Friday, December 31, 2010

SELAMAT TINGGAL 2010 DAN SELAMAT DATANG 2011.

2010 melabuhkan tirainya dengan pelbagai kenangan suka dan duka yang amat sukar dilupakan. Demi masa yang telah aku lalui telah mengajar aku tentang sebuah kehidupan. Aku ditakdirkan melalui dan menempuhi takdir yang Allah telah tentukan padaku. Aku mengharapkan dapat melepasi 2010 dengan penuh kebahagiaan, kegembiraan dan keceriaan. Namun Allah maha mengetahui tidak semuanya diperolehi. Allah sering menguji hambanya dan setiap ujian aku tempuhi dengan penuh keredhaan. Pada Disember 2006 yang aku kehilangan insan yang tersayang iaitu ayahndaku Haji Yunus. Kehilangannya masih ku rasai walaupun 4 tahun sudah berlalu. Bagaimana kita boleh melupakan insan yang sering memanjai kita, sentiasa memberi semangat dan dorongan di saat kita menghadapi kesulitan.. tiada gantinya..kaulah segalanya. Sehingga kini, aku menjadi allergik dengan Disember. Disember selalu membuat aku kehilangan orang yang disayangi.
2011 akan menjenguh beberapa jam saja lagi.Aku tak pasti adakah 2011 bakal membawa sinar baru atau tidak. Yang pasti, hari-hari terakhir ini aku merasakan tidak begitu semangat, dan tidak seceria dulu. Apa harus aku lakukan? memotivasi diri sendiri... ya memotivasikan diri sendiri. Semalam aku sudah memulakan kerja2 aku. Seharian aku berada di Pusat Sumber yang telah di amanahkan untuk aku menjaganya. Aku berjanji pada diriku, aku akan lakukan yang terbaik. Aku akan menyibukkan diriku dengan perkara2 yang boleh memajukan diriku dan keluargaku. Meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepadanya. Semoga Allah menetapkan hatiku dan imanku. 2011 akan lebih bererti kepadaku.

4 comments:

lisa said...

sama la kat sini, kak ros.. liza pun rasa makin payah untuk terus berjuang di sini....

Rosnah said...

sabar ja.. sikit jer lagi untuk melepasi..akak pun nasib baik jer.. anggap akak ada bersama.k.

Al-Manar said...

Apa itu Pusar Sumber?
Selamat tahun baru.

Rosnah said...

pusat sumber itu adalah satu organisasi yang mengurus bahan utama utk p&p dan juga bahan2 sokongan. Ianya juga meliputi menyediakan khidmat bantu kpd guru2 ke arah menghasilkan dan menyediakan bahan pengajaran. SELAMAT TAHUN BARU PAK CIK..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...