Monday, May 4, 2009

BLUE OCEAN STRATEGI.

Mungkin antara rakan-rakan pernah mendengar atau mengetahui secara terperinci dengan Blue Ocean Strategi ini dan telah mempraktikan dalam pengurusan masing- masing.Secara ringkasnya merupakan satu strategy yang tidak bersaing dengan orang lain.Sekiranya satu pengubahan yang bersaing di panggil red ocean Strategi. Contohnya Airasia dia menjalankan perniagaan yang tidak bersaing dengan orang lain. Konsepnya tak sama dengan MAS. Begitu juga disekolah satu pengurusan yang berbeza dengan orang lain. Kalau biasa kita tengok guru besar berlumba-lumba dengan keceriaan untuk menaikkan nama sekolah cuba cari satu strategi yang orang lain tidak buat,dan mampu menunjukkan kemajuan dan itulah di panggil menggunakan Blue Ocean Strategy. Banyak lagi contohnya kedai makan kita tengok sana sini strategi yang digunakan sama, cuba ada satu kedai makan yang hanya buka 1 jam je untuk satu hari diwaktu tengah malam, dan orang tertunggu untuk makan di kedai ter sebut. Ya, itulah dikatakan strategi Blue Ocean
Latarbelakang Blue Ocean Strategy
• BOS telah dikemukakan di dalam buku bertajuk Blue Ocean Strategy yang diterbitkan pada tahun 2005. Buku ini adalah hasil tulisan bersama W.Chan Kim and RenĂ©e Mauborgne, dua orang profesor strategi & pengurusan di INSTEAD, France. Pada tahun pertama cetakannya buku ini telah mencatat jualan lebih sejuta naskhah, dan kini diterjemah dalam 41 bahasa.
• Kandungan buku BOS memaparkan hasil penyelidikan penulisnya yang memakan masa lebih 15 tahun disamping artikel-artikel dari Harvard Business Review dan akademik lainnya dalam berbagai dimensi yang berkaitan.
• Rumusan kepada BOS diperolehi melalui kajian terhadap 150 tindakan strategik oleh lebih 30 industri dalam tempoh 120 tahun (sekitar 1880 – 2000). Analisa terhadap strategi syarikat yang berjaya berbanding pesaing mereka yang kurang / tidak berjaya telah dilakukan bagi mendapatkan convergence & divergence yang memberikan faktor penentu kejayaan serta pembezaan di kalangan mereka.
• Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, hasil penyelidikan Kim dan Mauborgne tersebut telah disiarkan dari masa kemasa dalam Harvard Business Review mulai tahun 1997. Malah nama Blue Ocean Strategy telah dikemukakan melalui artikel mereka pada tahun 2004.

3 comments:

Faris said...

Cikgu Rosnah,
Tenang BOS ni saya dh beli bukunya tapi tak khatam2 kerana busy sangat. Dari blog saya juga boleh didapati beberapa entri tentang BOS ni. It's suitable for korporat but can adapt in education.

Rosnah said...

oh yeke.. posting bulan berapa yek. saya dah khatam buku ni menarik,ada buat sedikit ulasan itupun sbb assigmnt,. tapi mcmana nak apply dalam pengurusan sekolah..

Faris said...

Posting 23 Disember 2008 saya masukkan secara overview keseluruhan tentang BOS tu. Jika nak diaply dalam pengurusan sekolah ialah dengan menjadikan sekolah itu dengan idea dan kekuatan sendiri tanpa bersaing dengan sekolah lain atau meniru apa sekolah lain buat kerana sumber kita adalah berbeza dengan sekolah lain. Tools dalam BOS tu lah yang boleh digunakan bagi menjana strategi, memilih strategi dan mengenalpasti yang terbaik. Semua itu mesti berasaskan nilai sekolah kita sendiri. Cikgu Rosnah yang dah khatam baca tu mesti lebih mengetahui. Itu secara sepintas lalu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...