Thursday, January 29, 2009

Dia Yang Ku Kenal


Khamis,29 Jan 09, saya telah mengadakan temu ramah dengan Tuan Haji Alias B. Chik seorang pengetua di SMK Pontian Jaya. Setelah temu janji diadakah pada hari sebelumnya. Temu ramah ini merupakan satu kerja kursus program master saya. Ianya bertujuan untuk mengkaji teori kepimpinan dan falsafah kepimpinan. Saya Memilih Tuan Haji Alias B. Chik sebagai sumber saya kerana saya pernah bekerja dengannya semasa tu saya jadi urusetia majlis Khatam Quran Peringkat Negeri Pahang, yang mana Rompin tuan rumah dan Majlis itu diadakan di SMK Pontian Jaya. Selama 3 hari saya berada di SMK Pontian Jaya sepanjang program itu berjalan, saya sangat kagum dengan cara beliau memimpin dan menyelesaikan setiap masalah dengan cepat dan efficient. Pada saya, dia seorang pemimpin yang baik.

Setelah saya melangkah kaki ke SMK Pontian Jaya yang tersergam indah tu, saya dapat lihat prasarana yang cukup menenangkan hati. Wow ! dengan air terjunnya, emm … hati saya terdetik, sangat symbolic orangnya… dia menggunakan kepimpinan symbolic? Yah … dari situ kadang2 kita menilai orang. Itulah manusia kan. Setelah sesi temu ramah di jalankan, saya amat berpuashati dan hampir kesemua dapatan yang saya perolehi dapat membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. Apa yang saya amat tertarik hati saya di akhir sessi temu ramah berbunyi begini…. “Apalah salahnya kita yang seorang berubah untuk kebaikan yang ramai, kerana yang ramai itu susah di ubah, kita yang seorang ni berubah” that means dia sanggup berkorban perinsipnya untuk kebaikan orang yang dipimpin. Kata-kata itu amat dalam maksudnya. Setelah pulang ke rumah saya ceritalah kat hubby saya dia kata mahal kata-kata itu.

1 comments:

mantan said...

Cikgu Rosnah,
Kalau cikgu Hashimee nak tukar templat 'Scribe' yang digunapakai utk blog dia tu kepada "3 column Scribe Template" boleh saya kirimkan HTML codenya.
Bagi alamat e-mail pada saya. Nanti saya attach & kirimkan filenya.

e-mail saya: wwwttt2008@gmail.com

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...