Semalam merupakan kelas terakhir bagi sem ini. Minggu depan exam. sepanjang minggu ini kenalah study hard sedikit. Kalau tidak keputusannya kantoi. Peperiksaan, assigment satu benda yang dah sebati dengan kehidupan aku. Apa yang ku harapkan aku diberi kesihatan dan kemudahan dalam menempuhinya. PERIKSA! PERIKSA! YAHOO....study! study! study!...
Sunday, October 25, 2009
Kelas terakhir semester ini
Posted by Naa..a at 7:55 PMSaturday, October 24, 2009
Perasaan Seorang Pelajar Mahasitua.
Posted by Naa..a at 4:13 AMBila aku renungkan kembali, saat ini aku masih bergelumang dengan buku-buku dan mengkaji bahan kajian orang sana sini sehinggakan aku rasa aku seperti berada didunia aku sendiri. Semalam sebelum aku ke tempat study aku berborak2 dengan anak sulung aku.(ZAL) aku kira walaupun usianya baru mencecah 14 tahun namun bagiku dia seorang yang cukup matang. Persoalan aku, adakah dia merasa kekurangan lantaran aku sering meninggalkannya dan adik-adik setiap kali aku ada kelas. Namun jawapannya dia kata, dia bangga tengok mamanya gigih belajar dan dia berpendapat mamanya berbeza dengan orang lain. Dia juga berpendapat mama seharusnya belajar lebih tinggi lagi !. Dia berharap aku belajar sehingga peringkat PHD. Dia juga ingin melihat adakah mama mampu sehingga tahap itu. Aku agak terkejut dengan jawapan itu. Kadang-kadang aku merasa kasihan juga pada anak-anak yang sering diabaikan oleh aku. Kadang-kadang aku rasa seperti seorang ibu yang pentingkan diri sendiri. Tapi kadang-kadang inilah satu hobi aku sebenarnya. Minat pada suatu input yang baru. Bila dalam situasi belajar ini, aku seolah-olah tamak. Kadang-kadang tu semua ingin aku cuba dan menjayakannya. Tetapi aku lupa semua itu tak mungkin...Minggu depan aku periksa. Biasanya sebelum periksa aku sempat khatam buku2 dan dah memiliki nota2 kecil dah. Tapi kali ini aku agak sibuk dan persediaan tidak begitu mantap. Namun, aku berharap kematangan dalam menghujah akan meningkat pada exam kali ini. apalah makna pembelajaran tanpa peningkatan dan perubahan dalam corak pemikiran.
Wednesday, October 21, 2009
Di sebuah Kamar Di BTP Kuantan..
Posted by Naa..a at 11:01 AMSaturday, October 17, 2009
Gambang Waterpark.
Posted by Naa..a at 6:20 AM
Apakah sebenarnya yang diharapkan oleh anak2 dari ibubapanya?
Adakah kebahagiaan itu dapat di nilai dari riak wajahnya.
Adakah mereka mengharap pengertian dari ibubapanya?
Adakah keakraban mereka akan berkekalan sampai dewasa?
Semoga mereka mengerti bahawa kami menyanyangi mereka dan mereka adalah keutamaan kami...gambar sepenuhnya ada dalam facebook.
Thursday, October 15, 2009
Kehadiran ular ke kantin sekolah. Janglau
Posted by Naa..a at 8:53 PMMonday, October 12, 2009
Baby baru kawan baik aku masa first degree dulu
Posted by Naa..a at 7:56 PMSunday, October 11, 2009
Pemerhatian dan kajian
Posted by Naa..a at 8:38 PMHari ni aku berjaya menganjurkan "bilik guru terbuka"sempena aidilfitri. Hi.hi bunyi macam pelik tapi konsep yang aku gunakan ialah satu orang guru satu menu juadah hariraya. wah sebagai penganjur walaupun aku tidak ada apa-apa kuasa, cuma sekali sekala aku ni ada kuasa rujukan dan adik-adik kat sekolah ni sering merujuk pada aku untuk membuat sesuatu. Minggu lepas aku merancang dan merahsiakan dari gurubesar dan GPK-GPK sebab kami mengangap mereka adalah jemputan. Walaupun semalam agak kepenatan sekembali dari kelas namun aku sempat juga menyediakan nasi dagang dan gulai ikan tongkol. Hari ini aku mendapati semua guru menyediakan menu masing-masing. Hasilnya terdapat melebihi 15 menu makanan berat dengan pelbagai jenis mee dan nasi. Aku terfikir juga mereka melakukan tanpa paksaan dan masing-masing gembira.Semua pekerja dan orang kantin dijemput. 2 minggu yang lepas gb menganjurkan majlis yang sama peringkat sekolah namun tidak ada sambutan dan majlis itu menjadi hambar. Dari sini aku cuba memerhati dan menganalisa tentang gelagat manusia yang begitu unik ini. Beberapa faktor yang menjadi hambar mungkin waktu diadakan itu tidak sesuai. Terdapat sebahagian daripada guru-guru tak suka suasana yang serius dan mereka suka suasana yang santai. Perkara yang paling penting bentuk harapan di sampaikan. Ramai manusia ini tidak suka dipaksa. Bila dipaksa melawan. Pada pemerhatian awal bagi kajian aku, guru-guru sekolah aku ni lebih suka gaya kepimpinan yang relationship oriented dan kaedah yang paling sesuai ialah berdasarkan theory path goal. Kemahiran komunikasi amat penting dalam menangani organisasi ini. oho..oho.. sedikit pasal kajian aku dah dapat input... melalui pemerhatian aku cuba buat framework tapi cuba menjauhi bias. Maklumlah bias
As a reseacher aku kena neutralkan persepsi aku untuk kajian kualitatif aku. hu.hu. dapat kah? tapi aku berazam ingin membuat satu kajian yang dapat menyumbang kepada dunia pendidikan khususnya sekolah aku. Dengan itu barulah aku dapat present dengan baik kepada penaja aku.. insyaallah
Saturday, October 10, 2009
PEPERIKSAAN SUDAH MENGHAMPIRI...
Posted by Naa..a at 8:39 PMHari ini merupakan hari terakhir belajar bagi subjek Kaedah penyelidikan Pendidikan. Hari ni nampaknya tugasan kena hantar dan alhamdulillah dah siap. Next week ada lagi satu kelas untuk subjek pembangunan pelajar. And then selepas tu exam la... lepas tu break sekejap dan masuklah sem baru pulak. MMM. Tup! tup! dah setahun aku mengikuti program master ni. Kalau ada rezki insyaallah menjelang oktober 2010 complete la aku punya program master ni. Walaupun ianya agak pack tapi masih dalam tahap stabil hi.hi. tak de lagi tanda-tanda stress yang kritikal. Apa yang saya dapati dalam situasi seperti saya yang bukan lagi dualism tapi trilism dah ni.Guru, ibu, isteri dan student bukanlah suatu yang mudah. Tapi apa yang penting pengurusan masa dan energy itu penting. Bagi memastikan stabil semuanya kesihatan perlu di titik beratkan. Sekiranya kita dalam situasi yang tak sihat memang banyak aktiviti kita kurang berkualiti dan boleh menyebabkan tertekan. Selain daripada itu pastikan emosi kita dalam keadaan stabil.Bagi memastikan keadaan stabil kita jangan sekali2 mencari masalah dan menimbulkan masalah dan mengatur kerja dengan teratur.. Selain daripada itu menerima segala situasi dengan redha menganggap tekanan itu sebagai perkara yang simple . kah.kah. tips yang tak seberapa...
Monday, October 5, 2009
Cukai pandapatan oh cukai pendapatan...
Posted by Naa..a at 4:29 AMtadi siang aku di hubungi oleh puan zalina dari LHDN Kuatan. Dia telah meminta aku membawa semua pernyata pendapatan tahunan dari tahun 2000-2008 sebab nak audit ;Aduh!!! pening kepala aku bila memikirkan. entah ada ke tidak dalam fail aku. esok kenalah menyelongkarnya. Aku benggang juga dengan LHDN ni... dulu masa awal2 tahun 2000 lagi dah aku pegi nak buka fail tapi dia kata tak payah buka, tak layak lagi... nah, sekarang bila aku kata balik aku tak isytihar sebab dulu beberapa kali saya minta no file dia kata tak payah. Yang aku istihar 2005 ke atas.Hasilnya menyusahkan... Hari Jumaat ni sekali lagi la berkejor ke kuantan. Sudahla assigment banyak, sabtu tu kena ke JB lagi... LETIH NYEE,,,
Saturday, October 3, 2009
rinduku pada anak-anak
Posted by Naa..a at 2:54 PM
MEREKA ADALAH PERMATA HATIKU... KAULAH SEGALANYA...Satu Fasa yang penuh dengan kesukaran telah berlalu...
Posted by Naa..a at 6:52 AMThursday, October 1, 2009
SUNYI,SEPI DAN SIBUK...
Posted by Naa..a at 2:49 AMPada saat begini kita sering mengutip seribu kenangan yang lampau. Kadang-kadang kita juga cuba mendeko sesuatu yang indah .. yang mustahil berlaku...mmm itulah fantasi..
Melayan perasaan rupanya sungguh indah.. lebih-lebih lagi ditempat yang nyaman ada angin sepoi-sepoi bahasa . Ditepi pantai! ...bila sebut tepi pantai,, sudah lama aku tidak menjejak kaki ke pantai yang dulunya aku kerap berjogging bersama kawan-kawan. Tiba-tiba teringat dengan kedamaian itu.
Sudah berapa lama aku berkurung di bilik yang penuh dengan rak-rak buku ini? Sudah berapa lama laptop menjadi peneman setia? Masakan aku dapat meninggalkan laptop ini... banyak lagi tugasan yang perlu aku siapkan. Walaupun Modem broadband sebesar ibu jari.. dialah yang membantu aku.. siang malam berkhidmat untuk aku..
Dikamar yang menyaksikan seribu satu keperitan, kesusahan dan kejerihan untuk meraih segolong ijazah sarjana ini seolah-olah sudah jemu dengan aku... hari-hari akulah penghuninya... hari ini tiba-tiba aku mula menyedarinya... itupun setelah aku merasakan fikiran aku kosong... sepi... sunyi dan sayu... Tetiba perasaan ini muncul dalam diriku.. ah..ah.. aku terpaksa mengabaikan perasaan ini. Aku harus meneruskan tugasan aku.. masa terlalu suntuk. Esok aku terpaksa berada disekolah dan tidur di sekolah untuk kem solat. Lusa pagi2 aku kena bergegas ke UTM dengan membawa beberapa tugasan yang belum pasti aku mampu menyiapkannya atau tidak...






