Wednesday, January 30, 2019

TRAVEL KOREA (DAY 2 : SEOUL)

Perjalanan kami amat singkat sebenarnya. Di SEOUL kami perlu pilih2 je tempat yang betul2 berbaloi. Di sini sepenuhnya kami menggunakan pengangkutan awam yang murah..Subway.. Arex ..no problem..berjalan naik turun..exit enter.. mencabar.. Sesampai di MAPO AIRPORT, Sebelum menggunakan subway dsb jangan lupa beli T-Money dan top Up T-Money cukup2. T-money boleh di beli di seven eleven JE. uTK  Top up ada mesin di stesen subway.

Dari MAPO AIRPORT, Naik AREX ke SEOUL STATION, Turun di SEOUL STATION amik subway train ke Myeongdong , exit 4, Hotel Kami booking di situ. Hotel MYEONDONG 1 betul-betul dekat subway station Myeongdong tapi biliknya amatlah sempit.  Pukul 9.00 pagi dah check in. letak beg dan merayau.




Perayauan yang pertama pada hari pertama dan kedua. di SEOUL adalah  spt Itenary yang di cipta sendiri..




kita ke GYEONGBOKGUNG PALACE  tapi hari selasa rupanya tutup..jadi tengok dari luar je..tapi masuk gak le dalam Muzium.

selepas tu kami ke HANOC VILLAGE perkampungan tradisional orang korea. Kat sini letih giler berjalan berkilo -kilo rasanya..dan cantik sgt rumah-rumah lama ni.. 




Dah malam sikit, kami beransur ke NAMSA TOUR.. naik Cable Car harga boleh rujuk kat itenarry. 







pada waktu malam viewnya amatlah cantik... tambah dengan kesejukan... 
boleh balik tidor...daa..penat.


TRAVEL KE KOREA. ( DAY 1 KLIA -JEJU SI )

Perancangan ke Korea sudah lama, tapi kerana kesibukan menyebabkan tertangguh. Akhirnya  pada 16  Dis 2018 merupakan tarikh yang tertulis untuk ke Korea. Pada mulanya ingin ke SEOUL sahaja, tetapi memandangkan tiket Ke SEOUL sangat Mahal. Almaklumlah tiket ni ambo booking seminggu sebelum pergi. Setelah survey sana survey sini.. maka adalah tiket yang murah sikit untuk ke Korea tetapi bukan ke seoul tapi ke JEJU.

Keputusanya kita nak juga ke Korea. So perjalanannya agak berbelit-belit  dan mencabar sikit.
KLIA 2- JEJU, JEJU - SEOUL (MAPO AIRPORT) . (Pergi)
SEOUL(MAPO AIRPORT) - JEJU, JEJU - KLIA . (Balik).

Dalam masa seminggu urusan membeli tiket flight, Booking guest House, Booking kereta (jeju). Booking Flight Domestik di Korea dsb. Fuhh  kan... boleh lah buka travel agent lepas ni. ambo pergi sendiri tak guna travel agent pun.

16/12/2019
KLIA - JEJU SI AIRPORT.

Kami bertolak dari KLIA2 pada pukul 7.50 pagi.
sebelum berangkat makan dulu, amik travel wifi dulu di gateway@Klia 2,
travel wifi ni di sewa dengan kos rm 15 perday dan boleh share 5 device.









Perjalanan Ke jeju mengambil masa 6 jam...

Lebih kurang jam 3.ptg waktu Malaysia ( 4.00 ptg waktu Korea) kami sampai di Airport JEJU..



DI Airport Jeju.. Kesejukkan mula terasa..mood KOREA dah mari.. Dari Airport kami amik teksi ke HYUNDAI GUESTHOUSE.. Untuk malam ni bermalam dulu di jeju satu malam. Esok pagi2 pukul 7.00 pagi kita ke SEOUL Pulak ..




Hotel ni di tempah melalui Agoda.com . Disini untuk transit je kami ambil 2 bilik satu bilik untuk perempuan dan satu bilik untuk lelaki. Hotel ni berhampiran dengan airport jadi untuk ke airport esok tak le kalot..

Pada malamnya kami ambil sedikit masa dengan menggunakan bas untuk meronda bandar jeju ...














dah malam balik tidor ....zzzzzz. Esok pagi -pagi kita ke airport Jeju untuk Ke SEOUL.











DARI JEJU - MAPO AIRPORT Mengambil masa satu jam. di sini kami naik jeju air  flight... Bye jeju lagi 2 hari kami akan kembali ke sini untuk perayauan di sini.. pula sebelum balik ke Malaysia. Hari ni perayauan ke seoul dulu...

Sunday, January 27, 2019

Cara buat RPH Pendidikan Islam OUTOMATIK VERSI MEK ROS.

Terpanggil untuk menulis di sini tentang buat templet RPH. Ini yang GB buat tahun lepas. Bagi kawan2 guna. Ternyata sangat memberi manfaat kepada rakan sepanatia di sekolah. tAHUN INI ada pulak perubahan nama kelas masing-masing still nak menggunakan templete yang sama dan akan mengubah nama kelas. GB bukan hebat mana pun..mungkin ramai yang dah tahu..tapi GB titip di sini supaya jadi rujukan GB pada masa akan datang...


ini lah rupa templete yg GB buat tu..tak hebat mana punggg... kih..kih.


yang nak di otomatik nya adalah seperti tahun, kelas, masa, hari, minggu dsb. Biasalah malas nak menaip..semuanya nak klik2 je..kan..


wah utk format nak buat list main klik2 je ni dua benda kat atas tu main peranan.. data dan data validation je kak oii. 


ha.. bila klik data validation tu adik kakak akan berjumpa benda tu.. buat je ikut GB buat deh. 


manakala untuk ke objektif dan aktiviti semua tu pun x yah taip dia terus je ke link lain dan boleh pilih. tak yah menaip dik kakak ye.. tapi kena sedia dah la content tu dlam page lain. untuk arah pun guna data validation di excell jugak lah. arahannya seperti di atas.


yang link tu buat siap2 dulu.. dalam sheet lain.

Saje GB Menulis dan menitipkan cara mengautomatikkan rph .. supaya kerja menulis rph bukan satu beban kan.. 

Thursday, August 16, 2018

MANDELEY UNTUK CITATION DAN BIBLIOGRAFI

MENDELEY Hari ni macam teruja nak update blog yang sekian lama tersarang. Topik hari ini adalah mendeley. Sebenarnya mendeley ni satu aplikasi yang sangat berguna kepada pelajar yang terlibat dengan kajian tak kiralah dia pelajar degree, pelajar master lebih2 lagi PHD. Ha..ha apa itu mendeley? Mendeley ni satu aplikasi untuk membuat merekod apa yang di petik dari jurnal ke tesis ke, yang mana bila kita petik body note tu makan akan terkeluarlah nama penulis, tajuk penulisan tahun dan sebagainya. Terpulang nak ikut format apa. Seperti format APA. Mendeley ni aplikasi yang sangat mudah dan boleh download free je dari internet. Bagai mana? 1. Pergi je ke google chrome dan taip https://www.mendeley.com Dah keluar macam ni klik je pada create account Muncul paparan macam ni isi semua yang dia minta Siap install… Bila dah install kuar macam ni… masukan emel dah password Bila sign in keluar macam ni… Pastikan bahagian other setting tak bercentang dan klik bahagian tengah yang ada tajuk jurnal tu. Ok bila klik bahagian tajuk keluar petikan jurnal. Copy bahagian yang hendak di petik. Kemudian buka word. (sblum tu word kena install plug in dulu) Dah paste di word ms seperti di atas pergi ke mendeley semula dan copy tajuk jurnal yang kita petik. Pergi ke word ms semula klik insert cita tion dan keluar kotak seperti di atas dan paste tekan ok. Lepas tekan ok. Automatik keluar na ma penulis. Untuk dapat babliografi penuh untu di masukkan ke dalam rujukan pula hanay tekan insert bibliografi akan keluar senarai penuh Senang..kan..sesenang ABC .. Selamat mencuba…

Tuesday, February 6, 2018

SKPMG 2

Ha ha terkejut badak bila dilantik sebagai su skpmg2 sekolah. Lama ni mama buat dek je..dengan gelombang2 ni..biarlah ikut je apa pentadbir nak buat. Tap tup2 jadi SU..kenalah study sikit..bila study baru menyedari betapa sistematiknya skpmg2 ni..mama suka...mama  memang suka benda yang berupa tindakan yang sistematik gini..kalau tak takdelah mama jadi pensyarah kajian tindakan  kan...
tapi mama nak tepek sini lah segala benda berkaitan dengan skpmg2

tahu dok apa tu skpmg2? singkatan dari apa? haha jgn buat muka blur..ye adik kakak...
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIAN GELOMBANG 2..

merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan  tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. Download

Standard 1 : Kepimpinan
Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp. Download

PGB sebagai Peneraju
PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong



Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. Download

Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Aset
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Sumber Pendidikan
Iklim
Pengurusan Perpaduan
Permuafakatan Strategik



Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah. 

Kurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan Mata Pelajaran
Pengurusan Masa Instruksional
Pengurusan Penilaian Murid

Kokurikulum Download
Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
Pengurusan Kelab / Persatuan
Pengurusan Badan Beruniform
Pengurusan Sukan / Permainan
Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
Pengurusan Sukan Untuk Semua
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Hal Ehwal Murid Download
Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Keselamatan Murid
Pengurusan Kesihatan Murid
Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling



Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Download

Guru Sebagai Perancang
Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
Guru Sebagai Pendorong
Guru sebagai Penilai
Murid sebagai Pembelajar Aktif

EXTRA INFO : Standard 4 SKPMg2 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan




Standard 5 : Kemenjadian Murid

Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran,  berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Download

Kemenjadian Murid Dalam Akademik

Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
Kemenjadian Sahsiah Murid 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...