PERBANDINGAN
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA DAN NEGARA LAI OLEH : ROSNAH BINTI YUNUS
1.0
pengenalan.
Kualiti Pendidikan guru adalah sangat
berkait rapat dengan sistem pendidikan guru bagi sesebuah negara ( Schleicher,2011).Menurut
Patrinos,Velez dan Wong(2013), sistem pendidikan mempunyai beberapa komponen
dan bidang. Komponen yang rapat dan saling berkait dengan bidang
pendidikan adalah pelajar, persekitaran pembelajaran,program pengajaran,
pengurusan ,keluarga, polisi pendidikan dan juga guru. Guru sememangnya
mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan pendidikan.
Di dalam ulasan ini saya akan
membuat perbandingan Standard guru di dua buah negara iaitu
Australia dan United Kingdom. Mengikut keputusan PISA pada tahun 2018
kedua-dua negara ini berada di kedudukan 20 teratas dari seluruh dunia.
Tempat ke 16 bagi negara Austalia dan United Kingdom pada kedudukan ke
14. Kedudukan keputusan ujian PISA yang telah di kendalikan oleh OECD
(Organisation Cooperation and Development) itu telah memberi gambaran yang
positif terhadap sistem pendidikan guru di kedua buah negara yang di
nyatakan.
Untuk memastikan profesion perguruan
mempunyai status yang tinggi di kacamata masyarakat, selain daripada nilai dan
etika perguruan, guru-guru wajib mematuhi dan mengamalkan standard professional
guru(Teacher Professional Standards).
2.0 Pendidikan
Guru Di United Kingdom.
Sebelum di perbincangkan secara
mendalam tentang standard guru saya akan mengimbaskan sedikit tentang
sistem pendidikan guru di negara yang dinyatakan Merentasi empat negara
di United Kingdom yang terdiri daripada England,Northern Ireland,Scotland dan
Wales, penulis mendapati negara di bawah United Kingdom ini mempunyai
sistem pendidikan guru yang sangat aktif dan mempunyai badan berkanun yang yang
sangat mengambil berat terhadap pendidikan guru samada peringkat
pendidikan Asas guru(Initial Teacher Education) ,kualiti guru dan standard
guru, penglibatan guru dalam perkembangan professional.
Oleh kerana United Kingdom merupa
sebuah negara yang besar dan mempunyai beberapa buah negara yang berbeza dari
segi budaya dan politik maka sistem dan polisi pendidikan guru
antara satu negara dan negara yang juga berbeza dan tidak seragam dari
segi authoriti dan juga pengisiannya. Di sini saya akan menyatakan secara
ringkas mengenai sistem pendidikan guru di United Kingdom mengikut negara.
Negara Scottland sebagai
contohnya sistem pendidikan gurunya adalah tersendiri samada dari segi
dana dan badan-badan berkanun yang bertanggungjawab. Di Scottland badan yang
bertanggungjawab keatas penentuan kelayakan kemasukan guru ,garis panduan
program asas untuk guru dan juga Standard professional guru di kendalikan oleh
General Teaching Council (GTC). Badan ini telah ditubuhkan semenjak 1965
lagi. Antara lain, Scottland juga mempunyai kerangka standardnya sendiri dalam
menentukan standard untuk pendaftaran guru sementara(provisional), Pendaftaran
guru secara penuh(full registration) yang berakhir dengan kursus induksi
dan juga standard yang berkaitan perkembangan kerjaya iaitu pembelajaran yang
berterusan. GTC juga bertanggungjawab terhadap program untuk peningkatan
kerjaya seperti program berkaitan dengan kepimpinan sekolah dan
pengurusan sekolah. Dalam standard untuk mendaftar sebagai guru calun
mestilah melepasi pengujian Newly Qualified Teachers (NQTS).
Northern Ireland pula program
pendidikan guru di kendalikan oleh Bahagian Pendidikan ( Department Of
Education). Manakala pengiktirafan dan kelayakan dikendalikan oleh General
Teaching Council for Northern Ireland (GTCNI). Di northern Ireland pendidikan
guru lebih menekankan kepada nilai dan amalan guru dan cenderung kepada
menggalakan guru-gurunya terlibat secara langsung dalam membuat kajian dan
refleksi terhadap apa yang di lalui di kelas,sekolah atau institusi tempat
bekerja.
Wales juga mempunyai sistemnya
tersendiri dari segi pendidikan asas guru, program ini di iktirafkan oleh
Higher Education Funding Councill For Wales (HEFCW). Manakala dari segi
menyediakan sijil kelayakan status guru (QTS) di kendalikan oleh General
Teaching Council for Wales (GTCW). Pemantauan guru di sekolah pula dilaksanakan
oleh ESTYN ( Her Majesty’s Inspectorate for Education and Training in Wales).
Terdapat tiga standard yang di ketengahkan oleh Wales dalam pendidikan guru
iaitu Nilai Profesion dan amalan, Pengetahuan dan pemahaman serta pengajaran
(Teaching). Di Wales guru juga di galakan mengemukakan pengetahuan dan amalan
professional menerusi penulisan ilmiah yang berskala kecil berkaitan dengan
sekolah.
Di England, Sistem pendidikan gurunya
agak berasingan dengan negara-negara lain tetapi terdapat banyak persamaan
dengan Wales. Badan yang terlibat dengan pendidikan guru secara formal adalah
Office For Students in Education (OFSTED). OFSTED merupakan badan rasmi yang
termaktub dalam akta pendidikan 1992 ,dan ianya merupakan badan yang diberi
kelayakan untuk melakukan perubahan keatas latihan-latihan dan kursus-kursus
untuk guru dan terlibat dengan pemantauan sekolah-sekolah di United Kingdom.
Pada 23 March 2013 National College for Teaching and Training Leadership
(NCTL) dan Teacher Training Agency (TTA) telah di tubuhkan dan di
kendalikan oleh Jabatan pendidikan (department of Education). Namun begitu
segala kelayakan dan perubahan terhadap latihan di tentukan oleh
OFSTED. OFSTED juga bertanggungjawab untuk membuat pemantauan yang
berkaitan dengan latihan guru dan memastikan latihan itu memenuhi
kriteria ITT. Teacher Training Agency (TTA) bertanggungjawab untuk
mengumpul markah dan data pengujian yang telah di sediakan oleh pihak
–pihak penyediaan latihan.
Namun begitu secara
keseluruhannya untuk menyertai profesion perguruan di United Kingdom
bakal guru perlu memiliki ijazah sarjana muda dan GCSE gred C,
memiliki ujian kemahiran profesion dan berkelayakan sebagai guru melalui
penilaian oleh Qualified Teacher Status(QTS). Apabila terlibat dengan
pendidikan guru di United Kingdom guru di kehendaki melalui tiga
Fasa.
Fasa pertama adalah fasa
pendidikan asas guru (initial Teacher Education). Pendidikan asas ini adalah
satu program untuk menyediakan guru dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
bakal di amalkan di dalam bilik darjah seperti kemahiran sebagai pemudahcara,
kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan
tanggungjawab.
Fasa Kedua adalah Fasa Induksi.Program
induksi merupakan satu program yang menghubungkan kursus asas perguruan dengan
kerjaya yang sebenar. Program ini menggabungjalinkan pembangunan personal dan
pembangunan professional. Di akhir induksi akan di sediakan pengujian untuk
menentukan pencapaian standard guru. Ujian itu disediakan oleh Newly Qualified
Teacher (NQT). Induksi ini termaktub dalam akta pendidikan England 2012.
Induksi ini hanya di nilai sekali sahaja dan di jalankan di sekolah yang
melibatkan komuniti sekolah seperti guru veteran dan pentadbir sekolah.
Fasa ke Tiga adalah fasa
pembelajaran secara berterusan ( Continuing Teacher Education). Pembelajaran
berterusan juga merupakan satu agenda penting sebagai satu program yang
berkesan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam lagi. Dalam
pembelajaran berterusan ini terdapat pelbagai aktiviti yang di kira dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, seperti mengikuti seminar,
konferen, bengkel,penulisan ilmiah dan mengadakan kursus dalam komuniti tempat
kerja.
Pendidikan guru di United Kingdom juga
menekankan pelbagai aspek dalam melahirkan guru yang memenuhi standard
perguruanya. Antara aspek yang di tekankan adalah aspek nilai profesional
dan komitmen personel, Pengetahuan dan kefahaman professional, Ciri-ciri
profesional dan personel dan tingkah laku professional,
2.1.1 Standard Profesional Guru United Kingdom.
Standard guru yang di kemukakan ini
adalah standard guru yang di guna pakai oleh negara England.England merupakan
salah sebuah negara di bawah United Kingdom. Standard ini di sediakan oleh
Bahagian pendidikan (Department Of Education) 2013. Didalam
standard guru ini terdapat dua bahagian , bahagian satu terdiri daripada
standard berkaitan dengan (Teaching ) dan dibahagian kedua berkaitan dengan
personal dan professional ( Personal and Profesional conduct).
Di bahagian satu iaitu bahagian
pengajaran ( teaching) telah di perincikan dengan jelas dan ianya mengadungi
lapan item yang di titik beratkan.
1.Guru mestilah seorang yang sentiasa di pandang tinggi dan mampu
memberi inspirasi serta motivasi kepada pelajarnya . Dengan itu guru
sentiasa
a. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat
dan merangsang minat murid
b. Menyediakan ruang untuk murid mengembangkan potensi
diri mereka.
c. Sentiasa menunjukan sikap yang positif dari
segi nilai dan tingkahlaku.
2. Mengalakan peningkatan hasil kerja dan idea yang
baik oleh pelajar. Dengan itu guru mestilah
a. Menjadi perangsang dan pendorong yang berkesan
untuk melancarkan tugasan murid.
b. Sentiasa peka dengan kebolehan dan pengetahuan
murid, kerana dengan itu guru dapat merancang pengajaran yang boleh memupuk
kebolehan pelajar.
c. Membimbing pelajar untuk membuat keputusan
seterusnya cuba memahami keperluan
mereka di dalam sesuatu perkara.
d. Menunjukkan cara pembelajaran serta menyatakan
kesan terhadap sesuatu pembelajaran.
e. Menggalakan murid bertanggugjawab terhadap
pembelajarannya dan menghubungkaitkan antara pembelajaran dan tugas.
3. Mengemukakan subjek dan kurikulum yang baik dan
bermanfaat.
a. Mengemukakan pengetahuan dan kefahaman terhadap
subjek dan kurikulum secara meluas serta mengekalkan minat murid terhadap
subjek yang diajar dan meminta maklum balas dari murid sekira tidak memahami.
b. Menggalak pelajar berfikir secara lebih
kreatif dan kritis dalam sesuatu subjek dan kurikulum juga menyatakan
tentang kepentingan biasiswa.
c. Menunjukkan tanggungjawab dan pengetahuan yang
tinggi untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam membaca,menulis dan
menyebut dengan betul dalam Bahasa English atau bahasa yang lain mengikut
kepakarannya.
d. Sekiranya guru mengajar membaca, guru di kehendaki
menunjukkan pemahaman yang jelas dan betul secara fonik.
e. Sekiranya guru mengajar pengiraan, guru dikehendaki
menunjukkan pemahaman yang jelas tentang pengiraan dan mempunyai rancangan
pengajaran yang sesuai.
4. Merancang dan mengajar mengikut struktur yang telah
dirancangkan.
a. Mengumpul pengetahuan dan kemahiran yang baru pada
setiap kali sesi pengajaran.
b. Sentiasa menunjukan sifat kasih sayang kepada
pelajar ketika mengajar.
c. Menyusun kerja rumah dan aktiviti lauar kelas
kepada pelajar untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan mereka.
d. Sentiasa melakukan refleksi secara sistematik
setiap kali selepas pengajaran, dengan itu pengajaran akan dating dapat di
tambahbaikan lagi.
e. Menyumbang rekabentuk pengajaran dan kurikulum
berkaitan.
5. Menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan pelajar.
Seorang guru mesti
a. Mengetahui
bila dan bagaimana untuk menangani pelajar yang pelbagai kebolehan
b. Memahami
cara untuk menyusun pengajaran mengikut kebolehan murid.
c. Memberi
perhatian yang tinggi dari segi perkembanga fizikal, sosial dan intelek
seterusnya menyediakan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut perkembangan
mereka.
d. Memahami
dengan jelas tentang semua keperluan pelajar termasuk keperluan pelajar
berkeperluan khas, pelajar berkebolehan tinggi dalam Bahasa English dan
Bahasa-bahasa lain. Begitu juga pelajar yang kurang berkebolehan.
6. Tepat dan berkesan dalam pentaksiran. Seorang guru
mesti
a. Mengetahui dan memahami prosedur untuk mengadakan
pentaksiran bagi subjek dan kurikulum yang di ajar samada pentaksiran itu di
peringkat sekolah atau peringkat lain yang berautoriti.
b. Mengadakan pentaksiran kepada pelajarnya secara
sumatif dan formatif bagi menilai perkembangan pelajar.
c. Menganalisa data yang di perolehi dari pentaksiran
itu untuk menetapkan target serta menyediakan rancangan pengajaran.
d. Sentiasa berkomunikasi dengan pelajar untuk memberi
maklumbalas secara lisan atau bertulis juga mengemukakan markah yang
tepat dan seterusnya menolong pelajar untuk menguasai.
7. Mengelolakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.lancar dan selamat.Dengan itu guru mestilah
a. Menyediakan peraturan dan rutin di dalam bilik
darjah. Guru sentiasa menunjukkan sikap yang sopan ketika di dalam bilik darjah
dan kawasan sekolah mengikut polisi dan peraturan yang telah di tetapkan oleh
pihak yang bertanggungjawab.
b Menunjukkan keperihatinan yang tinggi
terhadap disiplin dan menyediakan strategi , ganjaran dan penghargaan
yang berterusan dengan adil kepada pelajarnya.
c. Mengurus bilik darjah dengan berkesan dan sentiasa
memastikan suasana kelas itu memenuhi keperluan murid dan memotivasi murid.
d. Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelajar dan
menggunakan kuasa yang di beri ketika membuat keputusan dalam sesuatu keadaan
bila perlu.
8. Memenuhi tanggungjawab professional dengan lebih
meluas. Dengan itu guru mesti
a. Melibatkan diri dalam perkara yang positif kepada
masyarakat dan dunia luar.
b. Meningkatkan lagi tahap professional dengan
mendapat khidmat nasihat dari rakan sejawat dan orang yang pakar dalam bidang
pendidikan.
c. Menyebarkan kepada rakan sejawat dengan lebih
berkesan.
d. Bertanggungjawab memperbaiki kualiti
pengajaran dari masa ke semasa setelah mendapat maklum balas dari rakan
sejawat.
e. Sentiasa membuka ruang untuk berkomunikasi dengan
ibubapa tentang pencapaian pelajar dengan komunikasi yang berkesan.
Di bahagian kedua bagi standard
pendidikan guru adalah berkaitan dengan pengendalian personal dan professional.
Semua guru dikehendaki menunjukkan standard personal dan professional yang
tinggi pada setiap masa samada di dalam kawasan sekolah atau di luar
kawasan sekolah.
1.Profesion perguruan merupakan
profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Oleh itu guru mesti
mempunyai keperibadian atau personality yang baik dan sentiasa mengikut etika
serta mengawal tingkahlaku pada setiap masa samada di kawasan sekolah atau luar
kawasan sekolah.Di antara personaliti yang perlu ada adalah seperti
berkut,
a. Mendekati pelajar melalui hubungan yang
baik sepanjang masa.
b. Mengingatkan pelajar tentang menjaga keselamatan.
c. Bersikap tolak ansur dan hormat menghormati antara
satu sama lain.
d. Menekankan beberapa nilai yang baik seperti
nilai demokrasi, peraturan dan undang-undang,
e saling hormat menghormati antara satu sama
lain terutama dari segi kepercayaan dan agama.
f. Tidak mengeksploitasikan pelajar dan mendorong
pelajar untuk melanggar undang-undang.
2. Profesional guru meliputi etika,
polisi,amalan pengajaran dalam kelas ,hubungan dengan komuniti,ketepatan masa
dan kehadiran ke sekolah tempat mengajar.
3. Guru juga mesti sentiasa memahami
dan bertindak mengikut peraturan yang telah digariskan oleh pihak yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka.
3.
Pendidikan guru
di Australia.
Seterusnya saya akan mengulas tentang
sistem pendidikan guru di Australia, Australia adalah sebuah negara persekutuan
yang terdiri dari Queensland, New South Wales,Victoria, South Australia dan
Western Australia. Sebagaimana United Kingdom, Setiap negara mempunyai Bahagian
Pendidikan dan Jabatan pendaftaran guru yang berasingan dan tersendiri.Di
Australia sebagaimana di United Kingdom ianya mempunyai badan yang bertanggung
jawab dengan sistem pendidikan guru iaitu Australian Institute For
Teaching And School Leadership. (AISTL). Pada tahun 2010 AISTL telah
didaftarkan di bawah akta commonwelth Cooperation 2001. AISTL
bukanlah badan di bawah kerajaan negara Australia tetapi ianya mewakili
kementerian Pendidikan iaitu The Ministerial Council for Education, Early
Childhood and Youth Affairs (MCEECDYA). AISTL boleh mencadangkan dan memberi
pandangan dan nasihat bagi mengadakan sesebuah kursus dan latihan dan
mereka juga berhak untuk menggabungkan akademik dan praktikal yang di perlukan
di dalam kelas dan mendapat persetujuan dari MCEECDYA. Australia juga
menyediakan satu standard professional untuk guru-gurunya iaitu APST
(Auatralian National Teacher ).
Kelayakan Akademik bagi warga Australia
untuk menceburkan diri dalam profesion perguruan adalah mempunyai Keputusan
Ijazah pertama iaitu keputusan tahun ke12. Pendidikan untuk guru banyak di
sediakan oleh university-universiti dan kolej university di Australia. Tempoh
masa adalah kebanyakannya 4 tahun pengajian. Program-program yang di
sediakan terdiri daripada pedagogi, Isikandungan Pengetahuan dan praktikal
mengambil masa antara 12 ke 20 minggu. Program ini juga di tambahkan lagi
dengan komunikasi teknologi, pendidikan keperluan khas kanak-kanak serta
pendidikan kebudayaan dan masyarakat peribumi bagi memenuhi keperluan semasa
dan menyeluruh.
Di Australia terdapat perbezaan dan
peraturan dalam menentukan kelayakan guru. Terdapat tiga kaedah yang berbeza
untuk menempatkan guru di sekolah menengah dan rendah.
i. Empat tahun dalam bidang pendidikan guru di universiti
memegang sarjana muda pendidikan ( Bachelor Of Education)
ii. Empat tahun mengikuti dua sijil sarjana muda,dan
menambahkan lagi dua subjek lain untuk melayakkannya menjadi guru, seperti
Bachelor Of Science atau Bachelor art dan di ikuti dengan sarjana muda
pendidikan ( Bachelor Of Teaching).
iii. Mengikuti empat tahun dalam akademik sarjana
muda seperti bachelor of science atau bachelor of art dan mengikuti
Sarjana dalam bidang latihan perguruan.
Dimensi pendidikan guru-guru di
Australia lebih menekankan kepada membina pengetahuan, kemahiran dan
latihan melalui kehidupan profesional mereka, tetapi pembinaan ini bukanlah
satu proses yang linear. Mereka memasuki profesion ini dengan pelbagai aras
keutamaan pembelajaran, pengalaman kerjaya dalam konteks yang berbeza.Terdapat
empat bidang pendidikan yang perlu di lalui oleh guru di Australia
.
1. Kelulusan (Graduation) Guru yang berkesan
adalah guru yang telah menerima latihan yang mencukupi dan terlibat di dalam
proses pembelajaran yang berterusan. Mereka telah boleh mengenal pasti
keperluan pembangunan mereka dan mendapatkan nasihat dan sokongan daripada
rakan sejawat. Mereka juga mempunyai matlamat yang tinggi sebagai
pelajar yang profesional untuk pembelajaran pelajar mereka. Komitmen
mereka terhadap pelajar dan pembelajaran pelajar mereka boleh dilihat dari
pencapaian pelajar yang tinggi. Mereka mesti mempunyai komitmen, semangat dan
kemahiran interpersonel yang dianggap sebagai peranan profesional di sekolah
dan komuniti yang lebih luas yang menyumbang kepada perjalanan sekolah
secara keseluruhan.
2. Kompetensi (Competence) Guru profesional yang
kompeten: Mereka dapat menunjukkan pengalaman dalam pengajarannya
yang berjaya. Mereka juga mampu memantau, menilai dan merancang
pembelajaran dan menyesuaikan program pembelajaran untuk memenuhi keperluan
individu dan kumpulan di dalam kelas. Tidak ketinggalan juga mereka juga
menyediakan rekod tentang keberkesanan dan pembelajaran secara berterusan.
3. Bekerja dengan rakan sejawat dan pasukan untuk
meningkatkan tahap profesional mereka dan mengambil tanggungjawab yang besar
dalam kolaborasi dengan yang lain untuk memenuhi kehendak pembelajaran mereka.
Mereka mestilah seorang ahli yang berkesan di sekolah dan
komuniti.
4. Pencapaian (Accomplishment) Guru-guru pada aras ini
adalah guru-guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan berjaya dalam
kerjayanya. Mereka dikenali oleh guru-guru yang lain sebagai
seorang yang mempunyai pengetahuan mendalam di dalam mata pelajaran dan
pedagogi. Mereka sering Memberikan sumbangan terhadap profesion dan
sekolah. Serta Boleh berkomunikasi secara berkesan dan bergaul secara
dengan profesional dengan masyarakat.
5. Kepimpinan (Leadership) Guru-guru ini mempunyai
pengetahuan dalam perkembangan terkini di dalam pedagogi dan boleh
menggunakannya kepada konteks pelajar yang unik. Mereka juga mempunyai
ciri-ciri interpersonal dan kepimpinan, jujur, berintegriti dan saksama.
Mereka ini mampu mengenal pasti potensi yang ada pada orang lain, mempromosikan
dan menggalakkan mereka untuk mencapai potensi masing-masing. Di samping
itu mereka sering Menggunakan analisis kritikal dan penyelesaian masalah kepada
masalah pendidikan dan terlibat di dalam pembelajaran berterusan yang
profesional. Tidak ketinggalan dari segi berkomunikasi secara efektif
dengan komuniti untuk menyokong pembangunan sekolah dan mempromosikan
pembelajaran pelajar.
3.1 Profesional Pendidikan Guru Di Australia
Dari segi standard Profesional
Pendidikan guru di Australia mereka sangat menekankan kepada beberapa standard
Kualiti Guru.
- Aspek Profesional Knowledge Guru Dimana guru tahu dan faham
tentangidea asas, prinsip dan struktur bidang yang mereka ajar.
Mereka juga perlu mengetahui perkaitan antara bidang mereka dengan bidang
yang lain dan boleh mengintegrasikan pembelajaran merentasi bidang.
Cara mengajar kandungan pelajaran mestilah dengan pengajaran yang
berkesan, dan faham masalah masalah pembelajaran yang akan timbul
dari pelajar. Mereka juga perlu mengetahui pendekatan yang sesuai
dengan kanak-kanak dan melaksanakan peranan mereka sebagai
fasilitator pembelajaran. Mereka juga perlu tahu menggunakan
falsafah pembelajaran serta Menilai secara kritikal
teori-teori pembelajaran dan tahu menggunakannya secara berkesan di
samping itu mengambil kira perbezaan sosial, budaya dan keperluan
khusus latar belakang pembelajaran pelajar mereka di dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. Amalan Profesional (Professional Practice)
Berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar mereka dan jelas dengan matlamat
pembelajaran. Mereka juga perlu menggunakan teknik inkuiri dan menggunakan
pelbagai peralatan, aktiviti dan sumber untuk melibatkan pelajar di dalam
pembelajaran. Mereka juga mesti memilih dan menyusun kandungan pelajaran dengan
logik dan berstruktur untuk mencapai matlamat pembelajaran. Mereka juga mesti
mengurus tingkah laku dan situasi yang timbul di dalam ke arah pembelajaran
yang bermakna di samping itu mereka mesti membina situasi pembelajaran yang
selamat dan menjaga kebajikan pelajar mereka. Merancang pembelajaran
dengan menggunakan penilaian formatif yang sesuai merupakan satu amalan
professional seorang guru. Mereka juga mesti memahami tentan keperluan
menilai pengajaran mereka dan kepentingan menyediakan tindak balas formal dan
informal kepada pelajar sebagai stimulus kepada pembelajaran.
3. Nilai Profesional (Professional Values) Seorang
guru mesti Komited kepada pembangunan kendiri dan sentiasa membuat
analisis, penilaian berterusan dan meningkatkan tahap profesionalisme. Mereka
mesti bersedia dengan bidang tugas mereka sentiasa berubah dan
mereka perlu menyerap dan bertindak balas dengan situasi ini. Bekerjasama
dengan penjaga dan semua yang terlibat dengan pendidikan sebagai satu syarikat
adalah sesuatu yang mesti mereka hadapi. . Mereka juga perlu meningkatkan
tahap profesional ke tahap yang tinggi dan menghormati pelajar mereka. Mereka
juga mesti bersikap profesional sepanjang masa semasa berhadapan dengan
pelajar, rakan sejawat, ahli-ahli dalam profesion dan komuniti.
4. Hubungan Profesional (Professional relationship)
seorang guru mesti sentiasa terlibat dengan komuniti dengan membentuk
hubungan profesional dengan semua peringkat di dalam komuniti (guru membentuk
dan mengurus pengalaman pembelajaran untuk individu dan kumpulan pelajar yang
menyediakan peluang untuk terlibat dengan ahli lain di dalam profesion dan
seluruh komuniti sekolah) Mereka juga perlu bekerja secara
produktif dengan rakan sejawat dan lain-lain profesional untuk meningkatkan
pembelajaran dan faham betapa pentingnya hubungan akrab antara sekolah, rumah,
dan komuniti di dalam pembangunan sosial dan intelektual pelajar mereka.
Hubungan ini adalah berasaskan kepercayaan, hormat, dan keyakinan.
1. Perbezaan dan
Persamaan Antara Standard Guru di Australia dan United Kingdom.
Kedua-dua negara mempunyai standard
professional guru masing-masing. Standard Profesional mereka di kendali oleh
pihak yang berauthoriti dalam pendidikan dan mempunyai unit akreditasi
yang bertanggung jawab ke atas kualiti guru di negara mereka.
Ulasan saya yang pertama adalah berdasarkan
matlamat standard professional perguruan di United Kingdom. Standard
professional di United Kingdom lebih menitikberatkan kepada memberi peluang
kepada kanak-kanak dan golongan muda tanpa mengira latarbelakang supaya
memperolehi taraf pendidikan yang tinggi. Manakala bagi negara Australia,
Standard Profesional gurunya lebih mengetengahkan kecemerlangan guru dan
pemimpin guru. Apabila guru dan pemimpin guru cemerlang proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah turut cemerlang dan memperolehi pencapaian yang
maksima.
Ulasan yang kedua pula adalah berkaitan
dengan program asas perguruan. Semua negara menyediakan program asas perguruan
untuk melayakan mereka menjalankan tugas sebagai guru. Program ini juga memberi
kesan yang penting terhadap tahap kualiti professional guru. Di United Kingdom,
program asas perguruan di kendalikan oleh PNP (Potential New Provider)
dan badan ini yang menentukan standart professional guru. PNP telah menetapkan
beberapa kriteria dalam melaksanakan program asas guru. Antaranya dari segi
kriteria kemasukan, kriteria latihan, kriteria pengurusan dan kriteria asas
perlantikan. Manakala di Australia ATSL telah menyediakan 6 program
untuk menentukan standard antaranya adalah standard dari segi objektif, program
perkembangan, rekabentuk dan penyampaian, program kemasukkan, penstrukturan dan
isikandungan, penilaian,lapuran dan pengubahsuaian. Saya mendapati dalam
merangka program asas untuk guru negara Australia mempunyai perancangan yang
lebih detail dan terperinci, berbanding dengan United Kingdom.
Ulasan saya yang ketiga adalah dari
segi kepentingan standard professional guru. Bagi United Kingdom,
standard professional guru di gunapakai untuk memperbaiki kualiti pendidikan.
Kebanyakan program perkembangan kualiti guru berlaku di sekitar tempat kerja
seperti bersama rakan setugas. Mereka berkolaboratif sesama sendiri dan
saling bantu membantu antara satu sama lain. Bagi Negara Australia, Standard
professional yang disediakan adalah satu panduan yang mesti diikut oleh guru-gurunya.
Manakala dari segi proses perkembangan kualiti guru mereka tidak terhad di
sekolah sahaja, tetapi melalui program-program pembelajaran secara professional
yang dikendalikan oleh peringkat kebangsaan. Penglibatan guru dalam kajian dan
melaksanakan projek inovatif di peringkat antara bangsa juga sangat di
galakkan. Di sini terdapat perbezaan dari segi program perkembangan
profesioanal di kedua negara. Program perkembangan guru di Australia agak
meluas dan meliputi dalam sekolah dan luar sekolah berbanding dengan United
Kingdom.
Dari segi pemantau untuk menentukan
standard guru juga berbeza Pemantauan terhadap penentuan standard di United
Kingdom dijalankan dua kali dalam masa 6 tahun berbanding Australia, pemantauan
menentu standard di laksanakan 5 tahun sekali.
Walaupun kedua buah negara ini adalah
negara yang mempunyai ciri yang hampir sama dari segi Bahasa dan budaya dan
sistem politik namun masih juga perbezaan dari segi pelaksanaan sistem
pendidikan dan khusus dalam standard professional guru.
1.
Ciri-ciri
Standard Profesional Yang Boleh Diambil Dari Kedua Buah Negara.
Standard Profesional Guru sangat perlu
di sediakan kerana ianya merupakan Sumbangan yang signifikan bagi pendidikan
berkualiti dalam proses pembangunan insan adalah diiktiraf oleh semua negara di
dunia. Pengiktirafan ini meliputi peranan yang perlu dimainkan oleh guru
yang berkualiti dalam memberi pendidikan yang berkualiti.
Ciri-ciri penting yang boleh di ambil
dari standard professional negara United Kingdom dan Australia:
- Jaminan kualiti. Untuk memastikan jaminan kualiti, guru-guru
sekolah mestilah berkelayakan daripada institusi yang diktiraf. Oleh itu
ianya memerlukan kriteria yang jelas untuk kemasukan ,bidang latihan
,bidang pengurusan seterus perlantikan ke dalam bidang
perguruan.
2. Berkaitan dengan pembaikan kualiti. Pembaikan
kualiti guru boleh gunakan sebagaimana yang di lakukan di United Kingdom. Guru
boleh mengambil peluang menggunakan persekitaran sekolah memajukan kemahiran
dan pengetahuan. Bantuan dan perkongsian pengalaman sesame rakan setugas dapat
mempertingkatkan kualiti guru. Tidak cukup latihan dan pengalaman di sekolah,
kursus secara formal juga perlu kerana guru selain daripada mempunyai kemahiran
dalam bidangnya tetapi dia perlu juga mengetahui dari segi teori dan kaedah.
Pendedahan guru kepada dunia luar juga perlu untuk memantapkan tahap
professional mereka.
3. Kurikulum. Seseorang guru itu perlu
menguasai ilmu kandungan matapelajaran atau kursus yang diajar dan ianya
diharapkan sentiasa mengemaskinikan ilmu tersebut. Ia sepatutnya sudah
mempunyai ilmu untuk menggubal program pembelajaran, bagaimana kurikulum
dibahagi-bahagikan dan bagaimana ianya perlu diajar, teori pembelajaran yang
memberi kerangka kepada sesebuah kurikulum, dan apa jua polisi yang rasmi yang
berkuatkuasa tentang kurikulum yang sedang digunakan.
4. Pedagogi. Seseorang guru perlu tahu
bagaimana hendak mengajar, perlu tahu tentang pengurusan bilik darjah, mod
pembelajaran pelajar dan methodologi pengajaran yang sesuai dengan mod yang
digunakan, dan tentang teknologi pengajaran yang sesuai. Guru berkenaan
diharapkan telah memahami dan menguasai pelbagai strategi pengajaran.
5. Penilaian. Seseorang guru itu
sepatutnya tahu bagaimana hendak menilai kerja pelajar, bagaimana hendak menilai
kemajuan pelajar, bagaimana hendak membuat laporan tentang kemajuan pelajar
secara konstruktif kepada pelajar dan ibubapa, bagaimana hendak menyimpan rekod
kemajuan pelajar dalam pembelajaran, dan bagaimana untuk mencari penandaaras
kemajuan tersebut. Setiap orang guru sepatutnya mempunyai program
penilaian berterusan untuk setiap orang pelajar.
6.0
Cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam memperbaiki Standard guru di
Malaysia.
Antara usaha-usaha yang
dianggap berpotensi meningkatkan standard guru termasuklah;
- institusi pendidikan guru. Semua institusi hendaklah melengkapkan
pelatihnya dengan pelbagai kompetensi pengajaran secukupnya,
khususnya kompetensi penaksiran dan pengujian, sebagai pendedahan awal kepada
bakal pendidik,
2.pendedahan dan pembangunan kompetensi harus
diperkukuhkan sewaktu pelatih mengikuti praktikum dan latihan mengajar. Di
sini, penyelia dan pembimbing juga perlu mempunyai kompetensi yang sesuai
dengan keperluan pelatih.
3. penataran profesional hendaklah dijadikan agenda
utama aktiviti akademik dan dilakukan secara berterusan oleh setiap sekolah,
kolej dan institusi pengajian. Penyertaan dan penglibatan pendidik dalam
program ini wajar dijadikan satu daripada petunjuk prestasi golongan pendidik
(KPI),
4. tumpuan penataran profesional hendaklah ditujukan
kepada pengetahuan, kemahiran, dan sikap pendidik dan dijuruskan kepada usaha
meningkatkan kualiti dan keupayaan pelajar untuk belajar; semua tumpuan
hendaklah berdasarkan kepada keperluan pelajar.
5. pelaksanaan penataran profesional perlu
dipelbagaikan. Misalnya, selain melibatkan pakar-pakar luar, pengisian program
boleh diketuai oleh rakan setugas dari institusi yang sama
6. pengurus dan pentadbir sesuatu insitusi pendidikan
juga harus menyertai penataran profesional yang berfokuskan peningkatan
kompetensi pengajaran. Ini selaras dengan idea kepimpinan pengajaran, dan
7.pengurus dan pentadbir juga bertanggungjawab
menggubal hala tuju dan membentuk dasar dan garis panduan yang akan menyokong
dan mengukuhkan kompetensi pengajaran.
7.0
Kesimpulan
Bertepatan dengan misi Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan
bertaraf dunia, maka tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu profesion
perguruan adalah amat relevan sekali. Meskipun setakat ini sudah banyak
usaha-usaha gigih yang dijalankan ke arah itu seperti mengadakan kursus-kursus
dalam perkhidmatan, mengetatkan proses pengambilan bakal guru namun seperkara
yang perlu diambilkira ialah mewujudkan satu standard kompetensi untuk para
guru. Sehingga kini belum ada satu standard kompetensi yang digunapakai
bagi menilai kecekapan dan tahap pencapaian guru. Penilaian tahap
kecekapan yang diambil oleh para guru nampaknya masih belum dapat
diterima secara keseluruhan sebagai satu mekanisme yang objektif dalam menilai
pencapaian guru.
Kebanyakan
negara-negara maju telahpun memperkenalkan dan melaksanakan standard
kompetensi guru seperti United Kingdom, Jepun, Australia dan banyak lagi.
Banyak manfaat dapat diraih dengan adanya satu standard kompetensi guru. Ianya
bukan sahaja dapat menilai guru dengan lebih objektif malahan dapat digunakan
oleh guru sendiri sebagai penanda aras.
Rujukan :
Aras, Selda.
(2018)Teacher Education Systems of Australia, Singapore, and South Korea: A
Case-Oriented Comparative Study.Retrieved 14 March,2020. From https://www.researchgate.net/publication/327051916.
Call,
K. (2018). Professional Teaching Standards: A Comparative Analysis of Their
History, Implementation and efficacy. Australian Journal of Teacher
education,43(3).
Department for
education (2013). Teachers’ Standards Guidance for school leaders, school staff
and governing bodies. Retrieved 14 March 2020. From https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/665520/Teachers__Standards.pdf.
Department for
education (2018). Induction for newly qualified teachers
(England) Statutory guidance for appropriate bodies, headteachers, school staff
and governing bodies. Retrieved 14 March 2020. From https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/851336/Statutory_Induction_Guidance_2019.pdf
Gary Beauchamp,Linda Clarke,Moira
Hulme&Jean Murray (2015) Teacher education in the United Kingdom post
devolution: convergences and divergences.Journal Oxford Review of Education.
Retrieved 14 March 2020. From https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/03054985.2015.1017403?journalCode=core20
Harmond.L,(2012). Teacher education around the world: What can we learn from international
practice? .European Journal of Teacher Education. Retrieved 14 March 2020. From https://www.researchgate.net/publication/285681149_Teacher_education_around_the_world_What_can_we_learn_from_international_practice.
Reid,
Jo-Anne,(2017) Pre-service and in-service
teacher education: A leadership model for collaborative
learning. ACER Research Conferences.Retrieved 14 march
2020. From https://research.acer.edu.au/research_conference/RC2017/28august/7/.
Ministry Of Education Malaysia(2013). Malaysia
Education Blueprint 2013-2025).
Sussana Owen,(2014). Teacher professional learning
communities: Going beyond contrived collegiality toward challenging debate and
collegial learning and professional growth. Australian Journal of Adult Learning. Retrieved 14
march 2020. From https://www.researchgate.net/publication/290193213_Teacher_professional_learning_communities_Going_beyond_contrived_collegiality_toward_challenging_debate_and_collegial_learning_and_professional_growth
Tuinamuana,
K. (2011). Teacher Professional Standards, Accountability, and Ideology:
Alternative Discourses. Australian Journal of Teacher Education, 36(12).
Treagust,David
f, Peterson,J.,Won,M.,(2015). Science Teacher Education in Australia:
Initiatives and Challenges to Improve the Quality of Teaching. Journal of
Science Teacher Education. Retrieved 14 March 2020. From https://www.researchgate.net/publication/276317113
.