Saturday, October 24, 2009

Perasaan Seorang Pelajar Mahasitua.

Bila aku renungkan kembali, saat ini aku masih bergelumang dengan buku-buku dan mengkaji bahan kajian orang sana sini sehinggakan aku rasa aku seperti berada didunia aku sendiri. Semalam sebelum aku ke tempat study aku berborak2 dengan anak sulung aku.(ZAL) aku kira walaupun usianya baru mencecah 14 tahun namun bagiku dia seorang yang cukup matang. Persoalan aku, adakah dia merasa kekurangan lantaran aku sering meninggalkannya dan adik-adik setiap kali aku ada kelas. Namun jawapannya dia kata, dia bangga tengok mamanya gigih belajar dan dia berpendapat mamanya berbeza dengan orang lain. Dia juga berpendapat mama seharusnya belajar lebih tinggi lagi !. Dia berharap aku belajar sehingga peringkat PHD. Dia juga ingin melihat adakah mama mampu sehingga tahap itu. Aku agak terkejut dengan jawapan itu. Kadang-kadang aku merasa kasihan juga pada anak-anak yang sering diabaikan oleh aku. Kadang-kadang aku rasa seperti seorang ibu yang pentingkan diri sendiri. Tapi kadang-kadang inilah satu hobi aku sebenarnya. Minat pada suatu input yang baru. Bila dalam situasi belajar ini, aku seolah-olah tamak. Kadang-kadang tu semua ingin aku cuba dan menjayakannya. Tetapi aku lupa semua itu tak mungkin...Minggu depan aku periksa. Biasanya sebelum periksa aku sempat khatam buku2 dan dah memiliki nota2 kecil dah. Tapi kali ini aku agak sibuk dan persediaan tidak begitu mantap. Namun, aku berharap kematangan dalam menghujah akan meningkat pada exam kali ini. apalah makna pembelajaran tanpa peningkatan dan perubahan dalam corak pemikiran.

6 comments:

n@m@n said...

mencabarnya kehidupan akak skang...

semoga berjaya..

Puterizz said...

Rosnah,
1.Menuntut ilmu tidak tertakluk kepada usia.
2.Apabila anak-anak meningkat usia, mereka semakin matang dan akan lebih memahami.

IMANSHAH said...

Salam kak..tahniah kerana terus berada dalam perjuangan menjadi pelajar..kami ni je yang tak sekental akak..malas sambung blaja

ustaz lan said...

Positiflah terhadap Diri Anda ... Mahasitua gitu!.
Bersikap positif akan membawa keceriaan dan kebahagian kepada diri dan jiwa raga Ck Rosnah. Selain itu, terdapat hubung kait atau korelasi yang baik antara sikap positif dengan kejayaan seseorang. Sejarah membuktikan bahawa seseorang yang hebat itu mencipta keunggulan mereka kerana adanya sikap positif dalam diri mereka. Tiada kosa kata pesimistik dalam kamus hidup individu yang belayar ke daratan yang belum ditandakan di dalam peta, yang meneroka penemuan sains yang baru pada hala yang hendak dituju. Satu lagi aspek yang penting sikap positif ialah keyakinan bahawa Ck Rosnah mampu melakukan apa-apa yang ingin dilakukan. Bapa pengasas kereta yang terkenal, iaitu Henry Ford pernah berkata, "Sama ada anda yakin anda boleh atau anda percaya anda tidak mampu, andalah yang pastinya...betul." Syabas!Ck Rosnah.. jiwa kental untuk mandatangkan kejayaan yang sepenuhnya terhadap matlamat yang menjadi impian anda.

Rosnah said...

tq ustaz lan, imansyah dan puteri. Insyaallah semoga dimudahkan ALLAH dalam segala urusan.

Anonymous said...

waa,,bgs nye ammatie
sgt bermotivasi belajar
wish i could be like u too
:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...