunyai knowledge yang banyak. Kalau boleh pemimpin Malaysia sperti Dr M ,pada pandangan rakan apakah stail kepimpinan dan apakah yang kita dapat pelajari dari kepimpinannya. Pemimpin Indonesia spt Sukarno Ke. Mahatma Ghandi dan sapa2 lagi lah. Kalau ada profile bolehla emel.
Anyway sebelum mengundur dari ruangan ini cuba kawan2 beri komen terhadap gambar di bawah. Emm... macam kreatif, inovatif dan romantis yek.
Mungkin ada mesej yang hendak di sampaikan ...
MAKARONI BAKAR BERKEJU
-
300gm makaroni -
250 gm daging cincang
4 biji telor (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar
1 tin susu cair
1 cawan air
sedikit ...
12 years ago