1. Klik pada icon Quick Launch.
Tuesday, September 19, 2017
CARA MASUKKAN POWERPOINT KE DALAM BLOG FROG VLE
Posted by Naa..a at 8:17 PM1. Klik pada icon Quick Launch.
Monday, July 10, 2017
MODUL PIE, CHENDOL DAN TEH AIS
Posted by Naa..a at 9:49 PMD
alam frog vle banyak modul berunsurkan makanan yang sedap dan enak.
MODUL PIE
Link : bit.ly/frogpie (PIE)
Menggunakan 3 widget sahaja.
Media (Gambar / Media)
Text
Wall
Selesai sahaja, SITES yang dibina perlu di SHARE.
Tips : Jika anda menggunakan widget WALL dalam SITES, anda hanya perlu SHARE sahaja. Tidak perlu ASSIGN kerana jika anda ASSIGN, WALL tidak aktif dan tidak boleh di refresh.
MODUL CHENDOL
Link : bit.ly/chendol (CHEnDOL)
Menggunakan 3 widget sahaja.
External Link (Link ke mana-mana Websites)
Forum
Embed Websited
Dari WEBSITE
Dari Power Point
Dari Slideshare
Dari PDF di Google Drive
Dari Google Slide
Dari Google Doc
Selesai sahaja, SITES yang dibina perlu di SHARE.
Tips : Jika anda menggunakan widget FORUM dalam SITES, anda hanya perlu SHARE sahaja. Tidak perlu ASSIGN kerana jika anda ASSIGN, FORUM tidak aktif secara LIVE dan tidak boleh di refresh/dimuat turun.
MODUL TEH AIS
Link : bit.ly/frogtehais (Teh Ais)
Menggunakan 3 widget sahaja.
Poll
Quiz
Form
Tips : Widget ini tak boleh digabungkan sekali di dalam SITES kerana QUIZ perlu di ASSIGN kepada pelajar, jika tidak, ianya TIDAK AKAN BERFUNGSI. Widget Poll & Forum perlu di SHARE sahaja. Kalau menggunakan FORM, seronok tgk jawapan pelajar secata LIVE di bahagian DATA VIEWER (jika anda SHARE). Nak cetak pun mudah.
Sunday, January 29, 2017
ANDA PASTI TELEFON PINTAR ITU TEMAN YANG SETIA DAN BOLEH DI PERCAYAI?
Posted by Naa..a at 8:41 PMwHATSAPP, Facebook ,Wechat, line, instagram dan telegram yang menjadi tapak kegilaan orang ramai tanpa mengira status dan peringkat umur. Tanpa kita sedari applikasi ini sangat rapuh (fragile) dan mudah di godam dan hack, Tanpa kita sedari kita syok2 upload gambar peribadi kita konon untuk boyfriend and girlfriend tetapi rupanya semua tu diperhatikan oleh orang lain tanpa di sedari. Begitu juga dengan teks2 yang romantik dan merapu kita tu. Bukan tak boleh whatsaap..tp kena ada ilmu la sikit.. teknologi mmg menyenangkan tp sebagai pengguna sebelum guna kena betul2 kenal dulu dengan applikasi tu.. secure handphone sbaiknya pasti tak timbul masaalah.
Ancaman daripada jenayah siber yang sering berlaku di Malaysia adalah masalah godam tanpa disedari. Fokusnya disini adalah telefon pintar yang digunakan adalah hak peribadi atau terdapatnya orang ketiga? Ramai yang beranggapan bahawa telefon bimbit yang dimiliki merupakan alat peribadi tetapi kita lupa dengan kemudahan internet yang disediakan telah memberi peluang kepada orang luar untuk menyerang seperti mengambil data atau perbualan yang penting dalam telefon yang digunakan. Contohnya, satu program telah diadakan di 18 buah sekolah dan institusi pengajian tinggi. Hasil sepanjang program ini telah mengumpul hampir 5,000 borang kaji selidik berhubung jenayah siber. Antara borang kaji selidik yang telah dijalankan, jenayah yang kerap berlaku adalah penyebaran gambar yang tidak senonoh individu tersebut didalam laman sosial.


Tuesday, January 24, 2017
Mangsa gangguan seksual boleh saman pelaku
Posted by Naa..a at 7:30 AMHakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar menegaskan bahawa gangguan seksual adalah salah laku serius dalam apa jua bentuk dan ia tidak dapat diterima oleh sesiapa sahaja.
Ketika menolak rayuan bekas pengurus besar, Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tabung Haji (TH), Mohd Ridzwan Abdul Razak, katanya, gangguan seksual dalam apa
jua bentuk merendahkan maruah dan penghormatan orang yang diganggu, apatah lagi menjejaskan kesejahteraan mental dan kestabilan emosi.
"Pelaku bebas tanpa hukuman akan terus menakutkan, memalukan dan mengkibatkan trauma kepada mangsa sehingga mewujudkan suasana tempat kerja yang tidak sihat," katanya dalam penghakiman setebal 42 halaman.
Selepas meneliti kes itu, katanya, panel lima hakim sebulat suara bersetuju dengan mangsa Asmah Mohd Nor, selaku responden, bahawa tindakan diambil terhadap gangguan seksual itu dihujah dengan secukupnya serta disokong dengan butiran gangguan tersebut.
Suriyadi berkata terdapat bukti secukup untuk menunjukkan bahawa perayu (Mohd Ridzwan) telah melazafkan kenyataan lucah dan biadap sama ada secara langsung kepada responden atau pada kehadiranya dengan niat dia akan mendengarnya.
Mohd Ridzwan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa dia telah mengganggu bekas rakan sekerjanya itu.
Pada 24 Sept, 2012, Mahkamah Tinggi menolak saman Mohd Ridzwan terhadap Asmah untuk menuntut deklarasi bahawa dia tidak melakukan gangguan seksual terhadap wanita itu dan dia telah difitnah oleh beliau.
Mahkamah Tinggi memberi penghakiman untuk tuntutan balas oleh Asmah dan memberikan ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM120,000 kerana mengalami kemurungan yang serius.
Pada prosiding hari ini, panel diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengarahkan Mohd Ridzwan membayar RM20,000 sebagai kos kepada Asmah, yang turut hadir di mahkamah.
Hakim lain dalam panel tersebut ialah Suriyadi, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Ramly Ali dan Datuk Balia Yusof Wahi.
Ini merupaskan kes pertama mangsa gangguan seksual di tempat kerja menuntut penyelesaian daripada mahkamah sivil.
Suriyadi berkata adalah ternyata bahawa tidak ada kes yang dilaporkan berhubung Akta Kerja 1955 di mana mangsa individu telah menuntut penyelesaian daripada pelaku didakwa merlakukan gangguan seksual.
"Dalam Akta Kerja 1955, mangsa kini berhak untuk membuat aduan kepada majikan dan menghendaki majikan menyiasat gangguan seksual.
"Walau bagaimapun, diakui sebagai berkata sebelum ini, tiada wujud tindakan sivil untuk gangguan seksual di bawah undang-undang negara," katanya.
Sebaliknya, katanya, Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999 (Kod Amalan 1999) hanya digunakan oleh majikan sebagai garis panduan tanpa sebarang kuasa undang-undang.
Beliau berkata panel hakim mengakui Kod Amalan 1999 hanya semata-mata garis panduan secara kolektif bagi membolehkan majikan menubuhkan mekanisme dalaman di
peringkat organisasi bagi mencegah dan membasmi masalah gangguan seksual di tempat kerja.
Suriyadi berkata Kod Amalan itu tidak memberikan sebarang jalan untuk mangsa selain di tempat kerja.
Menurutnya pindaan terkini terhadap Akta Kerja 1955 hanya mengenakan kewajipan ke atas majikan untuk menangani aduan gangguan seksual dengan sebaik mungkin di tempat kerja.
Selepas memikirkan perkara itu, katanya, panel telah mencapai keputusan untuk melaksanakan aktivisme kehakiman dan memutuskan bahawa sudah tiba masa untuk mengimport tort gangguan ke dalam sistem undang-undang dan kehakiman dengan gangguan seksual menjadi sebahagian daripadanya.
Suriyadi berkata undang-undang tort di negara ini masih lagi berdasarkan prinsip Common Law Inggeris.
"Sehingga Akta Kerja (Pindaan) 2012 berkuat kuasa hanya 1 April 2012, tidak ada peruntukan undang-undang sama sekali mengenai gangguan seksual di Malaysia," katanya.
Bagaimanapun, katanya, pindaan itu memperuntukkan kaedah cara majikan harus menangani aduan gangguan seksual di tempat kerja tetapi malangnya tidak menangani hak dan liabiliti pelaku dan mangsa.
Panel itu turut menggariskan definisi gangguan seksual dalam bentuk lisan dan juga fizikal termasuk sindiran seksual, komen dan ucapan berbaur lucah, kelakuan tidak senonoh, bunyi tidak senonoh, lucah atau menghina, ancaman seksual secara tersirat, pandangan berahi, menjeling, memaparkan gambar-gambar menghina dan membuat isyarat lucah.
Monday, January 16, 2017
TANDA EGO DALAM DIRI
Posted by Naa..a at 2:54 AM5 Tanda ORANG Ego.
Wednesday, January 11, 2017
Jangan Menghina dan Merendah-rendahkan maruah Orang Lain
Posted by Naa..a at 6:27 PMSumber : https://rumaysho.com/7592-jangan-menghina-dan-meremehkan-orang-lain.html































